© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, November 09, 2011

Sedara Steve Jobs : Part I

Bold
Steve Jobs banyak saudara rupanya! Nantikan Part II dan seterusnya!


Friday, November 04, 2011

[kempen] Begini caranya nak mengundi!

Ada ajaran SESAT sekarang ni.,. dia ajar "kalau kamu benci kerajaan yang memerintah sekarang, kamu tanda PANGKAH pada kotak kosong sebelah logo kerajaan"!

Tak guna punya ajaran!

Sekarang saya tunjukkan bagaimana caranya nak mengundi. Harap jangan tersalah lagi. Dan tolong sebarkan.

1- Tinggalkan kosong pada petak sebelah "Barisan Nasional"
2- Tandakan "X" atau "PANGKAH" pada petak kosong sebelah PAS, PKR atau DAP (Pakatan Rakyat).



Wednesday, November 02, 2011

Rompakan berparang di Cheras!

Video Rompakan berPARANG. <<-- click tHERE!

Kawan-kawan boleh tengok tak video kat atas? Link dari FaceBook. saya ada cuba cari di Youtube tapi tak jumpa yang sama seperti video di atas ni.

Video menunjukkan situasi di sebuah kedai. Ada dua orang pelanggan yang berpura-pura membeli barang, kemudian ke kaunter bayaran, Yang seorang tu konon-konon nak buat pembayaran. Yang sebelah dia pulak konon-konon nak kuarkan duit, tapi sebenarnya keluarkan PARANG!

Teruk bebonar!

Tak mau ulang panjang2. Cuma nak share ulasan/perbincangan sahaja:|

[Kes Rompakan di Cheras].
Hukum hudud (potong tangan ke atas pencuri) hanya akan dilaksanakan setelah siasatan dilakukan (nilai/kadar), malah ke atas mereka yang berkemampuan (sihat tubuh badan dll) yang tiada SEBAB untuk mereka 'terpaksa' mencuri. Sebaliknya bagi mereka yang 'terpaksa' seperti kebuluran/faqir/dalam peperangan dsb adalah terkecuali. SETUJUkah anda sekiranya dua orang "mat rempit yang sihat" ini dikenakan hukuman potong tangan?

[This Robbery by two MAT REMPITS taken from a CCTV only happened "RECENTLY" in Cheras].

Now in accordance to ISLAMIC "HUDUD LAW", Muslims who are of GOOD HEALTH, and in a Healthy State of Mind and very well ABLE & CAPABLE in finding work or a job for themselves and have NO "REASON" to resort to Robbery...IF such individuals commit robbery...then their HANDS would be CUT OFF. Hudud Law does NOT allo...w one's arms of hands to be cut off if they rob out of pure ABJECT POVERTY and are STARVING, that they have tried to ask for help, whether from the ZAKAT/ALMS Center or from society around them, for then it is the MUSLIM SOCIETY's SOCIAL Responsibility to help them. In accordance to the the Law of "QISAS" in Islam...FORGIVENESS or PARDONING also ONLY lies in the hands of 'those' whom the Crime was committed towards. Would YOU "AGREE" if these two HEALTHY Mat Rempits had their HANDS cut-off???

Sumber: Curi-curi Wang Malaysia.

Sunday, October 30, 2011

[Gambar & Video] Peserta "BERSIHkan Malaysia" (CHOGM) di Perth Australia

~ Bersih 2.0 diteruskan! ~


28 Oktober 2011 baru-baru ini (Jumaat), rakyat Malaysia di Perth, Australia berhimpun beramai-ramai ketika sidang Perjumpaan Ketua-Ketua Negara Komanwel [
Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM)] di mana CHOGM ini turut dihadiri Menteri Perdana yang dikasihi Najib Razak bersama isterinya yang digelar First Lady of Malaysia (FLOM).

Persediaan awal......

Antara rakyat Malaysia di Perth yang hadir.

Anjing ini maskot tidak rasmi "BERSIHkan Malaysia" Perth, milik Adelene Wee yang dinamakan "Oppa". Ohya, mesej dari Adelene Wee yang harus saya kongsikan! (Sebab dia sudah berpesan kepada saya! hehe). Mesejnya begini...

"Can you also mention that Oppa was rescued from the pound pls? As much as he is the unofficial BERSIH Perth mascot, we would also like to create an awareness that all pets deserve second chances. NO TO PET SHOPS!"
- Adelene Wee.

1- Oppa diselamatkannya - lalu menjadi haiwan-angkat-nya.
2- Katakan TIDAK kepada pemerdagangan haiwan!
(Tiba-tiba tak reti nak terjemah ke dalam Bahasa Melayu.. hehehe).

Ohya, di sini ada video menarik Oppa. Link dari facebook. Harap kawan-kawan boleh tengok.


Dr Wong Chin Huat, orang kuat CHOGM Protest Perth.

Agak-agak, boleh dapat aksi macam ni tak kat Malaysia? =)

B.E.R.S.I.H.kan Malaysia!!!

Berarak...

Peserta bergambar di hadapan arca AUD$1M, Perth, Australia.

Video pulak...


Nyanyian lagu "Negaraku".


Nyayian lagu "Rasa Sayang".
Rasuah Sayang hei Rasuah sayang sayang hei
Hei lihat Rosmah jauh Rasuah sayang sayang hei!

Dan yang ini.... Berita 10 (Ten News) dari TV 10 (Channel 10) milik Australia melaporkan tentang peserta demo CHOGM, termasuklah Malaysia! Dalam TV MALAYSIA ada tak?



Kalau dulu semasa Bersih 2.0 (9 Julai 2011), ada pihak melaporkan lebih kurang 6000 "sahaja" rakyat Malaysia yang hadir, di CHOGM pula ada juga "rumor" yang mengatakan "8 orang sahaja" rakyat Malaysia yang hadir! Cubalah kira kat atas tu berapa orang?

Anjing pun pandai mengira, kata Adelene Wee.

Ok itu sahaja. Gambar dan video diperolehi daripada sumber.

Thursday, October 27, 2011

apa selepas RazakSAT?


Sebenarnya saya tertanya-tanya, kenapa namanya "RazakSAT"? Kerana "Tun Abd Razak" kah? Kerana beliau adalah bapa Menteri Perdana "Najib Razak" kah?

Mengapa tidak dinamakan "MalaysiaSAT", "MasSAT", "MSiaSAT" (Opss.. macam siasat pulak) atau nama lain yang lebih sesuai dan dekat dengan MALAYSIA?

Beli dengan duit sendiri kot?
Oklah, malas mau bebel, panjang pulak introduction saya ni ye? hehe..

Berita: Satelit Malaysia RazakSAT yang bernilai RM142 Juta yang dilancarkan pada 14 Julai 2009 telah dikesan tidak berfungsi pada 30 Ogos 2010 kira-kira selepas SETAHUN dilancarkan, jangka hayat RazakSAT dilaporkan sepatutnya sehingga TIGA TAHUN. Namun apa yang berlaku? SETAHUN lebih sudah LINGKUP~! Alahai~~ Patut namanya TahanSAT (=TahanSekejap dalam loghat Kedah).

Apa selepas RazakSAT?
NajibSAT?

Ok jugak. Lepas RazakSAT lingkup, Najib bersama kroni-kroninya pula. Kan? Hahaha~!

Nota: Gambar satelit kuning di atas saya yang buat, saya google gambar-gambar "RazakSAT" dan saya combine-kan berdasarkan tajuk berita yahoo. Kalau perasan ada tulisan "@CCWM" tu, saya ehsankan gambar ini kepada page CCWM (kepada yang menegerti, hehe...). Saya ada terbaca blog lain yang gunakan gambar di atas, pergh.. bangga dalam diam..kehkehkeh.. tak apa, orang taktahu kan? Syhhhhhhhh~!!! Rahsia tau!

Sunday, October 23, 2011

MyKad baru mulai 2012


(Bernama) The National Registration Department (NRD) will introduce a new MyKad with state-of-the-art security features starting January next year, Home Minister Hishammuddin Hussein said.

Hishammuddin said the new MyKad would have enhanced security features, especially the chip, which will have tamper-proof elements to prevent falsification, an issue raised...... by some.

"The Mykad with new structure which is of a higher quality will meet the security requirement and will be suitable for changes in time, situation and future challenges," he told reporters here today after launching the new MyKad structure here today. (MalaysiaToday: http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/44150-nrd-to-issue-new-mykad-starting-january-2012-says-hishammuddin)

Pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun depan, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.

Menurut beliau, usaha pengeluaran MyKad oleh JPN dilakukan secara telus menerusi tender terbuka bagi mendapatkan yang terbaik dengan kos yang paling kompetitif.

Pengeluaran MyKad baru itu merupakan usaha berterusan JPN untuk memperbaiki perkhidmatannya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri.

JPN juga akan meneruskan program 'Outreach' menggunakan unit-unit bergeraknya untuk mengesan rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki MyKad terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

Hishammuddin berkata, sejumlah RM7.5 juta diperuntukkan untuk unit-unit bergerak itu. (MStar: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2011%2F10%2F15%2Fmstar_berita%2F20111015150509&sec=mstar_berita)

Wednesday, October 19, 2011

iklan: sambutan 60 tahun PAS peringkat Kedah



Nota:
Keh keh keh... gambar sekitar sambutan 60 tahun PAS peringkat Malaysia di Pulau Pinang belum upload... kikikikiiiii......

Nota 2:
Saya akan berada di sana hari Jumaat ini, 22hb.. Sambil mengiringi anak-anak murid membuat persembahan nasyid di sana (Jurulatih nasyid sekarang kan? hehehehe).... Sapo2 nak pi leh la me-SMS ambo n oyak sapo.. Bulih jupo.

Nota 3:
Eh.. Negeri apakah ini? Silap bahasa pulak! keh keh keh

Saturday, October 15, 2011

DAULAT TUANKU : Sultan Kedah - Agung ke-14

~ Pertama kali dalam sejarah, dua kali menjadi AGUNG ~

KUALA LUMPUR, 15 Okt:
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) yang dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya di Istana Negara, di sini, semalam.

“Saya mewakili ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah mengucapkan tahniah di atas pengisytiharan Majlis Raja-Raja memilih Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga berdoa agar ke bawah Duli Tuanku dipanjangkan usia untuk menempa sejarah menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua dalam hayat baginda.

“Patik juga berharap tuanku akan membawa lonjakan baru kepada Malaysia dalam semua bidang seperti lonjakan yang tuanku bawa kepada Negeri Kedah.

“Daulat Tuanku,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.

Pemilihan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, berkuatkuasa 13 Disember depan bagi tempoh lima tahun menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Dengan pemilihan tersebut, ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975.

Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang. Pemilihan itu dilakukan mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.


Sumber: Harakahdaily


Nota: Sultan Kedah, Kelantan suka kerajaan negeri.. kehkehkeh.. mesti ada yang pening nanti ni....

Thursday, October 13, 2011

bila malas nak update

Dua tiga hari ni nak update tapi malas. Nak letak gambar sekitar sambutan Ulangtahun PAS ke-60 di Dewan Milenium (Pulau Pinang) 1 Oktober lalu pun malas. Konon-konon susah nak sambung wayar dari hp ke laptop.

Hahaha.. kalau dah malas tu macam-macam lah alasan kan? Kekekekeke...

Ok.. rehat dulu. Layan Nasi Lemak 2.0.


Update:
Hari tu lepas tamat jadi guru ganti subjek BI dan Pendidikan Seni selama 2 bulan, saya sambung ganti subjek Sains dan BI pula selama 2 minggu. Masih di sekolah yang sama, sekarang pula jadi 'guru vocal' kot? Kehkehkehkeh.. Latih budak-budak nasyid. Diorang ada pertandingan tak lama lagi.

Monday, October 10, 2011

SOKONG: tunaikan 8 tuntutan sebelum PRU 13!


Ada satu page ni.. Page untuk tunjukkan sokongan terhadap Bersih 2.0 dan tuntutan-tuntutan Bersih.

Semua orang boleh tunjukkan sokongan masing-masing dengan mengirimkan gambar ke page tersebut, namun mestilah klik LIKE dulu pada page tersebut.

Link: Implement the 8 demands before GE 13

Ok, selamat menunjjukkan sokongan anda. Saya sudah. Anda?

Friday, October 07, 2011

Thursday, October 06, 2011

jangan terus diperBODOHkan!

Malas mau cakap/tulis panjang-panjang. Baca, take note, dan SEBARKAN!

*President = PM

Kalau tak berapa CLEAR meh eden nak tolong BERSIH-2.0-kan supaya CLEAR


Note:
Anda MAMPU mengubahnya!

Tuesday, October 04, 2011

baru RM9 juta.. rilekslah bro...!


Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

NONE
Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Sebelum ini, Dewan Rakyat tahun lalu juga dimaklumkan bahawa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta wang rakyat bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008.

Berita penuh: RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini.

Selanjutnya.... Amenoworld.

Sunday, October 02, 2011

Utusan Meloya: Perosak Fikiran Rakyat


Lebih kurang seminggu atau dua yang lepas, ada seorang wartawan Utusan; Fauziah Arof secara terang-terangan MENGUTUK NAMEWEE punya filem Nasi Lemak 2.0. Fauziah Arof yang tidak pernah menonton Filem Nasi Lemak 2.0. Namewee mempertikaikan wartawan jenis apakah yang melaporkan berita sebegini tanpa sebarang research.

Antara petikan kata-kata dari Namewee yang TERBAIK:

"You tulis tapi tak tengok filem, profesional ke macam ni? You ada OTAK tak? Nak tulis baik ke buruk filem tu kena pergi tengok dulu lah! Surat khabar macam tu kutuk rakyat Malaysia! Tak tengok tulis apa?"

"Kalau tak ada duit, saya BOLEH KASI DUIT lah! Saya kasi DUA TIKET you boleh pergi tengok sama you punya girlfriend(boyfriend). Sampah punya surat khabar! Sampah! Sampah masyarakat! Sampah PENULIS!"

"Saya ada DEGREE Mass Communication, jangan tipu saya. Surat khabar tugasnya LAPOR, MELAPORKAN. You punya certificate dari mana? LONGKANG? Kalau you tak tahu apa tu tugas wartawan, you balik SEKOLAH semula lah! You punya bos, dengan you, kawan you, BALIK SEKOLAH semula lah!"


Ok, kepada yang belum menonton "PUJIAN" Namewee buat Utusan, boleh tonton di bawah.. :)



Monday, September 26, 2011

jom lawat Hospital Rembau


@Fahmi Raazali nanti-nanti bawaklah kite dan kawan-kawan yang lain lawat nogori tau.. paling utama kite nak lawat Spital Rombau ni haa.. hehe

Mase duk di Nilai dulu tak updated pasal Spital ni.. hihihi....

Note: Mana KJ ek???

Friday, September 23, 2011

Mari mari!! Pulau untuk diJUAL!!

LELONG LELONG !!!!

Pulau-pulau di Sabah, Malaysia untuk dijual:

1- Mengalum Island, USD 18,000,000 (RM 56.7 Juta)
.

2- Pulau Pandanan, USD 2,000,000 (RM 6.3 Juta).

3- Monkutod Island, USD 35,000,000 (RM 1110.3 Juta)

Berminat...????? klik di sini!


Monday, September 19, 2011

ni kapal TENGGELAM ke kapal SELAM?

~"Pari" nak cari kawan dia kot? Ikan pari.....~


KUALA LUMPUR 18 Sept – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Pari” separuh tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada ”shaft”nya tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu, semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis “Fast Attack Craft-Gun” itu terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Lt Kdr Masliza Maaris, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu bagaimanapun berjaya merapatkan kapal itu di jeti Pulau Layang-layang.

"Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat dari kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.

Masliza berkata, bagaimanapun dengan bantuan penyelam TLDM, KD Pari kapal itu berjaya diapungkan semula dengan menggunakan ”lifting bag”. – Utusan.

Sunday, September 18, 2011

Hasan Ali sokong katak?

Semalam ada kawan berikan link ini kepada saya, dalam blog tersebut menceritakan bahawa "Melalui sumber yang boleh dipercayai, Hasan Ali akan sertai umno".

Bukan sahaja di blog, malah dalam dunia FB sendiri, Hasan Ali mula dikecam. "Musim Hujan = KATAK" dan sebagainya.

Betul ke? Sukar untuk saya mempercayainya walaupun link yang diberi rakan itu http://"kerajaanrakyat".blogspot.com.

Tanpa melengahkan masa, saya bertanyakan kepada anak perempuan Hasan Ali yang kebetulan teman sekuliah saya di USIM.

"Akak, kite nak tanya ni.. betul ke ayah akak keluar PAS? Kalau betul kenapa?".

"Tak adalah. Rumor saje tu. Jangan bimbang. Benda macam tu tak akan berlaku, insya-Allah".

"Oh Alhamdulillah lah macam tu. Kite pun tak percaya. Sebab tu kite tanya dengan akak".

Ok.. Tu je cerita pendek saya. Panjang lagi cerita boleh baca di MalaysiaKini - Hasan Ali nafi masuk umno.

Monday, September 12, 2011

cukai 6% prepaid diTANGGUHkan

Semalam baru je post pasal cukai prepai yang 6% tuh...

Akhirnya hari ni muncul 'WIRA penyelamat Malaysia' mengeluarkan statement bernas beliau;

1- Cukai Prepaid 6% ditangguhkan.
2- Suruhanjaya akan menyiasat dan membuat kajian lebih mendalam seperti
-------BILA ia akan digunapakai
-------BERAPA kadar (cukai) yang akan dikenakan

(Rais Yatim) @ Radio Malaysia Kedah, 5.00pm, 12/09/2011


BACA :
Utusan Meloya

Thursday, September 08, 2011

topap RM10, bayar RM10.60

https://fbcdn-photos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/297653_245213675515218_144894062213847_579283_1022293560_s.jpg


Pengguna telco (Celcom, Maxis, Digi, Happy dan lain-lain) akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% bermula 15 September 2011. Dalam erti kata yang lain, untuk reload RM 10, anda perlu membayar sebanyak RM10.60.

Jawapan standard: Harga cukai perkhidmatan telco di Malaysia JAUH lebih murah berbanding negera luar. Rakyat harus berterima kasih kepada kera.jaan Be End.

Jawapan basi (kalau Ismail Sabri la): Tak mahu bayar cukai, buat telco sendiri

Sumber: NST.