Isk3...
Ohya, sekarang ni saya selalu lah jugak online YM. Sebabnya, anak buah saya si Hafeez tu selalu pulak YM. Saya pun apa lagi, kena layanlah.. he.he.. Tapi.. best jugak sebonanya.. kui3.. :D
Tak terlupa berkenaan dengan gerak kerja Pesta Konvokesyen yang sedang saya ikuti sekarang ni.. Kami menghadapi sedikit masalah yang agak besar. Masalahnya ialah, kami telah merancang untuk mengadakan semua program2 sepanjang Pesta Konvokesyen seperti gerai jualan, forum, konsert dan sebagainya di Stadium.
Pihak USIM telah bersepakat dengan MPN (Majlis Perbandaran Nilai) untuk membeli Stadium Tertutup Nilai sejak sekian lama. Yang kami (pelajar) faham sepanjang tempoh ini adalah, USIM telah membayar sebahagian daripada jumlah harga tersebut. Kami pun tanpa ragu-ragu telah menganggap stadium ini sebagai milik USIM, maklumlah, kami tidak mempunyai dewan besar untuk program-program. Jadi kebanyakannya kami jalankan di stadium; sambutan hari raya, peperiksaan, dan sebagainya.
Apa yang menyedihkan di sini, program Pesta Konvokesyen ini bakal berlangsung dipenghujung bulan Julai hingga awal Ogos. Setelah selesai menyiapkan sebahagian gerak kerja, tiba-tiba sahaja kami dimaklumkan penarikan balik status stadium daripada menjadi milik USIM. Dengarnya, harga stadium telah dinaikkan dan USIM tidak bersetuju untuk itu.
Kami tidak kesal kepada USIM. Tapi kami kesal kepada pihak yang telah menaikkan harga tersebut. Walau bagaimanapun tidak mengap, kerana kami, Sekretariat Pesta Konvokesyen akan meneruskan Plan Lokasi B.
Doakan kami ya.


























