© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, October 29, 2008

mentari hidup


Hari ni dalam kelas, pembetulan, dalam kuliah.. Ustaz najib ada bercerita, cakap-cakap dan bagi nasihat. Seperti selalu, ustaz memang selalu buat kami tersentuh. Memang betul-betul dari hati, sebab ia juga meresap ke dalam hati kami. Bukan mahu memuji, apa lagi mengambil hati beliau, tapi inilah hakikat...

Ustaz ada berpesan...

Dosa-dosa yang kita lakukan hari ini, berhati-hatilah. Setiap dosa yang kita lakukan, ada balasnnya. Mungkin kita tidak terima sekarang, 3-4 tahun akan datang, 20 tahun akan datang, siapa yang tahu? *saya ada membuat sedikit tambahan, hehe.

Teringat satu cerita, ada seorang lelaki yang banyak ilmunya, belajar tinggi-tinggi dan berjaya. Hingga suatu masa, hampir 20 tahun selepas kejayaannya, dia lupa segala-galanya...... Dan bila di selidiki, dia ada melakukan dosa. Saya tidak ingat apakah yang dilakukannya, mungkin dosa besar, atau dosa kecil yang berterusan..

Rasa sebak tiba-tiba.

Ya Allah.. berapa banyak dosa yang telah hamba lakukan..

Insaf....
Mentari hidup menjegah
Tatkala hati dirundung awan kelabu
Masih ada iman berbunga di hati
Lantas langit mula bercahaya
Mentari hidup bersinar kembali........


***************************************
Catatan beberapa bulan yang lalu.

Tuesday, October 28, 2008

study week


Minggu depan, akan bermula final exam untuk sem ini.
Minggu ini, ada beberapa kelas sahaja yang masih berbaki.

Sabtu lepas, presentation Tarikh Mazahib, group.
Selasa, presentation Mabahis HUkum, group.

Fiqh Muamalat, belum buat lagi presentation, individu.
Bila nak buat?
Entahla..
Belum prepare lagi..

Malas pula~


Friday, October 24, 2008

airport lcct

Hari ini saya telah bertemu dengan Zikri. Kami bertemu di LCCT. Saya tidak tahu ‘LCCT’ itu nama penuhnya apa, yang saya tahu cuma ‘T’; untuk terminal, hehe. Siapa Zikri? Saya pernah memasukkan tentangnya di dalam entry saya yang lepas-lepas. Zikri merupakan kawan saya yang agak rapat, tapi sekarang dah kurang rapat sebenarnya. Dia orang Brunei yang tinggal dan belajar di Sabah. Pendekkan cerita, saya pergi ke sana bersama rakan sekelas baru saya, Izati. Baru sem ini saya sekelas bersama dia dan rakan kelasnya.

Perbualan saya dan Izati sebelum flight Zikri tiba di LCCT dari utara.
--Kawan awak tu macam mana?
++Biasa-biasa sahaja. Ok je.
--Dia pakai macam ni ada tak? (sambil menunjuk ke arah seseorang)
++Er, rasanya tak. Tak adalah rock sangat macam tu.
--Pernah jumpa dia?
++Rahsia
--Kenal mana?
++Rahsia
--Rahsia-rahsia ni, bukan kawan lah tu
++Eh tak ada lah. Memang kawan pun. Kawan baik. Dia tu muda dari saya lah.

Hari selasa yang lepas, Zikri ada memaklumkan saya bahawa dia dan rakan-rakannya ada program di Perlis. Rasanya bukan pertandingan nasyid, tapi band (sebab saya ada dengar bunyi alat muzik band semasa dia mengubungi saya dari dalam dewan). Di tempat belajarnya, dia ada terlibat dengan nasyid, band, macam-macam lah persatuan, badan, kelab yang dia masuk. Ini kali pertama dia datang ke semenanjung. Dulu pernah saya suruh dia datang. Dia pun ada cakap, mungkin dia akan cuba minta Latihan Industri di semenanjung.

Semasa menunggu ketibaannya (macam tunggu yang berhormat pula bunyinya..), dia ada bertanya kepada saya warna baju yang saya pakai. Biru. Saya tidak pula bertanya kepada dia semula. Hehe. Izati suruh tanya, tapi tak tertanya pun. Dalam pukul 12.50, hampir pukul 1.00, barulah kami berjumpa. Sekadar berjumpa, sekejap sahaja. Selepas itu, dia perlu masuk ke dalam kapal terbang untuk penerbangan ke Kota Kinabalu. (Dia ada menulis sesuatu di atas kertas untuk saya).

Selepas pulang dari LCCT, saya memberitahu ini kali pertama saya berjumpa dengan Zikri. Izati tidak percaya; tipu, katanya. He.he.. Mungkin dia (Izati) agak terkejut bagaimana saya boleh mengenali Zikri semasa sedang mencari-cari kelibatnya (Zikri). Bagaimana saya boleh mengecam dia dengan baik? Hurmm.. Saya mengenalinya melalui gambar, itu sahaja. Kami berkenalan sejak tahun lepas.

Banyak juga yang saya tahu tentang dia, dia juga. Kalau ada yag masih ingat, semasa saya mempunyai masalah bersama rakan-rakan sekelas saya dahulu, Zikri banyak bersama saya. Kawan-kawan blog saya juga, yang memberi komen, nasihat, semangat. Zikri juga nasihatkan saya, memujuk saya, menguatkan saya. Dia seorang kawan yang baik. Sebelum saya bersetuju untuk mengambil watak ‘Alice’ dalam drama yang perlu dilakonkan dalam program Bahasa Inggeris dulu, dia juga yang menyokong saya dari belakang. Pada mulanya saya tidak yakin untuk watak itu… Eh, banyak pula bercerita tentang cerita lama. Cukuplah dulu “a date in LCCT”, hehe.

Inilah kali pertama kami bersua muka dan mungkin terakhir……..
****************************************
Sebuah catatan pada 18-10-08

Wednesday, October 22, 2008

rindu

kerinduan

Kekuatan jiwa kian goyah
Bilamana kasih pada-Mu mula berpaling arah
Hala tujuku menjadi salah
Dan gelap, buta, akal merasa resah

Gamitan-Mu memanggilku ke jalan pulang
Berlari-larian aku dikejar bayang-bayang
Dosa hati dan noda hitam semalam
Bagaimana ia bisa menghilang..?

Kepekatan malam mengunjung tiba
Hati gusar mengenang dosa
Inikah kifarah yang dijatuhkan padaku
Kerana lalai, leka dan alpa pada-Mu..?

Kenangan semalam segar diruang ingatan
Ya Allah... luputkanlah ia
Kerinduan itu berlegar diruang hati
Ya Allah... hentikanlah ia
Kasih dan sayang itu setia mengekoriku
Ya Allah... jauhkanlah ia

Lenyapkanlah bayangannya dari ingatanku.....
Damaikan gelora di jiwa ini.....
Padamkan kecintaanku padanya........

Monday, October 20, 2008

hati dan dosa

Akhir-akhir ini, hati sering merasa tidak tenteram. Apa yang dilakukan masih tidak dapat menenangkan. Perkara remeh sering difikirkan, perkara yang berlalu sering dikenangkan, perkara sedang terjadi dipersoalkan, perkara bakal mendatang pula dirunsingkan. Kenapa dalam diri tiada ketenangan?

+ Kenapa hati berasa resah? Kerana banyak berdosakah?
- Kerana banyaknya dosa dan jauh dari Allah. Teguran untuk aku ke? Syukran
+ Bukan. Untuk diri aku sendiri. Aku merasa resah, gelisah dan tidak tenang. Mungkin kerana banyaknya dosa. Lalu, bagaimana untuk meninggalkan dosa yang sudah terbiasa?
- Kembali menjinakkan hati melalui cara-cara yang biasa dan mudah seperti istighfar, baca quran, zikir, qiam dan lain-lain. Banyakkan berkawan dengan sahabat-sahabat yang soleh dan dapat menegur kita.. Wallahua’lam
+ Bagaimana untuk mengelak dari mendapat kawan yang tidak soleh?
- berkawan dengan semua orang. Jangan putuskan persahabatan, tapi minimakan bergaul dengan kawan yang tidak soleh dan jangan jadikan mereka sebagai kawan karib. Jadikan orang yang lebih baik dari kita sebagai kawan karib atau sekurang-kurangnya cari kawan karib yang tidak suka kepada dosa.. “Sahabat yang terbaik ialah yang benci melakukan dosa dan banyak melakukan pahala. Sahabat yang sederhana ialah yang benci melakukan dosa. Sahabat yang hancur ialah yang benci kepada pahala dan mengajak kita kepada dosa..” Wallahua’lam
+ Tapi orang yang baik tak sukakan aku
- Orang yang baik tak sukakan ko? Habis tu aku bukan orang yang baik ke? Huhu..
+ Bukan. Bukan itu maksud aku. Tak ramai yang baik rapat dengan aku.
- Pilihlah kawan dengan sebaik-baik membuat pilihan.
+Kebanyakan yang aku jumpa nampak baik, tapi dah lama tu baru aku tahu yang dia sebenarnya bukan begitu. Susahlah, aku tertipu dalam menemui kawan yang soleh
- Banyakkan berdoa pada Allah, insya-Allah.. Bermuhasabah diri..
+ Ya insya-Allah.. terima kasih untuk jawapan. Jasamu dikenang.
- Sama-sama. Peringatan untuk aku juga.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat sahabat seperjuangan di USIM, Hussein ‘Azeemi yang menjawab sms yang saya beri walaupun secara tiba-tiba. Dia seorang yang baik (bukan untuk memuji, tapi mengakui), bijak, hebat dan lain-lain yang selayaknya. Kesayangan al-ustaz lagi. Best kan jadi dia?

****************
Err..saya tak ada hati pun dekat dia tau, jangan salah faham, hehe.

Thursday, October 16, 2008

butanya cinta

Semua kerananya..




Kerana cinta itu buta
Siapa sahaja
Bisa menjadi mangsanya
Aku, kamu atau dia
Kita mungkin dijeratnya

Kerana butanya cinta
Terkadang kita merasa bahagia
Kerananya kita gembira, tertawa
Kita juga akan menangis tiba-tiba
Hidup menjadi huru hara

Kerana butanya cinta
Kasih terlafaz, palsu
Manisnya kata, tipu
Bila terhiris merasa pilu
Tiada siapa yang tahu

Kerana cinta adalah begitu
Usah biar hati luka berdarah
Maka berhati-hatilah
Dengan cinta yang menipu!

Wednesday, October 08, 2008

nokia 2600

Hempon pertama yang saya beli, 2006.




Ni lah hp pertama yang saya beli. Sebelum ni (sejak 2005) pakai 3310 (jer). Hehe. Hemfon ayah yang dia dah tak guna, saya ambil je. Masa form 3 dulu saya pernah pakai hp jugak.. tapi tak ingat nokia model berapa.

Kenapa tiba-tiba iklan hp model lama?

Bukan apa, baru petang tadi, saya keluar bersama ayah saya ke sebuah pasaraya. Di situ terdapat kedai yang menjual hp dan top-up. jadi tatkala menunggu kad re-load yang dipesan, saya melihat-lihat hp yang ada.

Lihatlah 2600 (yang saya pakai sehingga kini).. Harganya RM129. Mak aih.. masa saya beli dulu RM245, dapat kurang RM220. Sekarang ni RM129 je? Tensyen betul. Mintak kurang mesti RM100 pun boleh dapat.

Hurm.. tak apalah..

Ohya, tingat pulak dekat seseorang yang selalu jadi ejen tak rasmi promot hp nokia ni.. Jangan buat-buat tak kenal diri sendiri pulak ye sir, hehe.. Asyik pomot je, hadiahkanlah untuk saya satu.. hehe.. =)

Tuesday, October 07, 2008

aku dan al-ustaz


aku yang teruja tatkala al-ustaz menjawab,
tanpa ku utarakan soalan.. hehe






Tatkala aku mahu mencurahkan segala rasa kasih buatnya, al-ustaz mengatakan jika dia menjadi suami kamu sekalipun, dia bukan milik kamu. Begitu juga jika dia menjadi isteri kamu, dia juga bukan milik kamu. Bila kamu memiliki sesuatu, kamu tidak akan menghargainya. Juga jika kamu tidak menjaganya dengan baik, mungkin dia akan menjadi milik orang lain?

Tatkala aku mahu mengukuhkan harapan dalam perhubungan ini, al-ustaz menasihati; cintailah dia sekadarnya sahaja. Tidak bolehkah mengharap pada sesebuah ikatan? Jangan terlalu mengharap dan jangan terlalu banyak mencintai seseorang, bimbang kamu tidak akan dapat menerima bila kehilangannya.

Baru sahaja aku mahu meletakkan hanya dia dihati, untuk kini dan selamanya, al-ustaz menegur, jangan sampai kamu terlalu kecewa suatu hari nanti. Pesan al-ustaz masih terngiang-ngiang. Aduh, macam tahu-tahu pula hati aku yang sedang berbicara di sini.

Bilamana rindu itu datang menyapa, bayangannya datang menghampiri mengejar fikiranku, dan hati mula berdegup kencang bila tiba saat itu.. segera ku menepis. Biarlah segalanya seperti yang ditakdirkan. Andai ada jodoh buat kita, kita pasti akan bertemu dan bersatu bila tiba saatnya. Dan aku pasti menerimanya dengan hati yang berbunga bahagia, moga terus menguntum mekar di taman kasih yang kita bina bersama.

Namun andai takdir dan janji itu bukan tertulis buat kita, sabar dan redhalah dengan ketentuan-Nya kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Sesungguhnya tidak semua yang kita yang kita mahukan adalah terbaik buat kita.

Monday, October 06, 2008

01 okt 08

keluarga saya
hari raya 1429


kakak; ainun

abang; azim dan kakak; zihan





Sunday, October 05, 2008

aisyamira


anak2 saya (punya kakak).. =)

aisyah nabilah (kakak) dan amirah najihah (adik).








Saturday, October 04, 2008

hati kasih


Ya Allah,
jika aku mencintai hambaMU,
janganlah Kau lebihkan cintaku itu padanya
melebihi cintaku padaMU..

Ya Allah jika aku mencintai hambaMU,
biarlah cinta ini di dalam rahmat dan redhaMU
agar kami terbimbing
di bawah naungan kasih sayangMU
dan cinta kami diberkati..

Ya Allah
jika aku mencintai hambamu,
aku memohon biarlah
dia yang pertama dan terakhir..
Kekalkanlah ikatan ini di dunia
dan di akhirat kelak..

Ya Allah
seandainya dia yang kucintai tidak mencintaiku..
KAU tenangkan hatiku
agar tidak ku gundah dan resah tanpanya....
Hilangkanlah segala rasa rindu dan kasihku padanya..

Ya Allah
janganlah KAU palingkan cintaku buatmu
tatkala akukecundang dalam percintaanku
bersama makhlukMU..

Ya Allah
jangan biarkan aku sendiri
bilamana si dia menjauhiku,
kerana ku tahu KAU
tidak pernah menjauhi hambaMU..