jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Sunday, April 08, 2018
sabar itu indah
Kau tersungkur, jatuh dan rebah
Kau terkapai sendirian
Tiada arah dan tujuan
Hilang pedoman
Namun semalam sudah berlalu
Harimu tidak lagi suram
Terhias indah, kau tersenyum girang
Langkah yang terpaku
Kini diayun laju
Jerih perih kehidupan
Kau kutip tiap pengalaman
Dengan hati yang tabah
Kau percaya, sabar itu indah
Mewarna bahagia dihari muka
Monday, March 26, 2018
Jemputan Persaraan Guru Besar
Kita pun buat la yang simple. Sekeping je, kad depan belakang.
Saturday, February 24, 2018
Sunday, January 14, 2018
Teks MC : Mesyuarat Agung MKZ Pt. Sulong
Tahun ini, kita upload dalam blog. Biar senang ada backup. Hehe!
Doakan saya petang ini ya! =)<3 font="">3>
PERKARA
|
TEKS
|
NOTA
|
Mengambil tempat
|
Tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan mengambil
tempat masing-masing kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.
Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.
|
|
Ketibaan VIP
|
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Dr
Noraini binti Ahmad,
Ahli Parlimen Parit Sulong
|
|
Persembahan
|
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan
tarian zapin yang begitu mengasyikkan sebentar tadi. Untuk makluman hadirin,
kumpulan ini adalah di bawah bimbingan Puan Wong Lam Shy dan Pn. Suzilawati
binti Sukaimi dari dari Sekolah Kebangsaan Parit Sulong.
|
|
Negeri Johor
|
Hadirin dan hadirat,
Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan
Lagu Bangsa Johor.
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu
tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
|
|
Solutasi
Mula
|
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira
Daun kayu ditengah gurun
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام
على أشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وأصحابه أجمعين
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad,
Ahli Parlimen Parit Sulong
Yang Berusaha En. Md Said bin Md Daimon, Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat,
Yang Berusaha Pn. Jamilah binti Na`in, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Pasir,
---
---
---
Yang Dihormati En. Azmin bin Zahir, Penghulu
Mukim 18
Yang Dihormati En. Mokmin bin Kamri, Ketua
Kampung Parit Terus
Yang Dihormati En. Che Zamri bin A. Rahman,
Pengurus Besar Peladang Sri Medan
Yang Dihormati En. Masdar bin Simok, Ketua
Kampung Seri Pasir
Yang Dihormati En. Mohd Nizam bin Adenan, Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Pasir, guru
besar dan penolong kanan Zon Parit Sulong,
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan siding hadirin
yang dikasihi.
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita diberikan
luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan
fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di dewan ini ini bagi menjayakan MESYUARAT AGUNG MAJLIS
PEMUAFAKATAN ZON PARIT SULONG 2018 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri
Pasir.
|
|
Bacaan Doa
|
Hadirin Yang Dimuliakan,
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring untaian doa
Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula,
marilah sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari
Yang Maha Esa.
Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan _____ _________________dari SK Seri Medan untuk memimpin
bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih kepada
____________________ atas pimpinan bacaan
doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan terus terpancar
keberkatan dari Ilahi.
|
|
Ucapan
|
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Bukan rumput sebarang rumput
Rumput ditanam penghias laman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan
Majlis dengan berbesar hati menjemput En. Jeffri bin Taib, Pengerusi
Majlis Permuafakatan Zon Parit Sulong merangkap Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Ayer Putih bagi menyampai ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En.
Jeffri bin Taib atas ucapan sebentar tadi.
|
|
Ucapan Perasmian
|
Hadirin yang dimuliakan,
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis
sangat berbesar hati memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada Yang
Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad,
Ahli Parlimen Parit Sulong untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MESYUARAT AGUNG MAJLIS
PEMUAFAKATAN ZON PARIT SULONG 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan
kepada Yang Berhormat Dato Dr
Noraini binti Ahmad atas ucapan perasmian
sebentar tadi.
|
|
Penyampaian Sijil
|
Hadirin yang dihormati,
Buah berangan di tanjung jati
Jatuh berderai di tepi rusa
Budi tersemat di dalam hati
Di sanjung tinggi sepanjang masa
Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa MAJLIS
PEMUAFAKATAN ZON PARIT SULONG 2017, majlis berbesar hati menjemput dan
mempersilakan Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen
Parit Sulong diiringi oleh En. Jeffri bin Taib, Pengerusi Majlis
Permuafakatan Zon Parit Sulong untuk
menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima anugerah-anugerah Majlis
Pemuafakatan Zon Parit Sulong. Dipersilakan.
Bagi “Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2017”
1- Kategori sukan dan permainan, dipersilakan GPK
Kokurikulum SK Seri Comel, GPK Kokurikulum SK Seri Medan, GPK Kokurikulum SK
Parit Ju, GPK Kokurikulum SK Seri Maimon, GPK Kokurikulum SK Tiga Serangkai, GPK
Kokurikulum SK Tenaga Setia, dan GPK Kokurikulum SK Parit Sulong.
2- Kategori Unit Beruniform, dipersilakan GPK Kokurikulum
SK Parit Sulong.
Bagi “Anugerah Kecemerlangan Ko-Akademik 2017”
1- Kategori Sahibba dan Bercerita Bahasa Melayu, dipersilakan
Guru Penolong Kanan 1 SK Seri Comel
2- Kategori Sahibba, dipersilakan Guru Penolong Kanan 1 SK Seri
Chantek
Bagi “Anugerah Penghargaan Pengerusi Teknik
Terbaik 2017”
1-
Kategori Hoki,
dipersilakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Seri Comel.
2-
Kategori PT Squasy,
dipersilakan Guru besar SK Seri Sejati.
Penghargaan bagi Guru Besar berpindah
En. Abu Bakar bin Sarip dari SK Seri Pasir ke SK
Bertam.
Penghargaan bagi Guru Besar Bersara Tahun 2018
1-
Pn. Hjh Nafsiah binti
Hussin, GB SK Seri Pematang Rengas, bersara pada 23.3.18
2-
En. Azman bin Hussin, GB
SK Seri Chantek, bersara pada 11.5.18
3-
Tn. Hj. Mod Halid bin Abu
Yamin, GB SK Seri Sejati, bersara pada 20.5.18
4-
Tn. Aziz bin Seman, GB SK
Parit Sulong, bersara pada 6.6.18
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat
Dato Dr Noraini binti Ahmad.
|
Penerima sijil
|
Cabutan Bertuah 1
|
Majlis menjemput Yang Berhormat Dato Dr Noraini
binti Ahmad bagi mencabut 10 nombor bertuah untuk sesi pertama.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat
Dato Dr Noraini binti Ahmad.
|
|
Cenderahati
|
Warga dewan sekalian,
Di kesempatan ini, pihak majlis berbesar hati
untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen Parit
Sulong atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.
Sehubungan itu, majlis mempersilakan En.
Jeffri bin Taib Pengerusi Majlis Permuafakatan Zon Parit Sulong dengan
diiringi Pn. Jamilah binti Na`in, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pasir
untuk menyempunakan penyampaian cenderamata. Dipersilakan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan sekali lagi Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Jeffri bin
Taib.
|
|
Jamuan VVIP
|
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Yang Berhormat Dato Dr Noraini binti Ahmad beserta VVIP
majlis pada hari ini ke _______________ bagi menikmati jamuan yang telah
disediakan. DIpersilakan.
Hadirin diminta untuk kekal di tempat masing-masing kerana Mesyuarat Agung akan berlangsung selepas ini. Terima kasih. |
|
Mesyuarat
|
Seterusnya, saya serahkan majlis kepada En.
Jeffri bin Taib, Pengerusi Majlis Permuafakatan Zon Parit Sulong untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung MAJLIS
PEMUAFAKATAN ZON PARIT SULONG 2018.
|
|
Serah majlis/
Cabutan Bertuah 2
|
Terima kasih En. Jeffri bin Taib.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan,
tidak lain tidak bukan acara cabutan bertuah sesi seterusnya. Mohon bersedia
dengan nombor masing-masing kerana cabutan akan dibuat sebentar sahaja lagi.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput
___________________________ bagi mencabut ____________ cabutan bertuah dan
menyempurnakan penyampaian hadiah, dipersilakan.
Pn.
Hjh Nafsiah binti Hussin, GB SK Seri Pematang Rengas
En.
Azman bin Hussin, GB SK Seri Chantek
Tn.
Hj. Mod Halid bin Abu Yamin
Tn.
Aziz bin Seman, GB SK Parit Sulong
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
................
Bagi cabutan seterusnya, majlis
mempersilakan.......
Hadirin yang dihormati,
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah cabutan
bertuah tadi, maka ini bererti majlis kita juga sudah sampai ke penghujungnya
|
|
Bersurai
|
Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih
kepada tuan-tuan dan puan-puan atas kesudian meluangkan masa pada petang ini
bagi menghadiri MESYUARAT AGUNG MAJLIS PEMUAFAKATAN ZON PARIT SULONG 2018.
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati
Di atas dahan burung tempua
Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi
Majlis ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah
dan surah al-Asr.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…..
|
Sunday, August 20, 2017
Azam yang tertunda
Friday, May 26, 2017
Ramadhan 1438
Sunday, March 05, 2017
Lupa pada azam
Tapi azam tahun 2017.
Kononnya mahu aktifkan blog
Sekali terlupa.
:D :D
Saturday, January 28, 2017
Redha
Redha itu bukan tiada kekecewaan atau tiada tangisan, tetapi tiada persoalan dan tiada penyesalan.
Moga hati kian tenang
Moga jiwa kian lapang.
Allahumma amin.
Friday, January 20, 2017
Kau pernah?
Kau berada dengan seseorang
Tapi kau rasa kosong
Kau rasa keseorangan
Sendirian
Kau bergelak tawa dikhalayak
Namun di hati kau memendam
Seribu satu rahsia
Sejuta luka
Kau tersenyum semanisnya
Namun ia sekadar
Menyembunyi tangis
Yang tiada henti
Pernahkah
Kau rasa
Apa yang aku rasa?
One Utama, Bandar Utama
Thursday, January 12, 2017
Ini Ciko
Kucing angkat saya. Ingat manusia je boleh dibuat angkat-angkat? Haha...
Kucing jiran, tapi selalu di rumah saya.
Manja. Gemuk. Bulu kembang.
Kuat makan. Kuat tidur.
Tuesday, January 10, 2017
Cinta Seorang Blogger
Terjumpa proposal kajian ilmiah:
Bukti cinta sejati.
:D :D
Terima kasih rakan² blogger yang banyak memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung, terutamanya ketika pengendalian soal-selidik.
#KenanganSangatNi
Monday, January 09, 2017
Mengapa jarang berblog?
Terfikir, mula berblog sejak 2006. Wow, lebih 10 tahun dah!
Dahulu hampir setiap hari update blog.
Walaupun sibuk dengan kelas ketika di universiti, asal ada gap atau waktu senggang antara subjek, pasti akan ke makmal komputer, menulis blog atau blogwalking.
Sampai sekarang masih berhubung dengan rakan-rakan blogger yang dikenali sejak 2006. (Terima kasih semuanya!)
Akhirnya mendapat jawapan.
Sebab friendster, sekarang dah tak ada.
Sebab facebook. Sejak 2010, saya mewujudkan akaun facebook dan kebanyakan masa dihabiskan di situ.
Hihihi.
Ok, hari ini saya uninstall aplikasi facebook dalam telefon. Maka entry ini terhasil! 😉
Saturday, January 07, 2017
Aku bertanya, ustaz menjawab
Aku bertanya:
Bolehkah seorang perempuan yang dinyatakan hasrat kepadanya oleh seorang lelaki untuk berkahwin dengannya menerima pinangan daripada lelaki lain?
Ustaz menjawab:
Boleh, kerana tiada ikatan (maka tidak dikira tunang atas tunangan orang).
Aku bertanya lagi:
Seseorang yang tidak berkeinginan tetapi disuruh untuk berkahwin, bagaimana?
Ustaz menjawab:
Makruh hukum berkahwin ke atasnya jika tiada kehendak untuk itu.
Nota: Soaljawab bersama pegawai dari Jabatan Agama Negeri Kedah.
Sunday, January 01, 2017
Pembuka tirai 2017
Antara azam 2017 konon² nak aktif berblog semula.
Hihihi...
Ok, selamat tahun baru dan selamat menyambut kenaikan harga petrol.
28.12.2016 isi penuh.
Bulan ni nak kurangkan perjalanan. Cukup pergi kerja dan balik ke rumah sahaja.
😜😜
Tengok sampai bila mampu bertahan.
Apa azam tahun baru awak?
Sunday, December 25, 2016
Rasa
Terkadang kau berasa gembira
Kau tersenyum, kau tertawa
Terkadang kau berasa kecewa
Kau menangis, kau menderita
Rasa
Datang menjengah tiba-tiba
Tanpa sempadan masa dan ketika
Tanpa isyarat dan petanda
Kau tunduk akur pada takdirnya
Pada hati kau pinta
Ia tabah dan bersedia
Tidak terlalu gembira
Tidak terlalu kecewa
Segala rasa yang hadir
Bakal bersilih bakal berganti
Itulah peneman hidup
Sehingga nafasmu yang terakhir.
Nurfatimahz Puteri, 25.12.2016.
Wednesday, November 30, 2016
Cerita Luka
Cerita duka
Jangan kau bertanya
Tentang ia
Kerana luka
Bisa berdarah semula.
Nurfatimahz Puteri,
30.11.2016 @ 10.31 pm
Saturday, April 16, 2016
Monday, March 07, 2016
Tuesday, February 16, 2016
Hidup Dalam Mati
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu
Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan
Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati
Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati
Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan
Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati
Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri
Hidup dalam mati
