jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Monday, April 30, 2007
my love pictures
Sunday, April 29, 2007
kangan
mr R
aku rindu padamu
malam itu..
ada suatu rasa pelik
dalam hatiku
dalam pemikiranku
tika itu
ingin sahaja aku mendapatkan kau
aku ingin kau dekat denganku
selalu
dan aku
benar-benar
ingin memilikimu
aku
suka kau
sayang kau
aku...
aku amat-amat sayang padamu
mana mungkin aku menolak
perasaan suatu masa dahulu
yang pernah hadir
dan ia
kembali lagi
kembali semula
seperti kau kembali menghubungiku
mr R
jika kau tidak punya perasaan terhadapku
seperti perasaanku terhadapmu
sewaktu dahulu
biarlah
biarkan ia berlalu
angaplah aku temanmu
layani aku seperti teman-temanmu
aku
juga
punya perasaan
mr R bodoh
aku sayang padamu
aku juga bodoh
kerana menyayangimu
kerana pernah menyayangimu
pertemuan kedua
tak seperti pertemuan pertama kita
ya..
aku akui
dan tidaklah suatu yang asing
untukku katakan
pertemuan pertama itu
adalah
pengakhiran perhubungan kita
ya..
dan selepas itu..
aku..
kecewa
derita
sengsara
merana
namun aku kuatkan hatiku
terima kasih utk abg anuar
yang hanya ku kenal di dunia cyber
dunia friendster
ku hitungsetiap hari yang berlalu
tempoh aku tidak menghubungimu
kita tidak berhubung lagi
dan aku tekad
tidak akan memulakannya
dan aku
ada kekuatan
ku pinjam dari teman dunia blogku
amir hamzah
terima kasih utk kata-kata keramat itu
dan mr R
terimalah aku sebagai temanmu
seperti kita sewaktu yang dahulu
ya..
teman dunia cyber
teman chat, kawan..
dan aku..
lupakan perasaan itu
tinggalkan kenangan itu
tidak..
ianya adalah mustahil utkku lupakan
namun harusaku lupakan!
Sunday, April 22, 2007
kekhilafan II
sape yg betul ni?
takde org pun tolong aku..
ya.. melainkan ustaz..
yg myokongku..
mguatkan peganganku..
Ya Allah..
bantulah hamba-Mu
di mana pejuang yang lain?
Puteri :
lebih baik anda selidiki dahulu apa yg sdg anda lakukan..dikhuatiri anda sdg myebarkan dakyah puak yahudi laknatullahkembalilah kpd Allahssy sdh melawati laman yg anda
berikan..ya..mmg brtntgn dgn apa yg umat Islam ketahui secara umumnya..pastikah anda ianya benar?jahilkah jamhur ulama' menilai dlm mnilai sirah Islam yg asal jika itu adalah yg benar?hentikn dakyah iniMuawiyah :
nampaknya anda lebih rela membela ibnu ishaq yg syiah itu drpd rasulullah, muawiyah r.a. si penulis wahyu, ummul mukminin aishah r.a., saidina umar r.a. dan lebih drpd itu, anda lebih rela membela SYIAH!!! anda memang mengecewakan! kalau itu pilihan anda, tiada apa lagi yg boleh sy lakukan melainkan berdoa agar ALLAH memberikan hidayah kpd anda. apakah jika sy mengatakan khadijah berkahwin dgn rasulullah s.a.w. pada usia muda, sy menyebarkan dakyah yahudi??? adakah itu ajaran yahudi??? adakah itu merosakkan akidah??? di mana akal anda?? di kepala atau kepala lutut?? anda memang melucukan, sejak bila jumhur ulama di zaman silam percaya sepenuhnya dgn ajaran sirah ibnu ishaq?? sejak bila imam syafie, imam abu hanifah, imam malik dan imam ahmad bin hanbal percaya khadijah r.a. berkahwin dgn rasulullah s.a.w. pada usia 40 thn?? anda ada buktikah?? malah ulama2 ahli sunnah wal jamaah yg hidup sezaman dgn ibnu ishaq sendiri tidak
mempercayai dan tidak menyukai beliau, termasuklah imam malik. jahilkah imam malik kerana tidak mempercayai ibnu ishaq, "bapa sirah" yg anda bela itu?? sy pasti apa yg terdapat di dlm website tersebut benar kerana terdapat hujah2 yg kukuh di sana, bukan seperti anda, tidak mampu mendatangkan hujah yg kukuh, malah menuduh sy yg bukan2. adakah ustaz yg memberi ceramah pemurnian sirah (yg mana video2 ceramahnya ada dlm www.video.google.com) itu yahudi??? ustaz tersebutlah yg gigih membersihkan sirah drpd penipuan yg dibawa oleh ibnu ishaq, "bapa sirah" yg anda bela itu. hentikan dakyah?? ini bukan dakyah, ini membela kebenaran. jika anda percaya muawiyah bin abu sufyan ialah penjahat, pemberontak, macamana dgn alquran yg anda baca?? muawiyah adalah salah seorg penulisnya. dikhuatiri satu hari nanti, anda akan meragui pula keaslian al-quran
gara2 salah seorg penulisnya ialah muawiyah, na'udzubillahi min dzalik. maaflah, sy bukan pembela ibnu ishaq seperti anda, tapi sy pembela rasulullah, para sahabat dan ummul mukminin.
Wednesday, April 18, 2007
kekhilafan
salam.. tolong..
kepada sesiapa yang berkenaan..
aku mendapat emel dari sesorang yang tak ku kenal..
ade kisah yang bertentangan dengan apa yang aku pelajari
bukan..
banyak bertentangan dengan apa yang kita pelajari tentang sirah Islamiah!!
berikan aku kekuatan untuk mematahkan hujah-hujah mereka
atau.. beri aku kebenaran.. ya.. mana yang hak!
Muawiyah : Seorang sejarawan Islam yg ulung, Ibnu Kathir pernah menulis, "..umur Khadijah (ketika meninggal dunia) ialah 65 thn, ada ulama mengatakan 50 thn, dan yg ini(50 thn) lebih benar." Maknanya di sini, pendapat yg mengatakan umur Khadijah ketika beliau meninggal dunia ialah 50 thn adalah lebih tepat berbanding pendapat yg mengatakan umur beliau ketika meninggal dunia ialah 65 thn. Manakala semua ulama hadis dan ahli sejarah sepakat bahawa Khadijah hidup bersama Rasulullah s.a.w sbg suami isteri selama 25 thn. So, 50-25=25. Oleh itu, umur Khadijah ketika berkahwin dgn Rasulullah s.a.w. ialah 25 thn dan pendapat ini adalah LEBIH TEPAT drpd pendapat yg mengatakan bahawa umur Khadijah ketika berkahwin dgn Rasulullah s.a.w. ialah 40 thn.
Puteri : salam...berhati2 dgn apa yg anda sdg sebarkan.. bimbang anda mnyebarkn apa yg tidak benar..
Muawiyah : sy sendiri yg tulis wahai saudari. kalau saudari tidak berpuas hati, sila layari www.video.google.com dan taip 'pemurnian sirah' di search box then klik search. saudari juga boleh layari www.darulkautsar.com dan klik pada 'pemurnian sejarah Islam'. sy cuma mahu berusaha membersihkan sirah yg telah tercemar.
Puteri : knp pula br trsebar sdg sejarah itu lbh dr seribu tahun yg lalu? sy syaki ada unsur2 yg tidak baik
Muawiyah : utk pengetahuan saudari, selama ini kita banyak belajar sirah drpd ibnu ishaq yg dianggap sbg bapa sirah. sebenarnya beliau seorg PENIPU dan berkemungkinan beliau ialah syiah. beliau tidak disukai oleh ulama2 sunni yg sezaman dgnnya, malah imam malik r.a. pernah mengatakan beliau ialah dajjal, haha! tetapi entah macamana beliau diangkat sbg 'bapa sirah' selepas kematiannya. mungkin pengikut2nya yg menyebarkan 'ajaran2 sirah' beliau sampaikan kita pun terpengaruh. sebenarnya ada lagi perkara2 dlm sirah yg
telah tercemar selain drpd soal umur khadijah ketika berkahwin dgn nabi s.a.w, antaranya cerita nabi berkahwin dgn aisyah ketika aisyah masih kanak2, muawiyah bin abu sufyan ialah seorg yg licik, pemberontak dan jahat, yazid bin muawiyah pembunuh saidina hussein, kepala saidina hussein dihantar kpd yazid, saidina umar menanam anak perempuannya hidup2 sebelum memeluk Islam, hindun(isteri abu sufyan) memakan hati ataupun jantung hamzah bin abdul mutalib, al-quran tidak pernah dibukukan ketika rasulullah hidup tetapi al-quran cuma ditulis pada batu la, pelepah tamar la, percayalah, semuanya itu BOHONG semata2!! semua/hampir semua drpd cerita2 yg sy sebutkan di atas berasal drpd SYIAH!! layarilah dulu dua laman web yg sy dah berikan tu, insya-ALLAH awk akan jumpa jawapannya.
Saturday, April 14, 2007
Friday, April 13, 2007
cinta haikal
Angin malam yang menderu perlahan seakan cuba menenangkan hatiku yang gundah dan gelisah. Unggas dan cengkerik sudah menjadi sahabatku yang terakrab. Nyanyian mereka seolah-olah cuba menghiburkan hatiku yang masih berduka. Ya.. Malam ini seperti malam-malam yang lalu, terasa kosong, sunyi dan sepi. Sepi malam tanpa bintang, sepi alam tanpa cakerawala, sesepi hatiku tanpamu Sue.
Suhana, suatu nama yang pernah bertakhta di sudut hatiku suatu masa dahulu. Hingga kini masih belum bisa ku melupakannya. Sue.. Kau hadir tika aku dipinggirkan, disisihkan, dijauhi manusia sekelilingku. Kau tiba tika aku terumbang-ambing dengan kehidupanku, mengejutkan aku dari terus hanyut dibuai helah dunia. Kau membimbingku yang tersasar dari landasan, mengembalikan aku jalan yang diredhai Tuhan, jalan menuju cinta-Nya. Masih terngiang-ngiang dicuping telingaku madah-madahmu
"Haikal, Tuhan itu Maha Pengasih, pintu taubat-Nya sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya. Kembalilah kepada-Nya, nescaya dirimu akan beroleh ketenangan.. "
Sue mewarnai kehidupanku dengan warna-warna ceria, mengajarku erti kehidupan yang penuh keindahan. Kau tahu Sue, aku agak terkilan bila kau menolak tawaran melanjutkan pengajian yang kita perolehi dulu, kau seakan merahsiakan sesuatu dariku. Berat aku melangkah sendirian, namun doronganmu menguatkan aku, akan ku berusaha menggapai cita-cita kita yang pernah kita ikrarkan.
Sehinggalah hari itu tiba. Sewaktu aku pulang untuk percutianku di kampung halamanku, kampung halamanmu jua.. Aku hairan melihat ramai sanak-saudara yang bertamu di teratakmu. Mengapa? Apa yang berlaku? Hatiku berkobar-kobar, Ku gagahi langkahku memasuki ruang kediamanmu.
Jantungku berdegup kencang bila melihat sekujur tubuh kaku dihadapanku dan lebih hebat geloranya bila aku melihat itu adalah dirimu. Tanpa menghiraukan ibuku, ibumu dan sesiapa, aku meluru ke arah jasad yang tidak lagi bernyawa itu. Aku kelu. Hatiku sebak. Pedih tiba-tiba menyelubungi hatiku. 'Suhana!!' Inginku menjerit memanggil namamu, namun suaraku entah ke mana, hanya air mata yang mampu mengalir dari kelopak mataku.
Mengapa kau meninggalkanku Sue? Kata ibumu, kau punya penyakit. Ya. Barah tulang itu menghentikan nafasmu. Kenapa sanggup kau merahsiakannya dariku Sue? Aku masih memerlukanmu. Masih banyak impian dan janji kita yang belum ditunaikan. Lupakah kau pada semua itu? Lupakah dikau pada janji-janjimu yang dulu? Hampir sahaja aku menolak ketentuan-Nya yang tidak terduga itu, namun bait-bait kalammu menyedarkanku.
"Tuhan takkan selamanya menguji insan. Tiap dugaan itu adalah untuk menguji kekuatan iman dan menentukan tahap ketaqwaan kita kepada-Nya. Allah hanya memberikan ujian yang mampu kita hadapi. Percayalah dan yakinlah cinta Allah tak pernah jauh buat kita".
Sekuntum mawar putih ku letakkan di atas pusaramu, Masihku ingati, itu adalah bunga kegemaranmu. Dan air mata, ku biar ia terhenti. Langit yang kelam ku tinggalkan bersama memori itu. Aku sedar, biar sedalam manapun kasihku padamu, cinta dan kasih sayang Tuhan buatmu lebih menggunung tinggi.
Ketahuilah Suhana, biarpun kita terpisah, namun perpisahan ini tidak pernah memisahkan kasih Haikal padamu. Akan ku bawa semangatmu bersamaku setiap masa biarpun jasadmu entah ke mana. Moga kita akan dipertemukan Tuhan suatu masa nanti...
Nukilan : puteri_wildan
Email : nfza88@yahoo.com
URL : www.puteri-reformasi.blogspot.com
***********************************
karya puteri untuk D-MAG, e-majalah nasyeed.com.. hehe
actually dah lm wat cite nih.. ms form 4 ke form 5 tah..
sekian....
Tuesday, April 10, 2007
seandainya
album : setia
www.puteri-reformasi.blogspot.com
Andainya masa
bisa ku putar kembali
Akan ku ubah segala yang terjadi
Keterlanjuran kealpaan
Adalah kesilapan
Yang disengajakan
Kesenangan yang dikurniakan
Membuat aku kebingungan
Dalam memilih haluan
Jalan yang terang
Aku, kerisauan
Aku insan yang lemah
Hanya mampu berserah
Berserah segalanya
Kepada yang Esa
Moga diampunkan segala dosa
Agar sejahtera selama-lamanya
Mustahil bagiku
Mengubah masa lalu
Kini hanya mampu,
Insafi yang berlaku
Kenangan yang lalu
Pengajaran buatku
Ku serahkan diriku
Kepada yang Satu
Saturday, April 07, 2007
mimpi dia
Huh..tak ke pelik tuh? aku, abah dan emak. Lepas tu dekat sana, aku ada jumpa dia, mr R. Dia tanya padaku "awak tidur dekat sini ke?" aku jawab "erm..entahlah.. ye kot.." lepas tu dia cakap "xpe la, kalau awak tido sini, sy tido kat umah lagi satu" Umah sewa dia kot? tak pun ofis.. entahlah.. aku pun dah pening dengan mimpi tersebut. dan yang terlebih pelik ialah, kat umah dia tu, ada anak buah aku, hafeez.. Tak ke ntah ape2 mimpiku ini?? Barangkali dalam mimpi tu, aku dan dia ada tali persaudaraan kot.. agaknye lah.. huhu..
Lepas tu, keesokan harinya (masih lagi dalam mimpi) aku, abah dan mak nak berangkat pulang, so sebelum bertolak, aku masuk sekali lagi dalam umah dia dan jumpa mak dia.. (ada rupa macam gambar yang aku penah tengok dalam hp dia sket2, mungkin lah..hehehe) Ermm.. aku rasa sebelum aku tiba di bahagian dapur (tempat mak dia ada.. ohya, umah dia lak macam kg aku kat jitra..hoho..ape2 je la) aku ternampak kelibat seorang lelaki, tapi...ntah..xde pun bila aku sampai dekat mak dia.
Lalu, aku dengan sopan santunnya bertanya walau ku tahu dia mungkin xde kat umah ni sekarang.. Aku salam dengan mak dia.. ohya, nama panggilan mr R mula dengan huruf a, so aku pun manis2kan mulut bertanya, "erm.. a ade?" Mak dia pun cakap, "xde..". Masa tu aku agak gagap dengan mak dia, asal eh..? huhu.. Lepas tu, aku pun cakaplah "nanti.. kirim salam dekat a ya.." Mak dia angguk2. Sebelum beredar dari situ, aku ternampak kelibat seorang lelaki tengah bersolat di dalam bilik.. mungkin orang yang aku nampak tadi, tapi siapa? Takkan mak dia nak tipu aku kot? Pastu, xpe la.. aku pun masuk dalam kereta.
Ohya, aku tido dalam bilik dia semalam.. lepas tu aku jumpa album gambar. Ada gambar dia masa kicik2, masa skolah dan masa besar pun ada gak sket2. Itu dari sebelah kanan album.. bila aku buka dari sebelah kiri album lak, ada gambar adik-beradikku masa kicik2.. apakah ini? Pendekkan cerita, aku nak ambil dua keping gambar dia (curi2) tapi aku batalkan, aku amik satu album terus. (hoho..dasyat)
Herm..apekah ini? Tak penah2 aku mimpikan dia sebelum ni.. Masa kereta tengah bergerak, aku nampak bahagian dalam umah dia, ye la tingkap kan buka :) So, aku nampak seorang lelaki di sebelah mak dia.. Tahu siapa? abang naim. Khairul Naim, abang sepupu ipar baruku! Wahh..??!!
Kompius betul. Hmm.. camne aku ble mimpikan dia ye? haha.. rindu kot? Ah..itu memang. aku selalu saja rindukan dia, tapi takde la penah termimpi2. Terlalu rindu? Aku ada ceritakan pada housemateku. Ya, kawan2 rapatku kenal mr R wlaupun tak penah berjumpa dengan mr R (melalui gambar..). Kata temanku, mungkin aku ada melihat gambar dia sebelum aku tidur. Memangla ada sebab gambar dia ada dalam pcku.. Tapi....
Ya Allah..sungguh aku benar2 rindukan dia. ya.. kalaulah dia tahu.. Argh..dia tak perlu tahu. tak perlu. Cukuplah dia tahu yang aku pernah mempunyai perasaan terhadapnya. Dan aku tahu, dia juga pernah sebegitu. Jika tidak, masakan dia perlu menghabiskan masa dan kreditnya untukku, masakan dia perlu bersusah2 ingin menemuiku? masakan dia perlu bersusah2 menerima cadanganku tempat pertemuan kami yang agak jauh dari tempatnya? (sama2 jauh, dari tempatku, dari tempat dia juga).. Melainkan.. dia hanya menipu aku..
Tapi tak mengapa. Aku maafkan dia. Ya.. maafkan dia.. Bolehkah aku? Aku ingin lupakan dia. Aku ingin melupakan 'rama-rama' yang pernah meninggalkan 'bunga' sewaktu dahulu. Hampir sahaja aku meninggalkan perasaan aku terhadapnya, dia kembali. Entah lah untuk apa. Katanya dia rindu aku. mungkinlah.. Ah.. aku cuba terima sebagai kawan. tapi, cara dia layan aku tak macam seorang kawan. Maksud aku, bukanlah dia terlalu baik atau sebaik dahulu, tapi.. Dia seoalah2 tak endahkan aku. hanya sekadar menyapaku. Mencariku tatkala dilanda kebosanan?
Di mana kau letakkan aku dalam hatimu mr R? Kita bermula sebagai kawan, kemudian TERtambah bermacam2 perisa dalam tempoh itu dan menjadikan kita semakin rapat, ada perisa rindu, sayang... Dan kini, aku sedia menerimamu sebagai temanku kembali walau hatiku kembali mengharap.. Aku masih sayangkan dia. Dia..aku tak sanggup untuk membencinya, dia baik,.... tapi, dia sakitkan hati aku. Aku terlalu pedih, terkilan dengan apa yang berlaku. Tapi..aku.. aku masih lagi ingin memiliki dia seperti dahulu.. Aku ingin memiliki dia. Hebat. Ya, begitu hebat penangan cintamu mr R!
Amir pasti tidak menggemari entryku ini. Begitu juga abang anuar, pasti dia menggeleng2kan kepala jika dia tahu aku menulis entry ini..