© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, June 02, 2010

tips mencintai dan dicintai

1)
Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan:
Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Kenyataan:
Saya sedar dan saya tahu tentang perasaan saya. Biarpun hanya sekuntum senyuman yang awak berikan, saya tetap merasa bahagia.


2)
Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan:
Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Kenyataan:
Entahlah. Bagaimana saya boleh jatuh hati pada awak

3)

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan:
Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Kenyataan:
Maaf. Saya mengusir awak dari hidup saya walaupun saya tak mahu. Malah hingga ke saat ini...,, saya masih berharap yang awak mengasihi saya..,. itu harapan saya. Haruskah saya terus berharap?

4)
Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan:
Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Kenyataan:
Sayangnya seorang perempuan perlu mencari lelaki yang menyayangi dia.... Pastinya ada yang lebih baik dari saya untuk awak, kan?

5)
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia,maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan:
Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

Kenyataan:
Ya. Risiko adalah keputusan. Terima atau ditolak. Awak tak terima. Tapi awak juga tak tolak... Sangat membuat saya runsing. Awak boleh layan saya macam mana saya layan awak, kenapa awak tak boleh sayangkan saya, macam saya sayangkan awak? Mungkin saya terlupa, "cinta tak boleh dipaksa".

6)
Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan:
Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Kenyataan:
Itu mungkin air mata saya, harus menghadapi kehilangan awak..

7)
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Kenyataan:
Saya masih sayang awak.

8)

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan:
kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Kenyataan:
Awak pernah tanya saya: "Kenapa awak suka saya? Hensem ke? Kat mane?" Dan saya menjawab: "Hensem kat mane,, erm... macam mana nak cakap ek,,.. susahlah, sebab awak tak hensem pun?! :P".

9)
Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan:
Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Kenyataan:
Saya gembira. Saya bahagia bila saya merasa awak hadir di dalam hidup saya.

10)
Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan:
kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Kenyataan:
Saya percaya awak sayangkan saya.
Sekadar kawan baik awak?

11)
Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."

Ulasan:
Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya.

Kenyataan:
Saya memang suka kacau awak. Awak tahu tentang itu. Dan ada satu ketika yang buat saya begitu terasa indah, bila awak cakap: "Tapi orang yang saya kacau ni tak tahulah macam mana?", saya bertanya: "Manalah saya tahu sape yang awak suka kacau. Kalau saya, saya tahulah", awak balas: "awaklah."

12)
Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan... Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan:
Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Kenyataan:
Saya tahu, saya menjarakkan keakraban kita. Saya juga pernah cakap dengan awak, saya tak nak kawan dengan awak lagi. Lepas tu, msg awak saya tak balas. Tapi saya harap awak tak berhenti hantar. Kelakar kan? Dan beberapa hari lepas tu saya jawab dan msg awk balik. Sekarang awak pun dah senyap dengan saya. Tapi salah saya juga kan...,,. Atau awak sibuk dengan pentauliahan? Tak apalah apa alasan sekalipun. Sebab kalau awak nak, awak akan,,.. kan?

13)
Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan:
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan dipihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Kenyataan:
Ya, betul tu. Kalau tak luahkan, tak tahu apakah jawapan. Sekadar berteka-teki sendiri. Sampai bila pun akan temui jawapan yang tak pasti. Saya telah mendapat jawapan? Kenapa tak puas hati? Sebab terlalu sayang? Terlalu kasih?

14)
Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan:
Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Kenyataan:
Awak tahu siapa saya. Awak tahu bagaimana saya.

15)
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan:
Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Kenyataan:
Awak berikan saya cincin untuk disarungkan pada jari saya. Bolehkah berikan cincin untuk saya hidup sepanjang hayat bersama awak?

>> Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintainya.....

-->> Teman-teman saya bertanya: "Bila masa kau bercinta?". Lalu saya menjawab: "Cinta jua namanya biarpun tangan hanya bertepuk sebelah,". Mungkin permintaan saya yang satu itu keterlaluan. Tapi tak salahkan kalau saya ingin terus.......
menyayangi awak...,?

*********************************************
Antara koleksi artikel yang saya ambil daripada teman.
dan dicampur dengan kata hati sendiri, huU..

Tuesday, June 01, 2010

lambang zionis dalam komputer?

Ramai antara kita yang tidak tahu rupa-rupanya di dalam komputer masing-masing, tak kiralah PC, laptop, notebook atau yang sealiran dengannya mengandungi dan tersimpan gambar lambang kemenangan zionis.

Tidak percaya?

Tengok di sini:

C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\JO285926.WMF

Penerangan:
Buka My Computer, pilih folder Program Files, kemudian Microsoft Office dan folder-folder seperti yang diberikan di atas.

Kemudian, kita akan menemui gambar seperti di bawah. Apa yang dapat dilihat, jelas lambang zionis laknatullah dibelakang nyalaan lilin-lilin. Kenapa mesti lilin? Sebab lilin tu melambangkan perayaan atau meraikan sesuatu.


Justeru, foto ini melambangkan kemenangan zinois (mohon dijauhkan dari Allah). Apa tugas kita?

Mudah sahaja, delete foto tersebut dan hebahkan pada rakan-rakan dan sesiapa sahaja. Bimbang digunakan (dan diiklankan) secara tidak sengaja.


**********************************************
SMS melalui YM yang saya diterima daripada mfy87

Monday, May 31, 2010

lawak: kertas jawapan jawi

Cerita seorg guru (IZO) yg memeriksa kertas soalan jawi pelajar tahun 4. kata IZO, dia ketawa sorang-sorang semasa memeriksa kertas jawapan tersebut.

soalan tersebut meminta pelajar menulis semula teks jawi dengan tulisan rumi.Berikut adalah jawapan yang dijawab oleh pelajar yg telah berjaya membuatkan IZO ketawa sorang-soarang

Soalan:


كيت هندقله برعبادة سمات-مات كران الله


jawapan pelajar tersebut…..

Kait hendaklah beribadat. Semut mati kerana Allah.


Hmmm..mati dalam iman betolla semut tuh..haha..
jwpn betulnya.. Kita hendaklah beribadat semata-mata kerana Allah..

************************************
credit to Kaisi

-->>puteri menambah:

yang kena beribadat pulak adalah 'kait'.. eloklah tu.. he.he

Saturday, May 29, 2010

lawak: cikgu dan murid

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?

Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawanan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan yang cikgu sebut itu, faham?

Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!

Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!

Cikgu: Dengar sini!
Murid-murid: Dengar situ!

Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!

Cikgu:
Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kau!

Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kau ajar kami!

Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Kenapa kami semua pandai sangat?

Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!

Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kau!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami kata KeADILan betul!

Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami semua dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu: (senyap dan mengambil buku-bukunya kemudian terus keluar)

**********************************
credit to: kaisi

Wednesday, May 26, 2010

kenangan CIPTA 2009

Song: Satu Malaysia
Lyricwriter: me
Songwriter: Shariayati Selamat


TQ to Zarina AF for singing the song!

http://farm4.static.flickr.com/3077/2620459202_320c3da884_o.jpg

Zarina sangat best n sporting malam tu! :X :X






source: USIM WebTV

Tuesday, May 25, 2010

sabar

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahagian iman
Jadikan ia satu amalan

Awan tidak sentiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa menggulung
Menghempas bahtera di laut
Kadangkala tenang
Mendamaikan hati yang rawan

Begitulah satu gambaran
Orang yang diduga dalam kehidupan
Pastinya kan tiba kemudahan
Ganjaran iman di sisi tuhan

Awan tidak sentiasa mendung
Langit yang cerah pasti akan datang
Ombak tidak sentiasa menggulung
Menghempas bahtera di laut
Kadangkala tenang
Mendamaikan hati yang rawan

Kata pujangga orang yg bersabar umpama sang pahlawan
Gagah berani ia digeruni berkorban rela mati

Jangan jadi orang tidak sabar
Terus bersabar tetapkan bersabar
Sabar itu sebahagian iman
Jadikan ia satu amalan

Singer: AlarmMe
Source: LirikNasyid

Monday, May 24, 2010

tesis v praktikal

TESIS

Tengah pening-pening lalat dengan tesis proposal. Yang proposal hari tu 'main-main' je, sebab buat by group, dan untuk subjek, bukan untuk individu.

Adoi..pasal blogger's right...tajuk tesis saya.. Ada cari-cari dan tengok-tengok bahan. Gulpps..takut pulak. Takut salah.. hu.hu..hee..

PRAKTIKAL

Kalau boleh nak pektikel dekat nilai jew, dekat sikit dengan kampus dan hostel. Ada nampak pej. zakat nilai area hostel. He.he.. Ada buleh ka tetiba nak gi pektikel kat peabat zakat??

Lain-lain tempat; pejabat agama, mahkamah,.. erm.. IPT,,.. (i'm trying to apply)..

Pektikelnya bermula bulan Januari tahun depan. Tapi al-ustaz suh cari cuti ni.. Sebab abes sem (Julai-Disember) nanti, terus pektikel.

Sem depan juga kene siapkan tesis..

Oh?!

Sunday, May 23, 2010

datanglah

Apa benar, kata-kata,
Datang dari, mereka…
Tak bisa kulihat,cuma ku merasa,

Jika benar, kau bersedih,
Aku turut merasa pedih…
Sesalan pun tiba, ku hanya berdoa,

Datang mimpi menyentuh jiwa…
Bisik padaku cara menyinta,
Begitu lama masa yang tersia
Kini jelas ku yang merana

Chorus:

Datanglah…datanglah
Itu tinta pena dariku
Datanglah owhhh…pintaku
Hati nuraniku,
pohon kemaafan darimu hoo..

Datang mimpi menyentuh jiwa…
Bisik padaku cara menyinta,
Begitu lama masa yang tersia
Kini jelas ku yang sengsara

artis: faizal ramly (AF4)
sumber: liriklagu

Saturday, May 22, 2010

shooting cipta '10

20-Mei-2010

Sebahagian sesi shooting untuk teasel Cipta '10 yang akan datang. Tapi macam lebih kepada sesi fotografi je; he.he. abg2 cameraman, jangan marah.. ;-)


Raidah


Jo

Walaupun status saya KIV aje, tapi dipanggil juga untuk sesi shooting, he.he...


Saya dan Raidah


Raidah, Saadah, K.Suhana dan saya

Gambar2; credit to Raidah

********************************
Saya..entah, mungkin sudah terbiasa, saya menunggu dia. Masih. Awak, saya sangat merindui awak. Maaf kerana saya bersikap dingin sekarang, bukan tidak sayang, malah terlalu sayang.. tapi saya tak boleh menjadi kawan baik awak lagi, sebab saya sayang awak lebih dari itu.

Friday, May 21, 2010

buat baik dibalas baik

Masihkah anda berpegang kepada kata-kata di atas? Adakah anda percaya? Sangsi? Ragu-ragu? Sesungguhnya, ia adalah benar.

Seperti janji Tuhan semesta alam; lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Bila kita berbuat baik dengan orang, orang pun akan berbuat baik dengan kita. Kita jujur dengan orang, orang jujur dengan kita.

Saya berbicara tentang pengalaman sendiri dan pemerhatian sepanjang perjalanan hayat yang telah berlalu dan sedang berlaku. Sekadar ingin berkongsi kebenaran sebuah hakikat.
- Saya pernah menghadiahkan teman saya sebuah novel motivasi awal tahun 2009, saya menerima hadiah novel sempena anugerah peserta bengkel terbaik pertengahan tahun yang sama.

- Saya pernah menghadiahkan teman saya sekotak coklat pada tahun 2007, saya menerima coklat daripada teman-teman yang lain pada 2009.

- Kawan saya curang kepada teman lelakinya, teman lelakinya juga begitu, walhal mereka masih in relationship pada ketika itu.

- Kawan saya break off dengan ex-nya yang lama. Kini dia bertemu teman yang baru. Teman barunya juga pernah break off dengan orang lain sebelum ini. (It is fair, right?).

Apa yang kita buat, itulah yang kita akan dapat, kan?
Yang berbeza hanyalah jarak masa kita menerimanya..

Hari ini, saya pulang ke kampung halaman. Bertolak dari KTM Batang Benar, ke KTM Seremban. Perjalanan tidaklah terlalu jauh, tetapi barang-barang yang agak banyak sedikit membebankan bahu yang memikul serta mata yang memandang.. HuUU..

Mungkin kerana itu, semasa di KTM Seremban, mahu berjalan ke Terminal One, ada seorang uncle berbangsa Cina menolong saya mengangkat beg saya. UPSS.. Actually segan. Bukan takut (tak terfikir langsung orang mahu melakukan perkara buruk; curi ke, seumpamanya..).

Demi melihatkan keikhlasannya mahu membantu (selain saya juga sedikit lega), maka saya menyerahkan salah satu beg saya kepada uncle itu. Dan kami pun berjalan dari KTM ke Terminal One.

Ada juga berbual-bual. Katanya, dia juga mahu ke Terminal One. Dia menghantar saya sehinggalah di depan bas shuttle ke Terminal Two (Bas untuk balik ke kampung di Terminal Two). Begitu baik sekali dan saya menjadi terharu.

"thank you uncle"
"ya, bye-bye" Dan uncle itu menghadiahkan senyuman..

Dia berlalu ke destinasi yang dituju, entah di bahagian mana saya tidak pasti. lalu kami pun berpisah di situ.

'Uncle, siapa nama?'
mahu bertanya, tapi hanya sampai dikerongkong sahaja... .

Kisah pagi ini membuatkan saya teringat pada tahun 2006 yang lampau (melampau tak ayat ni? he.he)..

Imbas kembali..

Masa tu saya pulang dari sekolah. Saya mahu melintas jalan untuk ke rumah saya. Di sebelah kiri saya ada seorang auntie berbangsa Cina. Usianya saya kira, em.. mungkin lebih kurang 40 tahun..?

Saya sudah melangkah 2-3 tapak ke hadapan untuk melintas. Saya menoleh, auntie itu masih di tempat yang sama. Maka saya berpatah balik ke tempat saya berdiri tadi.

"Auntie, jom lintas" saya menyapa.
"Saya sudah tua, jadi mau lintas jalan pun takut-takut"
"Tak apa, marilah" (ayat buku je, cakapnye tak ingat dah..)

Saya menghulurkan tangan kepada dia. Dia lekas-lekas memengang lengan saya. Tapi sebelum itu saya bertukar posisi. Tadi dia berada di kiri saya, sekarang saya pula di sebelah kirinya.

Iya lah.. Lebih selamat untuk dia. Kalau kene langgar, saya yang akan kena dulu kan,,..(mohon dijauhkan oleh Allah).

"you are good girl" ucap untie itu selepas kami selamat melintas jalan.
"thanks! take care!" saya hanya tersenyum...

Dan saya merasa sebak.. Oh Tuhan, sesungguhnya aku berterima kasih atas pertolongan yang Kau hadiahkan buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penolong, Penyayang lagi Benar dan tidak pernah memungkiri janji-Mu.

********************************
Saya tidak pernah membohongi dia semasa saya mengasihi dia. Saya juga tak pernah menduakan dia sepanjang tempoh itu, kerana saya percaya, saya akan dapat apa yang saya buat. Walaupun,, dia hanya menganggap saya kawannya yang paling baik..... .

Thursday, May 20, 2010

men boling

"Tiadaku sangka
bola-bola boling

yang nampak macam ringan

rupa-rupanya berat"

-ubah lirik Paling Comel-


Kali pertama saya main boling.


Di mana ya? Tak ingat tempatnya. Orang yang bawak. Budak-budak rumah untuk prog Cipta. Yang tahu tempatnya di Bangi.
He.he..



Dah la tak penah main boling. Cara pegang bola pun terkial-kial. Nak baling @ golekkan bola dalam dia punya 'gol' tu pun, ha.ha.. tak reti..

But not bad. Game kedua berjaya strike (walaupun untuk sekali). Markah 51, paling sikit. Kedua rendah, 52.. Hurm.. not bad kan? he.he.he

Time kasih kepada;
k.suhana, saadah, adawiyah dan haslinda.

Kenangan bersama kalian sepanjang Saringan Cipta tidak akan ku lupa.
Semoga persahabatan kita akan berkekalan. Insya-Allah

Wednesday, May 19, 2010

saringan (2) cipta '10

Hari ni, saringan kedua CIPTA telah berlangsung. Dari pagi hingga petang. Dan keputusan pun diumumkan..

Lirik saya telah dilagukan oleh 3 orang komposer dari penjara. 2 daripada mereka; rosli dan syam, telah berjaya menjadi top 15 (kategori penjara) dan telah dipertandingkan dalam saringan kedua tadi.

Dan keputusan...,,..

4 lagu terbaik dari USIM;
komposer: syuk, suhana, imran, jo

4 lagu terbaik dari penjara;
penulis lirik: syuk, ...., ...., .... . (xingat namanya..hu..)

Yang saya tau, lagu saya untuk lirik Menjulang Semangat tewas. Bagi kategori lagu terbaik untuk penjara pula, lirik saya Kita Warga Malaysia berada di tempat yang kelima,,,..

Hu...

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, hanya 4 dari USIM dan 4 dari penjara akan di bawa ke final...

Walau bagaimanapun, dalam kes ini, tempat kelima bagi kategori USIM dan penjara, kami di-KIV-kan dahulu. Sekiranya boleh dibawa 10 lagu ke final, maka automatik, saya layak ke final.

Sekiranya hanya 8 juga.... Erm....,,, sebaliknyalah...

Bolehkah saya berharap saya masih layak ke final..??

Tuesday, May 18, 2010

saringan (1) cipta '10

Semalam, telah berlangsung dengan jayanya saringan (1) bagi Festival Cipta 2010. Daripada 27 lagu patriotik yang bertanding, 15 daripadanya terpilih untuk ke saringan (2) pada esok hari.

Maknanya, 15 USIM, akan lawan dengan 15 dari penjara untuk dapatkan top 8 antara dua pihak. 4 dari USIM dan 4 dari penjara yang terpilih, akan layak ke final.

Alhamdulillah, lagu saya untuk lirik Menjulang Semangat dipilih sebagai top 15. Maka, esok, lagu saya akan berentap pula di saringan kedua.

Saya sangat gembira, sebab.. selain saya layak ke saringan (2), saya berjaya mencipta lagu untuk lirik yang telah dihasilkan oleh Md. Firdaus. Saya berharap dapat gembirakan dia dengan terpilihnya lirik dia (dan lagu saya) untuk ke peringkat seterusnya...

Saya juga berdoa lagu saya Menjulang Semangat, dan lirik saya Kita Warga Malaysia layak ke final. Ameen...

Monday, May 17, 2010

menjulang semangat

A1
Perjuangan ini bukanlah untukku
Mengalir darah menjadi satu
Akan ku genggam menjadi debu
Hanyalah untuk bangsaku

A2
Perjuanganku satu pengorbanan
Tetumpah darah menitis keringat
Tiada balas demi negara
Relaku akan berkorban

B (chorus)
Bangunlah bangun anak bangsaku
Hidup di bumi ke mercu jaya
Jangan relakan tanahmu dijajah
Demi hidup yang bahagia

C (bridge)
Berdiri gagah menongkah ke langit
Berpijak kita di alam yang nyata
Menggenggam panji semangat waja
Sepakat murni Malaysia merdeka

A3
Haruman kasturi semerbak mewangi
Laungan keramat petanda bukti
Merdekalah kita bersatu hati
Julang semangat ibu pertiwi..

Lirik: Md. Firdaus Abd Rahman
Komposer: Nur Fatimah Zaharah Ahmad
Genre: Ballad

-lirik yang saya ciptakan lagu, CIPTA 2010-

Sunday, May 16, 2010

berjiwa patriotik

Alhamdulillah,.. setelah hampir seminggu berhempas pulas untuk menghasilkan lagu bagi lirik yang saya terima untuk Cipta '10, akhirnya dapat jua saya ciptakan.

Oh ya,.. Lirik saya yang Kita Warga Malaysia tu, melodinya akan dicipta oleh penghuni penjara. Manakala lirik dari mereka, kami (pelajar USIM) akan mencipta melodinya.

Lirik yang menjadikan saya komposer kepadanya ialah lirik bertajuk 'Menjulang Semangat'.. Nanti saya akan masukkan liriknya; karya Md. Firdaus.

Hari pertama dan kedua saya kekurangan idea. Mood lagu kurang.

Hari ketiga, beransur baik. Cuma verse dan chorus lebih kurang. Jumpa dengan penyanyi lagu saya, Cik Dila; staff USIM.

Hari keempat, mencuba-cuba lagi mana melodi yang best n sesuai untuk dijadikan chorus.

Hari kelima, En. Ismail (ketua bagi program @ bengkel ni) memberi idea untuk chorus kedua atau bridge. Syukur, lagu saya menjadi complete dan saya berpuas hati.

Hari keenam; hari ini.. berlatih lagi dengan Cik Dila...

Hari ketujuh @ malam esok, saringan peringkat 1.... 15 lagu dari 21 lagu yang dihasilkan oleh pelajar USIM akan dipertandingkan.

Dua hari kemudian, 15 lagu yang terbaik dari USIM akan berentap di saringat peringkat 2 bersama 15 lagu terbaik dari penjara.

Seterusnya, peringkat akhir 4 dari USIM v 4 dari penjara (8 lagu) akan ke final.

Saya berdoa, lagu yang saya cipta untuk lirik 'Menjulang Semangat', dan juga lirik saya yang dilagukan oleh penghuni penjara; Kita Warga Malaysia layak ke saringan 2, dan juga layak ke final nanti... Insya-Allah.. Ameen...

*************************************

Kesibukan saya dengan peng-compose-an lagu ini membuatkan saya terlupakan si dia... Baguslah.. Semoga saya akan biasa dengan ketiadaan dia sepanjang hayat nanti. Hah, tipulah perasaan untuk dia sudah tiada. Cumanya beransur menerima... "cinta tak semestinya berbalas". Apakah masih bisa atau harus untuk saya meneruskan 'percintaan' ini kerana dialah kebahagiaan saya..??

Thursday, May 13, 2010

komposisi

Macam mana nak wat lagu untuk lirik orang? Oh.. agak kusut,,.. Kalau yang untuk sendiri punya not bad lah sebab masa nak wat lirik tu, macam ada melodi sendiri yang tercipta. Tapi kalo yang orang punya..??

Lirik oh lirik...

Dah dapat satu (satu jer) melodi untuk lirik dari penghuni penjara yang perlu saya lagukan. Erm.. Verse dah ok (macam perasan pulak!), cuma nak masuk chorus dan bridge macam dah lain.

Macam mana tak lainnya..Verse macam rock+pop, chorus ngan bridge plak macam balada... silap hari bulan, entah-entah keroncong kot? He.he..

Semalam dah didengarkan melodi kepada ketua kumpulan. Setiap 4-5-6 pelajar akan diletakkan dalam kumpulan yang berbeza. Jadi, ketua kumpulan saya, setelah mendengar melodi dari saya.. Maka beliau pun ada menukar sedikit sebanyak, dan mereject chorus dan bridge saya sebab lari genre. Ho.ho.ho..

Maka beliau telah menggantikan dengan yang baru.

Ermmm....,,,..

Wednesday, May 12, 2010

kita warga Malaysia

Sejak mula..
Bebas merdeka..

Sejak mula
Kita bebas merdeka
Syukur nikmat-Nya
Dapat dirasa

Lihat di sana sini
Di desa kian maju
Gaya hidup pun
Berubah baru

Pada hamparan bendang terbentang
Tumbuh subur padi menghijau
Pada laut luas tersergam
Saksi kurnia dari Ilahi

Warga kota dan juga desa
Tak kira di mana-mana
Bersaks sumpah ikrar setia
Saling menyemai rasa cinta..
(Kekal warisan budaya bangsa)

Indahnya kehidupan ini
Bila sama dimengerti
Biar fikiran berbeza
Hanya pada zahir sahaja

Pembangunan tercipta
Kemakmuran negara
Pimpinan berjaya
Anugerah dari-Nya

Kasih sayang kita
Warga Malaysia
Tak pernah pudar
Kan abadi selamanya..

-nurfatimahz AKA puteri-
Bengkel Penulisan Kreatif
Festival Cipta Lagu Patriotik
09-05-2010

Tuesday, May 11, 2010

cinta hati

Kehilangan dia...
Membuat ku sendiri
Duniaku sepi


Tanpa dia...
Siangku kelam
Malamku gelita

Sungguh ku terlalu menyayangi dia
Sungguh ku tak mampu kehilangan dia
Ya, aku mampu hidup tanpa dia
Tapi aku tak mahu

Dialah deritaku
Dialah juga bahagiaku

Air mataku yang mengalir
Hanya berhenti bila ku bersama dia,,,...


+ Saya sangat rindukan dia
- Sabar,..
+ Saya sangat sayangkan dia
- Tapi dia tak sayangkan awak
+ Apakah cinta perlu mengharap balasan?
- Awak akan berharap. Awak akan sakit..
- Dia tak mencintai awak
+ Saya tak minta dia mencintai saya
+ Kehilangan dia membuat saya menderita
+ Izinkanlah saya mendapatkan dia semula kerana dia adalah kebahagiaan saya

Andainya hatiku telah terhiris luka kerana dia... Aku tetap rela memberi hatiku ini kepada dia kembali kerana hanya dia yang bisa membuat ku merasa bahagia, hanya dia yang ku miliki..

Sunday, May 09, 2010

the call

Cik Ani: Hello, assalamualaikum fatti (nama gelaran saya di UK)
Saya: Waalaikumussalam, ye..
Cik Ani: Tahniah fatti, lirik awak terpilih!
Saya: Oh? terima kasih,..
Cik Ani: Esok bawak IC ya pergi penjara
Saya: Ok!

Saturday, May 08, 2010

ilham

Alhamdulillah... Malam ni dapat juga akhirnya ilham untuk memperbaiki dan membuat penambahan ke atas lirik lagu patriotik yang sedang disiapkan.

Ohya, tahun ini saya menyertai Bengkel Penulisan Kreatif USIM sekali lagi. Bengkel ini merupakan perkara langkah awal untuk ke Festival Cipta (CIPTA) 2010 yang bakal diadakan pada Ogos nanti, insya-Allah.

Kepada yang belum familiar dengan CIPTA; CIPTA adalah salah satu program yang julung kali diadakan di USIM. Ianya boleh dikatakan menjadi acara tahunan USIM. CIPTA yang pertama adalah pada 2008, diikuti 2009, dan tahun ini 2010.

CIPTA merupakan gabungan kerja kreatif antara pihak USIM dan pihak penjara. Kalau tahun-tahun sebelum ini, pelajar USIM mencipta lirik dan penghuni penjara mencipta lagu, tapi pada tahun ini CIPTA mempunyai kelainan yang tersendiri. Kali ini, pelajar USIM turut dibenarkan membuat lagu, dan penghuni juga dibenarkan menulis lirik. Wah..semakin sengit ni.. he.he..

Dua hari yang lalu,.. idea kurang mahu keluar, timbul, muncul atau lain-lain perkataan yang selayaknya. Mood tiada? Emosi tak stabil? Erm..

Apa-apapun terima kasih Tuhan kerana ilham saya muncul juga selepas maghrib tadi. Siap sahaja, terus saya emailkan lirik saya kepada Puan Rozihani, pegawai yang terlibat dengan CIPTA. Esok petang, keputusan akan diumumkan...

Jika terpilih antara 15 lirik terbaik, lirik saya akan dilagukan dan dibawa keperingkat saringan pada 18 hb ini. Seterusnya, 4 terbaik dari USIM dan 4 terbaik dari penghuni penjara akan berentap diperigkat final.... Doakan saya ya,,.. ;-) :-)

Friday, May 07, 2010

putus cinta

Aku: Ma, aku putus cinta
Ma: Hahaa... Bila ko bercinta?
Aku: Cinta jua namanya biarpun tangan bertepuk sebelah
Ma: Hahaa... Kenapa putus?
Aku: Aku tengah nangis ni ko sampai hati gelakkan aku
Ma: Sori2,.. Aku ingat ko main2 tadi,,...

Ku layarkan bahtera ini
Kerna di dada terpatri cinta yang suci
Siapa sudi bertanya
Luka di hati adakah menitis lagi

Mengalir dalam jiwa
Tidak kelihatan di pandangan mata ooo...
Menerjang ruang rongga kosong tiba-tiba
Madu kasih tidak kesampaian oh...

Airmata...
Tidak kan bisa merubah perjanjian
Andai kasih...
Harus berpisah kecundang di tengah jalan
Apakah...
Kita terpaksa berkorban demi cinta
Sampai masa...
Yang menentukan tangisan akan reda semula

Airmata tidak kan bisa
Merubah perjanjian
Sampai masa yang menentukan
Bahgia 'kan menjelma semula..

Song: Air Mata Kasih
Singer: Saleem
Source: ilirik

Friday, April 30, 2010

penyembuh rindu

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi ku pun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

Thursday, April 29, 2010

bila kita sayang dia

Bila kita sayang dia
kita rela merana
biarpun seringkali terluka
tapi kita rasa bahagia
menyayangi dia..

Bila kita sayang dia
kita jadikan dia pemangkin
dialah teman, dialah kekasih
walau hakikatnya kita
hanyalah teman dia yang biasa..

Bila kita sayang dia
kita sayang sesungguh hati
tanpa berbelah bahagi
tak peduli lagi siapa kita dihati dia
sebab dia ada dalam hati kita..

Bila kita sayang dia
kita bahagiakan dia
sebab bila dia bahagia
kita juga rasa bahagia
walaupun dia tak sayangkan kita..

Bila kita sayang dia
kita beritahu dia hati kita
walaupun dia diam membisu
sebab tak sampai hati menolak kita
tapi sayang kita kat dia tetap ada..

Bila kita sayang dia
kita pamerkan kasih kita
biar kita tidak menyesal
bila kita tiada lagi kelak
pastinya dia akan merindui kita…

(nurfatimahz AKA puteri)

Tuesday, April 27, 2010

ucapkanlah

Bila kau menangis, ukirlah senyuman agar hati terhibur. Bila kau kecewa, bisiklah pada diri agar tabah menghadapi ujian-Nya. Bila kau berduka, istigfarlah agar tenang dirimu selamanya. Bila kau terima bicara ini, ketahuilah bahawa ku amat menyayangimu, kawanku. Bila kau menyedari kehadiranku untukmu, inilah ukhuwah yang telah Allah tentukan untuk kita..

'cakap je lah yang awak sayang saya,!'


Cuma hati dan bibirku yang membicarakan kalimah ini. Mahu sahaja aku membalas smsnya dengan ayatku yang agak power tuh,,.. tapi.. aku berikan dia yang bawah ni,,

Sayangi sebuah perkenalan kerana di ditu ada kenangan. Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan. Hargai kedua-duanya kerana itu anugerah dari Tuhan.. Tak terasa bila ia pergi, tapi sayu bila ia tak kembali. Ia datang tanpa seruan, ia pergi tanpa alasan. Jadi, abadikanlah ia sebelum hilang dari pandangan..

Monday, April 26, 2010

enggan

Aku enggan berharap, tapi aku enggan berhenti berharap.

"I love you with no reason
even though you have no reason to love me"

Enggan berterusan
Dalam penasaran
Dalam kegelapan ku tercari
Engganku menanti
Dalam penyeksaan
Kini cintaku masih gelisah

Enggan dipersia
Enggan berkelana
Semarak cinta belum terbela
Ku sentiasa akur berdoa
Enggan kecewa

Nak ku mimpi
Tapi enggan terlena
Ku dan sepi nan terintim
Ku disaksi oleh jelapang kasih

Nan terbentang kekeringan

Aku sebenarnya insan yang dahaga cinta
Tapi tidak berdaya
Mestikah aku yang dulu meluahkan
Jalan cintamu enggan mengundang

Engkau dah berteman aku merasakan
Cintamu masih berkelana
Cuba kau nyatakan
Walau kepahitan
Asalkan terjawab persoalan

Makin membuahkan keresahan
Tabir cintamu belum terbuka
Sedang masaku makin terbuang

Enggan kau mengulas
Enggan ku terbilas
Oleh madahmu yang berkias
Ku sentiasa
Akur menanti
Sehingga jelas

Tuesday, April 20, 2010

sudah sampai serukah?

Kahwin, sape taknak kawen? Bila muncul seseorang, ikhlas berkenalan, mahu menjalinkan ikatan suci, perkahwinan yang diredhai Tuhan. Siapa tak hendak? Apa mahu menolak takdir? Daripada ber-couple, lebih baik ber-kahwin, kan baik tu. Dapat jugak pahalanya,..


(pic: taken from Nurul Mahfuzah
credit to huzai al-yahya)


Tapi, ini bukan kes saya lah, huU.. (ha.ha.ha).


Seorang teman, mengadu kepada saya "Macam mana ni, rasa macam baru sangat-sangat berkenalan. Dahlah tak pernah berjumpa. Setakat tengok gambar saja,". Saya namakan dia Aiza.

Dari apa yang saya perhatikan dari si jejaka yang disebut (saya namakan dia Afiq), saya tidak sesekali menafikan kejujuran dan keikhlasan dia untuk mem-permaisuri-kan teman saya tu... Cumanya... Erm..

Kata jejaka itu, dia dah pernah bercinta sebelum ini dan pernah ditipu. Perkara ini bagi saya mungkin benar, malah kebarangkalian benar adalah tinggi. Sebab orang tu agak popular, agak ber-nama (alias ternama, tapi tak berapa kot, he.he).

Rata-rata gadis yang mengenali dia cumalah ingin mengambil kesempatan di atas ke-ternama-an beliau, bukan kerana ikhlas mengashi dia.

Dan jejaka itu mengajak teman saya berumah-tangga sekiranya teman saya itu bersetuju; hujung tahun ini. Dua bulan lagi dia akan datang ke rumah teman saya itu bersama ibu saudaranya (dia tidak lagi mempunyai sesiapa, ibu bapanya sudah tiada, begitu juga kakaknya beberapa tahun lalu).

Pesan saya pada teman saya itu "Bilang sama dia (tetibe campo indon sikit, ha.ha), jangan cakap lagi tentang bertunang atau bernikah. Lepas dia datang ke rumah bersama ibu saudaranya, barulah bincang semula tentang perkahwinan,".

Iya, kalau ikut pesan Nabi S.A.W, seorang lelaki sebelum meminang seorang gadis, dia perlu melihatnya terlebih dahulu, bahkan disuruh melakukannya (melihat bahagian bukan awrat; muka dan pergelangan tangan).

Erm.. macam mane ek? Apa pendapat kalian? Sudah sampai seru Aizakah? Terima? Atau postpone dulu lamaran Afiq? Atau... atau bagaimana?

Saturday, April 17, 2010

jalan2 bulan mac

20 Mac - Amran & K. Shikin (Kulim)


Amran kawan sekolah saya dari tingkatan 1-3.


Saya dan Asya, kawan dari tingkatan 1-5, hingga sekarang ;-)


Saya, Asya, Aisyah dan Sha (Fasihah)

Pastu gi kenduri Azila & suami (Kota Kuala Muda)


Azila kawan sekolah saya dari tingkatan 3-6, hingga kini juga ;-)


Saya, Azila dan Asya

Singgah wat lawatan,,.....


Tugu kapal, peringatan tsunami di Kota Kuala Muda, Kedah.


Aisyah dan Asya yang teruja..,,,


Cantik juga tempat ni, bolehlah posing.. he.he

Balik SP.. jalan lagi malamnya,,


Di Village Mall, Sungai Petani.(agak ayu, bju krung tu..:P)


Makan-makan di RFC, Oh ade orang belanje lah! (Tq Haris!)


Model sos ke..? :P (chumil gak walaupun dgn sos, he.he)


Nuget dan ais krim RFC, sodap... Yang len bungkus...

28 Mac - Seminggu kemudian, jalan-jalan lagi..


Saya dan Wahidah, pesta buku 2010 @ PWTC


Bakal ipar dan abang Wahidah, (Tq A.Ngah bawak jlan ;-))


Eh,,. Asya pun ada juga? Ni dekat The Mall, sebelah PWTC.


Tasnim dan saya (setelah hampir 8 tahun tak berjumpa)...

Itu je jalan-jalan bulan 3,.. Bulan 4..?? Erm... Macam belum jalan lagi nih... Sape nak bawak jalan? Jom! He.he.he..

Friday, April 16, 2010

without a word

I shouldn’t have done that

I should have just ignored it

Like something I couldn’t see

Like something I can’t see

I shouldn’t have looked at you at all

I should have ran away

I should have acted like I didn’t hear it

Like something I couldn’t hear

Like something I can’t hear

I shouldn’t have listened to love at all

Without a word you let me know love

Without a word you gave me love

You made me even hold of your breath

But you ran away like this

Without a word love leaves me

Without a word love tosses me away

What should I say next?

My lips were surprised on their own

Coming without any words

Why does it hurt so much?

Why does it hurt continuously?

Except for the fact

That I can’t see you anymore

And that you are not here anymore

Otherwise it is the same as before

Without a word tears fall

Without a word my heart breaks down

Without a word I wait for love

Without a word I hurt because of love

I zone out I become fool

Because I cry looking at the sky

Without a word farewell finds me

Without a word the end comes to me

I think my heart was surprised to send you away

Without any preparation

It came without a word

Without a word it comes and leaves

Like the fever before

Maybe all I need to do it hurt for a while

Because in the end only scars are left

Lyric Translation: Without a Word

Korean Movie: You’re Beautiful

Thursday, April 15, 2010

second design

Di atas permintaan sebahagian rakan kita yang inginkan sedikit penambahan 'warna' ke atas design tshirt kita, maka saya setuju untuk memilih warna hitam.

Kawan-kawan lelaki taknak warna hitam, jadi dekat baju perempuan saje lah saya letak ye.. So tak nampak beza sangat baju perempuan dan lelaki, badan bajunya sama warna putih..

Baju untuk lelaki..


Align Center

Untuk perempuan,,



Wednesday, April 14, 2010

selamat jalan

Kita berjalan seiringan
Meniti hutan dan belantara kekusutan
Melalui denai-denai ketabahan
Melangkah payah setiap liku dan onak
Hingga bertemu tunas kekuatan

Kita berjanji saling bersatu
Walau halangan masih beribu
Ku pegang erat jemarimu
Kita terus menuju ke satu arah
Taman harapan
Mahligai impian
Cahaya murni..

Tatkala tiba di pertengahan jalan
Kau berhenti melangkah
Aku merenungmu menanti jawapan
Kau diam membisu
Kau kaku membatu

Aku percaya jalan yang kita lalui
Sudah menghampiri matlamat hati
Namun kau meragui
Tidak sanggup lagi menghadapi
Dugaan yang tak bisa diduga
Mungkin menanti di depan sana

Kau melepaskan pegangan tanganku
Tidak lagi memandangku
Kau membelakangiku
Aku kehampaaan
Begitu mudah kau menyerah kalah
Begitu mudah engkau goyah

Kau meneruskan jalanmu
Aku meneruskan langkahku
Jalan yang kau pilih
Bertentangan denganku
Kita tidak lagi sehaluan
Tidak lagi seiringan
Tidak akan ada lagi.. pertemuan..

Selamat jalan, teman.

Tuesday, April 13, 2010

jom buat tshirt!

Kepada teman-teman saya dari Elektif Information and Technology...

1) Aminullah
2) Faiz
3) Muhaimin
4) Shazali
5) Wasie
6) Sulhi
7) Adilah
8) Waheda
9) Zalina
10) Atikah
11) Salimatul
12) Asma'
13) Khadijah
14) Thuaibah
15) Hakimah
16) Farhana
17) Husna
18) Hartini
19) Hafizah
20) Rozitai

dan saya sendiri
21) Fatimah

Jom buat t-shirt kelas kita!! ;-)

Lebih kurang ginilah rupanya baju tu.. Cuma warna je belum set lagi. Nak wane ape kawan2...??

Monday, April 12, 2010

demam,,

Hampir seminggu sudah..
Selasa hari tu pergi klinik, doktor cakap demam biasa.
Demam, sakit tekak, sakit kepala, pening je.
Hari ni pergi lagi.
Tambah batuk, selsema.
Pun doktor cakap demam biasa.
Ermm,,...

Pagi tadi bagitau mak
Minggu depan exam..
Demam seminggu sudah..
Ha.ha..
Saja nak buat mak risau
Risau ke?
Ha.ha..


Ade sape-sape risaukan saya?
;-)

Sunday, April 11, 2010

inikah cinta - part 4

Rozi bengang ditegur Anis tentang kerja berkumpulannya dengan Anis. Dia, Anis dan Wajdi berada di dalam satu kumpulan. Manakan tidak, Rozi disuruh melakukan apa yang tidak dia sukai.

"Tak boleh macam ni. Kita kan dah bahagikan setiap orang cari bahan untuk bahagian masing-masing," perlahan Anis melafazkan perkataan. Amarah Anis ditahan-tahan. Mahu sahaja dia brain wash si Rozi tu. Dah tahu kerja berkumpulan, kena bergerak secara berkumpulanlah. Kalau setakat Anis dan Wajdi sahaja yang buat, baik kerja secara berdua atau couple.

Tapi amarah itu ditundakan. Apa pula kata Wajdi nanti. Kesabaran Anis perlu ditingkatkan. Takkan nak bergaduh dengan Rozi, depan Wajdi pulak tu? Hiiii... Anis menahan geram.

Wajdi diam sahaja membiarkan Anis memberi 'syarahan' kepada Rozi. Malaslah dia mahu menegur, takut menangis pulak si Rozi ditegur lelaki seperti dia. Wajdi pun berang dengan Rozi. Sepatutnya hari ini mereka berbincang dan mengumpulkan bahan-bahan untuk assignment
berkumpulan mereka. Nasib baiklah lambat lagi kerja itu perlu dihantar.

"Biarlah, engkau peduli apa aku tak buat kerja?" bentak Rozi. Ternyata dia tidak suka urusannya dicampur Anis.
"Suka hati akulah aku nak buat kerja atau tak? Yang engkau sibuk apesal?" Rozi bernada kasar.
"Sebab kita satu kumpulan, sebab tu la aku kena ambil tahu," balas Anis, lemah-lembut. Api tak boleh disimbah dengan petrol.

"Sudahlah. Jangan gaduh lagi," Wajdi mencelah.
"Sekarang ni kita bincang balik elok-elok. Mana yang tak complete atau tak jumpa bahan lagi, kita cari sama-sama," Wajdi cuba untuk menjernihkan keadaan.

"Bila masa aku bergaduh? Yang engkau macam nak bela si Anis ni kenapa? Aku tahu la korang ada affair," Wajdi pula menjadi sasaran Rozi. Walhal Rozi yang patut dimarahi Wajdi. Tiba-tiba pula isu itu dibawa. Apa kes? Dahi Wajdi berkerut.

Wajdi juga merupakan rakan matrik Anis, namun berlainan kelas. Mungkin Rozi tersalah menafsirkan hubungannya yang agak mesra dengan Anis. Tapi kalau ada affair pun apa masalahnya? Wajdi turut geram dengan hujah Rozi yang tak munasabah tadi.

"Kau orang je lah buat mana yang patut. Aku malas nak ambil tahu. Aku tak suka kumpulan dengan kau orang!" terus Rozi menolak kerusi dengan kuat. Rozi bangun dan terus berlalu meninggalkan Anis dan Wajdi.

"Engkau ingat aku suka la kumpulan dengan engkau?" Anis memerli Rozi, perlahan.
"Hiii... Geramnya. Dia yang salah, marahkan orang pula," Anis melahirkan rasa tidak puas hatinya.

"Sudahlah. Biarkan saja dia tu. Kita buat kerja kita,"
"Bahagian dia pun nanti kita buat sama-sama, ya?" Wajdi seolah-olah memujuk.
"Jomlah kita balik. Syaza ada?" Wajdi melihat sekeliling. Mana tahu Syaza ada di sekitar kawasan pusat sumber. Wajdi maklum Syaza dan Anis satu bilik.

"Tak ada, Syaza dah balik habis kelas tadi,"
"Ok. Saya hantar awak ke hostel ya?" Wajdi mempelawa.


'buat ape tu?'

Amal mengirimkan sms kepada Anis pada sebelah malam.

'takde buat ape.'
'dah makan?'
'dah petang tadi'
'ade gaduh dengan kawan ke? haha'
'mane tau?'
'wajdi bagitau'
'wajdi cakap ape?'
'dia cakap ada budak gaduh. jadi saya agak awak lah. haha'
'bukan gaduhlah. dah dia tak buat keje. saya tegur je'
'haha. yelah. jangan gaduh-gaduh'
'iye, tak gaduh..'

Wajdi ni... memang nak kena. Anis menggenggam tangan kanannya seperti mahu menumbuk seseorang. Yang itu pun nak ceritakan dekat Amal ke? Geram Anis kepada Wajdi. Anis sendiri pun tidak memberitahu Amal perkara tersebut. Lebih-lebih pulak si Wajdi tu, tahulah satu rumah pun dulu. Anis mengomel seorang diri.

Walaupun geram, tetapi hakikatnya Anis senang dengan tindakan Wajdi. Sekurang-kurangnya Amal mengambil tahu tentangnya. Bolehkah Anis bergembira dengan perkara tersebut? Anis tidak peduli boleh atau tidak. Anis tetap gembira.

'dah. jom tido'
'jom'

Perbualan melalui sms tamat di ditu.

Saturday, April 10, 2010

inikah cinta - part 3

Pagi itu semasa Anis sedang menuju ke kelas bersama Syaza, telefonnya berbunyi muzik yang disetkan Anis sebagai bunyi mesej diterima.

'Morning,'
'Morning too.. :)'

"Siapa?" Syaza ingin tahu.
"Aku tak punya siapa," jawab Anis sambil cuba mengikut lagu yang pernah dinyanyikan oleh Diana Naim. Kemudian Anis ketawa. Tahulah Syaza jawapan Anis.

"Tak ada orang lain la tu," tambah Syaza dan diikuti ketawa kecil.

Selepas tamat sesi pengkuliahan pada waktu tengahari, Anis dan Syaza melangkah kaki ke kafeteria yang terletak dihujung bangunan fakulti di sebelah kiri. Anis memilih nasi putih dan ikan pari masak asam pedas sebagai pilihan. Syaza pula memilih lauk ayam masak rendang untuk dimakan bersama nasi putih yang diambil.

"Mana nak duduk ni?," Syaza meliar-liarkan matanya mencari mana-mana tempat kosong untuk dia dan Anis duduk dan menjamu selera.

"Ramai pula hari ni...," Anis menambah. Matanya juga ligat mencari tempat.
"Hah! Ada pun. Jom kat sana," Syaza kegirangan setelah menemui meja kosong di bahagian yang agak terbelakang. Itu pun sebab Syaza terlihat tiga orang pelajar yang duduk di meja itu tadi bangun dan mengambil beg masing-masing. Pasti mereka sudah selesai menjamu selera, atau selesai perbincangan? Syaza membuat perhitungan sendiri. Tanpa melengahkan masa, terus mereka melangkah ke sana.

Syaza mengambil tempat di sebelah kiri Anis. Mereka menghadap ke arah orang ramai. Lebih baik melihat orang yang makan di bahagian depan mereka, daripada melihat dinding kafe sahaja di belakang meja yang mereka pilih kan? Tak adalah boring sangat.

Sedang Anis dan Syaza khusyuk melayan juadah pilihan masing-masing, tiba-tiba satu suara lelaki menegur.
"Erm.. boleh kami duduk di sini?," pinta Taufiq sopan. Maklumlah meja yang lain rata-ratanya penuh. Meja Anis dan Syaza dua lagi kerusi kosong. Taufiq dan temannya, Firdaus mencuba nasib untuk berkongsi meja dengan dua gadis itu.

"Silakan," Anis menjawab permintaan Taufiq. Firdaus turut mengambil tempat. Syaza pula diam sahaja, dia hanya menghadiahkan senyuman buat Taufiq dan Firdaus. Kemudian terus menikmati makanan yang membuatkan dia begitu berselera.

"Awak budak Multimedia ya?" Taufiq cuba beramah-tamah. Manalah tahu tekaannya betul. Taufiq seperti pernah melihat kelibat Anis dan Syaza sebelum ini. Mungkin mereka dalam jurusan yang sama.

"A'ah. Kami kelas M2. Multimedia juga?" Anis menyoal kembali. Hati Taufiq berbunga girang. Bukan girang kerana Anis sama jurusan dengannya, tetapi kerana Anis memberikan respon yang baik terhadap soalan yang diberikan tadi.

"Ya, M1. Patutlah macam pernah nampak,"
"Ek?" Anis sekadar berbasa-basi. Aih.. susah juga ada dua orang mamat ni. Nak makan pun naik segan. Tapi nasib baiklah tak kaku sangat si Taufiq tu, jadi kurang la sikit keseganan yang ada.
Anis mengomel-ngomel di dalam hati. Banyak juga topik perbualan antara Taufiq dan Anis. Siapa nama, asal mana, adik beradik, dulu belajar mana, dan sebagainya.

Syaza disebelah Anis pula senyap sahaja sedari tadi. Firdaus juga begitu. Hanya sesekali menyampuk bila perlu. Hah.. Padanlah tu. Anis dan Taufiq banyak mulut. Firdaus dan Syaza pula lebih suka untuk tidak menyampuk.

"Boleh saya...," Taufiq teragak-agak untuk meminta nombor telefon Anis. Perlu ke? Tapi Taufiq merasa senang berbual bersama Anis tadi. Jadi tentu tak salah kan kalau Taufiq mahu perkenalan mereka diteruskan dengan lebih baik?

"Boleh, boleh.." Anis menjawab selamba seperti tahu apa yang Taufiq ingin katakan. Taufiq makin lebar senyumnya.
"Saya nak nombor telefon awak," Taufiq mengatur ayat dengan baik.
"Oh...," ucap Anis perlahan. Alamak! Itulah dah jawab 'boleh' pulak sebelum dengar soalan bagi habis. Anis merenung Syaza. Meminta jawapan. Beri atau tidak?

Syaza mengangkat kening sebelah kirinya, lampu hijau maksudnya. Ceh.. Anis sedikit hampa. Segan pulak nak bagi. Anis meminta telefon Taufiq. Dia sendiri menaipkan nombornya di dalam telefon milik Taufiq.

"Mintak nombor awak sekali boleh?" Firdaus berbicara sambil merenung mata Syaza. Syaza terperanjat. Nak jugak? Hahaha.. Syaza ketawa nakal di dalam hati. Syaza dan Firdaus bertukar-tukar nombor.

Cuma Anis yang tidak bertanyakan kembali nombor Taufiq. Ah, pandai-pandai dia lah kalau nak hubungi aku, tak nak sudah. Getus hati kecil Anis.

Thursday, April 08, 2010

jauh

Jauh menjarakkan kita
Jauh membataskan kita
Jauh memisahkan kita

Ku tak bisa lagi bersamamu
Saling denganmu
Melihat dirimu
Merenung matamu
Menatap wajahmu
Mendengar suaramu
Berbicara denganmu
Menyentuhmu..

Jauh memutuskan ikatan kita
Jauh membunuh kasih kita
Jauh memadamkan kisah kita

Jauh melupakan ingatanmu padaku
Jauh meluputkan sayangmu padaku
Jauh memecilkan aku darimu
Jauh mengusirku dari hidupmu
Jauh membawaku jauh darimu
Jauh dari matamu
Jauh dari hatimu
Jauh kau terus menjauhiku......