PERKARA |
|
nota |
UMUM |
Mengumumkan ketibaan Cikgu mohd haris zaidi bin
omar ali, mantan guru SKSPR bersama barisan pentadbir. Dipersilakan mengambil
tempat yang telah disediakan. |
|
|
dipersilakan barisan guru dan akp utk sama²
bergambar dengan yang diraikan. |
|
ALUAN |
Sireh berlipat sireh pinang Sireh dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillahirabbil
alamin… assolatu wassalamu ala asyrafil ambiyai walmursalin, wa ala alihi
wasohbihi ajmain.. Yang Berusaha cg Rafadzilah Abdul Rahim, GB SK Seri
Pematang Rengas, Yang dihormati cg. Pauzidan bin Sungip GPKP, cgu
Yusma Rizal bin IdrOs GPKH, cg Nurul Shuhada binti Masrun GPKK.. Yang dihormati en anuar bin kasim ydp pibg, en.
Azri Effendy bin Abd Rahman nydp Yang diraikan pada hari ini Cg mohd haris zaidi bin
omar ali, Guru skspr Yang dialu-alukan ahli2 jawatan kuasa pibg dan pibk.
Selamat datang semua, terima kasih sudi hadir. Yang dikasihi barisan guru, kakitangan sekolah, ajk
pibg, jawatankuasa pelaksana majlis pada hari ini dan seterusnya murid2
serta hadirin sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran
dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya dapat kita sama-sama
berkumpul pada pagi ini dalam MAJLIS SANJUNGAN BUDI sempena perpindahan cg haris
di DEWAN ANGGERIK SK SERI PEMATANG RENGAS. |
|
DOA |
Hadirin sekalian, Tetak buluh panjang sepuluh Bagi memohon keberkatan majlis pada pagi ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh cg Mohd Jawawi bin Musanif. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan. Amin2 ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan
kepada cg Jawawi bin Musanif atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi,
Moga-moga majlis kita mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa, insyaAllah. |
|
UCAPAN GB |
Hadirin dan hadirat, Bukan rumput sebarang rumput Rumput ditanam penghias laman Bukan jemput sebarang jemput Jemput memohon kata aluan Majlis akan diteruskan dengan ucapan dari tuan guru
besar. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan YANG BERUSAHA CG
RAFADZILAH BT ABD RAHIM, bagi menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada cg Rafadzilah. |
|
UCAPAN YDP |
Majlis akan diteruskan dengan ucapan dari yang
dihormati en anuar bin kasim, yang dipertua pibg rengas. Dipersilakan tuan. Terima kasih tuan atas ucapannya. |
|
Persembahan murid |
Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis akan menyajikan dua persembahan Istimewa penyeri
majlis. Dipersilakan persembahan yang pertama murid Tahun 2
Pintar! Persembahan yang kedua, dipersilakan murid Tahun 3
Pintar! Tahniah dan terima kasih semua murid yang telah
membuat persembahan. |
|
Biodata yg dirai |
Hadirin sekalian, Ingin kami kongsikan serba sedikit biodata insan
yang kita raikan pada hari ini. Dilahirkan pada 9/9/1975 di Kg Hubung, Endau, Mersing.
Dibesarkan di Felda Air Tawar 5, Kota tinggi. Mendapat Pendidikan awal di tadika Felda Air Tawar 5,
Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Air Tawar 5, SMK Semenchu dan SMK bandar mas. Kemudiannya
melanjutkan Pelajaran ke institiut perguruan sultan idris, Perak, Institut Pendidikan
Guru kampus temenggung sultan ibrahim, johor, dan kolej pengajian islam di selangor. Pasangan hidupnya puan fayrusniza bt muhd
jamain yg juga merupakan guru di sk seri medan, Dikurniakan 2 pasang cahaya mata: Nur amira syuhada, nur amira najwa Muhd amir fawwaz & muhd alif ilmi Cgu Fazilah yang lebih mesra disapa dengan panggilan
Cikgu Haris memulakan perkhidamatannya dengan 1. Penempatan pertama SK seri bandi, Terengganu 2000-2004,
dan kemudiannya ditempatkan di SK SERI PEMATANG RENGAS 2005-2025 Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah mendapat
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC sebanyak 3 kali iaitu pada 2003- SK seri bandi 2012- SK seri pematang rengas 2022 - SK Seri Pematang Rengas Dan kini, cikgu haris telah dinaikkan pangkat
menjadi guru penolong kanan kokurikulum di sk seri laksana. Sepanjang dua puluh tahun di SK Seri Pematang
Rengas, beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan warga rengas dan
juga komuniti setempat. Banyak Kerjasama dan pengibatannya dengan agensi luar
sama ada Kerajaan mahupun swasta. Tidak hairanlah cikgu haris amat dikenali
orang warga medan dan batu pahat. Begitulah serba sedikit tentang Cikgu haris. |
|
pra pulang |
Sidang dewan sekalian, Majlis menjemput Cg haris untuk turun ke bawah
bersalaman dengan murid pra sekolah yang bakal berangkat pulang. Dipersilakan murid pra sekolah bersama hadiah
kelas. Terima kasih cgu haris. |
|
Ucapan yg dirai |
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, Duduk sekawan si burung unta, Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh kita semua
bagi mendengar ucapan dan amanat dari yang diraikan Cg haris zaidi bin omar
ali. Dipersilakan cg. Terima kasih Cg. haris atas ucapan sebentar tadi.
Semoga apa yang telah disampaikan dapat dijadikan pedoman dan ingatan untuk
kebaikan kita bersama. |
|
Cenderamata |
Warga dewan sekalian, Majlis akan diteruskan dengan penyampaian
cenderamata buat cg haris. 1. Cenderamata dari PIBG, dipersilakan YDP
PIBG 2.Cenderamata dari Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan sekolah, dipersilkan pengerusi Bilik Guru, Cg Mohd Farid 3.dari kelas2, kita persilakan ketua kelas 1 pintar-6
pintar 4.unit beruniform pengakap - 5.cenderamata persendirian |
|
fotografi penutup |
Terima kasih diucapkan kepada semua. Majlis sudah pun dipenghujungnya. Sebelum
bersurai.. marilah sm2 kita mmbacakan tasbih kafarah dan surah al-asr. Majlis mempersilakan barisan pentadbir untuk
mengiringi Cg Haris mengambil tempat di laman santai (berhampiran tangga)
untuk bersalaman dengan murid-murid. Murid-murid sila beratur mengikut
kelas. Majlis mempersilakan barisan pentadbir skspr untuk
mengiring Cg Haris serta jemputan ke Dataran dan seterusnya melambai
kepulangan beliau. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum w.w.b |
|
jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Wednesday, March 05, 2025
MAJLIS SANJUNGAN BUDI (GBK - GPKK)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment