© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, June 18, 2013

mungkin kau bukan takdirku

"Bila nak jumpa?" aku bertanya pada dia melalui khidmat whatsapp. Zaman sekarang mana orang pakai lagi dah khidmat sms.

Dia senyap. Tapi aku tahu dia telah membaca mesej sebentar tadi. Aku akan menunggu sehingga dia menjawab pertanyaanku tadi.

Bumi Batu Pahat tidak jauh bezanya dengan bumi Sungai Petani dari segi suhunya. Ya, sama panas. Jika di Nilai, Negeri Sembilan dan Ampang, Selangor, masih boleh tahan kipas nombor satu. Tapi di sini, hai.. Memang nak berpeluh sakanlah kalau pasang kipas nombor satu.

"Sabtu. Kalau petang hari biasa selepas pukul 5. Habis kerja", dia mengirimkan pesanan itu. Lewat petang aku bertanya, lewat malam baru mendapat jawapan. Hai, nasiblah...

Petang ini ku rasa seperti biasa. Ada sedikit bunga-bunga. Iyalah, mahu bertemu si dia. Petang terasa merangkak dengan begitu perlahan. Namun kerana keinginan di hati, segalanya terasa menjadi. Hebatkan kuasa hati?

Di kejauhan aku memandang sebuah kafe yang terletak berhampiran tempat kerja dia. Entah bagaimana laju pula langkah kaki ini. Walhal ini kali pertama aku di sini. Dan aku tidak pula memaklumkan dia yang aku ke sini pada hari ini. Hari ini bukan Sabtu.

Dia melihatku menghampiri mejanya. Sambil tersenyum, dia mengisyaratkan aku supaya duduk. Ku lihat beberapa menu telah dipesan. Eh? Dia memandangku seperti biasa.

Tiba-tiba, ada seorang wanita bersama anak kecil datang ke meja yang sedang kami duduki. Memang tersentaplah aku. Bukan kerana itu isterinya, tapi itu bekas kakak iparnya!

Ya, dia memang insan yang sangat baik. Tidak membiarkan bekas kakak iparnya sendirian, sangat berbeza dengan abangnya yang ah..sukar untuk digambarkan.

Tapi aku kecewa. Kerana dia banyak beriku alasan. Takut tak ada masa, sibuk kerja, bla bla bla. Tapi boleh pula berjanji dengan bekas kakak ipar? Ohya, padanlah dah siap ada pesanan menu bagai, semua bukan untuk aku sebab dia bukannya tahu aku mahu ke sini.

Aku terus bangun sewaktu dia mempersilakan bekas iparnya duduk. Pandanganku berkaca. Aku berundur dan memalingkan wajah. Lekas-lekas aku berjalan menjauhi dia. Dia bangun, seolah-olah ingin berkata sesuatu padaku.

Ringan terasa langkah kaki ini, aku terus berlari. Enggan memandangnya lagi. Hatiku terlalu pilu. Dia mengejarku. Aku yakin langkahku sudahpun laju, namun mengapa dia semakin hampir? Bagai ada magnet yang menghalang aku dari terus berlari. 

Dia berjaya menghampiri dan memaut bahuku. Segera dia memalingkan tubuhku agarku memandangnya.

Dan aku terjaga dari tidur. Sekian.
#17.06.2013

Nota: Mimpi dan watak dalam mimpi adalah bukan rekaan. Cumanya watak "kakak ipar" entah macam mana boleh ada sedangkan dia tiada "abang".

Dah terjaga tengok dia reply whatsapp. Seperti yang di dalam mimpi. Jawapan lebih kurang, "takut tiada masa".

K.E.C.E.W.A.

2 comments:

nohas said...

wah, mimpi dan realiti sama je..

InsyaAllah, ada jodoh yg lebih baik..

Puteri said...

Huhu kan? Hampir lebih kurang sama. Hurm........

Atau mungkin perasaan semata-mata?