© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, April 27, 2011

lelaki Y

~ Pelajar Biology biasapun mampu palsukan DNA ~

Perkara yang pelik tetapi benar telah berlaku di mahkamah negara kita melibatkan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penuduhnya Saiful Bukhari Azlan. Sejak dari awal lagi tiga orang doktor dari Hospital Kuala Lumpur [Laporan HKL] ditambah dengan seorang doktor Osman dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) telah mengesahkan bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful Bukhari. [Laporan Pusrawi]
.

Namun perbicaraan masih terus dijalankan. Ibarat membicarakan kes rogol seorang perempuan yang masih dara. Bukti yang terus digembar-gemburkan hanyalah kononnya terdapat kesan air mani lelaki Y di dubur Saiful.

Namun untuk pengetahuan pembaca semua, menurut laporan Dailymail pada tahun 2009 yang lalu berdasarkan journal Forensic Science International: Genetics reports., para penyelidik telah memberikan amaran bahawa bukti DNA sangat mudah untuk dipalsukan, malah seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan biologi pun mampu melakukannya. Ini menimbulkan kebimbangan orang yang tak bersalah mungkin dihukum, manakala yang bersalah akan terlepas [DailyMail].


Nampaknya jawapan kepada soalan, "Mengapa perbicaraan liwat lelaki yang masih dara ini diteruskan?" sudah terjawab. Perkara tak masuk akal berlaku di Mahkamah Malaysia. Minta perhatian pengamal undang-undang termasuk peguam Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan maklumat ini.

Baca juga terjemahan penuh Artikel Dailymail, di sini [Free Malays]

ReJaM© "Dunia hari ini dipenuhi dengan kekeliruan dan fitnah, semoga Allah melindungi kita..."

Sumber: MiloSuam

Monday, April 25, 2011

cintaku



Cintaku kepadamu
tidak membawaku ke mana-mana
tidak menjanjikan ku bahagia

Cintaku kepadamu
tidak bisa mengubah apa-apa
suratan yang telah ditakdirkan

Cintaku kepadamu
tetap utuh hingga kini
walau aku tidak kau cintai

Cintaku kepadamu
hanya akan mati
saat degup nafasku terhenti..


Nota:

FRUST. Asyraf Muslim (Ustaz Amirul) sudah bertunang..
............
..........
.......
sebenarnya tiada kaitan hidup atau mati dengan asyraf muslim
:)

Thursday, April 21, 2011

sekitar majlis tilawah al-Quran


kumpulan nasyid - guru2 KAFA

orang ramai yang hadir

opsss.. tak perasan tengah khusyuk tangkap gambar orang
- bos saya yang baju hijau ni -
Tuan Syeikh Ahmad Faisol bin Haji Omar

antara Qari

antara Qariah

kumpulan marhaban di astro

Nota:
Tak suka betul jadi camera-woman, nanti tak banyak lah gambar saya.. huu

Hee.. ade jugakkks :)

Wednesday, April 20, 2011

majlis anjuran pejabat agama kubang pasu

Hari ini, pada jam 2.00 petang nanti akan diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kubang Pasu di Masjid Pekan Kodiang. Petandingan ini menerima penyertaan yang begitu menggalakkan dan semua peserta mempunyai latar belakang yang hebat.

Pada sebelah malam pula, akan berlangsung sebuah forum yang bertajuk "Celik Al-Quran". Diantara panel adalah Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar (Pegawai Daerah Kubang Pasu, bos saya ni), Syeikh Abdullah bin Awang Sa (Ketua Pen. Pengarah Bah. Dakwah, JAIK) dan Prof Madya Dr Aziz Hanafi (Dekan Fakulti Syariah KUIN) dan moderator adalah Syeikh Naem bin Ahmad (dari JAIK).

Kejap lagi dalam jam 10.00 lebih-lebih, saya akan ke sana bersama rakan-rakan sekerja (he.he.he). Jom beramai-ramai ke sana.

Nota:
Orang ramai dijemput hadir. =)

Tuesday, April 19, 2011

Konvokesyen Mariah

Jumaat baru-baru ini, teman lama saya dari sekolah menengah datang ke rumah saya, namanya Mariah. Mariah ada rehearsal untuk konvonya pada hari Sabtu. Manakala pada hari Ahad, adalah hari konvo.

Dewan majlis konvo Mariah, Dewan Wawasan, Jitra (bersebelahan Pejabat Daerah Kubang Pasu) tidaklah jauh mana dari rumah saya, dalam 20 minit lebih kurang (kalau tambah kelajuan, atau 30 minit jika kurang kelajuan :D)Jadi, dua-tiga hari jugaklah dia bermalam di rumah saya.. :)

hari pertama, bawa Mariah ronda-ronda =)


Mariah..


Saya kerja pada hari Ahad, hari konvo Mariah. Jadi saya cuma dapat pergi pada waktu rehat 12.30 (keluar sedikit awal) semasa majlis sudahpun berakhir.. huu.. :)

Tahniah kepada Mariah, dari Kolej Komuniti Kepala Batas.

Sunday, April 17, 2011

contest - kenangan zaman sekolah



Ilias mencari-cari kelas bakal pelajarnya. Tingkat atas, atau bawah? Sekali sekala dia mengeluarkan jadual kelas yang baru diperolehinya. Bimbang tersalah kelas. Maklumlah kali pertama dia bakal menjadi guru di salah sebuah sekolah yang agak ternama di Nilai, Negeri Sembilan. Manakan tidak popular sekolah ini, matapelajaran Teknologi Maklumat menjadi subjek wajib setiap pelajar. Dan Ilias bertanggungjawab mengajar Teknologi Maklumat 2 kepada bakal pelajarnya.

Setelah beberapa minit mencari kelas, akhirnya Ilias menemui kelas 5 A.

"Assalamualaikum, kelas Teknologi Maklumat?" Tanya Ilias, untuk kepastian.
"Ya!" Beberapa orang pelajar mengiyakannya.

Ilias melangkah masuk dan memperkenalkan diri. Kelas minggu pertamanya akan dimulakan dengan perkenalan bersama pelajar. Tak kenal, maka tak cinta, kan? Sempat lagi Ilias bermonolog sendirian.

Tidak ramai pelajar dalam kelas 5 A. 20 orang sahaja. 6 lelaki, 14 perempuan. Semua pelajar memperkenalkan diri, Muhaimin, Ameng, Sulhi, Wasie, Jali, Faiz, Hakimah, Husna, Hafizah, Atikah, Sally, Fatimah, Waheeda, Hartini, Farhana, Zalina, Adila, Rozita, Asma dan Khadijah. Ilias cuba menghafal nama-nama pelajarnya.

Setelah sesi perkenalan selesai, Ilias mengambil keputusan untuk memulakan sedikit pengenalan terhadap subjek yang akan diajarnya. Ilias menerangkan bahawa pada tahun ini, para pelajar akan didedahkan dengan Microsoft Access dan Microsoft Publisher. Sedikit sebanyak Ilias mengaitkan kembali dengan Microsoft Word dan Microsoft Power Point yang diambil pelajar semasa mereka berada di tahun 4, mengikut silibus sekolah.

Setelah Ilias menerangkan serba sedikit pengenalan, Ilias membuka peluang kepada pelajar untuk bertanya jika ada yang kurang difahami mereka. Dan ada seorang pelajar mengangkat tangan untuk bertanya.

"Sir dah kahwin belum?" Fatimah bertanya. Satu kelas ketawa. Manakan tidak, sibuk Sir Ilias mengajar, di luar topik pula dia bertanya.

"Dah" Pendek Ilias menjawab.

"Alaa..." Celah Farhana dan Adila, berpura-pura kecewa. Iyalah, Sir baru mereka ini ada rupa dan bergaya. Paling menarik kacamata yang digayakannya. Ilias tersenyum dan tergelak kecil. Nakal juga budak-budak 4 A ni.

Ilias pasti, kelasnya nanti tidak akan kering gusi dan tidak me-mengantuk-kan budak. Dalam diam, Ilias gembira kerana pelajar-pelajarnya bukan pendiam, sebaliknya menceriakan.

***********************
Nota:
- Isq, tiba-tiba macam tak pandai nak bercerita.

99 hari...

~ Versi: Undi, undi, undilah saya! ~

Hu..

dulu masa join contest ni, saya hantar cerpen pada hari terakhir penyertaan dibuka..

lepas tu, (selepas saya hantar) ramai jugak yang menghantar penyertaan dan pditerima.

tarikh bermula undian adalah selama 99 hari seperti namanya. tarikh tutup seharusnya 10 April. akan tetapi ia dilanjutkan hingga ke 20 April ini.

Tolong undi saya di 99 Hari Kisah Klasik - Bunga Kasih. Jasamu dikenang =)

Oh.. mana nak cari pengundi niiii
xde duit nak bagi rasuah ni ha.ha


Thursday, April 14, 2011

telur ayam tiruan: sekejap ada, sekejap tiada

~ Peniaga, pembeli lega tiada telur ayam tiruan ~

Sebelum ini negara dikejutkan dengan kewujudan telur ayam tiruan, namun kini persoalan wujud atau tidak telur ayam tiruan itu terjawab.

GEORGETOWN: Pengesahan tiada telur ayam tiruan dijual di pasaran tempatan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, melegakan peniaga dan pembeli yang hampir seminggu tersentak dengan dakwaan kewujudan telur itu. 

Kebanyakan peniaga yang ditemui berharap pengesahan itu dapat meningkatkan kembali permintaan telur ayam yang merosot selepas berita kewujudan telur ayam tiruan tersebar, minggu lalu.


Bagi pengguna, pengesahan itu dapat menghapuskan kebimbangan kerana telur tiruan didakwa boleh menjejaskan kesihatan.
Pemborong telur ayam, Tan Shuan Soon, 55, yang mewarisi perniagaan bapanya sejak 40 tahun lalu, berkata pengesahan itu keputusan yang sewajarnya kerana beliau memperoleh bekalan dari ladang di negeri ini, Kedah dan Johor. 

Beliau yang membekal telur ke pasar awam, hotel, restoran dan kedai runcit, mendakwa sejak berita kewujudan telur tiruan tersebar minggu lalu, permintaan telur ayam merosot kira-kira 20 peratus. 

Sebelum berita kewujudan telur ayam tiruan tersebar, beliau membekalkan kira-kira 6,000 papan telur berjumlah 180,000 biji sehari. 

"Sejak berita itu tersebar, orang ramai mengurangkan permintaan kerana mereka ragu dengan ketulenan telur yang kami bekalkan," katanya ketika ditemui di Pasar Awam Pulau Tikus di sini, semalam. 
Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Ser i Liow Tiong Lai, berkata analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia mengesahkan sampel telur yang didakwa tiruan di Pulau Pinang adalah telur ayam. 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga berkata, tiada telur ayam tiruan dijual di pasaran negara ini, dan dakwaan telur ayam tiruan itu sebenarnya adalah 'telur ayam cacat' yang berkualiti rendah dan biasanya tidak dijual kepada umum. 

Minggu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa ada telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna dijual di negeri ini. 

Sementara itu, peniaga, Lim Beng Poh, 60, terkilan dengan dakwaan itu yang menyebabkannya kerugian sehingga 60 peratus. 

Tuesday, April 12, 2011

pandai berbahasa

Bean: Who are you?
Jamal: Jamal
Bean: Is this your book?
Jamal: Yes
Bean: Do you have any friend?
Jamal: No
Bean: Can we befriend?
Jamal: Ok

Nota penulis:

Setakat yes, no, alright, ok, no problem itu dikatakan faham ke? jawab yes no kalau kena pada tempat mungkin la nampak ok, tapi cuba bayangkan tersalah pada tempatnya?

Bean: Is this your book?
Jamal: Ok

Kan ke pelik dan haru, sah-sah kantoi. Dihebah-hebahkan macam hebat. Ha.ha. Kelakarlah pulak.

Penulisan ini ditulis setelah membaca sebuah akhbar hari ini yang ada soal jawab seperti berikut:

Yang bertanya: Amat *** nuan tuk? (betulkah awak ini ***?)
Yang menjawab: Auk

Petikan perbualan di dalam akhbar tersebut yang berhasa iban.
Berita Harian.

Sunday, April 10, 2011

telur ayam tiruan : ayam ada tiruan tak?

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi kelmarin, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.

Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.

Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.

Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.


Perbezaan telur ayam asli (kanan) dan tiruan selepas direbus. – Bernama


Cara mengenal telur tiruan:

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.

S. M. MOHAMED IDRIS

Presiden CAP


Sumber: Utusan

anak soleh

Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda

Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah

Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

Singer: UNIC
Source: ilirik

Monday, April 04, 2011

syukur atas kurnia

~ entry ini ditulis oleh atom di laman yahoo pulse beliau ~

"imah, ade pesanan utk u kt blog yahoo i..tajuk syukurlah dgn apa yg dikurniakanNya..khas utk u..hehe take time to read this.. " - Atom.

:: Syukur dengan apa yang dikurniakanNya ::

ade seorang teman, masih sukar mengetepikan sesuatu yang tidak pasti. Aku rasa simpati. tapi dah kering idea utk memahamkannya. wahai teman, tolongla faham resam hidup manusia yg bertuhankan Allah SWT..Penentu segala keputusan..beragamakan Islam..the way of our life..
teman, kita ada panduan..take time to ponder..




setuju atau tidak????????? blh jadi betul jg, tp kdg2 tak juga..terpulang laa...

pesanan utk teman yg ditujukan,
sis, "ROS" BUKAN SEKUNTUM..heh heh heh


Oleh: Atom

Sunday, April 03, 2011

antara dua

Antara dua cinta yang inginku miliki; cinta Ilahi dan cinta insani,
pasti yang utama cinta Ilahi, kerana cintaNya cinta Hakiki

Antara dua insan yang inginku miliki, kekasih hati dan sahabat sejati,
pasti yang utama sahabat sejati, kesetiaannya sukar dicari ganti,
ketulusannya sukar dimengerti dan kejujurannya sukar ditemui..

Credit to: Hasanah Jaafar