© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, April 07, 2007

mimpi dia

Memang entah hape2 mimpiku itu.. ya, memang lah.. memang mimpi di siang hari.. yang buat aku terlalu terkejut sehingga membangunkan aku dari tidur lenaku.. Pelik betul. aku bermimpi aku ke rumahnya, rumah ibunya.

Huh..tak ke pelik tuh? aku, abah dan emak. Lepas tu dekat sana, aku ada jumpa dia, mr R. Dia tanya padaku "awak tidur dekat sini ke?" aku jawab "erm..entahlah.. ye kot.." lepas tu dia cakap "xpe la, kalau awak tido sini, sy tido kat umah lagi satu" Umah sewa dia kot? tak pun ofis.. entahlah.. aku pun dah pening dengan mimpi tersebut. dan yang terlebih pelik ialah, kat umah dia tu, ada anak buah aku, hafeez.. Tak ke ntah ape2 mimpiku ini?? Barangkali dalam mimpi tu, aku dan dia ada tali persaudaraan kot.. agaknye lah.. huhu..

Lepas tu, keesokan harinya (masih lagi dalam mimpi) aku, abah dan mak nak berangkat pulang, so sebelum bertolak, aku masuk sekali lagi dalam umah dia dan jumpa mak dia.. (ada rupa macam gambar yang aku penah tengok dalam hp dia sket2, mungkin lah..hehehe) Ermm.. aku rasa sebelum aku tiba di bahagian dapur (tempat mak dia ada.. ohya, umah dia lak macam kg aku kat jitra..hoho..ape2 je la) aku ternampak kelibat seorang lelaki, tapi...ntah..xde pun bila aku sampai dekat mak dia.

Lalu, aku dengan sopan santunnya bertanya walau ku tahu dia mungkin xde kat umah ni sekarang.. Aku salam dengan mak dia.. ohya, nama panggilan mr R mula dengan huruf a, so aku pun manis2kan mulut bertanya, "erm.. a ade?" Mak dia pun cakap, "xde..". Masa tu aku agak gagap dengan mak dia, asal eh..? huhu.. Lepas tu, aku pun cakaplah "nanti.. kirim salam dekat a ya.." Mak dia angguk2. Sebelum beredar dari situ, aku ternampak kelibat seorang lelaki tengah bersolat di dalam bilik.. mungkin orang yang aku nampak tadi, tapi siapa? Takkan mak dia nak tipu aku kot? Pastu, xpe la.. aku pun masuk dalam kereta.

Ohya, aku tido dalam bilik dia semalam.. lepas tu aku jumpa album gambar. Ada gambar dia masa kicik2, masa skolah dan masa besar pun ada gak sket2. Itu dari sebelah kanan album.. bila aku buka dari sebelah kiri album lak, ada gambar adik-beradikku masa kicik2.. apakah ini? Pendekkan cerita, aku nak ambil dua keping gambar dia (curi2) tapi aku batalkan, aku amik satu album terus. (hoho..dasyat)

Herm..apekah ini? Tak penah2 aku mimpikan dia sebelum ni.. Masa kereta tengah bergerak, aku nampak bahagian dalam umah dia, ye la tingkap kan buka :) So, aku nampak seorang lelaki di sebelah mak dia.. Tahu siapa? abang naim. Khairul Naim, abang sepupu ipar baruku! Wahh..??!!

Kompius betul. Hmm.. camne aku ble mimpikan dia ye? haha.. rindu kot? Ah..itu memang. aku selalu saja rindukan dia, tapi takde la penah termimpi2. Terlalu rindu? Aku ada ceritakan pada housemateku. Ya, kawan2 rapatku kenal mr R wlaupun tak penah berjumpa dengan mr R (melalui gambar..). Kata temanku, mungkin aku ada melihat gambar dia sebelum aku tidur. Memangla ada sebab gambar dia ada dalam pcku.. Tapi....

Ya Allah..sungguh aku benar2 rindukan dia. ya.. kalaulah dia tahu.. Argh..dia tak perlu tahu. tak perlu. Cukuplah dia tahu yang aku pernah mempunyai perasaan terhadapnya. Dan aku tahu, dia juga pernah sebegitu. Jika tidak, masakan dia perlu menghabiskan masa dan kreditnya untukku, masakan dia perlu bersusah2 ingin menemuiku? masakan dia perlu bersusah2 menerima cadanganku tempat pertemuan kami yang agak jauh dari tempatnya? (sama2 jauh, dari tempatku, dari tempat dia juga).. Melainkan.. dia hanya menipu aku..

Tapi tak mengapa. Aku maafkan dia. Ya.. maafkan dia.. Bolehkah aku? Aku ingin lupakan dia. Aku ingin melupakan 'rama-rama' yang pernah meninggalkan 'bunga' sewaktu dahulu. Hampir sahaja aku meninggalkan perasaan aku terhadapnya, dia kembali. Entah lah untuk apa. Katanya dia rindu aku. mungkinlah.. Ah.. aku cuba terima sebagai kawan. tapi, cara dia layan aku tak macam seorang kawan. Maksud aku, bukanlah dia terlalu baik atau sebaik dahulu, tapi.. Dia seoalah2 tak endahkan aku. hanya sekadar menyapaku. Mencariku tatkala dilanda kebosanan?

Di mana kau letakkan aku dalam hatimu mr R? Kita bermula sebagai kawan, kemudian TERtambah bermacam2 perisa dalam tempoh itu dan menjadikan kita semakin rapat, ada perisa rindu, sayang... Dan kini, aku sedia menerimamu sebagai temanku kembali walau hatiku kembali mengharap.. Aku masih sayangkan dia. Dia..aku tak sanggup untuk membencinya, dia baik,.... tapi, dia sakitkan hati aku. Aku terlalu pedih, terkilan dengan apa yang berlaku. Tapi..aku.. aku masih lagi ingin memiliki dia seperti dahulu.. Aku ingin memiliki dia. Hebat. Ya, begitu hebat penangan cintamu mr R!

Amir pasti tidak menggemari entryku ini. Begitu juga abang anuar, pasti dia menggeleng2kan kepala jika dia tahu aku menulis entry ini..

No comments: