© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, September 23, 2006

al-kisah



macam tak caya lak esok nak puasa dah,,huhu.. bukan tak pernah puasa dekat asrama, tapi tah macam sedih lak.. tadi ada berbual dengan sorang student tu (tutor lain), pasal kos yang kami ambil ni. Dia tanya ana, macam mana.. (sebab kami sama-sama tak de asas dalam akaun, math tam.. actually ana pun baru tau hari ni..hihihi..)

pastu dia tanya tak mintak tukar ke? Ana cite la ana penah mintak tukar sebelum ni tapi tak dapat, mintak tahap merayu-rayu lagi.. Ana tanya keputusan spm dia, dia lebih ‘satu’ dari ana. Herm..ok la tu.

Nak cite lagi tapi..macam bahaya lak..kuikuikuikuim… huhuhu.. (jangan marah ye..) ;)

Dapat msg dari rose..(sahabat di maahad) ana tny dia sape yang ambilkan anugerah yang ana dapat khamis hari tu kat sekolah, dia balas ‘ayh dan mak hmp p dan ambk hadiah kat hampa’ lepas tu dia hantar lagi.. ‘sume rindu kat hmp’ huhu..iye ke? Ade unsur2 membodekkah? ‘x dak bodek2 la..ikhlas ni’
Erm.. sampai sini je la dulu posting ana untuk kali ni.. lama dah tak posting yang baru, so kali ni ana postkan dua sekali.. hehe..jumpa lagi semua.. assalamualaikum..


“SeLaMaT MeNyaMbuT RaMadHaN aL-MuBaRaK…!!!”

sebuah memori



esok dah start puasa. Td gi jenjalan dkt nilai 3, window shoping..huhu
boring lak.. baru-baru ni abg hazar bg voice sms,,wah, best giler =D hihi..tah hape2




semalam dapat mp3 lagu yang disukai.. Warkah Berlagu Pilu – Felix AF3. bukannya sbb minat felix atau AF,.. Cuma lagu tu merupakan voice sms pertama yang ana terima sejak voice sms diperkenalkan, yang menghantarnya ialah akhi…… lupakan je la, huhu..
dan ia membangkitkan kembali sebuah memori yang tersimpan jauh di lubuk hati walau telah berkali-kali cuba untuk dilupakan..

itu semua cerita lama tp.. kenapa dalam hati ada perasaan? ya Allah susahnya untuk melontarkan segala-segala yang telah memberi kesan dalam hatiku ini. Bantulah hamba-Mu yang hina ini.. ya Allah lenyapkanlah dia dari hati dan ingatanku..

Kadang-kadang ana rasa tertipu dengan apa yang pernah berlaku terhadap ana. Sakit hati, terasa, terkilan, terluka..semua ada. pahit… bulan lepas, ana rasa tertipu yang amat sangat. Kenapa lepas setahun peristiwa itu berlaku, masih muncul lagi anasir-anasir yang ‘menggangu perasaan’ ana?

Seorang ukhti yang mengambil ana sebagai adik angkatnya memberitahu ana melalui msg yang sebelum ini akhi itu menaruh perasaan terhadapnya. Pada masa itu, ana dan akhi itu masih berbaik dan sangat-sangat rapat.. Ya Allah..tetiba ana rasa tawar hati untuk terus mengirimkan msg untuk ukhti itu.. maafkan ana..

Pelik..kan?

ramadhan al-mubarak

Wednesday, September 13, 2006

andai cinta hendak diberi...


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan.

Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg
tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...


1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.


2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang
lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang
sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak
amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia
memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya... "



Monday, September 11, 2006

taqwim bulan Ramadhan


hmm..tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al-mubarak..
kita dah pun melepasi nisfu syaaban..
ini bermakna..tidak sampai 15 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak..

hehe..cam tak sesabo lak nak raya..hihihi =D

so kat sini..ana letakkan taqwim bulan Ramadhan untuk memudahkan muslimin dan muslimat terutama sahabat2 ana di KUIM ni..
eh..lupe lak..memang untuk student KUIM pun :D
sebab cuma taqwim untk bandar baru nilai..hehehe

haa..pasni.. ble la antum rujuk kat sini ataupun..
ble gi print.. hermm..



ataupun kalau macam xbape klear ke.. ble datang jumpe ana sendiri =) tu pun kalau kenal lah..hehehe

ok.. tu je untuk posting kali nih..

Friday, September 08, 2006

cara makan Rasulullah

Assalamualaikum. ...

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua...

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje?

sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.

Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL #
JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,
SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU,
BARU MAKAN NASI. #
TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. #
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa..... .........Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.

Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.

Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......WallahuA'lamSabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Wednesday, September 06, 2006

boikot israel


marilah kita bersama-sama memboikot isarel laknatullah..!!





* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.


* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.


* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.


* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.


* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.


* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.


* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.


* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.


* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.


* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.


Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam?Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?

http://www.pmram.org/inpage/boycott/index.htm

Monday, September 04, 2006

pluto bukan lagi planet


Pluto Terkeluar dari Sistem Suria

JOCELYN Bell-Burnell berdiri tanpa semangat. Ia sedar, petang Khamis (24/8) itu di Praha Republik Ceko, adalah hari terakhir dalam pertemuan International Astronomical Union (IAU) ke-26.

Dengan wajah serius, tangan kanannya mengangkat kertas warna kuning bertuliskan “VOTE”. Sementara tangan kirinya memeluk Pluto, boneka anjing berwarna kuning dengan telinga hitam. Dari sikapnya, nampak jelas perempuan anggota IAU itu pendukung status quo Pluto.

Dan, nyatanya Jocelyn memang harus kecewa. Undian yang dilakukan kira-kira oleh 424 ahli astronomi dari seluruh dunia itu menghasilkan keputusan dramatik sekaligus bersejarah, membuang status planet dari Pluto.

Akibatnya, Pluto–yang selama ini dikenal sebagai planet terkecil dan menempati turutan kesembilan–harus dikeluarkan dari daftar planet anggota sistem suria. Dengan demikian, berdasarkan resolusi ke-26 IAU, jumlah planet anggota sistem suria tidak lagi sembilan, melainkan hanya lapan planet.

Keputusan ini juga sekaligus mematahkan usul penambahan tiga anggota baru sistem suria iaitu Ceres, Charon, dan 2003 UB313. Ceres adalah asteroid terbesar dalam sistem suria, Charon adalah satelit (bulan), dan 2003 UB313 adalah objek yang berada di luar wilayah sistem suria dan disebut sebagai Kuiper Belt. Bersama tiga calon anggota sistem suria inilah Pluto akan “menjalani” status barunya sebagai planet kerdil.

Para ahli astronomi bersetuju definisi planet. Menurut persefahaman itu, benda angkasa disebut planet jika memiliki ukuran cukup besar dan berada tetap di garis orbitnya selama mengelilingi Matahari, serta tidak tumpang tindih dengan planet lain.

Menurut para ahli, garis orbit Pluto tumpang-tindih dengan orbit Neptunus, sehingga secara otomatik (kerana ukurannya lebih kecil) Pluto tidak lagi diklasifikasikan sebagai planet.

Keputusan dramatik itu tampaknya menjadi klimaks dari perdebatan di kalangan ahli astronomi sejak dekad 1990-an. Hingga dekad tersebut, belum ada astronomi yang berani menggugat status Pluto sebagai planet.

Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, khususnya kemajuan dalam teknologi teleskop, sejak tahun 1990-an para ahli astronomi menemui beberapa objek di Kuiper Belt yang berada di luar wilayah sistem suria.

Ukuran dan sifat benda-benda itu kemudian dibandingkan dengan Pluto. Dari perbandingan itulah, beberapa astronom mempunyai usul agar Pluto digolongkan ke dalam icy world kerana suhunya yang mencapai -233 darjah Celsius.

Namun, pukulan paling hebat bagi Pluto datang ketika tiga tahun lalu ditemukan suatu objek yang diidentifikasi sebagai 2003 UB313. Setelah diukur dengan teleskop Hubble, 2003 UB313 ternyata memiliki garis tengah 3.000 km. Bererti lebih panjang daripada diameternya dari Pluto. Jika dibandingkan dengan lapan planet anggota sistem suria lainnya, Pluto–yang ditemui oleh astronom AS, Clyde Tombaugh tahun 1930–memang mempunyai ukuran paling kecil.

Diameternya hanya 2.360 km atau dua kali panjang Pulau Jawa, dan memiliki gaya graviti hanya 6 peratus dari graviti bumi. Jaraknya yang sangat jauh dengan pusat sistem suria, Matahari, yakni mencapai 5,9 milion km, Pluto mengelilingi Matahari setiap 248 tahun. Sedangkan masa rotasinya (dibandingkan dengan masa rotasi Bumi) selama 6,8 hari.

Sidang IAU juga memutuskan perlunya perubahan pada sejumlah buku teks yang memuat maklumat mengenai sistem suria, bahawa planet anggota sistem suria bukan lagi sembilan, tapi lapan sahaja. IAU adalah lembaga resmi yang mengatur nomenklatur bagi dunia astronomi dan bertanggung jawab atas penamaan bintang, asteroid, planet, dan benda-benda ruang angkasa.

Meskipun demikian, bagi para ahli astronomi yang mendukung status quo Pluto, keputusan sidang IAU ke-26 di Praha itu sangat memalukan. Tidaklah menghairankan jika proses pengambilan keputusan pada akhir sidang diwarnai adegan saling gertak dan pura-pura.

Bahkan, ketika ketua komite bersetuju definisi yang diambil secara undian, sejumlah astronomi AS menilai suara mereka telah dibajak. Dr. Alan Stern, yang memimpin misi ruang angkasa AS untuk Pluto, New Horizons, berkata kepada BBC News, “Itu adalah definisi yang kejam, dan kecerobohan ilmiah”.

Terlepas dari perdebatan para ahli astronomi, keputusan melucutkan Pluto dari menganggotai sistem suria akan mengganggu masyarakat yang selama ini sudah biasa dengan buku-buku dan pengetahuan yang telah lama dibangunkan mengenai astronomi. Ini bererti, buku-buku pelajaran sains, khususnya mengenai antariksa dan astronomi, harus diperbaharui.

Mudah-mudahan saja kita akan tetap mengikuti perkembangan teknologi dan sains tanpa tergagap-gagap sehingga salah menulis buku pelajaran sekolah. (Muhtar Ibnu Thalab/”PR”/BBCNews)***