Semalam saya ada berbual dengan seorang teman..
Saya: Berdosa tak kalau tak nak maafkan orang?
Teman: Jangan. Tak baik. Nabi pun maafkan umat.
Saya: Betul ke orang kata kalau memafkan maksudnya melupakan?
Teman: Tak semestinya kita ingat maknanya kita tak memaafkan.
Saya: Sebenarnya bukan tak boleh nak memaafkan.
Cuma kadang-kadang mengambil masa yang lama.
Teman: Betul. Perlukan satu tempoh untuk memaafkan seseorang.
Hurm.. Memang tak mustahil untuk memaafkan seseorang. Malah jika orang itu meminta maaf, pastinya diberi. Namun tiada ucapan maaf diterima, apa perlu memaafkan? Opss.. bertenang. Sabar.
Sama ada orang itu meminta maaf atau tidak, tetap perlu memaafkan. Biarlah tempoh yang diambil lama.. 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun?
Saya masih ingat budak2 perempuan masa zaman sekolah saya dulu,.. apa yang mereka katakan kepada saya, apa yang mereka lakukan kepada saya.. 2002? 2003? Semuanya masih segar dalam ingatan.
Setiap kali nak buat re-union, saya selalu mengelak untuk turut serta. Kenapa? Kerana hati masih terluka. Itu zaman kecil, zaman anak-anak yang ditindas, dilakukan sesuka hati. Saya juga punya perasaan. Apa saya tak layak mempunyai perasaan?
Cuma yang tidak ada kaitan dengan 'mereka' itu sahaja saya masih berhubung, berbicara, bertemu dan bermesra...
Sehinggalah awal tahun ini, saya bertemu dengan beberapa orang dari 'mereka' di dalam majlis seorang teman. Lalu saya melayan mereka seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tidak berpura-pura.
Kemudiannya saya sedar, mungkin saya sudah memafkan 'mereka'. Ya. Mungkin.
Tak mustahil untuk memaafkan. Dan tak semestinya jika tidak melupakan kesalahan orang itu bererti kita tak memaafkan.