Yang selebihnya ambil sikit2 dari internet dan gabung dengan hasil sendiri. Setakat untuk murid sekolah rendah, oklah kan?
#Diminta sediakan teks berbalas pantun sempena kemerdekaan.. huhu..
Datuk Panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau saudari orang yang bijak
Negera kita apa namanya?
Ikanlah keli di dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya
Kalau saudari ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia
Ramalah rama di pohon duri
Mati ditimpa si buah nangka
Kalau saudari orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka?
Anak benggali ke kebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka
Wahai saudari ini jawabnya
Tiga puluh satu Ogos Merdeka
Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya Datuk Menteri
Kalau saudari orang yang pandai
Di mana letak Ibu Negeri?
Anaklah bilal dari Mentakab
Pergi ke Johor buat kenduri
Saudari soal mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri
Lima sekawan Tuah dan Jebat
Lekir Lekiu juga Kasturi
Kalau saudari orang yang hebat
Siapakah nama Perdana Menteri?
Asalnya dari Batang Kali
Begitu harum nama penyajak
Wahai saudari semua mengenali
Perdana Menteri Najib bin Razak
Manis rasanya buah pulasan
Harum baunya buah cempedak
Harum baunya buah cempedak
Kalau saudari orang yang bijak
Apakah tema hari kebangsaan?
Terbang burung dan rama-rama
Hingga bersama di dahan meranti
Di sini lahirnya sebuah cinta
Itulah jawapan soalan saudari
Buah durian buah berduri
Enak isinya tidak terkata
Jika saudari bijak bestari
Siapa pernah menjajah negara?
Hiris kekacang hiris petola
Hiris lada juga mentimun
Wahai saudari ini jawabnya
Portugis Belanda Inggeris dan Jepun
Anak gadis meniti di titi
Sungguh cantik dan rupawan
Jika saudari bijak sekali
Siapakah bapa kemerdekaan?
Bersimpul mengkuang dalam ikatan
Menjadi alas tradisi pinggir kota
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan
Begitu mudah untuk menjawabnya
Mekar kiambang di dalam taman
Dihias cempaka juga seroja
Cubalah saudari menjawab soalan
Siapakah bapa pembangunan negara?
Anggun kebaya disarung nyonya
Jadi ikutan pakaian tradisi
Tun Abdul Razak adalah orangnya
Bapa Pembangunan penuh dedikasi
Berdagang barang di pasar atap
Buah kurma, tin dan zaitun
Cubalah saudari lekas menjawab
Siapakah dia Tun Hussein On?
Fesyen sedondon cantik warnanya
Berjumpa teman di Jalan Tebrau
Tun Hussein Onn jawapannya
Bapa Perpaduan panggilan beliau
Terlanjur berjalan singgah ke pekan
Membaca akhbar berita mutakhir
Wahai saudari cubalah kenalkan
Siapakah Tun Dr Mahathir?
Ragi diguna membuat roti
Roti dimakan orang utara
Dr M mantan Perdana Menteri
Bapa Permodenan sentiasa berusaha
Jalan bersama beramai-ramai
Meniti sungai mengguna jambatan
Kiranya saudari bijak pandai
Siapakah bapa Modal Insan?
Mencari ilmu pergi ke sekolah
Bersama guru juga rakan
Jawapannya Datuk Seri Abdullah
Bapa Pembangunan Modal Insan
Mengail ikan di tepi titi
Umpan bagus besar hasilnya
Kalaulah saudari bijak bistari
Siapakah dia Bapa Transformasi Malaysia?
Halia ditanam bersama kasturi
Penyedap rasa banyak khasiatnya
Memang saya bijak wahai saudari
Najib Razak Bapa Transformasi Malaysia
Orang Laos orang Kenya
Ok.. sekian! =)
Nurfatimahz Puteri
Orang Laos orang Kenya
Orang
Myammar dan Sri Lanka
Kalau
saudari pandai orangnya
Apa
dilaung Tunku saat merdeka?
Kenangan
lara akan terbuku
Pusaka
bangsa suka dan duka
Kalimah keramat sebutan Tunku
Tujuh kali laungan merdeka
Sungguh
bersabar keringat dirasa
Di
ambang merdeka rakyat menanti
Jika
benar saudari bijaksana
Merdeka
kita sudah berapa kali?
Tentera
berani menggenggam pusaka
Melangkah
mati nyawa diberi
Lima
puluh tujuh tahun telah merdeka
Begitu
mudah soalan saudari beri
Terang
mentari teranglah bulan
Begitu
indah Ciptaan Maha Esa
Cubalah
saudari menjawab soalan
Apakah
nama bendera negara?
Atur
bata samalah rata
Agar
binaan tidak goyah
Jalur
gemilang bendera kita
Digenggam
erat dikibar megah
Semua
hamba di sisi Tuhan
Rebah
sujud di atas sejadah
Wahai
saudari cubalah ceritakan
Di
mana tempat terlakarnya sejarah?
Pengembala
kambing memerah susu
Pekebun
kecil menorah getah
Kalau
saudari ingin nak tahu
Di
Stadium Merdeka terakam kisah.
Ok.. sekian! =)
Nurfatimahz Puteri