jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Tuesday, August 30, 2011
United Malays No Otak
"Hafeez, nanti kalau nak mengundi mesti PILIH yang tiga ni tau". Layak peraih undi berkempen untuk pilihanraya saja aku 'menasihati' budak berusia 10 tahun ini (yang lebih 10 tahun lagi baru boleh mengundi!).
"Kenapa kene pilih yang ni?". Tanya Hafeez ber-sleng 'KL', almaklumlah menetap di Selangor Darul Ehsan. Aku pun tompang 'Kay-El' lah sikit-sikit.. hehe..
"Yang tiga ni namanya Pakatan Rakyat. Hijau PAS = Parti Islam, DAP = Parti Demokrasi, PKR pulak = Parti KeADILAn. Parti-parti ni lah yang memperjuangkan HAK kita sebagai RAKYAT, penduduk Malaysia", agak panjang lebar aku bersyarah sambil menunjukkan kepada Hafeez beberapa gambar/video Pakatan Rakyat.
"Ada yang lain tak?". Hafeez nampaknya berminat.
"Kalau Pakatan Rakyat, lawannya Barisan Nasional. Dalam Barisan Nasional ada umno, mca bla3... tapi jangan pilih. mesti pilih Pakatan Rakyat," Aku cuba mem-brain-wash Hafeez kaw3 hehe...
"umno tu ape?".
"umno tu Untuk Melayu No Otak", jawabku spontan.
"Ye ker, tipulah". Hafeez menduga.
''Betul.. Tak percaya jom tengok,,". Aku membuka Google (sekarang kan Zaman Google, sonang!) dan menaip 'untuk melayu no otak', search dan keluarlah keputusan seperti di bawah...
"Betul ke maksu? amno tu untuk melayu no otak?".
"Iyer.." sambil mengangguk-angguk dengan selamba.
"Biar betul... kenape diorang takde otak?".
......................
Nota Kaki:
Ada sesiapa mau jawab soalan terakhir Hafeez? haha..
Nota Tangan:
Sambung balik mood raya. Ops.. Mood MERDEKA pulak! Esok entry untuk MERDEKA.
Updated: On 31st August 2011, at 11.17 pm. Happy 'Ketupat Bendera' from Google.
Monday, August 29, 2011
dari anak murid
Yang paling tak tahan, masuk-masuk je jadi GURU KELAS! Sebab guru yang saya gantikan tu, guru kelas 3 Hanafi, mahu tak mahu, 'kena ganti la jugak'...
Ok2. Mode raya.
Dapat kad raya dari anak murid, Adam Al-Hafiz, 3 Bukhari.... Dapat kad bukan luar biasa kan?
Yang ni (dari.. er.. xingat, tapi lelaki) dari 3 Hanafi.. Siap dengan sampul dan DUIT RAYA sekali?! Mak aih......
Saturday, August 27, 2011
mesti tonton : BENDERA vs KETUPAT
Haizz..! Tak sukakan kera.jaan tak bermaksud tak cintakan negara!
tazkirah untuk..
"Ada makan-makan ker?" Tanya Hafeez yang berusia 10 tahun sambil ketawa.
"Hai? mana boleh, puasa"
"Hehe.."
"Ayah kawan maksu meninggal semalam. jadi nak gi melawat"
"Innalillah.." jawab Hafeez.
"Baca al-Fatihah"
"Tazkirah untuk keluarga awak.." Hafeez mengarang-ngarang ayat untuk diucapkan.
"Ei! Takziah lah!"
"Oh takziah.. silap.. hehe"..
Nota:
Takziah buat keluarga sahabatku Ahmad Ikhwan bin Rosli di atas pemergian ayahda tercinta petang semalam. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa, insya-Allah. AL-FATIHAH.
Friday, August 26, 2011
Thursday, August 25, 2011
bulan mengelilingi kaabah - waktu doa mustajab?
Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)...
Sumber: SozCyili P.E.D.A.S
==================
semak kesahihan mesej
==================
astrology = ahlil nujum
astronomer = baru ahli astronomi
bulan mengelilingi ka'bah = bulan keliling bumi, bukan ka'bah, kalau mesej tu tulis bulan terpacak di ka'bah, mungkin benar
Doa termakbul = tiada hadith2 sahih yang menyokong bahawa berdoa diwaktu tersebut doa akan termakbul.
10 Juta tahun sekali = Wallahualam, bulan peernah ke mengelilingi ka'bah, kecualilah dengan Kehendak-Nya. kun fayakun (surah yasin). walau bagaimanapun tiada bukti sahih pernah berlaku 10 juta tahun yang lalu.
========================
Sumber: HaWauYu
Nota:
Saya pun dapat mesej ni.. huhu.. cuma versi bahasa Inggeris. agaknya dah padam sebab tak percaya.
Tuesday, August 23, 2011
fenomena kad raya
Sunday, August 21, 2011
Aku Permata
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang ku dambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
[Salma, Mentor 5]
Nota:
Lagu yang ada makna, sungguh dekat terasa dihati ini.
Bagai menceritakan kisah yang tersimpan disanubari.
Saturday, August 20, 2011
tak cukup duit raya...kah?
Aduhai POLIS pun jadi perompak..apa kejadahnya nie…!!!
Lima anggota polis jadi perompak
|
JALAN Nagasari, Dang Wangi, Kuala Lumpur tempat lima anggota polis merompak sekumpulan warga Bangladesh pada 8 Ogos lalu.
|
KUALA LUMPUR – Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh pada 8 Ogos lalu.
Mohd. Afizi Mohd. Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd. Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20, didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di rumah Nο. 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini pada pukul 12.01 pagi 8 Ogos lalu.
Kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit yang kesemuanya berjumlah RM34,516 milik pekerja buruh binaan itu.
Pertuduhan ke atas kesemua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh namun peguam Mohamad Arfizi Mohd. Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan kesemua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga.
“Saya juga merayu pada bulan Ramadan yang mulia ini supaya kesemua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing,” katanya.
Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes.
http://kosmo.com.mу/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
Kredit tο: http://www.kedahlanie.info/2011/08/aduhai-polis-pun-jadi-perompakapa.html
sumber: TukarTiub
Nota:
Sudahlah semasa Bersih 2.0 jadi samseng, kini bertukar profesyen lagi..?
Friday, August 19, 2011
budak-budak
"Maksu awak ni macam budak-budaklah!" (Hafeez, 10 tahun).
Sekarang anak murid pulak:
"Muallimah (cikgu) ni macam budak-budaklah.. bla3" (Amsyar, 9 tahun).
Nota:
Hisyhh budak-budak nihhh!!! Ada ke patut diorang yang 'budak' tu cakap camni? huh
Wednesday, August 17, 2011
sumber : wiki |
sumber: semut dan papan kekunci |
Tuesday, August 16, 2011
ada pulak yang nak tunjuk alim dari ulama'..
GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.
Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.
“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.
“Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni,” katanya dipetik Bernama Online.
Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.
Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.
Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.
“Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.
“Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.
Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu. - The Malaysian Insider
Note: 54 Tahun umno memerintah, umat islam di Malaysia jadi semakin jauh dari agama.. Pemimpin jahil.. penyokong jadi bertambah bangang..
Sumber: BujangSusah
Monday, August 15, 2011
rumahtangga siapa berantakan?
ENTAH mengapa, tiba-tiba sahaja akhbar ultras-Melayu seperti Utusan Malaysia membuat susulan isu berkaitan dakwaan pembe lian cincin berlian membabitkan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor .
Walaupun gimiknya seakan-akan menolak isuisu itu, namun liputan itu setidak-tidaknya akan membawa suatu signal lain kepada golongan pertengahan dalam Umno.Setiausaha Ag...ung PAS, Dato’ Mustafa Ali sendiri ada me nyatakan terdapat kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.
Pelbagai isu itu kini menjadi alasan untuk meletakkan Rosmah menjadi liabiliti kepada Umno-BN yang dikepalai suaminya, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Tidak cukup dengan isu cincin berlian RM24.4 juta, Rosmah juga ada dikaitkan dengan isu pembelian beg tangan bernilai ratusan ribu ringgit; isu penginapan di sebuah hotel mewah di Dubai yang menelan RM140,000; isu bil elektrik dan bil air yang masing-masing mencecah RM140,00 dan RM30,000 sebulan di Putrajaya; isu peruntukan Permata Negara selain penganjuran beberapa persidangan yang disifatkan suatu pembaziran.
Kontroversi lain membabitkan Rosmah juga disebutkan dalam isu hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev yang berasal dari Kazakhstan.
Maira Nazarbayev yang mempunyai gaya hidup ala Imelda Marcos didakwa mempunyai kaitan dengan Organisasi atau mafia Rusia.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya pihak yang paling gembira dengan kegemparan isu terkini membabitkan isteri PM itu kerana beliau kini sedang meniti satu lagi anak tangga untuk bergelar PM.
Ia menambah rencah kepada kempen Muhyiddin yang kini cukup rapat dengan golongan pemimpin pertengahan dan berkepentingan dalam Umno mahupun Barisan Nasional (BN).
Mahu atau tidak seperti kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar bahawa Najib kini terhimpit dengan masalah yang tercipta dalam rumah tangganya sendiri.
Kedudukan Rosmah yang cukup dipandang meluat oleh rakyat kebanyakan kerana kemewahan yang melampau ditonjolkan menyempitkan ruang Najib untuk bertahan bukan sahaja menjelang pemilihan Umno, tetapi mungkin survival semasa pilihan raya umum ke-13.
Umum mengetahui, telah ada gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakan jawatan beliau. Episod ini sedang berjalan seperti mana yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menerajui Malaysia dan Umno.
Kelebihan Tun Abdullah adalah seawal beliau menerajui negara dan Umno, nama beliau cukup harum di kala ngan rakyat dengan membawa pelbagai konsep baharu termasuk Islam Hadhari, memberi kebebasan sedikit kepada media bersuara dan membuka ruang kepada pembaikpulihan sistem kehakiman.
Itu jasa Abdullah yang sehingga kini disebut juga oleh pembangkang, walaupun akhirnya Abdullah jatuh angkara masalah menantunya, Khairy Jamaluddin.
Berbeza dengan Najib yang memang telah menjadi sebutan ramai sejak memerintah, yang mana anak bekas Perdana Menteri kedua ini tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai “baggage” peribadi yang terlalu besar. - DetikDaily
menteri sapa ni
Saya pun bukan hebat.. tapi buatlah kajian dan belajarlah agama dahulu sebelum keluarkan kenyataan.. jadi menteri tapi bodoh.. apatah lagi penyokongnya...
Saturday, August 13, 2011
Najib di mahkamah - Utusan VS AFP
muka depan utusan |
sumber : utusan syaitan |
sumber : AFP |
[sumber: semut dan papan kekunci]
bila budak main mercun
Teman: "Hoi! Jadi apa-apa kat kereta aku, hampa beli yang baru!"
Budak2: "Hehehe.."
Hish! Tengah marah ni pun boleh gelak lagi budak-budak ni?
Ini serius.....
Psstt..
budak-budak tu 'anak murid' teman, hukhukhukkk
Friday, August 12, 2011
Contest Aku Berpuisi - Sendiri
Pernah hati bertanya sendiri
Mengapa ini yang terjadi
Apakah sudah tersurat sejak azali
Ditakdirkan begini
Pilu menemani..
Hidup yang tak seindah mimpi
Hanyalah umpama ilusi
Khayalan disiang hari
Ternyata pahit bisa berduri
Itulah hakikat yang terbukti..
Andai mampu diukir awan
Akanku coret segala luka
Biar semua duka akan terpadam
Ditiup angin yang mendatang
Atau turun menjadi hujan
Yang bisa menghidupkan alam..
Biar lara itu membangkitkan
Bukan lagi meresahkan
Biar segalanya menjadi kekuatan
Menempuh hari dan masa hadapan.
Tag..??
Yang baca entry ni AUTOMATIK kena tagged!
*re-post juga.
Wednesday, August 10, 2011
kampung pun boleh mengundi!
Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.
Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu.
Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi. Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.
Daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini. Maklumat pemilih yang mencipta sejarah ini adalah seperti di bawah:
Klik pada imej untuk besarkan
Apabila semakan dibuat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) mengikut nombor kad pengenalan pemilih maka nama Kg Baru sebenarnya adalah Noraini Binti Abdullah. Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku? Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak di jawab oleh kerani SPR sahaja? Maklumat Noraini Binti Abdullah adalah seperti berikut:
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menjumpai pemilih dari kalangan pengundi hantu di mana nama pemilih ini tidak terdapat dalam rekod JPN. Pengundi hantu ini bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan mengundi di Dun Wakaf Mempelam, Parlimen Kuala Terengganu.
Maklumat pengundi hantu ini adalah seperti berikut:
Semakan di laman Web JPN menunjukkan identiti Farhana Binti Abdul Rashid tidak wujud.
Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)? Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos 2011 di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia beranggapan mungkin telah berlaku kecuaian manusia yang menyebabkan sebuah kampung dibenarkan mengundi. Salah satu punca kepada masalah ini adalah kerana SPR tidak mempunyai sistem pengesahan pengundi yang benar-benar mantap. Kecuaian manusia tidak dapat dikesan oleh sistem selepas data-data dimasukkan.
Dewan Pemuda PAS juga mendesak kepada SPR agar menggugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak. Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.
Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih. Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR.
Tempoh bantahan juga terlalu singkat dan tidak munasabah iaitu hanya 5 hari sahaja termasuk 2 hari bercuti. Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga selasa. Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Bayaran dan tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan.
Dewan Pemuda PAS mendesak agar tempoh bantahan ini dipanjangkan dan bayaran kepada pembantah digugurkan. Ini bagi memudahkan semua pihak membuat pembersihan daftar pemilih di masa akan datang. - HD
Note: Hang tunggu la BERSIH 3.0 !!!!!!!!!!
[sumber: BS]
Monday, August 08, 2011
Contest Aku Berpuisi - Rintihan Jiwaku
Bedilan fosforus
Kebakaran dahsyat
Umpama pesta bermaharajalela
Nilai nyawa tiada berharga
Kehilangan yang menyayat
Menjadikan aku seorang yatim piatu
Keluargaku.. di mana?
Ayah, di mana ayah?
Ayah pergi berjihad tiada pulang..
Ibu, di mana ibu?
Ibu longlai lesu terbujur kaku..
Abang, di mana abang?
Abang menjadi mangsa senapang rakus
Terkoyak rabak tubuhnya
Sama seperti helaian bajunya..
Kakak, di mana kakak?
Nafsu binatang manusia syaitan itu
Menghentikan denyut nadinya..
Adik, di mana adik?
Adik sudah lumat, berkecai
Dihancurkan kereta kebal jahanam..
Apa kau melihat deritaku?
Apa kau merasa apa yang ku rasa?
Apa kau punya mata namun hatimu buta?
Kau rela bersekongkol dengan mereka
Menembak mati saudara-saudaraku
Menghancur lenyap sahabat-sahabatku?
Atau kerana ini kisahku
Bukan kisahmu
Ia berlaku padaku, keluargaku
Bukan kamu, keluargamu?
Note:
Re-post untuk contest anjuran sahabat blogger, Azhan.
Tagged:
Cikli
Tehr
Kamal Sanusi
Sunday, August 07, 2011
keldai 1 Malaysia
Video yang 'sangat popular' di Facebook.
Video kera...jaan BN terbodoh abad ini..
Harga barang naik DAP punya salah ka? Kah kah kah kah.. apa la punya bangang statement macam budak tadika.. Tapi memang layak la dengan muka-muka pelakon tu.. angguk macam keldai..!!!
Kedai satu Malaysia kat mana? kat kampung aku tak der pun? nak beli gula sekilo aku kena pergi KL ke? Apa punya sengal la orang yang buat video ni.., Harga kereta naik.. insuran naik,, sewa rumah naik..taknak buat kedai 1 malaysia ke? Bistu minyak naik harga kenapa tak buat pam minyak 1 malaysia? Hari ni hagra minyak dunia jatuh menjunam lagi.. aku tak nampak pun kerajaan turunkan harga minyak?
Masa harga pasaran minyak dunia naik tu hari apa kerajaan keluarkan kenyataan? "Kerajaan terpaksa mengikut harga pasaran dunia,, bukan minyak di Malaysia saja yang naik harga tapi seluruh dunia..". La nie dah 5 kali harga pasaran minyak dunia turun semenjak akhir kenaikannya tahun ni kerajaan buat apa?
Bila minyak dunia naik harga kerajaan jadikan Harga Minyak Dunia sebagai alasan untuk menipu rakyat. Bila harga minyak dunia turun dia buat-buat bangang jer.. apa punya bodoh kerajaan Malaysia ni.. Sama bodoh dengan orang yang buat video ni.. tengok la muka pelakon-pelakon tu.. bangang gila !!!! kah kah kah kah..
Rasanya untuk siapa video ni ditujukan?
Video ni ditujukan untuk orang-orang kampung yang tak tahu membaca.. untuk penyokong-penyokong umno yang bangang dan tak sekolah.. yang hanya kenal lambang dacing.. yang tak ambil tahu berkenaan calon.. tak kira siapa calon.. batu ka ..kayu kaa.. waimah letak kepala keldai sekali pun mereka tetap pangkah dacing.. mereka yang beginilah harapan kerajaan BN untuk terus berkuasa.. selagi rakyat dapat ditipu dan dibodohkan selagi itulah kekuasaan mereka terjamin..
Copy-paste dan edit dari: BujangSusah
Friday, August 05, 2011
mesti cuba: Google Translater (part 2)
Klik pada gambar untuk besarkan.
Taip philippines, bangladesh, pakistan (English - Malay)
Tak ada edit version, tak ada photoshop version
eh.. pagi-pagi buta ini..
Taip orang pakistan benci najib dan rosmah
Thursday, August 04, 2011
untuk pengundi - melindungi undi dari dikesan
Video ni sangat berguna kepada pengundi tidak kira pernah mengundi sebelum ini atau baru pertama kali bakal mengundi.
Tapi kalau guna biotmetrik....???
Wednesday, August 03, 2011
iklan kontroversi (Ramadhan 1432)
Sumber: MiloSuam
Nota:
Saya pun tak berkenan dekat iklan ni! Host dan orang Melayu sendiri tak pandai nak hormat Bulan Ramadhan + Agama sendiri, nak 'ajar' penganut agama lain. Huh.
Nota 2:
Saya ada kenal orang Cina yang turut berpuasa di bulan Ramadhan dan juga bulan2 lain walaupun bukan beragama Islam. Tian Chua (Ahli Parlimen KeADILan) juga berpuasa! Melayu + Islam berapa ramai yang tak puasa?