© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, November 05, 2007

serakan minda


Sehari bersama bro azmil yang dikenali melalui kawan. Kawan kepada kawan. Banyak ’kepeningan’ yang ditimbulkan.

1-doa iftitah.
Mana diperoleh? Diambil dan digabungkan dari 2 hadis.

2-konsep trinity.
Adakah sama seperti instant nescafe 3 in 1?

3-hukum kejam.
Yahudi tidak dapat mengatakan Islam kejam kerana hukum mereka lebih kejam. Contoh: seorang lelaki yang melihat perempuan dengan bernafsu, matanya akan dikorek.

4-batu besar.
Bolehkan Allah mencipta batu yang sangat besar dan berat sehingga Dia tidak mampu memikulnya? Perkara ini sesekali tidak akan berlaku dan mustahil berlaku kerana Allah Maha Pencipta dan Berkuasa.

5-sirah nabi.
Yang kita tahu direkacipta oleh puak syiah?

6-jama’ dan qasar.
Qasar hanya boleh dilakukan apabila dalam keadaan musafir. Sebaliknya jama’ boleh dilakukan jika ada keadaan yang memerlukan jama’ dilakukan. Contoh: seorang doktor yang menjalankan pembedahan dari jam 12 pm – 5 pm. Dia boleh menjama’ solatnya.

7-isyarat jari waktu tahiyat
Khilaf waktu menegakkan jari sewaktu membaca kalimah ”ashhadu-an-la-ilaha-illallah”. Imam syafie mengangkat jarinya sewaktu tahiyat dari awal hingga akhir. Imam ghazali menegakkan jari apabila membaca kalimah syahadah. Merujuk kepada sunah nabi, baginda menegakkan dari sewaktu membaca kalimah syahadah.

8-jual beli
Perlukah ucapkan perkataan ”saya jual” dan ”saya beli”? Bagaimana jika seorang itu bisu? Membeli melalui peti ais elektronik?

9-pengampunan dosa.
Apakah punca mazhab katholik dan protestan berpecah? Protestan tidak bersetuju dengan surat pengampunan dosa yang diperkenalkan katholik. Dengan membeli surat tersebut, doa seseorang itu akan terhapus. Adakah segelintir kita yang mengambil upah membaca tahlil mencontohi mereka?

10.-wanita.
Dari mana timbulnya wanita itu daripada tulang rusuk kiri lelaki? Kitab injil.

11-arasy.
Dimanakah Allah berada? Seringkali mendengar jawapannya adalah ’di mana-mana’. Jawapan itu merupakan jawapan, kepercayaan Hindu yang mengatakan tuhan mereka berada di mana-mana. Oleh kerana itu mereka menyembah sesuatu dengan mempercayai ’tuhan’ ada di situ. Apa jawapan kita? Arasy.

Walau apapun, pertemuan ini banyak mencetuskan pemikiran yang baru. Terima kasih buat beliau. Mungkinkah ini kali pertama dan terakhir?

5 comments:

de_kerinchi said...

salam puteri,

satu perkara yang menarik untuk dibincangkan dan ada perkara yang perlu ditinggalkan kerana bercanggah sama sekalai...

macam kes tulang rusuk tu...

lagi satu....Tuhan Allah s.w.t. itu bukan berada di mana-mana....kerana ia tidak bertempat...tidak ia menempati sesuatu dan segala sesuatu..maha suci Allah dari apa yang kita fikirkan...

macai_suci said...

Hmmmm salam puteri....
ingatlah pesan para ilmuan...kekhilafan akan memabwa kita untuk terus menerokai ilmu itu sedalam-dalamnya.Jangan jadikan persoalan sebagia batasab untuk menimba dan menggali ilmu sedalam-dalamnya......

Puteri said...

salam de_kerinchi,
ya.. terima kasih utk pringatan

salam macai_suci,
terima kasih.. insya-Allah =)

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Salam singgah. Pertama kali ke sini. Ilmu baharu di sini, terima kasih.

Unknown said...

Mencari-cari ilmu :)