© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, November 29, 2010

sakit

Sakit?
Sakit apa?
Petanda sakit?
Berapa lama sakit?
Penyakit?
Penyakit apa?

Boleh sembuh...?

Boleh mati...?

Sunday, November 28, 2010

apa kita terlupa

"Terkadang kita kesunyian tika tiada insan di sisi. Terasa rindu bila berjauhan.. Sedih jika kehilangan.. Takut bila keseorangan.. Dan risau ditimpa musibah. Tapi adakah tidak kita menyedari bahawa ALLAH sentiasa di sisi kita, merindukan kita, mengubat luka kita, melindungi kita dan menenangkan hati kita ketika semua insan melupakan kita?"

Kata-kata di atas telah dipetik dan diolah dari kiriman SMS yang diterima daripada
Mohd Nor Faizal Aizam, SMFF, FSU, USIM.

segalanya cinta

Cinta memungkinkan rindu, juga cemburu
Cinta memungkinkan sayang, juga dendam
Cinta memungkinkan harap, juga hampa
Cinta memungkinkan tawa, juga air mata
Cinta memungkinkan indah, juga gundah
Cinta memungkinkan pertemuan, juga perpisahan
Cinta memungkinkan bahagia, juga derita
Cinta memungkinkan segalanya..

Kerana cinta kita bertemu
Kerana cinta kita berpisah
Kerana cinta kita hidup
Kerana cinta kita mati.

~nurfatimahz AKA puteri~
10/06/2010

Saturday, November 27, 2010

noktah bahagia

Bila kita merasa bahagia
Segalanya terasa indah
Setiap saat itu kita ingati dan hargai
Kita kenang sepanjang masa
Jauh mengharap saat itu terhenti
Bertemu noktahnya
Kita mahu bersama dengan lebih lama
Tapi perpisahan menanti kita
Kita ingin hidup dengan lebih lama
Tapi.. mati menunggu kita

~nurfatimahz AKA puteri~
25/11/2010 @ 11.26 pm

Tuesday, November 23, 2010

mood: exam

:)

Tak boleh tulis banyak.

Minggu2 yang dipeningkan dengan exam.

Alhamdulillah tesis da siap, jadi tak ya pening2 lagi dengan tesis.

Buat teman2 FSU khususnya dan USIM umumnya yang masih dalam proses menyiapkan tesis, ku doakan urusan kalian dipermudahkan, ameen.

Buat kawan2 blogger, doakan saya juga,, agar dapat jawab exam dengan baik, dan dapat keputusan diantara yang terbaik.. insya-Allah. Ameen.. (",)

:)


Friday, November 19, 2010

selamat bertunang, kak yah!

Hari ni hari pertunangan kakak saya, anak yang ketiga daripada adik beradik saya. Adiknya (anak kelima) sudah pun melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas.. he.he..Insya-Allah kak yah akan 'berkhutbah' pada hujung tahun ini, merangkap bulan Disember depan. Kenduri? Lambek laie, tahun depan.. :)

(kak yah: Nur Ainun Jariah)

Gambar semasa majlis pertunangan petang tadi? Saya tak sempat ambil, lagi pula keluarga belah bakal abang ipar saya tu ramei sangat kat ruang tamu tadi.. he.he.. Hantaran? Pun tak sempat tangkap. Hantaran pihak lelaki juga saya tidak ambil. Sape yang ambil? :D

He.he...

Neway, tahniah kak yah! Selamat bertunang, dan selamat melangsungkan perkahwinan nanti..

Saya? Tunggu turn, lepas abg Azim (anak keempat),, ki.ki.ki :D

Esok saya balik ke Nilai. Ada hutang yang belum selesai... Exam, final. He.he...


P/S:
CikguLi, kawe da abeh study, tapi exam dop abeh lagi,, :D

***********************************************

MR: Ngah watpe?
MS: Tgu org msuk ming
MS: Ming kakak, he...
MR: Ow,,
MS: Awk lak bile?
MR: Thun depan
MS: Ala, soalan xabes lg
MR: Ok
MS: Awk bile nk ming sy :P
MR: Soalan pnuh da ke?
MS: Da td
MR: Da
MS: Apa?
MR: Xda pe

Adoiii... :/

Thursday, November 18, 2010

i love Lee Chong Wei!

~ I love you, Lee Chong Wei ~



Pagi tadi, sibuk melapah memotong sebahagian daging korban dan dimasukkan ke dalam beg plastik untuk diedarkan kepada jiran tetangga + saudara mara. Ohya, semalam pulang dan tidur di rumah nenek di Kampung Pulau Nyok Nyior, Jitra, Kedah. Tadi tengahari baru pulang ke rumah di Sungai Petani.

Sonok.. Singgah makan tengahari sebelum balik di rumah Tok Long yang buat masak daging korban.. Ada sup tulang, daging masak taktahu nama masakan yang sedap, air asam dan lain-lain.

Eh,, macam dah lari tajuk je. Haa.. berbalik kepada Lee Chong Wei. Saya sangat meminati beliau sebab saya suka badminton. Nak cerita tentang saya dan badminton? Er, dalam lain entrylah. Nanti kang terpanjang pulak entry ni.. he.. :D

Tadi dalam pukul 10.45 pagi, saya buka tv di rumah nenek. TV1 ke TV2? yang pasti RTM. Ada sukan. Badminton. My beloved Lee Chong Wei, lawan dengan Chan Yan Kit dari Hong Kong.

Masa saya tengok tu, game kedua. Game pertama Yan Kit juara 21-*18. Ui.. tak boleh jadi ni,,.. Chong Wei!! Jangan bagi dia pemain Hong Kong menang!

Dan tak sesia sokongan saya walaupun yang tak seberapa ni, Chong Wei berjaya menyamakan kedudukan dalam game ini. Seri, 1-1 dengan mata 21-*16.

"Chong Wei!, Chong Wei!" Nasib baik tak ada sesiapa tengok tv atau yang hampir dengan saya waktu tu. Kalau ikut dalam stadium, ui.. kompem kuat den sebut,, semangat katakan.. Heee.. :)

Seterusnya dalam game ketiga.. Yan Kit seolah-olah tidak berdaya. Beberapa 'markah percuma' diberikan kepada Chong Wei dengan mudah. Malah kesalahan yang ringan kerap dilakukan Yan Kit, antaranya bola tangkis terlanggar jaring, serta keluar dari gelanggang out!. Dan akhirnya Chong Wei menang mudah 21-*12.
* Jumlah yang tak menang tu tak ingat dengan tepat, he.he.. Bab2 nombor ni eden lambek sikit.. hu.. :D


Dengan ini melayakkan Chong Wei ke peringkat seterusnya.. Tahniah Chong Wei! Semoga beroleh emas atau lain2 pingat, sekurang2nya untuk Malaysia! <3 <3 <3



[sumber gambar: Google "Lee Chong Wei"]

Wednesday, November 17, 2010

ibadah korban



"Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, akan tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketaqwaan kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat kebaikan (kebajikan),".
Al-Quran. (Al-Hajj: 37).



Tuesday, November 16, 2010

happy eidul adha!

[Giliran binatang korban pula untuk berkorban,, :D]

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua!

hatimu...



Hati seseorang..
Bolehkah diikat?

Hati seorang lelaki..
Bagaimana mahu mengikat?

Kalaulah ia boleh diikat
Pasti aku tak bisa mengikatnya
Hati itu pasti meronta hingga terputus ikatan
Lalu pergi meninggalkanku
Kerana aku tiada di hati itu..

Kalaulah ia perlu diikat
Aku tidak akan melakukannya
Kerana aku tak mahu hati itu terluka
Hati, tak boleh dipaksa
Dan aku ingin ia hadir secara rela..



**************************************************
NOTE:

Entry sejak dua menjak ini quite feeling,..
I'm so sorry..

Monday, November 15, 2010

landasan berkembar lebih baik tiada

~ Arah henti bina landasan berkembar demi rakyat ~

Oleh: Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 15 Nov: Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan MMC Gamuda menghentikan serta merta pembinaan landasan keretapi berkembar di negeri ini kerana lebih sayangkan rakyat yang berkemungkinan besar terpaksa mengharungi banjir teruk sepertimana di Kedah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bagaimana pun arahan itu akan ditarik balik jika syarikat berkenaan memberi jaminan bertulis bahawa mereka akan mengorek laluan air serta membayar pampasan kepada rakyat yang ditenggelami air.

Baginya, kepentingan rakyat perlu diutamakan daripada syarikat kroni Barisan Nasional (BN) yang meneruskan kerja pembinaan tanpa membina sebarang laluan untuk air mengalir dengan baik.

"Biarpun saya dihentam oleh orang yang berkepentingan dalam projek berkenaan biarkanlah sebab bagi saya dan kerajaan ialah menjaga kebajikan rakyat. Buat apa pembangunan yang berlipat kali ganda tapi rakyat merana kerana terpaksa tanggung kesan pembangunan terbabit," jelasnya.

Beliau tidak menafikan terpaksa berhadapan dengan kritikan termasuk pimpinan BN ekoran arahan itu walhal mereka sepatutnya mengambil iktibar kejadian banjir teruk dalam sejarah Kedah baru-baru ini yang berpunca daripada halangan timbunan yang tinggi tanpa ada saluran air keluar.

Pada mulanya beliau hairan kenapa setiap kebajikan yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat demi rakyat ada sahaja kritikan yang menggunung daripada Umno dan BN.

"Kini BN nak kata apa pun katalah kami dah sebati. Kita akan terus memberikan perkhidmatan terbaik pada masa depan," katanya.

Sebagai contoh sambungnya, pada tahun depan kerajaan akan membayar tambang bas percuma pergi balik kepada rakyat yang bekerja di beberapa lokasi khususnya di Bayan Baru semata-mata untuk mengelak daripada kesesakan di jambatan mahupun jalan utama.

"Pekerja di sebelah tanah besar akan meninggalkan kereta mereka di tempat letak kereta, contohnya di Seberang Jaya dan menaiki bas yang disediakan. Cuma mereka bayar caj parkir saja, " tambah beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih.

[sumber: Harakahdaily]

mimpi

mimpi
mainan tidurkah?
mainan syaitan?

mimpi oh mimpi
ku tertipu
di siang hari

ku bermimpi
sang pujaan hati
hadir dalam mimpi

mimpi
buatku bahagia
walau ia hanyalah dusta

dalam mimpi
ku merindu
ku terharu

di luar mimpi
ku mengelamun
menyeru namamu..

~ nurfatimahz AKA puteri ~
06/11/2010 @ 5.24 pm

emm,,

MS: berkenaan?
MR: bekenee
MS: berkenan?
MR: kene. nok pn bleh
MS: ha.ha. sy nok ke awk
MR: ho. cntoh ayt cmtu lh
MS: ha.ha. bkn cntoh lh td ha.ha
MR: ayt lgu tu lh haha
MS:
em yelah

[tukar topik..]

MR:
jom tdo
MS: tdo lh
MR: jom
MS: xnk,
MR: jm
MS: xnk. xska kt awk
MR: haha

14/11/2010 @ 10.26 pm

Sunday, November 14, 2010

abstrak tesis, tiga bahasa

!!! UPDATE: abstrak tesis, menjadi empat bahasa
(yang sebenar hanyalah 3; Melayu, Inggeris dan Arab :))

Bahasa Melayu:


Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan kesedaran blogger Malaysia tentang hak dan tanggungjawab mereka di bawah undang-undang Syariah dan Malaysia. Pengkaji menggunakan beberapa kaedah di dalam proses pengumpulan maklumat. Di antaranya ialah kajian di perpustakaan, kajian secara online, kajian kuantitatif dengan mengagihkan soalan kaji selidik kepada sebahagian blogger Malaysia, dikhususkan kepada blogger Muslim, disamping pendapat daripada pengkaji sendiri. Di akhir kajian ini, pengkaji akan menyertakan hasil dapatan kajian yang telah diterima daripada blogger Malaysia berkenaan pendapat mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab-tanggungjawab seorang blogger di bawah undang-undang Syariah dan Malaysia. Kajian mendapati blogger Malaysia mengetahui hak dan tanggungjawab mereka dalam ber-blog walaupun setakat ini tidak terdapat undang-undang atau panduan yang khusus untuk blogger.


Dialek Kelate: [Tag: Cikli de saing kawe -blogger- hok Kelate]


Kajie hok neh nak lihak jaoh mano ilmuu de sedare blogger di Maleysia kaitte hok de tanggunjawak mereko bawoh unde-unde Syariah de Maleysia. Ore hok kaji masaloh ni ado guno kaedah untok kumpol maklumaknya. Contohnya kajie perpustakaan, kajie Internek, kajie kuantitatif denge bui soalan kaji selidik ko wapo blogger di Maleysia. Dikhususke pado blogger Isle, selaen tu ado hok pendapak pengkaji sendiri. Akhir sekali dale kajie ni, pengkaji ake selikke hasil dapate kajie hok buleh dari blogger Maleysia bekenee pendapak mereko kaitte hok de tanggungjawak mereko bawoh unde-unde Syariah de Maleysia. Kajie ni buleh tengok blogger tahu hok de tanggungjawak dio dale ber-blog walaupun belum ni ado unde-unde atau pandue hok khusus untuk blogger. [P/S: Guano cikgu? He.he.. Tapi ado hok tanyo dekak gewe ore yang kawe minak,, :D :P~].


English Languange:


The aim of the research is to observe how far the knowledge and the awareness among Malaysian bloggers on their rights and responsibilities under the Syariah and the Malaysian Law. The researcher used several methodologies in order to collect the data, which based on library-based research, online-based research, and quantitative research by distributing questionnaire to selected Malaysian bloggers, which specify to Muslim bloggers. In the research’s finding, the researcher managed to highlight the Malaysian bloggers opinion on the right and the responsibilities of bloggers based on Islamic principles, i.e. Syariah and Malaysian Law. The research found that the Malaysian bloggers know their rights and responsibilities in blogging although there has been no specific law or guideline for Malaysian blogger yet.


Lughatul 'Arabiyah:

إن غاية هذا البحث للنظر الى المعرفة والآراء من المدونين الماليزي حول حقوقهم ومسؤولياتهم بموجب قانون الشرعية والماليزية. في جمع المعلومات، استخدمت الباحثة على منهحية البحث من الدراسة المكتبية، و الدراسة على الانترنت، والكمي من خلال توزيع استبيانات على المدونين الماليزي، وأيضا من رأي من الباحثة بنفسها. وأما في نهاية البحث، فهناك النتائج التي تم تلقيها من المدونين الماليزي على وجه أرائهم حول حقوق ومسؤوليات المدونين بموجب قانون الشريعة والماليزية. وقد وجدت الباحثة أن المدونين الماليزي يعرفون حقوقهم ومسؤولياتهم في استعمال المدون ولو هناك ليس قانون محدد أو مبادئ مخصوص للمدونين


********************************************

Nota Puteri:

Mmm.. Saya memang berhasrat untuk kongsikan penulisan tesis saya dalam blog. Tapi tesis saya dalam Bahasa Inggeris, perlukah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu? Apa pendapat kalian? Atau publish sahaja dalam Bahasa Inggeris?

Psstt.. Jangan ada yang mintak terjemah ke dalam Bahasa Arab sudahlah, he.he.he.. :D

penghargaan buat rakan blogger

~ masih lagi cerita kedai kopi tentang tesis :) ~

ACKNOWLEDGEMENT

بسم الله الرحمن الرحيم


First and foremost, I would like to express my praise and gratitude to the Almighty Allah and salutations to Prophet Muhammad. Thanks Allah for giving me the inspiration and the patience to finish this academic project paper successfully.


Also, I would like to take this opportunity to give my special thanks to my supervisor on this academic project, Dr. Syahirah binti Abdul Shukor for her opinion, guidance, commitment, time, cooperation and so on from the beginning until this project paper is complete gratefully. May Allah bless her.


The special thanks also dedicated to the Dean of Faculty of Syariah and Law, Prof. Abdul Samad bin Musa, to all my lecturers and tutors in the Islamic Science University of Malaysia (USIM) especially in Faculty of Syariah and Law. Without their guidance, I may not finish my study here.


Not to forget, my beloved parents, siblings and relatives, thanks for supporting my life and study. To all my friends in USIM and colleagues especially the fourth year students in course Fiqh and Fatwa 2007-2011 and my classmates, my housemates that I get to know them while in this university. Without their motivation and moral support, I may not stand here as a bright student. Your smiles and laughter make my life cheerful and joy. To Rosmalizi bin Johari @ Abdul Rasid, I will never forget you.


Last but not least, I dedicate these special thanks to my blogger and chatter friends for giving me ideas and for answering my questionnaire. And I would like to thank to any individuals or groups that are involves directly or indirectly in helping me to complete this academic project paper. May Allah bless you all forever.


NUR FATIMAH ZAHARAH BINTI AHMAD

Bachelor Fiqh and Fatwa (Hons)

Faculty of Syariah and Law

11th November 2010



******************************************

Pssstttt..

Itu lah nama madam supervisor yang saya maksudkan sebelum2 ni.. he.he.. Timbalan Dekan tuh.. Ohya,, ayahnya merupakan bekas Naib Canselor USIM, merangkap Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia; Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin.

Terima kasih kepada blogger yang terlibat dengan survey@questionnaire dahulu:

Alanne
Amirah
Atom
Bali
Benrauf
Budak Country
Cikli
De Kerinchi
Faiz Halim
Gadis Bunga
Hanani
Hanis
Hartini
Izan
Khaizarien
Najah
Rabiatul
Ridwan
Shazali
Suri
Thoha
Waheeda
Zikri
Zulaiha

Dan juga kepada yang tidak mampu disenaraikan.. he.he
:)

Ada yang telah 'dipaksarela' untuk menjawab, dan ada juga yang telah menjawab dua kali :D