© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, July 30, 2007

muslimah harapan

Artis : Wadid El-Jadid



Persismu permata bernilai
Menjadi rebutan pejuang
keutuhan yang tersimpan
Dibalik tabir yang tenang

Keayuan yang terpancar
Disinar cahaya Iman
Itulah muslimah harapan

Gamitan leka duniawi
Tersungkur jauh dari hatimu
Kau semat cinta yang mendalam
Demi keredhaan Tuhan

Muslimah puteri harapan
Dikaulah harapan
Membela Islam yang mulia
Menjadi lambang Islam
Yang gemilang

Jasad hayatnya diserahkan
Demi sebuah perjuangan
Keyakinan yang mendalam
Menjadi tagan (taruhan) perjuangan

Maruahmu yang leluhur
Dijaga untuk suami tersayang
Kau didik generasi mendatang
Untuk agama tercinta

Muslimah puteri harapan
Dikaulah harapan
Membela Islam yang mulia
Menjadi lambang Islam
Yang gemilang

Puteri harapan
Srikandi Islam
Tetaplah kau dalam perjuangan
Menjadi sayang kiri di medan
Meneguhkan benteng pertahanan Islam

Sunday, July 29, 2007

teman tapi mesra


"Carilah cahaya kebahagian kerana di situ terciptanya keindahan dalam kehidupan. Itulah nikmat kurniaan Tuhan”

Dan saya… menemui cahaya itu namun.. ia bukanlah milik saya. Terciptanya ia bukan khusus untuk saya. Namun saya tetap mensyukurinya kerana ia pernah hadir dalam hidup saya. Pernah mewarnai dan memberi saya rasa bahagia. Dan masih merasa begitu.

Sayangnya.. ah..tak perlu kesal pada perasaan itu. Ya, perasaan kita berbeza. Sungguh, telah saya cuba menghindarkan, menghapuskan segala rasa disegenap ruangan hati dan perasaan, namun ianya masih bertakhta dihati. Biarlah, biarlah dia tidak mengetahuinya. Biarlah begini. Biarkan. Semoga perasaan itu akan berundur-undur pergi. Kita adalah kawan dan saya.. tak seharusnya meminta lebih dari itu.

“Siapalah ku ini untuk meminta buih yang memutih, menjadi permaidani.. ”


Ya Allah. Sedih, gembira, suka, bahagia. Semuanya bercampur baur. Saya sebenarnya sedang cuba menganggap dia sebagai biasa, kerana sememangnya kita adalah biasa2 sahaja. Cuma mungkin kerana pernah agak rapat, lalu dari situ tercetusnya kemesraan. Ah..kita kawan, teman tapi mesra. Begitukah?

Kadang2 saya pun tak faham. Kenapa setiap kali bila saya bertemu dengan dia, saya merasa berdebar2, takut, gelisah, suka, gembira. Ah.. perasaan yang perlu dihindarkan. Mungkin sebab dia yang pertama.. haha.. Kelakar betul bila cakap pasal menda remeh2 nih. Tapi suka.. aduh.. susah2.


Kata dua orang teman yang bersama saya, yang melihat saya berbicara dengan dia (dari agak jauh).. "muke awk ade nk sm dgn dia". Ceh.. tipu la tuh. Mana mungkin. Orang mesti macam tak percaya saya dekat dengan dia masa tu. Ye la, saya takde la baik atau rapat dengan student2 lelaki kat sini. Cakap sepatah dua je (biasa la, budak baik..hehe).

Last sekali sebelum balik, kami ada berbicara sebentar. Ya, memang best la sebab... entah. Suka dia ketawa. Senyum.

- awk ni..beraninya bisik2 dekat dia
+ romentik tak? (huhu)
- memangla.. nampak dia terbahak2..
+ nampak sgt ke?
- ye la, dia ketawa bukan main lg
+ hehe..
- ape yang awk ckpkn?
+ secret.. =)

**sebenarnya tak pernah pun buat macam tu (berbisik). Serius, semuanya spontan. Tiba2. Saya cuma bercakap dengan dia seperti biasa. Tapi.. entahlah. Macam mana ble jadi macam tu?

Lalu terbuktilah sesuatu. Terima seadanya.. Hakikat "teman tapi mesra".

Friday, July 27, 2007

mukjizat azan


Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yang nazak,
hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa....
lidahnya kelu,
keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya
ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan,
kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata apa-apa pun
semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam
kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan
kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita
semasa ajal hampir tiba
maka kita tidak dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah.."
yang mana sesiapa yang dapat
mengucapkan kalimah ini
ketika nyawanya akan dicabut Allah
dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan
dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami

dengan kematian yang baik lagi mulia,

lancarkan lidah kami mengucap kalimah

"Lailahaillallah.."

semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

*****************************
saya copy dari emel yang diterima

Wednesday, July 25, 2007

nilai harga


Beberapa waktu yang lalu, di Mesir hidup seorang sufi tersohor bernama Zun-Nun. Diceritakan pada satu hari ada seorang pemuda mendatanginya dan bertanya kepada Zun-Nun,

"Wahai tuan guru, saya tak mengerti mengapa orang seperti kau, mesti berpakaian seada nya?, Terlalu sangat sederhana. Bukankah di masa seperti ini berpakaian sebaik-baiknya amat perlu?"

Sang sufi hanya tersenyum, lalu melepaskan sebentuk cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata,

"Wahai anak muda, akan ku jawab pertanyaan mu, tetapi sebelum itu lakukan satu hal untuk ku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Lalu kamu menjualnya dengan harga satu keping wang emas?"

Melihat cincin Zun-Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu,

"Satu keping wang emas? Saya tidak yakin cincin ini boleh dijual dengan harga itu."

Zun-Nun berkata lagi,

"Cubalah dahulu, wahai anak muda, mungkin kau akan berhasil menjual nya"

Pemuda itu pun bergegas ke pasar dan dia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya. Ternyata, tak seorang pun berani membeli cincin itu dengan harga satu keping wang emas. Mereka hanya sanggup menawarkan nya dengan harga satu keping wang perak sahaja. Lalu dia kembali kepada Zun-Nun dan berkata

"Wahai Guru yang mulia, tak seorang pun berani menawarkan cincin ini lebih dari satu keping wang perak."

Zun-Nun, sambil tetap tersenyum, berkata,

"Sekarang pergilah kamu ke kedai emas di belakang jalan ini. Dan cubalah tunjukkan kepada tukang emas di sana. Jangan kamu memberitahu harga nya, dengarkan sahaja bagaimana dia memberikan penilaian."

Pemuda itu pun pergi ke kedai emas yang dimaksudkan Zun-Nun. Lalu dia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Lalu dia berkata :

"Wahai guru, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sebenarnya cincin ini. Tukang emas itu telah menawarkan cincin ini dengan harga seribu keping wang emas. Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar kepada para pedagang di pasar tadi"

Zun-Nun lalu tersenyum simpul sambil berkata,

"Itulah jawapan atas pertanyaan mu tadi, wahai anak muda. Seseorang itu tidak boleh dinilai dari segi pakaian nya. Hanya para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar tadi sahaja yang menilai sedemikian rupa. Namun tidak bagi Si tukang emas yang ternyata arif dalam penilaian nya. Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya boleh dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke kedalaman jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguk nya. dan itu semua memerlukan proses yang amat lama wahai anak muda. Kita tak boleh menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar atau lihat hanya dengan sekilas pandang. Seringkali yang disangka emas ternyata ia sebenarnya “Loyang” dan yang kita lihat sebagai “loyang “ ternyata ia emas yang tulin".

**************************
terima kasih kepada abg de_kerinchi =)

Tuesday, July 24, 2007

debat bahasa arab


Lama tak posting..hehe.. baru perasan yang taqwim tu pun dalam tempoh yang lama baru terhasil.. hurm.. apa ya?

Baru-baru ni USIM telah berjaya menganjurkan "Peratndingan Debat Bahasa Arab Peringkat IPT2 Asean".. tahniah, tahniah buat universitiku.. hehe..

Malam akhir pertandingan debat tu lak, artis jemputan adalah Fitri (UNIC).. actually selama beberapa hari debat itu berlangsung, saya tak pergi pun.. hihihi.. yang last tu pegi sebab ada Fitri.. huhu.. nakal tul..


with abg fitri UNIC.. (my first letter name was same with him.. "F") hehe..

Sekian, salam rindu buat kalian.. =)

Wednesday, July 18, 2007

taqwim julai @ nilai



Teringat kali pertama (dan tearkhir tahun 2006) memasukkan taqwim dalam blog adalah pada bulan Ramadhan tahun lalu. Insya-Allah kali ni akan ada setiap bulan (tapi untuk bandar baru nilai shj :D) bagi memudahkan para pelajar terutamanya rakan2 ana yang sememangnya kita sedia maklum tiada taqwim di surau kampus kita, apa lagi di rumah2 kita.
semoga ianya bermanfaat =)
**er.. kicik sangat ke? huhu

Saturday, July 07, 2007

ramah mesra mpp


Hurmm.. satu malam yang menarik dan terlalu menarik saya kira. Baru hari ini saya menemui beberapa orang pelajar yang sepatutnya ramai yang saya temui di sini. Siapa mereka? Mereka2 yang benar2 menegakkan apa yang mereka pelajari, mengamalkan ilmu yang mereka tuntuti sejak dahulu. ISLAMIC STUDENT, ISLAMIC MEN.

Ya..mereka yang mempunyai kekuatan, keberanian untuk mempersoalkan kenapa ramai wanita yang tidak menutup aurat sepenuhnya (terutamanya) di universiti yang berstatuskan Islam ini. Ya Allah..bagus betul jika pelajar2 sebegini yang ada. Masya-Allah, terima kasih Tuhan kerana mengurniakan insan2 sebegini. Dalam pemikiran saya ketika org2 tersebut bangun semasa sesi dialog bersama mpp (majlis perwakilan pelajar) ialah, mereka pastinya seperti kenalan siber saya, amir. (er..mungkinlah). my respected friend.

Respek, tabik dan syabas buat saudara hamka (SMFF). Kebetulan, beliau satu program dengan saya under FSU. Kebarangkalian untuk sama dalam satu kelas juga tinggi. Syabas juga buat saudara Haidir (hidir? Er.. tak perasan), yang pasti under FEM dan beberapa orang saudara (FKP dll) lagi yang berani bersuara. Serta beberapa orang saudari yang bangkit dan memberikan beberapa komentar dan cadangan. Maaf, saya pasti teman2 (terutama wanita) di luar sana, bahkan teman2 dari USIM yang tidak menyukai pandangan saya ini malah membangkang apa yang saya rasakan.

Saya ingin bangun juga untuk mempersoalkan beberapa kemushkilan yang membelenggu pemikaran saya sekian lama menjadi pelajar di sini, tapi saya tidak mempunyai keberanian untuk bangkit dan bercakap menggunakan mikrofon..huhu. nanti jadinya saya bercakap dengan mikrofon, (mikrofon sahaja yang dengar :D). Jujurnya, saya tidak pandai menggunakannya.

Saya paling tertarik dan bersetuju dengan saudara hamka dan saudara haidir@hidir (salah nama maaflah ye, dengar bunyi je). Dan sungguh, jika hendak diberi peratus sokongan saya kepada saudara2 tersebut, 100% saya berikan dan jika boleh lebih dari 900% juga saya akan berikan.

Pertama :: Mengenai ‘tepuk tangan’. Ya..saya sebenarnya kurang menyukainya. Ye la, kitakan orang Islam, bukankah tidak elok jika kita bertepuk2 tangan? Saya sudah lama ingin bertanya, tapi saya hanya mampu mendiamkan diri. Malah, bagaimana saya ingin melontarkan persoalan sebegitu sedang senior2 dari Fakulti Syariah dan Undang2 sendiri yang menggalakkannya dengan berkata : tepukan untuk diri sendiri, untuk orang itu, ini.. bla3..

Walaubagaimanapun, saya rasa ianya tidak menjadi kesalahan jika kita tidak berlebih2an dalam bertepuk tangan itu. Bagi saya, ianya sebagai tanda hormat pada sesuatu majlis. Juga, sebagai tanda kita memberi sokongan kepada seseorang, terutama orang yang berada di pentas. Itu pendapat saya, jika salah, sila tegur. Saya sendiri masih mempunyai kejahilan dalam hukum2 ini.

Dalil bertepuk tangan: Al-Qur'an (alAnfal): 35 (maksudnya),"Tidaklah solat mereka pada sisi BaituLlah itu melainkan bersiul dan bertepuk tangan."Dalam ayat ini, bertepuk tangan itu dilarang hanya dalam urusan ibadah sahaja, tapi tidak dalam urusan untuk memberi semangat dan motivasi dan dalam suasana yg menasabah. (Mufti Wilayah, Masail Fiqhiyah, Aug 1998). *rujuk*

Kedua :: mengenai aurat. Kita dan saya, sebagai muslimah yang mengakui Allah itu sebagai TUHAN yang berhak disembah, perlu percaya dan beriman kepada-Nya, lantas, kita harus mengamalkan, melaksanakan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya. Sebagai Muslim dan Muslimah… kita perlu beriman.

“TIDAK SEMPURNA ISLAM SESEORANG ITU SELAGI DIA TIDAK BERIMAN”

Dan iman itu terbahagi kepada tiga, pertama dengan NIAT atau HATI, kedua dengan LAFAZ atau perkataan, dan ketiga dengan PERRBUATAN. Kita mengaku kita beriman dengan beriktikad di dalam hati bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH. Dan kita mengucapkannya, mengucapkan kalimah syahadah dan seumpamanya. Kemudian, kita sertakannya dengan perbuatan seperti SOLAT, PUASA dan lain2 lagi.

Saya tertarik dengan perbualan di dalam kelas bersama ustaz zul beberapa tahun dahulu. Seorang artis wanita, pergi umrah, haji.. tapi bila balik, tak pakai tudung pun. Katanya (artis itu), Allah tidak melihat (iman) seseorang itu melainkan pada hatinya. Wah..pandai dia berbicara. Tapi, tidakkah dia tahu bahawa iman itu dikira pada tiga perkara di atas yang saya catatkan?

Apa bukti kita seorang Islam jika kita tidak menunaikan solat? “BEZA DIANTARA ORANG MUKMIN DAN ORANG KAFIR ADALAH SEMBAHYANG”. Apa bukti kita ISLAM dan BERIMAN jika kita tidak menutup aurat? Bukankah sama sahaja dengan perempuan2 kafir di luar sana? Apa bukti kita benar2 cintakan ALLAH dan ISLAM jika kita tidak melaksanakan tunturan ISLAM? Mana buktinya kita ini orang ISLAM? Orang BERIMAN? Bagaimana membuktikan IMAN jika tiada perbuatan yang menjadi saksinya?

“DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, MELAINKAN MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, DAN YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN”

Merujuk kepada apa yang saya katakan pada awal tadi, persepsi dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi.. walaubagaimanapun, saya ingin nasihatkan kepada saudara2 saya tersebut KHUSUSNYA dan lain2 UMUMNYA kalian dan kita mempunyai cara untuk berdakwah. Ya..saya akui kita wajib memberi teguran, nasihat dan berdakwah kepada saudara seAGAMA kita.

“MAN QALA LAILAHA ILLALLAH FA HUWA DA’IE”.

Namun, kita mempunyai cara untuk berdakwah. HIKMAH. LEMAH-LEMBUT DAN SABAR. Kalian tidak boleh terlalu kasar. Saya boleh menerima cara pemikiran antum dalam menyampaikan apa yang antum rasa antum bertanggungjawab untuk melaksanakan dan seperti yang ana katakan, ana sentiasa memberikan sokongan kepada insan2 seperti kalian. Ya, saya boleh menerima cara kalian sebab saya..er..mungkin sebab biasa ditegur sebegitu dan ianya memberi kesan yang alhamdulillah, positif dalam diri saya, tapi bagaimana dengan teman2 saya yang lain? Teman2 perempuan yang lain?

** “KITA PEJUANG, BUKAN PENJIWANG” .--> saya masih mengingati dan akan sentiasa mengingati kalimah keramat yang walaupun bukan dituturkan, sekadar ditulis (ditaip) oleh my respected friend, namun ia terlalu BERHARGA.. **

Bukankah wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok? Jadi untuk membetulkannya, tidak boleh digunakan cara kasar kerana ia hanya akan merosakkan lagi bahkan jangan terkejut jika ianya terus patah! Nah.. apa pun tidak berguna lagi selepas itu.
Ini soalan saya yang pernah ditanya kepada kakak senior, kenapa begitu, namun saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang langsung tidak memuaskan itu. Soalan saya dan beberapa orang teman berbunyi : kenapa pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai kain batik? Lelaki ok je pakai kain pelekat? Apa salahnya kain batik jika dibandingkan dengan baju dan seluar ketat yang ‘dibenarkan’ pula?

Ahh..pelik. Seterusnya, kepada saudara2 saya itu, masih banyak perkara yang antum belum tahu, keadaan di sini. Kalian jangan terkejut bila kalian tahu suatu hari nanti, senior2 kita ada yang bermain drum, gitar dan sebagainya dari Fakulti Quran Sunnah. Itulah yang menyedihkan bila ILMU TIDAK DIAMALKAN. Saya mengaku saya juga menggemari muzik, namun saya behati2 dan pernah menerima teguran secara tidak langsung.

Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan teman yang berkata : mereka (saudara2 dan saudari2 saya) belum tahu keadaan di universiti yang berbagai. Dari fahaman, dia memaksudkan keadaan sosial yang terlampau di IPT-IPTA-IPTS adalah perkara yang biasa yang belum pernah mereka (saudara2 saya) temui. Oleh itu mereka (sauadara saya) berkata sedemikian.

Kenapa saya tidak bersetuju? Sampai bila kita harus MEREDHAI perkara2 terkutuk ini berleluasa? Ya, kadang2 saya geram. Bila kita memberi nasihat, teguran, komen dan seumpamanya, kita dilihat jelik, macam la baik sangat, itu la ini la.. ah..banyak telah saya temui dan saya sudah lali dengan tohmahan begitu. Saya rasa, kerana perasaan yang agak TERCABAR dan TERCALAR itu, saudara2 saya bercakap dan bersuara sedemikian rupa. Maaf kerana ‘saya menyampaikan isi hati saya melalui lafaz mereka’.

Saya juga berkawan dengan teman yang bukan se-mahram dengan saya, dan saya sesekali tidak pernah menghalang jika teman2 perempuan saya berkawan dengan lelaki. Namun kita mempunyai batasan yang perlu dijaga dan dipelihara. Bukankah begitu? Tak kisahlah kita belajar dalam jurusan professional atau agama, kita tetap seorang MUSLIM dan WAJIB memelihara agama kita dan jangan sesekali terlupa, kita mempunyai BATASAN di dalam pergaulan dengan bukan mahram.

Ya Allah, insafnya aku. Ya Allah, insafkanlah aku. Ya Allah, ampunilah aku. Ya Allah, bantulah aku dan saudara2ku di sini, di sana, di luar sana. Ya Allah, jangan bebankan kami dengan apa yang tidak mampu kami memikulnya. Ya Allah Tuhan yang memalingkan hati2, tetapkan hati ini dan jangan KAU palingkan hatiku dan hati kami dari agama-MU. Ya Allah, bantulah hamba-MU yang kerdil dan hina ini. Ya Allah, sesungguhnya tiada yang berupaya membantu melainkan dengan kudrat dan iradat-MU. Ya Allah, bukakanlah hari teman2 lelaki dan wanitaku. Ya Allah, berikan aku dan kami kekuatan, keberanian dan kesabaran dalam memberikan nasihat dan dalam memperjuangkan agama-MU. Ya Allah bukakanlah hati2 temanku, teman2 kami yang masih belum bertudung dan menutup aurat di luar sana untuk memelihara keindahan yang ENGKAU ciptakan.

*******blogger :: the truth*******

Friday, July 06, 2007

english workshop


Hari ni hari last mengikuti program English workshop anjuran pihak universiti. Semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Hehe..yang kelakarnya ramai yang tersilap kumpulan dan antara yang terbabit adalah saya sendiri. Aduhh.. :D

Entahla di mana nama saya, yang saya ingat, dalam kelas atau bilik 2.7. jadi start 4hb (hari first English workshop) saya terus menuju ke bilik 2.7. kebetulan pula, ada pelajar yang saya kenal (baru berkenalan di minggu orentasi). Jadi saya tidak menyedari langsung bahawa saya sebenarnya berada di kelas yang salah.

Bagaimana saya tahu? Pada akhir sesi, senarai nama cetakan computer diedarkan dan perlu meletakkan tandatangan. Opss.. nama saya tak ada. Er.. macam mana ni?

+ miss.. my name is not here. (broken English?)
- hmm?
+ actually I don’t know where’s my group. I saw at stadium my name in class 2.7
- do you have your friends here?
+ yes
- it’s ok
+ but.. in different course
- ha? Hmm.. just write your name here
+ ok..

Saya baru perasan yang saya bukan sahaja silap kelas student fakulti saya (satu fakulti dibahagi2kan kepada beberapa kumpulan, saya FSU), dan kini..saya berada bersama pelajar FQS dan FST!!!? Er.. sibbek la orang tak perasan sebab semuanya budak baru. Mana budak2 lama? Ada dalam group lain. Lega.

- do you want to stay here?
+ cannot?
- I am asking you. It’s ok if you want to stay here
+ I want to stay here
- ok

Huhu.. macam2 pengalaman yang saya perolehi bersama mereka. Bagus juga berada bersama kumpulan yang berlainan fakulti ini. Jika sesi belajar mula nanti, saya dan mereka akan jarang berjumpa, jika berjumpa pun, belum tentu kami saling mengenali kerana tidak pernah bersama.

Dan akhir sekali miss tu (ke madam?) berpesan “make sure that you not enter the wrong class in your first day study..” Hehehe..

Adios everyone ;)

Saturday, June 30, 2007

orentasi kedua


Minggu orentasi akan bermula pada hari ini, hingga 3hb 7, 4hari. Alhamdulillah minggu orentasi di sini biasa2 sahaja. Kenapa orentasi kedua? Tahun lepas saya menjadi pelajar tamhidi USIM atau nama pada waktu itu KUIM, kami telah melalui sesi orentasi, oleh itu, ianya adalah orentasi yang pertama.

Kalau dulu kami menginap di apartment Sutera Indah, Nilai 1, kini kami ditukarkan ke apartment Camelia Court, Nilai Impian, berhampiran Nilai 3. Kalau dulu, kami bercampur antara lelaki dan perempuan. Lelaki di bawah, perempuan di atas, kini lelaki semuanya di Sutera Indah dan perempuan di Nilam Court (bersebelahan Camelia) dan Camelia Court. Walau bagaimanapun, di Camelia, hanya 2blok kami gunakan, yang lain orang luar. Maknanya ada keluarga (lelaki) lain dalam kediaman kami. Hurmm..

Lebih menyukai Sutera Indah dari Nilam dan Camelia. Dari segi kemudahan, struktur banggunan.. Sebelum ini pernah ke Nilam. Ah..tak suka. Tak sanggka dapat sini akhirnya.. =(

Friday, June 29, 2007

meminjam masa

Salam sejahtera buat semua.

Maaf, tidak sempat untuk mem-publish-kan entry untuk seketika. Sekarang ini sibuk dengan persediaan untuk kembali ke kampus. Ya.. surat tawaran (pos) baru sahaja tiba rabu yang lalu. Perlu menyediakan pakaian khusus untuk minggu taaruf atau nama lain minggu orentasi. Huh..jenuh juga kerana tempoh yang ada terlalu singkat. Alhamdulillah, baju biru mini jubah sempat juga disiapkan (mengikut contoh warna kain yang dilampirkan).

Sebentar lagi dalam pukul 11.00am, akan bertolak ke kl. Tidur di rumah abang sulung di usj, subang jaya. Sebenarnya agak malas untuk ke rumah abang. Hrmmm.. tapi terpaksalah jugak. Barang2 ada di rumah pakcik hatta, seremban. Saya bertanya kepada abah (sebelum tahu akan tidur di rumah abang), tidur di rumah pakcik hatta? Kata abah, abah tak kisah, pakcik hatta pun mesti ok, Cuma.. ye la.. abah malas nak ganggu keluarga pakcik hatta. Almaklumlah.. beliau (pakcik hatta) mempunyai anak2 kecil. Hurmm.. ye la..

Ah..berbagai2 perasaan saya di kala ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Dan satu yang pasti ialah, tak ada kawan2 tamhidi (sama ada tamhidi akaun, tamhidi syariah atau lain2) yang mengambil course yang sama dengan saya sebab saya telah membuat penukaran course. Alhamdulillah, dapat. Masa tamhidi dulu, prof tak bagi tukar.. Jadi.. semuanya orang baru2 belaka sem baru ni, hehe.

Oh ya.. buat teman2 yang bertanya tentang keputusan peperiksaan saya especially diya.. er.. malu untuk diceritakan kerana pointer saya tak adalah banyak pun. Rasa macam taknak je bagitau nih..huhu..(malu..).

Saya..er.. tak sampai 3 pointer pun sebenarnya. Sem pertama, 2.19. (student satu course ada 49 orang, 7 orang GDB, 11 orang LBS, 3 orang mendapat 3pointer ke atas). Alhamdulillah termasuk dalam 31 orang yang LULUS. Sem ni lak, dapat 2.81. huh.. peningkatan yang agak memberangsangkan. =)

Paling mambanggakan, Introduction to Accounting II dapat C+. huh..bangga walau tidak seelok mana sebab sem satu dapat D. Gembira jugak sebab ye la..dulu masa zaman sekolah tak pernah ‘berkenalan’ langsung dengan Prinsip Perakaunan. Kata syahirah, kalau saya ‘lebih’ sikit, insya-Allah ble dapat akaun B, dan pointer pun akan 3 ke atas. Hurm…ya.. tak apalah apa2 pun.

Sem lepas
D+ = Account I (5.20, unit 4)
D = Business Math (4.00, unit 4)
C- = Microeconomic (5.10, unit 3)
B = Business Management I (6.00, unit 2) **target A
A- = Arabic I (7.40, unit 2) **target A
A = Akidah Wal-Akhlak (8.00, unit 2) **target A
C- = English I (3.40, unit 2)
A- = Information Technology I (3.70, unit 1) **target A
B+ = Communication (5.40, unit 2) **target A

Sem ni
C+ = Account II (9.20, unit 4)
D = Business Statistic (3.00, unit 3)
B = Macroeconomic (9.00, unit 3) **target A
A- = Business Management II (7.40, unit 2) **target A
A- = Arabic II (7.40, unit 2) **target A
A- = Sirah Wal-Hadharah (7.40, unit 2) **target A
B- = English II (5.40, unit 2) **target A
A = Information Technology (4.00, unit 1) **target A
B+ = Co-curriculum (3.30, unit 1) **target A

Sunday, June 24, 2007

kenduri abg pit

**baru berkesempatan me-upload-kan gambar..

Tarikh : 07 Jun 2007
Tempat : Kota Kuala Muda
Negeri : Kedah Darul Aman

Nama penuh : Shahibul Hafiz (nickname, abul)
Nama isteri : Nurul.. (er..lupe.. nickname, odie)



Hubungan kami

my sir (sir hafiz)
tahun 2003, dia pernah mengajar saya selama lebih kurang 3 bulan. Pada masa itu, dia tengah cuti sem dia KUIM atau USIM sekarang.

my brother (abg pit)
sebab adik dia (shahidah, panggil dia abg pit) adalah kawan saya, jadi saya dengan sir hafiz agak baik.. dulu masa dia nak kenalkan saya dengan kak odie, sir msg saya ‘nak kenal dengan kaki par tak?’ hehe.. dan sir sendiri cakap masa dia kenalkan saya dengan kak odie, idah (shahidah, adik dia) pun belum pernah jumpa kak odie. Lepas tu, keluarga dia jugak (mak - makngah, ayah - pakngah) kenal dan agak rapat dengan saya.

my senior (abul)
er..ni sebab entahlah kebetulan ke ape..saya diterima masuk ke KUIM tahun 2006. ya, sir tahun akhir masa tu.. bulan 7 saya masuk, bulan 8 sir konvo. Dari anak murid jadi junior? Hehe.. dia penah msg dengan saya ‘panggil sy abul je, xya sir2 lagi..’ tapi aku tak reti dan aku membalasnya, ‘nak panggil abg pit mcm idah’ dia pun balas ‘suka hati awk la..’.

ohya, ade sorang pensyarah tu, x-kuim @ usim, so aku bermanis2 mulut pada awal2 dia bergelar pensyarahku dulu, aku pergi sembang2 dengan dia, lalu tahulah dia aku dan sir itu dan ini. Pensyarah itu (puan lakirina) merupakan rakan sekelas sir hafiz sewaktu dahulu. Adeh..dalam dewan exam paper macroeconomics hari tu, puan lakirina ada bertanyakan saya -boleh jawab +er.. boleh la.. –kalau tak boleh jawab, nanti saya repot dekat cikgu awak +(senyum kambeng je yang dapat saya buat mase tu.. macam mana ya? huhuhu)..


** amik berkat.. kawen awal.. hehehe =)

Saturday, June 23, 2007

tawaran ijazah

huhu.. tahniah buat diri sendiri

Tahniah atas kejayaan saudara/i, PUTERI (bukan nama sebenar).

Saudara/i berjaya ditawarkan tempat di Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengikuti program SARJANA MUDA ******** DENGAN KEPUJIAN (QI08 ) .


adeh.. jadi baik lak nanti.. hehe.

hurmm..ingatkan result ade gak online.. rupanya takde jugak.. isk3.. nanti dapat pos.. apa2 pun tak takut sangat koz ye la.. kalau dah dapat tawaran masuk degree..insya-Allah lulus exam sem lepas.. kan?

register 30hb ni dekat Apartment Nilam Court, nilai 3.. sepanjang program tamhidi (matrik) lepas, dekat nilai 1, Apartment Sutera Indah. Alhamdulillah, teman sekolah rendah saya NUR AMIRAH BT ISMAIL juga ditempatkan di USIM setelah berjaya dalam STAM.. mumtaz!!

oh..berdebar2 pula diri ini..

Friday, June 22, 2007

esok

esok kuar result dlm web usim.. takutnya.. hehe.. baru-baru ini saya ada bermimpi menerima keputusan melalui pos.. pointer hanya meningkat sebanyak 0.07.. sikit, kan? tapi meningkat la jugak..dalam mimpi tu.. hehe..

esok lepas kul 12, ble check..insya-Allah.. next week diorg akan poskan ke rumah result tuh.. mungkin beserta dengan surat tawaran.. hurmm.. kos ape la yang saya dapat yer?

doakan saya ya ;)

Wednesday, June 20, 2007

Sunday, June 17, 2007

hari yang pelbagai

Hari ini hari bapa (hr ni ke smlm? ke esok?). Ya, selamat hari bapa buat abah tersayang.. saya ada mengirimkan picture msg buat abah pagi2 tadi, sebelum pukul 5.50am =) tertulis di situ
“No Words Can Describe How Much I LOVE U” .. (hari ibu dahulu untuk emak “I LOVE YOU!”).

Sebenarnya ini tahun pertama saya berbuat demikian, meraikan hari ibu dan bapa. Semasa hari ibu, saya di nilai, negeri sembilan. Pada hari ini (hari bapa), saya cuma ditingkat atas rumah, dengar henfon ayah saya berbunyi, menerima msg.. hehe..

Pagi..layan blog. Juga fs. Baca komen untuk gambar di fs orang lain, rupanya ada untuk saya. Sebenarnya agak gembira, tapi.. sepatutnya biasa2 sahaja. Susah sikit sebab orang selalunya (mungkin) bergurau, tapi saya seringkali (kebiasaan) mengambil serius terhadap apa yang orang katakan, atau beritahu saya. Susahkan? Tapi tak mengapalah, sekurang2nya ia membuatkan saya agak gembira.

Petang, suasana bertukar selepas mendapat msg dari kak nun (kakak kedua). Entahlah, mudah pula saya mengalirkan air mata. Namun, saya perlu hentikan kerana saya akan bertemu dengan anak murid (hehe..sementara je) saya selepas itu di apartment Hospital Sultan Abdul Halim. Pulang ke rumah, faradila (kawan baik) mengirimkan msg. +maaf sebab dila tak balas msg imah hari tu, dila baru topup –ni pakai duit mana? Tak payahlah topup kalau tak ada kredit. Imah tak kisah. Jangan susahkan diri +klau imah boleh buat macam tu untuk dila, dila pun boleh jugak..

Yang ni terharu. Sedih jugak. Nangis lagi (takde keje lain hari ni).. huhu..

Pagi tadi, berita online. Ada baca pasal laluan alternatif yang bercas (tol) iaitu SMART (selepas membacanya di entry de_kerinchi) dan lain2. Agak lama tidak membaca berita online, tapi tak apa sebab isinya lebih kurang dengan apa yang baru saya baca dalam akhbar tidak online, jumaat lalu =) (rujuk : harakah terkini).

Oh ya, juga baru dapat tahu yang abg fysal demam denggi baru2 ni. Alhamdulillah dah keluar dari wad. Maaf ye abg, adik baru dapat tahu (sebab lama tak jenguk abg). Maaf ye. Moga2 abg akan sehat2 dan tidak akan lagi mudah jatuh sakit. Allah yashfika, amen..
“Becoming daddy mesti kuat ya!!”

Surat result belum sampai2 lagi. Ah..berdebarnya diri ini.. Bila akan berakhir?

Saturday, June 16, 2007

sedang mencuba

sedang mencuba untuk memasukkan link ke dalam entry.. tapi er.. jadi ke? nampak macam lain dari orang lain je ni?

diya, puteri dah try buat macam diya ajar tu.. lepas edit html, er.. klik ape? puteri klik dkt link yang dekat sebelah kiri tu, jadi macam ni.. er.. tak jadi ke? ajar lain eh..hehe =)

memang ade garisan eh?

Friday, June 15, 2007

kuliah subuh


Di akhir hayat seseorang manusia itu (sakharatul-maut), akan datang syaitan untuk mengganggu sebanyak 7 rombongan syaitan yang mana tugasnya sejak dahulu, kini dan selamanya adalah untuk mengganggu umat manusia dan dijadikan peneman di dalam neraka Allah.

Rombongan pertama
Menyerupai bentuk seperti emas, perak, wang, harta benda, makanan mewah, dan sebagainya. Orang yang semasa hayatnya tamak haloba akan meraba-raba untuk memegang apa yang muncul dihadapan mereka dan leka dengan benda-benda tersebut. Bila nyawa terputus pada ketika itu, matinya di dalam keadaan fasiq, naa’uzubillah.

Rombongan kedua
Menyerupai binatang yang paling ditakuti semasa hayat seseorang (contoh : harimau). Di saat2 kematiannya, akan muncul haiwan tersebut (harimau) dihadapannya dan akan timbul rasa takut dihatinya melebihi ketakutannya pada Allah, lalu apabila nyawanya terputus, matinya dalam keadaan fasiq, naa’uzubillah.

Rombongan ketiga
Menyerupai bintang yang paling disukai (contoh : burung). Di saat kematiannya haiwan tersebut akan bermain-main dihadapan matanya dalam keadaan yang begitu cantik, mengagumkan dan mengasyikkan, dia akan meraba-raba untuk mendapatkan haiwan tersebut (burung), lalu apabila nyawanya dicabut, matilah dia dalam keadaan fasi, naa’uzubillah.

Rombongan keempat
Menyerupai orang-orang yang paling dibenci semasa hayat seseorang di dunia. Maka pada saat2 kematiannya hampir tiba, orang itu (contoh : musuh ketat) akan muncul dihadapannya dan dia (orang yang dalam keadaan nazak) akan cuba melakukan sesuatu untuk mengusir musuhnya itu. Apabila nyawanya diambil, maka matilah dia dalam keadaan fasiq, naa’uzubillahi min zalik.

Rombongan kelima
Syaitan2 akan menyerupai pula orang-orang yang dikasihi seseorang semasa hayat di dunia (contoh : ibu bapa). Ibu bapa itu akan berada di depan matanya dengan membawa makanan dan minuman. Serta memujuk-mujuk supaya orang yang dalam keadaan sakharatul-maut itu untuk menerimanya dan menjanjikan syurga. Jika oarng itu terpedaya, maka dia akan meraba-raba untuk mengambil makanan dan minuman itu. Jika nyawanya terputus di saat itu, matinya dalam keadaan fasiq, naa’uzubillah.

Rombongan keenam
Menyerupai tok-tok guru dan alim-alim ulama’ yang membawa kitab-kitab besar. Siapa tidak gembira apabila tok guru mencarinya? –aku mencari kamu merata tempat sekian lama, rupanya kamu terlantar menanti maut di sini, mari aku ajarkan cara untuk mengubatinya. (atau) –aku baru sahaja dari alam ghaib, telah memasuki syurga dan telah menemui Allah. Jadi cara mudah untuk memasuki syurga ialah dengan melihat zat Allah. +bagaimakah zat Allah itu? (manusia terpedaya dengan syaitan). Lalu syaitan membuka suatu tabir, manusia akan melihat satu benda yang besar, besarnya lebih besar dari langit dan bumi. –bagaimana? Besar tak? +besar –kagum? +kagum.. tapi bukankah yang besar itu menyerupai makhluk? (Jika bentuk seperti bulat yang dijelmakan) bukanlah bulat itu makhluk? Adakah ini tuhan yang disembah? –ya. Dan, dalam keadaan itu, apaila manusia menerima apa yang dikhabarkan syaitan, maka matinya dalam keadaan fasiq. Naa’uzubillah.

Kerana itu, kita disarankah membaca doa “alluhumma hauwin alaina fi sakharatil maut”, “ikhtimlana bihusnil khatimah”, “wa la takhtim ‘alaini bi su-il khatimah” dan sebagainya. Kerapkan membisikkan kalimah “la-ilaha-illallah” pada telinga manusia yang dipenghujung hayatnya. Semoga dapat dijauhkan syaitan2 daripada mengganggunya menyesatkannya. Wallahua’lam.

********************************
Terlupa satu golongan, saya mendengar tanpa membuat sebarang catitan. Maaf ya. Rombongan ke-6 itu, mungkin saya tertukar dengan rombongan yang ke-7, rujuk lebih lanjut daripada alim-alimin. (kuliah subuh di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Sungai Petani, Kedah disampaikan pada hari ini oleh Ustaz Zulkifli bin Ahmad).

Thursday, June 14, 2007

hari lahir 2007


Selamat hari lahir buat diri saya sendiri yang ke-20 lagi setahun. Hehe.. muda lagi la, 19 tahun. Terima kasih kepada mereka-mereka yang mengingati atau mengetahui tarikh lahir saya ini

1- kak dieya (msg/mail * fs)
2- hambali (msg/testi * kuim/usim, fs)
3- farhanna (sms * sri abim)
4- syahirah (sms * kuim/usim, fs)
5- huda (sms * kuim/usim, fs)
6- dayahucop (pic.sms * mfc, blog, fs)
7- kak irah (pic.sms * ym, blog, kuim/usim, fs)
8- miss farida.. ni lecturer saya tau (sms * kuim/usim)
9- kak nun (sms * kakak nombor dua, nur zihnun)
10- amirah (sms * sri abim, fs)
11- kak not (sms * kakak nombor tiga, nur zihan)
12- nik syafawati jugak..dia nak jadi orang terakhir.. tp xjadi jgk.. (call * smib, smatan, mmkm, fs)
13- dalila (msg * kuim/usim, fs)

14- fifi (msg * kuim/usim, fs)

Semua ni setakat 10.35pm (semasa sedang menaip) untuk 14 jun 2007 (start 13 jun, 3org teratas 2 bagi ucapan :D), ye la.. dah nak abes hari pun.. hehe.. seterusnya pukul 11 lebih

15- kak auni (sms * kuim/usim, fs)
16- maisyarah (sms * kuim/usim, fs)

Pagi tadi gi sekolah, sambut besdei.. taklah, saje pergi melawat cikgu2 sambil mengambil sijil spm. Ingat nak amik sijil oral sekali, tapi belum disediakan. Ohya, dalam perjalanan (jalan kaki) pulang dari sekolah ke kota (stesyen bas) terserempak dengan abg amin yang dalam perjalanan (kereta) dari kota ke sekolah. Saya tengok orang dalam kereta tu, ‘sape pulak yang senyum kat aku ni?’ opss.. abg amin!? Saya pun senyum balik sambil mengisyaratkan tangan, melambai. Siapa abg amin?

Dia adalah senior saya semasa sekolah dulu. Tahun 2003 saya pmr, dia pula stam. Tapi sepanjang persekolahan, saya tidak pernah bercakap langsung dengan dia. Dengan abg2 senior yang lain juga, kecuali jika mereka2 yang menegur saya dahulu =) macam mana saya seakan agak mesra dengan abg amin pula?

Dalam suatu kenduri baru-baru ini, saya terserempak dengan dia. Ye la.. macam kenal kan? Saya pasti dia pun mengenali saya sebab saya ni agak popular di skolah dulu (wahahahahaha).. well, budak baik katakan, selain imej bersih, saya juga agak top dalam akademik (dalam sekolah saya sahaja, di tempat selain, saya dibelakang2 juga). Bermula dengan pmr, menjadi pemecah rekod sekolah memperoleh 5A dalam pmr. mungkin ada yang ingin ketawa, tapi itulah kenyataan di tempat saya.

Ok, sambung balik di rumah kenduri.. saya melihat dia. ‘abg amin kot?’ dia juga melihat saya pada ketika itu (kelakarnya, setiap kali jumpa, kami dalam arah yang bertentangan). Muka dia agak kehairanan, mungkin maklumat2 terdahulu belum sampai, hehehe.. saya senyum kepada dia, lepas 2, muka dia kembali neutral. Dia pun balas senyuman saya. Kemudian.. percaya atau tidak.. sambil mengangkat tangan.. “hai..” (sape yang cakap?) Dan “hai…”, dia membalas..hehehe.. macam kawan baik yang dah lama tak jumpa. Sedangkan dulu macam bisu je gayanya. Sampai situ je, lepas 2, masing2 menuju ke destinasi.

Fakta menarik, amin adalah adik kepada ustaz hilmi yang pernah saya minati dulu.. ;)

Wednesday, June 13, 2007

rutin harian


Sudah lama tidak mencoretkan diari sebegini. Sebelum ini, terhalang dengan perasaan sendiri. Ya..semuanya kerana perasaan yang satu itu. Ah..sudah. semuanya sudah berlalu, biarlah berlalu dan tak perlu diimbas kembali, kan?

Sekarang saya berjinak-jinak dengan satu drama Indonesia, LIONTIN (kalau tak salah eja la..). Hmm.. agak menarik jalan ceritanya, dan saya rasa saya menyukainya. Tidak seperti cerita ‘bawang2’ itu di mana mata2 watak jahat terjegil2 macam nak terkeluar dan terlalu ‘keras’ percakapannya.

Kisah adik-beradik yang terpisah, Manda (kakak) dan Indy @ Rianti (adik). Watak2 lain, Roby, Dion,.. Er.. taktau nak cakap macam mana, tapi best la cerita ni.. tengok la sendiri ;) isnin-khamis. Pukul 2.30-3.30pm.. tv3 =)

Sekarang ni saya mempunyai kerja sambilan yang tidak berbayar. Menjadi guru sementara kepada beberapa orang anak kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Tapi saya tidak pula membahasakan diri atau membiasakan diri dengan gelaran cikgu, apalagi ustazah, hehe.. Cuma dipanggil ‘kakak’ sahaja. Dengan yang tahun 4 itu, saya bahasakan diri sebagai ‘kak;, tapi dengan yang form 5 itu.. er.. ‘saya’ je..

Sekarang juga sedang menanti keputusan exam sem ke-2, mintak-mintak la lulus dengan baik. Insya-Allah. Lepas ni, boleh saya melangkah pula ke ijazah sarjana muda. Ohya, mungkin ada yang kurang arif jurusan apakah yang saya ambil? Bagi program matrik yang telah saya tamat baru-baru ini, bidang yang saya ceburi ialah Tamhidi (matrik) Perakaunan dan Muamalat. Well.. I am an accountancy student (yang takde basic prinsip akaun SPM)..

Insya-Allah, naik degree nanti, tukar kos baru.. sekian..