jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Saturday, March 28, 2009
utusan doa
Semalam, saya dan teman-teman menerima khabar yang ada sahabat kami, Hafiz terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 9 malam dan terlantar di hospital, dia koma. Lebih kurang jam 4 pagi, saya diberitahu bahawa sahabat kami itu telah pergi, kembali ke rahmatullah.
Pada jam 10 pagi, saya dan teman-teman menziarahi keluarganya di Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor. Dalam jam 12 tengahari, kami tiba di sana. Ada dekan fakulti kami (FSU), Prof. Samad, Pn. Fadhilah, Ust. Syaryanti, Us. Najib, Mr. Arif Fahmi dan lain-lain lagi.
Ibu arwah Hafiz menahan sebak sambil bertanya tentang keadaan anaknya baru-baru ini bagaimana. Saya, tidaklah begitu mengenali arwah, tapi sepanjang saya menenalinya, dia seorang kawan yang baik. Baru-baru ini pun saya rasa, dia biasa-biasa sahaja. Kerana kepiluan sang ibu, saya sendiri turut merasa sedihnya kehilangan....
"Mak Cik, jaga diri baik-baik. Kami pun sayangkan Hafiz, tapi Allah lebih sayangkan dia.."
Tanpa siapa sedar dan menjangka, ianya berlaku. Inilah ketentuan Tuhan. Baru bulan lepas, kami mengikuti Kursus Tahjiz (pengurusan) Jenazah (Fiqh dan Fatwa (FSU)), termasuk arwah Hafiz sendiri.
AL-FATIHAH buat sahabat, Abdul Hafidz bin Zainoddin. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa, ameen..
Rimbunan hikayat mengusik naluri
usik, tangis, senda, gurau
senyum sang rafiq
menjalar di pelupuk ingatan
Tirai sukma cinta berlabuh tabir
belayar sang rafiq menuju Khaliqnya
Dia yang mengatur segalanya
kehilangan ini suratan takdirNya
Delusi buat sang rafiq tercipta
harga kasih yang tidak terucap
dan utusan doa mengiringi pemergiannya..
Duhai rafiq tercinta
terpisah kita hanyalah seketika
yang pergi akan ada yang menyusuri
tiba masanya, kita akan ketemu lagi
bersama menghadap Yang Maha Esa..
Monday, March 23, 2009
mps nilam court 09
Malam Perdana Siswi Kolej Kediaman Nilam Court, 2009.
Bagi saya yang bestnya dalam MPS kali ni cuma tangkap gambar sepanjang program tu.
Penyejuk hati, artis undangan, kumpulan Haikal. Saya dan Putri (yang diajak untuk menemani) siap bertemu-ramah-mesra dengan ahli -ahli Haikal lagi. Wah.. haa. ni lah yang best. Yang lain tak. Nanti baru saya masukkan gambar Haikal kat sini, sebab gambarnya ada pada Putri, (dia dah tido..he.he).

putri hidayatul istiqamah
Friday, March 20, 2009
blogger dan batas
(adaptasi dari blogger and border)
Sejauh mana seorang blogger bebas untuk menulis, melontarkan pendapat atau bersuara? Jika kita melihat kepada hak dan kebebasan rakyat untuk bersuara di dalam Bahagian II, Federal Constitution, seksyen 10 kurungan (1) menyebut, setiap rakyat adalah berhak dan bebas untuk berbicara, melontarkan pendapat dan seumpamanya. Dapat kita membuat rumusan awal di sini adalah blogger juga mempunyai hak untuk bersuara seperti rakyat biasa.
Namun hakikatnya bila kita merujuk pula pada seksyen berikutnya, seksyen 10 kurungan (2) menyebut, mahkamah dengan kuasanya mampu menghalang seseorang yang jika membicarakan hal-hal tertentu yang terlarang atau dikelaskan sebagai rahsia dan seumpamanya. Ini termasuklah kesalahan jenayah komputer seperti gambar pornografi, fitnah, hasutan dan lain-lain dikira sebagai perkara yang terlarang.
Seksyen 10 kurungan (4) pula menyebut, parlimen berkuasa untuk menghalang mana-mana bicara berkaitan dengan hak, taraf, kedudukan, agama dan seumpamanya. Jadi rumusan kedua pula dapat terhasil iaitu terdapat beberapa perkara yang mana penulis tradisional dan juga blogger tidak boleh menyentuh berkaitannya.
Terdapat akta-akta lain yang boleh digunapakai sebagai tindakan ke atas blogger seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Polis, Undang-Undang Siber, Akta Komunikasi dan Multimedia dan banyak lagi akta yang boleh digunapakai.
Pada pendapat saya tanpa meletakkan saya sebagai seorang pemilik blog atau blogger, sebenarnya kita dan negara kita tidak mempunyai kebebasan untuk bersuara. Jikalaupun ada, lebih kepada nama semata, bahkan kadang-kadang berlakunya ketidakadilan dalam hak tersebut. Ini dibuktikan sendiri dengan seksyen 10, Bahagian II, Federal Constitution yang telah disebut di atas. Adanya kebebasan namun dalam masa yang sama, seksyen berikutnya adalah bercanggah.
Walaubagaimanapun, saya masih percaya bahawa blogger, bahkan rakyat adalah bebas bersuara. Tidak boleh berbicara tentang hal keagamaan? Bukankah internet merupakan medium terkini dan termudah dalam penyebaran dakwah? Boleh berbicara tentang agama, asalkan tidak membuat perbandingan? Jadi bagaimana kita boleh mengetahui perbandingan dan percanggahan antara agama?
Bukanlah saya mahu membenarkan semua blogger menulis apa sahaja yang mereka kehendaki kerana kita percaya, dalam kebebasan terdapatnya tanggungjawab. Tetapi, bukankah dengan menghadkan kebebasan bersuara blogger ini secara tidak langsung menghalang masyarakat daripada mengetahui maklumat sebenar?
Melihat kepada akta-akta yang berkenaan, ianya wujud demi mengelakkan beberapa perkara daripada tersebar pada umum. Pada pendapat saya, jika tiada kesalahan yang dilakukan, mengapa harus takut ia disebarkan? Kedua, bimbang menimbulkan kontroversi antara perkauman? Itu jawapan bagi mereka yang takut untuk membicarakan, malah mengapa takut pada negara sendiri, kita mempunyai hak ke atas tanah air kita. Apa gunanya melaungkan cintakan negara, mengaku akan patriotiknya namun tidak mengaplikasikan dalam kehidupan?
Di dalam Islam sendiri, hak antara rakyat bagi sesebuah negara adalah berbeza dengan hak warga bukan negara (begitu juga dengan antara Islam dan bukan). Bagaimana mungkin hak semua adalah sama? Islam mengiktiraf warga bukan Islam sebagai warganegara, namun, perlu mengklasifikasikan terlebih dahulu sama ada mereka adalah harbi atau zimmi. Harbi tidak akan mempunyai hak yang sama dengan zimmi. Marahkan saya akan penulisan saya ini? Satu persoalan yang ingin saya keutarakan, hukum Allah atau hukum manusia lebih utama?
Saya tidak cuba membangkitkan atau pengubah persepsi pembaca kepada sesuatu, atau sesiapa kerana jawapan, pegangan dan pemikiran setiap individu merupakan hak individu itu sendiri, sebaliknya saya cuba membawa kalian untuk berfikir secara logic, kreatif dan dalam masa yang sama berfikiran kritikal.
“Katakanlah yang benar, walausekalipun ianya adalah pahit”.

Wednesday, March 11, 2009
blogger and border
We know nowadays the second source of information, the media electronic has played such a big role to our people and country indirectly. Everybody is talking about blog, blogger and blogging. As mentioned before, Malaysia has no specific code of ethical to be applied to bloggers. So, the government is recommended to create the ethics as a guideline for those who want to be a blogger.
Next, we look to the freedom on speech. Bloggers seems like free to speech and give his opinion if we look to Clause (1), List II of Federal Constitution. Yet in other hand, the next Clause (4) stated about the prohibited and the limitations on freedom in speech and give personal opinion for all people which include a blogger. It is no doubt that everything we do must follow the rule and have it limitations.
Our laws look like do not give the right of freedom to the blogger because there are many acts can be use to prevent the bloggers from writing. The Internal Security Act for example, very tough and not such a good act because the person who injure on that act, he will never be sit in judgment. In addition, The Official Secret Act avoids a blogger to talk on the exact issues. It can hinder us as a citizen from the truth.
As a conclusion, I would like to make a suggestion that our government maybe should more tolerance with the bloggers. It does not mean that then the bloggers can do anything he want, but I believe there is a freedom to speech for a blogger and I believe the rights with the responsibilities. In my opinion, the government perhaps can make an amendment to certain acts that bloggers are subject to. In same time, maybe the government can ask for a free registration on blog like what has been done by our mobile phone providers. And I believe there is freedom for speech and to know the truth.
Friday, March 06, 2009
Wednesday, March 04, 2009
hari lahir putri
Hari ini hari lahir kawan saya, merangkap kawan serumah dan bekas kawan sekelas di TLC 4. Namanya Putri Hidayatul Istiqamah.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-22 PUTRI!
***********************
Namanya sama dengan nickname saya. hu.hu

Tuesday, March 03, 2009
buli?
Buli. Entah apa istilah yang layak untuk digunakan, tapi seperti inilah yang sedang saya rasakan. Macam mana ya bila dibuli? Bila tak ada orang yang menyebelahi, menyokong kita, kita disakat, dikacau orang, buli lah tu.
Macam budak-budakkah saya? Terpulang pada individu untuk menilai dan mentafsir. Saya rasa geram sangat dengan K, berani dia buat macam tu dekat saya? K panggil N, kononnya ada orang panggil N, kemudian K menunjuk ke arah saya. Saya tahu N takkan berpaling ke arah saya sekiranya K tidak berbuat sedemikian.
K jahat! Dahlah masa tu ada persembahan silat untuk majlis penutup Program Khidmat Masyarakat, rasa macam nak silat-silatkan K sahaja (walaupun saya tak pernah belajar silat!). Dulu H juga ada cari pasal dengan saya. Selama ini tidak pernah pun bertegur sapa. Bila H nampak saya pada malam tu, dia sebut-sebut nama N. Saya tahu H tujukan terhadap saya, tapi saya buat tak endah. Buat tak dengar. Rasa bengang sangat. Geram. Sakit hati.
Berbalik tentang K. Dia bukannya tak tahu pasal saya dan N, walaupun pada mulanya K cuma tahu yang saya meminati N. Pernah saya tanya K, K cakap, N yang beritahu dia macam tu. Heh, tolonglah. Kenapa mahu memburukkan nama saya? Siapa yang minat siapa? Saya tidak pernah mengeluarkan istilah dia meminati saya. Saya rasa persoalan itu tidak ada kerana kami bermula sebagai kawan, perkenalan melalui sebuah program!.
K pun sama. Dia sendiri cakap dengan saya, selepas tahu yang saya pernah declare dengan N. Kata K, jangan menaruh harapan terhadap N lagi Tak perlu tunggu K memberi nasihat sebab sebelum tu lagi saya sudah berputus asa terhadap N. N sakitkan hati saya. Saya sangat-sangat terkilan. Kecewa.
Kenapa beritahu yang saya minat dia? Kenapa tak beritahu terus yang kami pernah berkawan dan sekarang sudah tidak. Terhenti di tengah jalan tanpa ada penamat kesudahan sebuah cerita. Kalau sudah tidak menyukai saya, kenapa perlu diungkit kisah lampau yang menghiris hati? Dan memalukan diri? Saya, perempuan. Dia, lelaki tak apalah.
Benci. Saya tak mahu membenci orang. Kenapa bertambah orang yang membuli saya? Kenapa? Siapa saya dapat mengadu meluah rasa? Rasa nak menangis saja. Bukan sekadar sedih, tapi bercampur malu.
Kata Muhaimin (walaupun dia tak tahu kenapa dan apa yang K buat) , "kalau K buli lagi lepas ni, buat tak tahu saja". Kata Fazlan, "biarkan saja jangan layan, jangan ambil hati sangat". Kata Waheda, "tak payah layan manusia macam tu".
Sabar. Balik-balik saya yang kena sabar. Sampai bila harus bersabar? Balik-balik saya yang makan hati. Balik-balik saya yang disakiti. Jangan main-main dengan saya, saya taekwondo tali pinggang warna-warni tau tak?!

Sunday, March 01, 2009
khidmat masyarakat @ labu
Hari ini saya dan rakan-rakan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) mengikuti Program Khidmat masyarakat di Labu, Negeri Sembilan semperna Minggu Integriti FSU 2009. Tahun sebelumnya kami ke Rantau, juga Negeri Sembilan.
Saya dan 17 orang ahli kumpulan termasuk Cik Norakila ditempatkan di Kampung Tanjung. Kami kemudiannya dipecahkan lagi kepada tiga kumpulan kecil untuk ke tiga tempat yang berasingan iaitu surau, balai raya dan rumah teres.
Agak unik ya rumah teres pun pergi. Tapi saya dan empat orang lagi, termasuk Cik Norakila mahu menjalankan tugas di balai raya. Tok Ketua lebih mengesyorkan pelajar lelaki ke sana, oleh itu semua lelaki dalam kumpulan saya (lima orang) dan tiga orang perempuan ke sana. Manakala selebihnya lima orang bertugas di surau.
Teringat kata-kata Tok Ketua (Pak Kadir) semasa memberi penerangan tentang rumah teres, katanya rumah teres itu dua tingkat. Bawah tak ada, atasnya sahaja ada orang tinggal. Di sana pelajar yang terlibat boleh melihat awek-awek yang comel, cantik, dan tidak terlepas yang terlajak umurnya. Setelah semua mengambil dan menuju ke tempat masing-masing, kami menerima maklumat sebenar: rumah teres tu adalah kandang kambing. Ha.ha.ha.
Apa-apapun program ini sangat-sangat best dan bertambah menarik =)
*************************************
P/S: Cik Norakila merupakan staf ofis FSU yang menggantikan tempat pensyarah, En. Norman Zaki yang tidak hadir pada hari ini. Nanti baru saya uploadkan gambar.

Subscribe to:
Posts (Atom)