© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, August 30, 2007

hari merdeka 2007

Selamat Menyambut Hari Merdeka 2007!!


Jom sama-sama kibarkan Jalur Gemilang.. Kalau takde pun.. semangat ada pun dah kira ok la tu =) (xde bendera gak..hehehe)..

Mulanya ingat nak ke KLCC malam ni.. Hmm.. Nak bersama perkim.. tapi rasanya tak jadi kot. Tak apalah, ada majlis ta'lim malam ni.. Jom sila3.. ke Camelia Court, B(7) 5 - 7 setiap khamis malam.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50 buat semua rakan2 blogger dan juga semua rakyat Malaysia!! (",)

Wednesday, August 29, 2007

bola merdeka

Malaysia VS Myammar

Tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya memperoleh (menyumbat) 3 gol. Mulanya hanya melihat semasa berada di dalam bas, dalam perjalanan pulang ke apartment.. Masa tu, 3-0 (xsilaplah.. orang yang cakap, kalau salah, tolong betulkan ;)).

Kemudian dah sampai, singgah ke kedai untuk beli barang sekejap, kebetulan ada yang sedang menonton siaran bola, jadi, saya tumpanglah se'mata' (se'kaki' tumpang main bola la jadinya, hehe). Ah.. 3-1?! Sedihnya.. Tapi ok la, dari yang 3 itu pihak lawan yang memperolehnya.

Apa-apa pun, selamat maju jaya buat pasukan Malaysia, tingkatkan usaha anda!!

****************************
Sokong team Kenari (Kedah) dan team Malaysia!!

Sunday, August 26, 2007

debat intrafakulti


Hari ni merupakan hari pertama bagi tahun ini Fakuti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM mengadakan debat intrafakulti. Tujuan utama debat intrafakulti ini adalah untuk mencari pendebat yang terbaik untuk masuk ke pertandingan debat interfakulti dan FSU merupakan satu-satunya fakulti yang menganjurkan debat intrafakulti sebegini. Tahniah dan syabas FSU!

Saya juga menjadi peserta di dalam pertandingan debat ini. Sebenarnya, inilah kali pertama saya menyertai debat, menjadi pendebat! Hmm.. mulanya agak teragak-agak untuk menjadi wakil. Sesi pertama, saya hanya menjadi simpanan sahaja. Mahu melihat bagaimana cara berdebat terlebih dahulu (yang bahasa arab dulu tengok gitu2 je, dan..tak faham sangat pun – itu yang utama ;)).

Ada tiga kategori, bahasa melayu, arab dan juga english. Saya mencuba bahasa melayu (je) dahulu. Menimba pengalaman, mungkin.. =) Ahli kumpulan saya (FF), zafirah (FF), nazmi (FF) dan afendi (SU). Saya dan zafirah merupakan rakan sekelas dan nazmi merupakan rakan sekuliah kami (baru kenal masa nak debat ni). Afendi pula berlainan course tapi juga di bawah FSU (saya kenal dia sebab kami sama2 bekas pelajar Tamhidi USIM).

Usul sesi yang pertama adalah “Kandungan Internet Tidak Wajar ditapis”. Kami (saya memerhatikan sahaja) mewakili pihak kerajaan memfokuskan internet tidak wajar ditapis kepada para pelajar terutama mahasiswa. dan alhamdulillah. Usul kami diterima. Sesi kedua, usul bertajuk “Gaji Lumayan, Kerja Berkualiti” dan yang ketiga, “Hak2 Ibu Bapa Mengatasi Hak2 Anak2”.

Sesi kedua. Kami berada dibarisan pembangkang. Inilah kali pertama saya berhujah. Huh..macam mana agaknya ya? Alhamdulillah, ok. Kami mempunyai isi2 dan bagus dan menarik. Premis kami adalah “Gaji Lumayan, Kerja Tidak Berkualiti”. Kami (saya sebagai timbalan ketua pembangkang) kaitkan dengan isu rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Tajuk ini agak menarik. Kami membuat beberapa celahan ketika kerajaan berhujah.

Ketua pembangkang :
gaji lumayan, kerja tidak berkualiti merupakan punca berlakunya rasuah.


Perdana menteri :
kerajaan telah meningkatkan sebanyak 17% gaji pekerja bla3…. Apabila gaji meningkat, hal ini mampu mengelakkan berlakunya rasuah. Bla3..

Ketua pembangkang : (barangkali kerajaan tidak memahami soalan kami)
jika begitu, mengapa rata2 yang terlibat dengan rasuah adalah pihak atasan yang mana mereka mempunyai gaji yang lumayan?

Perdana menteri :
apakah buktinya?

Timbalan pembangkang :
akhbar sendiri telah mencatatkan 617 pekerja dari sektor kerajaan terlibat dengan rasuah dan 20% daripadanya adalah dari pihak atasan. Bukan kami yang mengeluarkan fakta sedemikian dan adalah sedia maklum bahawa akbar2 itu milik kerajaan. Ini membuktikan bla3..

Seterusnya pihak kerajaan (TPM) ada menyebut tentang CCTV yang dipasang memantau pergerakan pekerja dan ini menjadi satu lagi mata bagi kami untuk dijadikan hujah.

Ketua pembangkang :
merujuk kepada CCTV yang disebut oleh pihak kerajaan, ini bermakna berlakunya rasuah dan seumpamanya, kerana itu ianya dipasang. Bukankah ini cukup membuktikan adanya kerja yang tidak berkualiti?

Timbalan PM :
CCTV dipasang tidak semestinya kerana berlakunya rasuah, bla3.. memantau pergerakan pekerja dll…

Ketua pembangkang :
Bukankah ia bermakna berlakunya kerja yang tidak berkualiti sedangkan gaji adalah lumayan apabila pergerakan pekerjanya ingin dipantau dan dikawal? Kita lihat contoh pekerja buruh, mereka melakukan kerja yang berkualiti, namun gaji tidak lumayan.

Apa lagi saya tak berapa ingat. Hehe.. Tapi pihak kerajaan menyokong usul mereka dengan mengatakan gaji lumayan ini membangunkan negara dan sebagainya. Contoh, KLCC.Pembangkang ketiga membidas : KLCC turut dibina dan dibangunkan oleh pihak buruh. KLCC itu sendiri bukti yang sangat dan terlalu jelas bla3..

Hmm.. saya ingin memuji pihak pembangkang (kumpulan sendiri) dalam hal ini. Kami mempunyai ide (ejaan idea yang baru, kan?) yang bagus namun, mungkin kami tidak menyampaikannya dengan sebaik mungkin. Kemahiran bercakap dan berhujah kurang, kata Yang Di Pertua. Lalu.. premis kami ditolak ;(

Dan akhir sekali kami berada di barisan kerajaan, saya sebagai Timbalan PM. Hmm.. kurang berminat untuk berkongsi topik ini.. :D Esok final. Kami tidak terlibat. Hanya akan menjadi penonton. =)

**********************************
1- PM : nazmi, TPM : zafirah, MP : afendi
2- KP : nazmi, TKP : saya, PK3 : afendi

3- PM : nazmi, TPM : saya, MP : afendi

Saturday, August 25, 2007

bunga mawar


Terlihat rakan sekelas (hazirah husna) mencari-cari gambar bunga di internet. Dia ada bertanya kepada saya, bagaimana hendak mendapatkan gambar bunga? Lalu saya memberikan cara yang mudah iaitu melalui search engine seperti google, kemudian, setkan pencarian image atau gambar. Seterusnya taipkan perkataan (jenis gambar) yang dikehendaki.

Kemudian, saya pula tertarik kepada apa yang dilakukannya. Wah.. cantiknya gambar bunga!!













Hmm.. saya suka sangat bunga mawar.. tak kisahlah putih atau merah (selalunya mawar putih) atau apa-apa sahaja warnanya, janji namanya adalah bunga mawar, saya sukakannya. =) Er.. takde sape2 nak hadiahkan kepada sayakah? ;)

Friday, August 24, 2007

penggunaan masya-Allah


Sebarkan kepada kawan/sahabat. Kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama citer p ramlee yang banyak menggunakan "masyaallah" dalam situasi yang silap. Bayangkan jika anda forward kankepada sahabat2 lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit.

Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal. Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya. Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalaz im" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang salah dari saya..! Wallahulam.. ..!!!

*****************************
curi dari entry macai_suci =)

Wednesday, August 22, 2007

bacalah

Munsyid : Wildan & Moonshade
Album : Mubarak Ramadhan
Penampilan : Abi Hazeeq Mustaqeem, Razin Mestica, Fazli FarEast



Bacalah.. bacalah..
Dengan nama Tuhanmu
Bacalah Al-Quran
Hatimu akan tenang selalu

Bacalah.. bacalah
Kitab suci yang diturunkan
Kepada nabi junjungan mulia
Panduan berguna
Hingga ke akhirnya di sana

Dengan membaca Al-Quran
Nanti kau akan tahu
Segala suruhan Tuhan yang difardukan ke atasmu

Al-Quran jadi panduan
Kepada setiap insan
Al-Quran jadi pedoman
Janganlah kau meraguinya
Kama suci ini

Bacalah Al-Quran dan hayati
Isilah masamu dengan membacanya
Semuanya ada di dalamnya
Kalam Tuhan sirah para nabi

Jangan jadikan Al-Quran sebagai hiasan
Kerana Allah murka dan berdosa pula
Banyak hikmah dang pengajaran
Jadikan teman dikala sendirian

*****************************
P/S : Jangan tinggalkan dari membaca Al-Quran

Monday, August 20, 2007

mubarak ramadhan


Assalamualaikum semua. Hmm.. Tak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan al-Mubarak yang mulia. Jadi dikesempatan ini saya ingin mempromosikan album Mubarak Ramadhan daripada Nasyeed.Com (belumpun puasa dah dengar lagu raya, hehe..). Sesuai untuk peminat dan bukan peminat nasyid (sebenarnya dah lama berada dipasaran).

Album Amal Sempena Ramadhan Al-Mubarak.

MUBARAK RAMADHAN : Wildan, Amrain.
Penampilan Istimewa : Moonshade, Abi Hazeeq Mustaqeem, Razin (Mestica), Fadzli (Far East), Akbar (Brothers) dan Azihin (Narrator).

Antara lagu yang terkandung di dalam album tersebut adalah :
1- Mubarak Ramadhan
(Wildan, Amrain & Moonshade)
2- Nikmat Ramadhan
(Wildan)
3- Bacalah
(Wildan & Moonshade)
4- Wahyu Pertama
(Far East, Wildan & AlarmMe)
5- Tangisan Rindu
(Wildan)
6- Fitrah Hari Raya
(Wildan, Amrain, Ideal, Alif Ila Ya, Amal & Salleh (Brothers))
7- Indah di Hari Raya
(Wildan & Moonshade )

Antara lagu yang memang saya sudah agak familiar dan menggemarinya adalah ‘Wahyu Pertama’ (Far East) dan ‘Tangisan Rindu’ (Wildan). Manakala lagu yang baru saya dengar semuanya best sangat, pasal puasa dan raya ; ) Yang paling saya suka adalah ‘Nikmat Ramadhan’, mendayu-dayu sangat lagu tu. Lagu ‘Bacalah’ pula mengisahkan tentang Al-Quran, bacalah Al-Quran…

Haa.. tidak ketinggalan lagu ‘Mubarak Ramadhan’ yang merupakan lagu utama yang dijadikan tajuk album (disertakan Minus One Mubarak Ramadhan), juga best. Ada 3 bahasa di dalam lagu itu, Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.. Harga bagi setiap satu album (CD) hanyalah RM19.90. Dapatkan yang ORIGINAL.

Sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi saya sendiri (Nur Fatimah a.k.a puteri : 012-564 6274) atau pihak Syumul Edutaiment (Bro Shidie : 017-614 1629) dan pihak Nasyeed.Com. Sokong dan selamatkan industri nasyid Malaysia. Bantulah mereka.

********************************

peminat, penyokong dan sahabat nasyid….. ;)

Sunday, August 19, 2007

blind date


Erm.. masuk kali ni, 3 kali sudah saya ‘bersuai kenal’ dengan blind date. Hmm.. sebenarnya saya tak tahu pun ape bende tu.. tapi kawan saya yang cakap dan memperkenalkan istilah itu kepada saya.

Kali pertama, tahun 2006. Kali kedua, kawan sms. Bulan 7, 2007. Kebetulan masa tu dekat bangi. Hurm.. Kawan serumah saya agak teruja bila dia tahu, “wah, blind date?!” Masa ni baru tahu istilah tu (dalam hati.. kalau macam tu, ni kali kedua la..tapi diorang tak tahu).. Kali ketiga adalah hr ni, s.. tu pun sebab ada urusan. Hmm..(urusan) ni agak menarik.

Hm.. semua blind2 date tersebut tidak memberi kesan seperti yang pertama. Hmm.. well.. itulah kenangan.. best sangat. Kekadang rasa kelakar, lucu pula bila teringat situasi tersebut. Malu2, segan2. haha (dalam tenet, sms bkn main lagi).. Jumpa abg senior USIM pun macam tu.. Hmm.. jumpa sebab dia pengarah program dan saya setiausahanya. Aneh, satu jawatankuasa tapi tak kenal pun masa dilantik. Lagi sorang pengarah Kelab Penyayang, sebab dia ajak join program under kelab dia.

Hmm.. semua sama, (tak buat saya tak hilang lapar pun..). Huhu. Kecuali yang itu. Hmm.. dia. Sebenarnya dah 3 kali jumpa. Pertama, tuuutt..(kredit anda tidak mencukupi). Kedua, ada show nasyid dekat UKM. Ketiga, ada show dekat USIM sendiri. Gabra, gelabah, gembira. Masa hari tu sebelum nampak dia, saya baru je beli something untuk makan. Lepas terserempak tu… Haih. Mana la pegi nafsu yang ada tadi. Isk3.

Lepas tu, hari ni baru la jumpa dengan orang, yang mana urusan kami ada kaitan dengan nasyid. Ah, sebetulnya s mengenali mr dan bercakap sedikit sebanyak tentang mr. Tapi dia tak tahu apa2 (tentang saya VS mr). Tapi sebab dia tak tahu jugaklah dia buat saya tiba2 rindukan mr. Ah.. kenapa ni? Hmm.. tamatla riwayat. Balik rumah lepas tu..
+ lapar la..
- tak kenyang lagi tadi?
+ haha

Hmm.. ‘dia’ memang lah suatu kelainan. Bilakah akan berlalu semua ini? Rindu ini..

Saturday, August 18, 2007

mengarang esei


Hmm.. Baru-baru ini terbaca iklan tentang pertandingan mengarang esei bahasa Inggeris anjuran senior Sains BioTeknologi. Hmm.. agak menarik dan berminat untuk menyertainya. Perkataan, sekurang2nya 1000-1500.. Sekarang baru berjaya membina lebih kurang 400patah perkataan. Ada lagi lebih kurang 600 hingga 1100 lagi.. Oh? Tarikh tutup lak 19-09-08..insya-Allah.

Antara tajuk2 yang saya ingat adalah :
1- write a story that end with “…after that day, I had never seen him anymore”
2- Happiness
3- Siti Nur Haliza

Hmm.. sape nak join, sila2.. Tapi err.. kene jadi student USIM la. Hmm.. takpun.. bagi karya kepada saya.. =) Jom3..

Thursday, August 16, 2007

tentang masa


hari dan masa
terus berlalu
tanpa henti
ku kejar masa yang berlari
jauh ia meninggalkanku
ku seru ia agar kembali
ia tidak mempedulikanku
ku menanti
namun telah pasti
ia takkan sesekali
kembali lagi.......

hmm.. sekalung penghargaan buat teman2 yang sudi memberi sokongan untuk entry cerita saya sebelum ini.. Diya, miss ida (ble ke msukkn dlm snarai 'teman'? ;)) dan abg SF yang berkongsi 'permainan' yang best di zaman kanak2 dulu.. =)

Jugak buat amirah (teman baik dari SRI Abim dan kini sama2 di USIM), terima kasih kerana.... Banyak memahami dan banyak berkongsi rasa hati ini.

- kenapa awak tulis macam tu (cerita saya)?
+ kenapa?
- sedih tau tak?
+ hmm...

Berbalik tentang posting. Masa. Apa perkaitan masa dengan entry pada kali ini? Benar, masa bisa merubah segalanya. Masa juga perawat yang terbaik. Tapi, kadangkala.. sebaliknya yang berlaku. Tanpa sedar, kebanyakan masa merubah diri kita sebaliknya! Bukankah masa memerlukan kita menjadi penanti yang setia, dan penantian itu sesuatu yang amat menyeksakan!

Mungkin bukan untuk semua. Tapi, entahlah. Apa yang bermain difikiran saya sekarang.. Saya rasa menyesal kerana membiarkan 'memori' itu berkamus dalam kehidupan saya. Ya.. 'masa' itu telah merubah persepsi saya.

Ah lupakan. Saya harus melupakan! Saya tidak boleh menghukum semua orang dengan hukuman yang sama hanya kerana dia yang pernah melakukannya.

Masa adalah penawar.

Tuesday, August 14, 2007

bahagia itu

bahagia itu
bukan milikku
bukan untukku
apa lagi tertulis buatku
namun
jika dia
hanya itu
yang bisa
membuatkan aku tersenyum
aku tertawa
aku gembira
memberi makna dalam hidup ini
izinkanlah aku
menikmati dan mengecapi
bahagia itu

Monday, August 06, 2007

cerita saya

Kisah ini berlaku semasa saya kecil-kecil dahulu, barangkali ketika berusia 4,5 atau 6 tahun. Dulu, saya tinggal bersama nenek dan arwah datuk di kampung. Saya mempunyai seorang bapa saudara yang tinggal di taman (dalam daerah yang sama) yang tidak terlalu dekat dan juga tidak terlalu jauh dari rumah nenek saya. Jadi setiap hujung minggu atau cuti, sepupu-sepupu pasti akan datang ke rumah nenek. Kami akan bermain-main dengan gembiranya.

Sepupu saya yang paling rapat adalah fadli, saya memanggilnya ‘dik li’. Walaupun usia kami sebaya dan dia sebenarnya lebih tua (dua bulan) dari saya, saya memanggilnya ‘dik’ dan dia hanya memanggil saya dengan nama timangan saya. Ini kerana ayah kepada dik li merupakan adik kepada ibu saya. Adik-adik fadli semuanya lelaki. Dia hanya mempunyai seorang kakak. Memandangkan saya agak rapat dengan fadli dan adik-adiknya, perangai saya juga seakan mereka. Agak kelelakian. Hehe..

Kalau budak-budak perempuan dekat kampung pakai kain, baju kurung, saya pula lebih selesa memakai t-shirt dan seluar panjang. Tapi yang baiknya walaupun agak kasar, saya tetap memakai tudung (untuk ke sekolah dan mengaji al-Quran).. =) Kalau waktu raya, budak-budak perempuan beraya dengan kawan-kawan perempuan, saya pula beraya dengan sepupu-sepupu lelaki saya. Bestnya sebab orang tak berani kacau (sebab ada lelaki yang menjaga saya).. (“,) Kadang-kadang saya rasa saya lebih kasar dari dik li. Saya selalu letakkan tangan saya atas bahu dia (agak ganas, kan? hehe).

Kawan-kawan perempuan saya suka main anak patung, beruang, masak-masak. Saya main jugak. Tapi selalunya saya main ‘power rangers’ dengan sepupu saya. Kadang-kadang ‘ultraman’. Entahla siapa yang jadi raksaksa, saya sudah tidak dapat mengingatinya lagi. Paling diingati, kami selalu berlawan memanjat dan berpusing di tiang (pegang tiang dengan sebelah tangan dan berpusing disekitarnya) dalam rumah nenek, ataupun memanjat pokok-pokok rambutan yang ada di halaman rumah. Kami pernah tidur bersama, mandi dan lain-lain lagi. Rasa kelakar pula bila teringat. Ah.. rindu pula pada zaman itu. Bahagianya..

Pada petang itu, kami bermain-main di dalam rumah seperti biasa. Berlari-lari. Pusing-pusing disekitar tiang yang selalu menjadi alat permainan kami. Masing-masing menunggu giliran. Kemudian, tibalah giliran saya. Saya pun mengambil ruang untuk memegang tiang dan berpusing. Entah bagaimana, tiba-tiba..saya tersasar. Saya terlanggar tiang itu. Bukan terhantuk di kepala, tapi di mulut. Saya rasa agak sakit. Tapi saya tak adalah menangis. Tapi bila darah keluar, barulah saya menjadi takut (bukan takut darah, takut darah abis keluar, agaknyala..).

Apa yang saya ingat selepas itu (saya ada mengadu pada sesiapakah? Tak ingat..), saya masuk bilik datuk sambil memegang segenggam kapas, saya pekupkan pada bibir saya. Banyaknya darah. Saya menangis sambil tidur. Lepas tu, memang saya langsung tak dapat ingat apa-apa lagi. Yang saya tahu selepas itu, saya menerima beberapa jahitan, lalu kini, kesan jahitan itu ada. Kekal.

Kenapa saya ceritakan? Saya ingin orang tahu. Saya ingin kalian tahu. Saya ingin kawan-kawan tahu kenapa saya begini. Saya tahu, ada yang menganggap saya s*****g. Saya sedih bila orang anggap macam tu. Ada kawan yang pernah bertanya. Tak apa, saya tak kisah. Saya akan ceritakan. Tapi.. saya sedih bila ada yang memandang hina terhadap saya. Memanjang jelik. Rendah. Bukan saya tidak redha dengan ketentuan ini. Bukan saya menolak takdir ini. Bukan juga saya tidak mensyukuri nikmat, sekurang-sekurangnya saya masih mampu bercakap dengan baik. Saya mempunyai kawan-kawan, guru-guru dan saudara yang sayangkan saya. Bukan juga saya menghina kejadian Tuhan. Cuma.. saya terkilan dengan pandangan manusia yang sebegitu.

Bukan juga saya berfikiran negatif atau berprasangka buruk. Tapi ini adalah hakikat. Suatu hari semasa saya berada di rumah mak su (ibu kawan baik saya, faradila), ada tetamu di rumahnya. Dia memandang-mandang saya. Saya berperasaan aneh. Saya tak endahkan. Saya menghadiahkan senyuman buat mak cik itu. Lalu saya terdengar (tentu sekali mendengar kerana saya berada disebelah mak su) mak cik itu bertanya kepada mak su “dia ada lelangit dak?”. Mak su tak tahu, dia memandang saya. Kak fidah (kakak kepada faradila) pun. “che (panggilan mesra di negeri kedah) ada lelangit dak?”, Tanya maksu. Kemudian kak fidah mencelah,“dia walaupun macam ni, ngaji pandai, masuk U dah ni..” Ucap kak fidah sambil menepuk-nepuk paha saya. Saya sedih bercampur terharu. Lalu saya menjawab (soalan mak su), “lelangit? Ada..” kemudian menyambung kembali “dulu eksiden (jawapan mudah dari saya)”. “oo.. ya ka..?”. Saya kuatkan hati, ‘tak apa, dia tak tahu’, ‘dia hanya bertanya’.

Saya suka ramai kawan. Saya berbangga memiliki ramai kawan. Ada kawan yang mencemburui saya kerana memiliki ramai kawan dari mereka. Kawan sepermainan, sekolah, sekelas, sekampung, senegeri, senegara, luar negara dan termasuklah rakan siber dari YM, MIRC (dulu-dulu join, sekarang dah berhenti), sms, forum dan lain-lain (ramai kan kawan saya?). Ada yang meminta gambar. Ada yang saya beri, ada yang tak. Saya memang jarang bergambar dahulu. Kalau ada pun gambar terkini (pada masa itu) yang diambil semasa di tingkatan 2 dan 3. Ada juga yang ingin berjumpa. Saya menolak.

Kenapa saya menolak? Sebab saya takut saya akan kehilangan kawan-kawan saya tersebut. Kenapa saya takut? Perasaan saya sahaja? Semuanya saya tolak, ‘saya belum bersedia’, ‘jauh’, ‘susah nak keluar’, bla la bla… sehinggalah tahun lepas ada seseorang yang betul-betul membuatkan saya tertarik, mr. Dialah ajnabi pertama saya ceritakan secara detail tentang saya, rupa paras, tinggi rendah (dia juga bertanya tentang berat, malu untuk beritahu, tapi saya cakap jugak). Dia ajak jumpa, saya tak nak (walaupun dalam hati ada keinginan). Saya cakap

+ saya takut.
- apa yang awak takutkan? Saya bukan makan orang
+ memangla. Tapi saya takut
- takut saya tak terima awak?
+ hmm..

Setelah bercakap sedikit sebanyak, dia seperti menerima ‘saya’. Saya bersetuju untuk berjumpa dengannya. Saya pergi dengan seorang kawan. Dia seorang. Sebenarnya saya memang takut untuk itu. Takut sebab dia rakan siber pertama yang saya akan temui. Lelaki pula. Dan terlebih takut, saya akan kehilangan dia. Bukan setakat perasaan, tapi hubungan sebagai kawan. Mungkin kerana instinct saya kuat , ianya menjadi kenyataan.

Selepas berjumpa dengannya, dia senyap sahaja. Diam. Sunyi. Sepi. Saya mengagak apa yang berlaku. Tapi saya tak sanggup berfikir jika anggapan saya itu benar. Saya hubungi dia. Dia layan, cakap dengan baik. Macam biasa. Tapi saya sedar perubahan dia. Dia tidak lagi menghubungi saya seperti dahulu. Saya tertipu. Tertipu dengan perasaan sendiri. Dan akhirnya saya tahu.. betul. Sangkaan saya tepat.

Bagaimana saya tahu? Saya bertanya sendiri. Beraninya saya? Ya. Saya berani. Dengan sokongan seorang teman lagi, yang juga rakan siber, lelaki. Abg taufiek. Katanya, saya perlu berani untuk bertanya dan berani untuk terima apa sahaja jawapan yang bakal dia (mr) berikan. Lalu, saya peroleh kebaranian di situ. Dan.. saya menangis selepas itu. Ahh.. apa lagi yang mampu saya lakukan. Selain ketawa dalam menangis. Ketawa kerana saya sudah mengagak itu jawapannya. Itu jawapan dia. Itu puncanya.

Itu cerita lama. Saya tak marahkan dia. Saya juga tidak mendendami dia. Saya tak salahkan dia. Itu hak dia. Dia berhak memilih, membuat pilihan. Tapi saya berkecil hati kerana dia pernah memberi saya harapan.. untuk dikecewakan. Sedih. Memang sedih. Sedih yang amat. Tapi itulah hakikat yang perlu saya terima. Terpaksa. Saya tahu saya bukan sesiapa, tapi saya juga punyai hati dan perasaan. Apapun itulah kenangan yang menjadi milik saya. Dan sekarang, saya masih menjadi kawan dia.

Sekarang saya sudah berubah. Saya suka bergambar. Saya suka meletakkan gambar saya. Biar semua kenali saya bagaimana. Rupa saya. Ciri-ciri saya. Tak perlu membuat sebarang andaian lagi saya ini bagaimana. Saya senang begitu. Saya tak menipu sesiapa (walaupun saya tak pernah mengkhabarkan diri saya dengan baik). Kalau tak suka (kerana ciri-ciri, kelemahan dan kekurangan saya), tidak mengapa. Anda boleh meninggalkan saya.

Saturday, August 04, 2007

bermukim di hati


Dunia.. terlalu kejam
Mengapa menghukumku?
Mengapa terus menerus menyeksaku?
Mengapa manusia suka menyakitiku?
**“Dan hendaklah engkau berteguh hati (sabar) dan keteguhan hatimu itu hanyalah dengan (pertolongan) Allah.. (An-Nahl : 16 : 126)”

Berbarah.. bermukim di hati
Rasa benci
Terkilan
Luka
Pedih
Kecewa
Siapa yang peduli?
Tiada yang cuba mengerti
Menolak aku ke tepi
Jauh..
**“Allah tidak memikulkan kewajipan (bebanan) kepada seseorang melainkan sekadar kekuatannya (kemampuannya).. (Al-Baqarah : 2 : 286)”

Derita.. terlalu lali aku dengannya
Sedih..aku sudah terbiasa
Mengapa menyisihkan aku?
Aku juga manusia seperti mereka
Punya hati, perasaan
Tercalar.. hatiku serik
Sukar lagi menerbitkan bibit percaya
Semuanya dusta
**“Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan cukupkanlah kesabaranmu, dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah, supaya kamu beruntung (Ali-Imran : 3 : 200)”

Manusia suka berdusta
Pandangan mata itu yang utama
Pandangan luaran itu segalanya
Tidak punya ruang kasih untukku
Untuk manusia sepertiku
**“..Orang yang putus harapan dari rahmat Tuhan itu hanyalah orang-orang yang sesat (Al-Hijr : 15 : 56)”

Terlalu pentingkah paras dan rupa
Terlalu hinakah mereka yang tidak mempunyainya?
Mengapa membeza-bezakan?
Mengapa?
**“…Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu dalam pandangan Allah ialah yang lebih bertaqwa (memelihara diri dari kejahatan).. ( Al-Hujurat : 49 : 13)”

Rasa yang bermukim dihati
Bagaimana ku ingin ia berlalu?
Mampukah aku?
**“Orang-orang beriman dan tidak mencampurkan keimanannya dengan kejahatan, mereka itu beroleh keamanan.. (Al-An’Aam : 6 : 82)”

Wednesday, August 01, 2007

salam persahabatan

Happy Friendship Day!!







Salam Hari Persahabatan.. Entah di mana kebenarannya bahawa friendship's day adalah hari ni, 1 Ogos, tapi tak apalah.. saya tetap ingin juga mengucapkan Selamat Hari Sahabat buat semua teman2.. abg fysal, kak irah, amir, dayah, diya, abg de_kerinchi, kak ein, papa, mama, abg macai_suci, abg zul, risha, yonna, abg SF, dan semua yang mengenali puteri di dunia cyber ini =)