© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, September 26, 2009

takziah buat laila sekeluarga

Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.

Al-Fatihah buat Allahyarham Abdullah Suhami bin Awang (bapa kepada teman baik saya sejak sekolah rendah, Laila) yang telah kembali ke rahmatullah pada 24/09/09 yang lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya dan dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, insya-Allah, ameen.

Saya baru tahu semalam, Laila baru beritahu.. .

Takziah buat ahli keluarga Allahyarham.

Friday, September 25, 2009

seorang pengembara

Aku pengembara
Mengembara, dan mengembara
Ku mencarinya
Di sini
Di sana
Di mana-mana

Tak ku temuinya
Walau lama ku menanti
Walau musim silih berganti
Walau masa terus pergi

Yang ku cari
Yang ku nanti
Tetap jua belum ku temui

Apakah kerana titik-titik hitam bertompok di hati?
Apakah kerana noda-noda khilaf bersarang di sisi?
Ataukah kerana debu-debu dosa berada dalam diri?

Apakah masih bisa ku memiliki
Dalam pengembaraan ini
Akan akhirnya ku temui
Cinta hakiki
Dari-Mu Rabbi
Yang ku nanti
Yang ku tercari-cari
Selama ini.. .

Thursday, September 24, 2009

tak mungkin kerna sayang

Artis: Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Tuesday, September 22, 2009

selamat bertunang, azila!

Macam tak percaya pula, kawan semasa zaman persekolahan dulu kini sudah mahu mendirikan rumah tangga. Oh Azura Azilawati (nama yang diberi oleh Ustaz Yahya kepada Azila), masih belum sepenuhnya percaya ni walaupun sendiri ke rumahmu dan menyaksikan cincin itu tersarung dijarimu. Hu,hu.

Faradila, Abidah dan lain-lain pun macam tak berapa nak percaya juga. Almaklumlah, dulu sama-sama entah apa-apa ntah, ada juga kawan sekolah yang dah kahwin siap dah ada anak lagi tapi tak berasa sangat, mungkin sebab tak berapa rapat kot.. Kata Faradila, sebab dia (orang yang dah kahwin tu) dah dok bercinta dulu.. Hurmm.. yelah kot, mana-mana je lah.. kan?


Anyway Azila, again, congratulation! =)





Saturday, September 19, 2009

adiestam04

"Fatimah yang dulu bukan macam ni. Fatimah sekarang sangat berbeza dari yang dulu. Fatimah yang dulu.. kalau dia sukakan seseorang, kalau dia sayangkan seseorang, dia tak akan cakap, dia tak akan luahkan perasaannya kepada orang itu sebab.. kasih, perasaannya terlalu suci dan tersangat mahal harganya untuk diperdagangkan!". -Abg Adie.

Walaupun hanya sekadar di dalam mimpi
ku mendengar kata-katanya,
namun suaranya, tegurannya masih
terngiang-ngiang di sini..
Italic
Ya Allah serius betul,
terasa betul-betul aku bersua dengan dia kembali
sudah pula, apa yang dia katakan
tepat mengena pada diriku

Oh mimpi
kenapa mimpi
salahkah bermimpi?
mengapa hanya sekadar fantasi?
bilakah mahu menjadi realiti?

Rindukah aku pada suatu nama itu
adiestam04

Wednesday, September 16, 2009

satu malaysia

Jalur gemilang berkibar megah
Rukun Negara tersemat indah
Kita punya satu cita-cita
Mendukung wawasan satu Malaysia

Satu Malaysia matlamat kita
Satu Malaysia harapan negara
Rakyat diutama pemimpin berjasa
Negara pewaris bangsa berjaya

Bersatu padu bekerjasama
Erat ikatan antara kita
Walau berbeza agama bangsa
Kita adalah warga Malaysia

Satu Malaysia matlamat kita
Satu Malaysia harapan negara
Kita buktikan pada dunia
Malaysia maju digerbang jaya

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09 "Bersama kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"

****************************************************
** Lirik terbaik, Festival Cipta '09
** Tempat kedua kategori lagu terbaik, Festival Cipta '09
** Tersiar di Metro, 24.08.09.

Sunday, September 13, 2009

pahlawan sejati

Di suatu ketika dulu
pernah kau menyerah diri
pada negara kau kota janji
rela berkorban jiwa raga

Kini masa telah berlalu
perjuanganmu beroleh hasilnya
negara merdeka yang kau impi
telah menjelma menjadi nyata

Biarpun
bakti kau curah jauh dikenang
jasa kau tabur lama dibuang
tepinggir kau di sisi desa
namun tidak pernah kau meronta
nama dijunjung seluruh dunia

Engkaulah pahlawan sejati
sejarah sesungguhnya telah bersaksi
pengorbananmu yang tulus suci
Tuhan pasti akan mengganjari

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09 "Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"

Saturday, September 12, 2009

aman malaysia

Desiran angin mendayu-dayu
Senyum langit disapa pagi
Alam desa melangkah maju
Nikmat harus kita syukuri

Awan ceria berarak indah
Riang burung dihiasi tawa
Anak muda mengenang jasa
Bakti juang pewira bangsa

Kedamaian....bahagia
Keamanan....sejahtera
Takkan dikecapi tanpa mereka

Perjuangan....seikhlasnya
Pertahankan....tanah tercinta
Harus dikenang kita sentiasa

Marilah kita bersama-sama
Bersatu hati menggenggam cita
Bawa negara ke persada dunia

Kita pewaris bumi merdeka
Kita pewaris negara jaya
Aman Malaysia selama-lamanya

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09 "Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa"

**************************************************************
**Lirik terpilih ke saringan Festival Cipta '09
**Johan kategori sajak, pertandingan menulis semperna kemerdekaan

Friday, September 11, 2009

salam semua

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hurm.. Apa ya perkembangan terkini?

Ahha..!
Semalam mendapat johan pertandingan sajak sempena bulan kemerdekaan anjuran Kolej Kediaman Camellia Court. Tajuk sajak "Aman Malaysia".

Sebenarnya ni tajuk lirik yang pernah saya hasilkan dulu, pakai hantar je. Saat-saat akhir pulak tu. Yelah, esoknya tarikh tutup, malam tu saya hantar. Hu.hu.

Tapi kira bertuahlah jugak, sebab dapat johan. hi.hi.hi :D

Tapi hadiahnya orang lain yang ambil malam tadi, sebab saya ada kelas. Jadi tak dapat pergi tengok majlis tu. (Dan taktau kata menang, kalau tak boleh mintak roommate ambilkan..).

Hu.hu..

Jumpa lagi~!

Wednesday, September 02, 2009

kau, mawarku

Harummu mewangi
menemani disisi
kekosongan hati terisi
kehadiranmu penyeri

Merahmu menyala semangatku
merahmu menghembus nafasku
merahmu mewarna hariku
merahmu menyubur kasihku

Kau, mawarku..

-kau mawarku-

Tuesday, September 01, 2009

lagu itu

Seakan terdengar gemersik iramanya
Beralun-alun di cuping telinga
Lantas.. terus menusuk ke jiwa

Saat minda di alam khayalan
Saat fikiran terbang melayang
Saat itu, hati bagai dihibur
Melodi indah sebuah lagu

Lagu itu
Lagu rindu
Yang tercipta
Untuk, kerana dia.. .


-kau mawarku-