© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, April 30, 2010

penyembuh rindu

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi ku pun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

Thursday, April 29, 2010

bila kita sayang dia

Bila kita sayang dia
kita rela merana
biarpun seringkali terluka
tapi kita rasa bahagia
menyayangi dia..

Bila kita sayang dia
kita jadikan dia pemangkin
dialah teman, dialah kekasih
walau hakikatnya kita
hanyalah teman dia yang biasa..

Bila kita sayang dia
kita sayang sesungguh hati
tanpa berbelah bahagi
tak peduli lagi siapa kita dihati dia
sebab dia ada dalam hati kita..

Bila kita sayang dia
kita bahagiakan dia
sebab bila dia bahagia
kita juga rasa bahagia
walaupun dia tak sayangkan kita..

Bila kita sayang dia
kita beritahu dia hati kita
walaupun dia diam membisu
sebab tak sampai hati menolak kita
tapi sayang kita kat dia tetap ada..

Bila kita sayang dia
kita pamerkan kasih kita
biar kita tidak menyesal
bila kita tiada lagi kelak
pastinya dia akan merindui kita…

(nurfatimahz AKA puteri)

Tuesday, April 27, 2010

ucapkanlah

Bila kau menangis, ukirlah senyuman agar hati terhibur. Bila kau kecewa, bisiklah pada diri agar tabah menghadapi ujian-Nya. Bila kau berduka, istigfarlah agar tenang dirimu selamanya. Bila kau terima bicara ini, ketahuilah bahawa ku amat menyayangimu, kawanku. Bila kau menyedari kehadiranku untukmu, inilah ukhuwah yang telah Allah tentukan untuk kita..

'cakap je lah yang awak sayang saya,!'


Cuma hati dan bibirku yang membicarakan kalimah ini. Mahu sahaja aku membalas smsnya dengan ayatku yang agak power tuh,,.. tapi.. aku berikan dia yang bawah ni,,

Sayangi sebuah perkenalan kerana di ditu ada kenangan. Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan. Hargai kedua-duanya kerana itu anugerah dari Tuhan.. Tak terasa bila ia pergi, tapi sayu bila ia tak kembali. Ia datang tanpa seruan, ia pergi tanpa alasan. Jadi, abadikanlah ia sebelum hilang dari pandangan..

Monday, April 26, 2010

enggan

Aku enggan berharap, tapi aku enggan berhenti berharap.

"I love you with no reason
even though you have no reason to love me"

Enggan berterusan
Dalam penasaran
Dalam kegelapan ku tercari
Engganku menanti
Dalam penyeksaan
Kini cintaku masih gelisah

Enggan dipersia
Enggan berkelana
Semarak cinta belum terbela
Ku sentiasa akur berdoa
Enggan kecewa

Nak ku mimpi
Tapi enggan terlena
Ku dan sepi nan terintim
Ku disaksi oleh jelapang kasih

Nan terbentang kekeringan

Aku sebenarnya insan yang dahaga cinta
Tapi tidak berdaya
Mestikah aku yang dulu meluahkan
Jalan cintamu enggan mengundang

Engkau dah berteman aku merasakan
Cintamu masih berkelana
Cuba kau nyatakan
Walau kepahitan
Asalkan terjawab persoalan

Makin membuahkan keresahan
Tabir cintamu belum terbuka
Sedang masaku makin terbuang

Enggan kau mengulas
Enggan ku terbilas
Oleh madahmu yang berkias
Ku sentiasa
Akur menanti
Sehingga jelas

Tuesday, April 20, 2010

sudah sampai serukah?

Kahwin, sape taknak kawen? Bila muncul seseorang, ikhlas berkenalan, mahu menjalinkan ikatan suci, perkahwinan yang diredhai Tuhan. Siapa tak hendak? Apa mahu menolak takdir? Daripada ber-couple, lebih baik ber-kahwin, kan baik tu. Dapat jugak pahalanya,..


(pic: taken from Nurul Mahfuzah
credit to huzai al-yahya)


Tapi, ini bukan kes saya lah, huU.. (ha.ha.ha).


Seorang teman, mengadu kepada saya "Macam mana ni, rasa macam baru sangat-sangat berkenalan. Dahlah tak pernah berjumpa. Setakat tengok gambar saja,". Saya namakan dia Aiza.

Dari apa yang saya perhatikan dari si jejaka yang disebut (saya namakan dia Afiq), saya tidak sesekali menafikan kejujuran dan keikhlasan dia untuk mem-permaisuri-kan teman saya tu... Cumanya... Erm..

Kata jejaka itu, dia dah pernah bercinta sebelum ini dan pernah ditipu. Perkara ini bagi saya mungkin benar, malah kebarangkalian benar adalah tinggi. Sebab orang tu agak popular, agak ber-nama (alias ternama, tapi tak berapa kot, he.he).

Rata-rata gadis yang mengenali dia cumalah ingin mengambil kesempatan di atas ke-ternama-an beliau, bukan kerana ikhlas mengashi dia.

Dan jejaka itu mengajak teman saya berumah-tangga sekiranya teman saya itu bersetuju; hujung tahun ini. Dua bulan lagi dia akan datang ke rumah teman saya itu bersama ibu saudaranya (dia tidak lagi mempunyai sesiapa, ibu bapanya sudah tiada, begitu juga kakaknya beberapa tahun lalu).

Pesan saya pada teman saya itu "Bilang sama dia (tetibe campo indon sikit, ha.ha), jangan cakap lagi tentang bertunang atau bernikah. Lepas dia datang ke rumah bersama ibu saudaranya, barulah bincang semula tentang perkahwinan,".

Iya, kalau ikut pesan Nabi S.A.W, seorang lelaki sebelum meminang seorang gadis, dia perlu melihatnya terlebih dahulu, bahkan disuruh melakukannya (melihat bahagian bukan awrat; muka dan pergelangan tangan).

Erm.. macam mane ek? Apa pendapat kalian? Sudah sampai seru Aizakah? Terima? Atau postpone dulu lamaran Afiq? Atau... atau bagaimana?

Saturday, April 17, 2010

jalan2 bulan mac

20 Mac - Amran & K. Shikin (Kulim)


Amran kawan sekolah saya dari tingkatan 1-3.


Saya dan Asya, kawan dari tingkatan 1-5, hingga sekarang ;-)


Saya, Asya, Aisyah dan Sha (Fasihah)

Pastu gi kenduri Azila & suami (Kota Kuala Muda)


Azila kawan sekolah saya dari tingkatan 3-6, hingga kini juga ;-)


Saya, Azila dan Asya

Singgah wat lawatan,,.....


Tugu kapal, peringatan tsunami di Kota Kuala Muda, Kedah.


Aisyah dan Asya yang teruja..,,,


Cantik juga tempat ni, bolehlah posing.. he.he

Balik SP.. jalan lagi malamnya,,


Di Village Mall, Sungai Petani.(agak ayu, bju krung tu..:P)


Makan-makan di RFC, Oh ade orang belanje lah! (Tq Haris!)


Model sos ke..? :P (chumil gak walaupun dgn sos, he.he)


Nuget dan ais krim RFC, sodap... Yang len bungkus...

28 Mac - Seminggu kemudian, jalan-jalan lagi..


Saya dan Wahidah, pesta buku 2010 @ PWTC


Bakal ipar dan abang Wahidah, (Tq A.Ngah bawak jlan ;-))


Eh,,. Asya pun ada juga? Ni dekat The Mall, sebelah PWTC.


Tasnim dan saya (setelah hampir 8 tahun tak berjumpa)...

Itu je jalan-jalan bulan 3,.. Bulan 4..?? Erm... Macam belum jalan lagi nih... Sape nak bawak jalan? Jom! He.he.he..

Friday, April 16, 2010

without a word

I shouldn’t have done that

I should have just ignored it

Like something I couldn’t see

Like something I can’t see

I shouldn’t have looked at you at all

I should have ran away

I should have acted like I didn’t hear it

Like something I couldn’t hear

Like something I can’t hear

I shouldn’t have listened to love at all

Without a word you let me know love

Without a word you gave me love

You made me even hold of your breath

But you ran away like this

Without a word love leaves me

Without a word love tosses me away

What should I say next?

My lips were surprised on their own

Coming without any words

Why does it hurt so much?

Why does it hurt continuously?

Except for the fact

That I can’t see you anymore

And that you are not here anymore

Otherwise it is the same as before

Without a word tears fall

Without a word my heart breaks down

Without a word I wait for love

Without a word I hurt because of love

I zone out I become fool

Because I cry looking at the sky

Without a word farewell finds me

Without a word the end comes to me

I think my heart was surprised to send you away

Without any preparation

It came without a word

Without a word it comes and leaves

Like the fever before

Maybe all I need to do it hurt for a while

Because in the end only scars are left

Lyric Translation: Without a Word

Korean Movie: You’re Beautiful

Thursday, April 15, 2010

second design

Di atas permintaan sebahagian rakan kita yang inginkan sedikit penambahan 'warna' ke atas design tshirt kita, maka saya setuju untuk memilih warna hitam.

Kawan-kawan lelaki taknak warna hitam, jadi dekat baju perempuan saje lah saya letak ye.. So tak nampak beza sangat baju perempuan dan lelaki, badan bajunya sama warna putih..

Baju untuk lelaki..


Align Center

Untuk perempuan,,



Wednesday, April 14, 2010

selamat jalan

Kita berjalan seiringan
Meniti hutan dan belantara kekusutan
Melalui denai-denai ketabahan
Melangkah payah setiap liku dan onak
Hingga bertemu tunas kekuatan

Kita berjanji saling bersatu
Walau halangan masih beribu
Ku pegang erat jemarimu
Kita terus menuju ke satu arah
Taman harapan
Mahligai impian
Cahaya murni..

Tatkala tiba di pertengahan jalan
Kau berhenti melangkah
Aku merenungmu menanti jawapan
Kau diam membisu
Kau kaku membatu

Aku percaya jalan yang kita lalui
Sudah menghampiri matlamat hati
Namun kau meragui
Tidak sanggup lagi menghadapi
Dugaan yang tak bisa diduga
Mungkin menanti di depan sana

Kau melepaskan pegangan tanganku
Tidak lagi memandangku
Kau membelakangiku
Aku kehampaaan
Begitu mudah kau menyerah kalah
Begitu mudah engkau goyah

Kau meneruskan jalanmu
Aku meneruskan langkahku
Jalan yang kau pilih
Bertentangan denganku
Kita tidak lagi sehaluan
Tidak lagi seiringan
Tidak akan ada lagi.. pertemuan..

Selamat jalan, teman.

Tuesday, April 13, 2010

jom buat tshirt!

Kepada teman-teman saya dari Elektif Information and Technology...

1) Aminullah
2) Faiz
3) Muhaimin
4) Shazali
5) Wasie
6) Sulhi
7) Adilah
8) Waheda
9) Zalina
10) Atikah
11) Salimatul
12) Asma'
13) Khadijah
14) Thuaibah
15) Hakimah
16) Farhana
17) Husna
18) Hartini
19) Hafizah
20) Rozitai

dan saya sendiri
21) Fatimah

Jom buat t-shirt kelas kita!! ;-)

Lebih kurang ginilah rupanya baju tu.. Cuma warna je belum set lagi. Nak wane ape kawan2...??

Monday, April 12, 2010

demam,,

Hampir seminggu sudah..
Selasa hari tu pergi klinik, doktor cakap demam biasa.
Demam, sakit tekak, sakit kepala, pening je.
Hari ni pergi lagi.
Tambah batuk, selsema.
Pun doktor cakap demam biasa.
Ermm,,...

Pagi tadi bagitau mak
Minggu depan exam..
Demam seminggu sudah..
Ha.ha..
Saja nak buat mak risau
Risau ke?
Ha.ha..


Ade sape-sape risaukan saya?
;-)

Sunday, April 11, 2010

inikah cinta - part 4

Rozi bengang ditegur Anis tentang kerja berkumpulannya dengan Anis. Dia, Anis dan Wajdi berada di dalam satu kumpulan. Manakan tidak, Rozi disuruh melakukan apa yang tidak dia sukai.

"Tak boleh macam ni. Kita kan dah bahagikan setiap orang cari bahan untuk bahagian masing-masing," perlahan Anis melafazkan perkataan. Amarah Anis ditahan-tahan. Mahu sahaja dia brain wash si Rozi tu. Dah tahu kerja berkumpulan, kena bergerak secara berkumpulanlah. Kalau setakat Anis dan Wajdi sahaja yang buat, baik kerja secara berdua atau couple.

Tapi amarah itu ditundakan. Apa pula kata Wajdi nanti. Kesabaran Anis perlu ditingkatkan. Takkan nak bergaduh dengan Rozi, depan Wajdi pulak tu? Hiiii... Anis menahan geram.

Wajdi diam sahaja membiarkan Anis memberi 'syarahan' kepada Rozi. Malaslah dia mahu menegur, takut menangis pulak si Rozi ditegur lelaki seperti dia. Wajdi pun berang dengan Rozi. Sepatutnya hari ini mereka berbincang dan mengumpulkan bahan-bahan untuk assignment
berkumpulan mereka. Nasib baiklah lambat lagi kerja itu perlu dihantar.

"Biarlah, engkau peduli apa aku tak buat kerja?" bentak Rozi. Ternyata dia tidak suka urusannya dicampur Anis.
"Suka hati akulah aku nak buat kerja atau tak? Yang engkau sibuk apesal?" Rozi bernada kasar.
"Sebab kita satu kumpulan, sebab tu la aku kena ambil tahu," balas Anis, lemah-lembut. Api tak boleh disimbah dengan petrol.

"Sudahlah. Jangan gaduh lagi," Wajdi mencelah.
"Sekarang ni kita bincang balik elok-elok. Mana yang tak complete atau tak jumpa bahan lagi, kita cari sama-sama," Wajdi cuba untuk menjernihkan keadaan.

"Bila masa aku bergaduh? Yang engkau macam nak bela si Anis ni kenapa? Aku tahu la korang ada affair," Wajdi pula menjadi sasaran Rozi. Walhal Rozi yang patut dimarahi Wajdi. Tiba-tiba pula isu itu dibawa. Apa kes? Dahi Wajdi berkerut.

Wajdi juga merupakan rakan matrik Anis, namun berlainan kelas. Mungkin Rozi tersalah menafsirkan hubungannya yang agak mesra dengan Anis. Tapi kalau ada affair pun apa masalahnya? Wajdi turut geram dengan hujah Rozi yang tak munasabah tadi.

"Kau orang je lah buat mana yang patut. Aku malas nak ambil tahu. Aku tak suka kumpulan dengan kau orang!" terus Rozi menolak kerusi dengan kuat. Rozi bangun dan terus berlalu meninggalkan Anis dan Wajdi.

"Engkau ingat aku suka la kumpulan dengan engkau?" Anis memerli Rozi, perlahan.
"Hiii... Geramnya. Dia yang salah, marahkan orang pula," Anis melahirkan rasa tidak puas hatinya.

"Sudahlah. Biarkan saja dia tu. Kita buat kerja kita,"
"Bahagian dia pun nanti kita buat sama-sama, ya?" Wajdi seolah-olah memujuk.
"Jomlah kita balik. Syaza ada?" Wajdi melihat sekeliling. Mana tahu Syaza ada di sekitar kawasan pusat sumber. Wajdi maklum Syaza dan Anis satu bilik.

"Tak ada, Syaza dah balik habis kelas tadi,"
"Ok. Saya hantar awak ke hostel ya?" Wajdi mempelawa.


'buat ape tu?'

Amal mengirimkan sms kepada Anis pada sebelah malam.

'takde buat ape.'
'dah makan?'
'dah petang tadi'
'ade gaduh dengan kawan ke? haha'
'mane tau?'
'wajdi bagitau'
'wajdi cakap ape?'
'dia cakap ada budak gaduh. jadi saya agak awak lah. haha'
'bukan gaduhlah. dah dia tak buat keje. saya tegur je'
'haha. yelah. jangan gaduh-gaduh'
'iye, tak gaduh..'

Wajdi ni... memang nak kena. Anis menggenggam tangan kanannya seperti mahu menumbuk seseorang. Yang itu pun nak ceritakan dekat Amal ke? Geram Anis kepada Wajdi. Anis sendiri pun tidak memberitahu Amal perkara tersebut. Lebih-lebih pulak si Wajdi tu, tahulah satu rumah pun dulu. Anis mengomel seorang diri.

Walaupun geram, tetapi hakikatnya Anis senang dengan tindakan Wajdi. Sekurang-kurangnya Amal mengambil tahu tentangnya. Bolehkah Anis bergembira dengan perkara tersebut? Anis tidak peduli boleh atau tidak. Anis tetap gembira.

'dah. jom tido'
'jom'

Perbualan melalui sms tamat di ditu.

Saturday, April 10, 2010

inikah cinta - part 3

Pagi itu semasa Anis sedang menuju ke kelas bersama Syaza, telefonnya berbunyi muzik yang disetkan Anis sebagai bunyi mesej diterima.

'Morning,'
'Morning too.. :)'

"Siapa?" Syaza ingin tahu.
"Aku tak punya siapa," jawab Anis sambil cuba mengikut lagu yang pernah dinyanyikan oleh Diana Naim. Kemudian Anis ketawa. Tahulah Syaza jawapan Anis.

"Tak ada orang lain la tu," tambah Syaza dan diikuti ketawa kecil.

Selepas tamat sesi pengkuliahan pada waktu tengahari, Anis dan Syaza melangkah kaki ke kafeteria yang terletak dihujung bangunan fakulti di sebelah kiri. Anis memilih nasi putih dan ikan pari masak asam pedas sebagai pilihan. Syaza pula memilih lauk ayam masak rendang untuk dimakan bersama nasi putih yang diambil.

"Mana nak duduk ni?," Syaza meliar-liarkan matanya mencari mana-mana tempat kosong untuk dia dan Anis duduk dan menjamu selera.

"Ramai pula hari ni...," Anis menambah. Matanya juga ligat mencari tempat.
"Hah! Ada pun. Jom kat sana," Syaza kegirangan setelah menemui meja kosong di bahagian yang agak terbelakang. Itu pun sebab Syaza terlihat tiga orang pelajar yang duduk di meja itu tadi bangun dan mengambil beg masing-masing. Pasti mereka sudah selesai menjamu selera, atau selesai perbincangan? Syaza membuat perhitungan sendiri. Tanpa melengahkan masa, terus mereka melangkah ke sana.

Syaza mengambil tempat di sebelah kiri Anis. Mereka menghadap ke arah orang ramai. Lebih baik melihat orang yang makan di bahagian depan mereka, daripada melihat dinding kafe sahaja di belakang meja yang mereka pilih kan? Tak adalah boring sangat.

Sedang Anis dan Syaza khusyuk melayan juadah pilihan masing-masing, tiba-tiba satu suara lelaki menegur.
"Erm.. boleh kami duduk di sini?," pinta Taufiq sopan. Maklumlah meja yang lain rata-ratanya penuh. Meja Anis dan Syaza dua lagi kerusi kosong. Taufiq dan temannya, Firdaus mencuba nasib untuk berkongsi meja dengan dua gadis itu.

"Silakan," Anis menjawab permintaan Taufiq. Firdaus turut mengambil tempat. Syaza pula diam sahaja, dia hanya menghadiahkan senyuman buat Taufiq dan Firdaus. Kemudian terus menikmati makanan yang membuatkan dia begitu berselera.

"Awak budak Multimedia ya?" Taufiq cuba beramah-tamah. Manalah tahu tekaannya betul. Taufiq seperti pernah melihat kelibat Anis dan Syaza sebelum ini. Mungkin mereka dalam jurusan yang sama.

"A'ah. Kami kelas M2. Multimedia juga?" Anis menyoal kembali. Hati Taufiq berbunga girang. Bukan girang kerana Anis sama jurusan dengannya, tetapi kerana Anis memberikan respon yang baik terhadap soalan yang diberikan tadi.

"Ya, M1. Patutlah macam pernah nampak,"
"Ek?" Anis sekadar berbasa-basi. Aih.. susah juga ada dua orang mamat ni. Nak makan pun naik segan. Tapi nasib baiklah tak kaku sangat si Taufiq tu, jadi kurang la sikit keseganan yang ada.
Anis mengomel-ngomel di dalam hati. Banyak juga topik perbualan antara Taufiq dan Anis. Siapa nama, asal mana, adik beradik, dulu belajar mana, dan sebagainya.

Syaza disebelah Anis pula senyap sahaja sedari tadi. Firdaus juga begitu. Hanya sesekali menyampuk bila perlu. Hah.. Padanlah tu. Anis dan Taufiq banyak mulut. Firdaus dan Syaza pula lebih suka untuk tidak menyampuk.

"Boleh saya...," Taufiq teragak-agak untuk meminta nombor telefon Anis. Perlu ke? Tapi Taufiq merasa senang berbual bersama Anis tadi. Jadi tentu tak salah kan kalau Taufiq mahu perkenalan mereka diteruskan dengan lebih baik?

"Boleh, boleh.." Anis menjawab selamba seperti tahu apa yang Taufiq ingin katakan. Taufiq makin lebar senyumnya.
"Saya nak nombor telefon awak," Taufiq mengatur ayat dengan baik.
"Oh...," ucap Anis perlahan. Alamak! Itulah dah jawab 'boleh' pulak sebelum dengar soalan bagi habis. Anis merenung Syaza. Meminta jawapan. Beri atau tidak?

Syaza mengangkat kening sebelah kirinya, lampu hijau maksudnya. Ceh.. Anis sedikit hampa. Segan pulak nak bagi. Anis meminta telefon Taufiq. Dia sendiri menaipkan nombornya di dalam telefon milik Taufiq.

"Mintak nombor awak sekali boleh?" Firdaus berbicara sambil merenung mata Syaza. Syaza terperanjat. Nak jugak? Hahaha.. Syaza ketawa nakal di dalam hati. Syaza dan Firdaus bertukar-tukar nombor.

Cuma Anis yang tidak bertanyakan kembali nombor Taufiq. Ah, pandai-pandai dia lah kalau nak hubungi aku, tak nak sudah. Getus hati kecil Anis.

Thursday, April 08, 2010

jauh

Jauh menjarakkan kita
Jauh membataskan kita
Jauh memisahkan kita

Ku tak bisa lagi bersamamu
Saling denganmu
Melihat dirimu
Merenung matamu
Menatap wajahmu
Mendengar suaramu
Berbicara denganmu
Menyentuhmu..

Jauh memutuskan ikatan kita
Jauh membunuh kasih kita
Jauh memadamkan kisah kita

Jauh melupakan ingatanmu padaku
Jauh meluputkan sayangmu padaku
Jauh memecilkan aku darimu
Jauh mengusirku dari hidupmu
Jauh membawaku jauh darimu
Jauh dari matamu
Jauh dari hatimu
Jauh kau terus menjauhiku......

Wednesday, April 07, 2010

cinta untuk dikongsi

Hidup berdua
Berkongsi harta
Berkongsi rumah
Berkongsi keluarga
Berkongsi saudara
Berkongsi segalanya

Apa guna berkongsi hidup
Kalau tidak berkongsi kasih,
hati dan rasa cinta..?

Tuesday, April 06, 2010

inikah cinta - part 2

"Ape yang kau tengah buat tu?," Syaza menegur Anis yang sedang leka melayan K770i miliknya.

"Tengah tengok gambar-gambar lama, gambar masa kita kat matrik dulu," jawab Anis. Sedar tak sedar, sudah hampir tiga bulan Anis menyambung pengajiannya di peringkat ijazah di UKM.

Syaza, yang merupakan rakan sekelas Anis sewaktu di matrik dahulu turut mendapat tempat yang sama untuk menyambung pengajian. Hubungan Syaza dengan Anis memang rapat. Masakan tidak, dari dulu hingga kini 'jodoh' mereka adalah sekelas dan ditempatkan di dalam bilik kolej kediaman yang sama.

Sebenarnya, Anis dan Syaza merupakan kawan semenjak di sekolah rendah lagi.
Cumanya semasa di sekolah menengah sahaja mereka terpisah. Jadi tidak hairanlah kenapa di mana ada Anis, di situ ada Syaza.

"Rindu pulak zaman matrik ni," ucap Anis perlahan. Tangannya masih tidak berenggang dengan K770i. Matanya pula seakan tidak berkelip menatap skrin telefon bimbit miliknya itu.

"Atau rindu pada Amal?," duga Syaza. Anis tersipu-sipu. Hanya senyuman yang mampu Anis berikan sebagai jawapan kepada soaman cepumas dari Syaza.

"Dia sekarang kat mana ye?" soal Syaza.

Syaza tahu tentang hubungan 'teman tapi mesra' antara Anis dan Amal. Banyak yang Anis ceritakan tentang dia dan Amal. Macam-macamlah. Kadang-kadang Syaza sendiri pun menjadi keliru, apa sebenarnya hubungan Anis dan Amal.

"UPM, hurmmm.." balas Anis.
"Tak adalah jauh sangat dari kita, kau tak nak jumpa dia?,"
"Haha. Buat apa?"

Anis tergelak kecil mendengar soalan Syaza sebentar tadi.

"Yelah, melepas rindu.... hu..," Syaza cuba menyakat.

Betul jugak jawab Anis sebentar tadi. Untuk apa berjumpa sedangkan dia dan Amal hampir setiap hari tidak pernah berhenti bermesej. Paling kurang sehari sekali. Yang jauh pun pastinya tidak terasa jauh, hati kecil Syaza berkata.

Saturday, April 03, 2010

Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah (2X)

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba aku
Ku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah (2X)

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah (2X)

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba aku
Ku percaya Kau sayang padaku

Singer: Wali Band

Friday, April 02, 2010

inikah cinta - part 1

Anis mengambil tempat di sisi kanan Amal yang menantinya di kerusi yang disediakan pihak kolej berhampiran kafe kolej. Setelah berbual-bual seketika dengan Amal, niatnya mahu ke kafe seakan terbantut pula. Anis melepaskan keluhan dari dalam jiwa. Kacau. Hatinya terusik. Terasa air mata bagai mahu mengalir. Anis menahannya sehabis daya. Namun Anis juga yang mencari dukanya.

Amal di sebelah kiri Anis kelu. Tidak tahu apa yang harus dijadikan topik perbualan. Anis terus kaku. Diam membisu seribu bahasa. Amal tahu Anis terasa. Atau mungkin ada rajuk dihati kecil gadis itu. Tapi Amal tidak tahu bagaimana mahu mengembalikan diri Anis yang ceria, sedangkan selama ini Anis yang banyak menceriakan hidupnya.

Masa terus berlalu. Anis menarik nafas dalam-dalam. Telefon bimbit kepunyaan Amal dipulangkan. Beberapa minit lalu Anis meminta Nokia N81 itu dari Amal. Spot check? Anis tidak tahu untuk apa tujuannya. Mahu mengorek rahsia Amal, mungkin?

Anis tahu tindakannya tidak dilarang Amal kerana jejaka itu memberikan Anis sendiri telefon itu. Sebenarnya sebelum ini pun Anis pernah berbuat sedemikian. Dan Anis juga tahu perbuatannya ini hanya akan mengundang duka kepada dirinya sendiri. Anis tetap berkeras mahu melihat semua maklumat dalam telefon Amal.

Kerana itu Anis terdiam sendiri. Persoalan yang sering bermain difikirannya seakan menemui jawapannya. Hanya jemarinya yang bermain-main punat telefon Amal. Terkadang jemarinya juga turut kaku.

Anis bermonolog sendiri. Anis kembali sedar, dia tidak seharusnya berharap lagi. Apa perlu mengharap andai harapan hanya bisa untuk dimusnahkan. Kecewa. Ya, Anis bakal kecewa dengan harapannya yang menggunung itu. Sanggupkah dia melaluinya? Pastinya tidak. Anis telah berkali mencuba untuk tidak mengharap, namun dia sendiri tidak mahu untuk berhenti berharap.

Amal menggenggam telefonnya yang diberikan Anis sebentar tadi. Amal memusing-musingkan telefonnya, barangkali boleh membantu Amal untuk mendapat idea topik perbualan bersama Anis. Makin dipusing Nokia N81, makin pusing juga kepalanya.

"Jom pergi makan," Tiba-tiba sahaja Amal teringat tujuan mereka berada di sini.
"Ok," Balas Anis, pendek.