© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, January 30, 2009

tabung gaza @ usim


Pada Add Image12-Januari-09 yang lalu, USIM telah mengadakan perarakan membantah Israel dan Zionis serta Majlis Pelancaran Tabung Gaza. Perarakan bermula dari Bangunan Canselori USIM dan berakhir di Stadium Tertutup Nilai. Beberapa Media antaranya Kosmo, turut hadir.






Bagi rakan-rakan usim yang mahu melihat gambar lain yang telah diambil oleh pegawai, klik di sini.

Thursday, January 29, 2009

confusing


Tadi, saya on YM. Tiba-tiba, asyraf memberi IM. Dah lama tak tegur. Tiba-tiba tegur pula. Siapa dia? Muhammad Asyraf bin Sulaiman. Bekas abg angkat yang pernah saya maksudkan dalam entry-entry yang lepas.

Ah..kenapa muncul kembali? bukankah sudah meninggalkan diri ini? Adik? Adik angkat? Semuanya tidak bererti. Dan tadi, dia memberitahu yang dia sudah berkahwin. Kenapa? Kalau sudah berkahwin tidak boleh bersahabat lagi? Mama dan papa masih berkawan dengan saya. Sir Hafiz juga. Pak Ngah, Abg Khairi dan lain-lain. Tapi tak mengapa, saya langsung tidak kisah. Dia bukan sesiapa lagi. Tak ada maknanya. Asyraf yang saya kenal sudah lama tiada, sejak tahun 2006. Dia dah 'mati'.

Asyraf kejam. Dia bukan orang yang baik. Saya tidak mampu merasa hormat lagi kepadanya. Ustaz Asyraf yang jahat!! Apa motif dia menegur saya kembali? Bukankah kami sudah 'berpisah'? Dia sudah lama menghilangkan diri dari saya. Bukan sekali, bukan dua, bahkan berkali-kali dia melakukan perkara yang sama.

Semua macam tu.
N (perkara dua) juga begitu.

Dan asyraf sangat-sangat kejam. Patutkah dia menyuruh saya 'anggap kita tak pernah berkenalan'. Sangat-sangat tidak patut. Selama ini dia tidak ikhlas bersahabat dengan sayakah? Dia yang mengambil saya sebagai adik angkatnya. Apa dia lupa? Atau sebenarnya dia bermain-main? Ah.. sayang adik konon.

"Abang sayang adik, sebab adik..adik abang".

Kejam. Sangat kejam. Semua kejam.

Monday, January 26, 2009

1-2-3-4-5

Perkara Satu.

Saya sangat gembira mama dan papa sudah memperoleh cahaya mata pada 14 Jan yang lalu. Baby boy, namanya Kazim Affan. Kazim berkongsi tarikh yang sama dengan hari lahir saya, Cuma bulannya berbeza. 14 Jan, 14 Jun.. Haaa. Kira ok lah tu, kan? Tanya mama, kenapa tak letak Kazim Irfan ke..untuk Kamal-Ira. Kata mama, sebab nama papa Kamal Ariffin. Nanti dapat baby girl nak letak nama huruf ‘I’ ikut nama mama.

p/s: mama, papa.



“..Anak-anak adalah permata ayah bonda Penghibur duka lara menyejukkan mata..” (UNIC)

Perkara Dua.

Segalanya sudah berakhir. Bukan saya yang tinggalkan dia. Saya telah lama ditinggalkan tanpa saya ketahui. Setahun…, bukanlah tempoh yang singkat. It is hard, too hurt. Sampai hati dia. Rupanya saya ditipu selama ini. Apakah salah saya terhadap dia sehingga saya dipermainkan? Bohonglah kalau saya tak sedih atau kecewa, cumanya mungkin agak kurang kerana…. Entah. Lama sangat kot. Ah, kusangka dia mutiara putih yang kutemui di dasar lautan, rupanya yang ku jumpa hanyalah sebutir pasir yang.. tidak berharga!




“…Kau datang dan pergi oh begitu saja Semua ku terima apa adanya…”.(LETTO-Ruang Rindu)

Perkara Tiga.

Fakrul, rakan sekelas saya memberi nasihat:
1-Kita kena menjaga hati kita dari lalai mengingati Allah.
2-Kita sedang melakukan jihad paling besar, menuntut ilmu. Jangan cemarkan ia dengan perkara yang melalaikan.
3-Ketahuilah Allah menyayangi hamba-Nya lebih 40 kali ganda dari kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.



“…Bila ku sedari diri disayangi Langkah kaki ini semakin bererti Bila terkeliru ku ucap nama-Mu Terasa diriku kembali dipandu…”(UKAYS-Bila Diri Disayangi)

Perkara Empat.

Sedang cuti sempena raya cina. Ah..banyak esaimen dan soalan tutor yang kena siapkan. Aduh.. Baru buat sikit-sikit, tu pun esaimen, sebab taip je..ha.ha. Soalan tutorial kena banyak berfikir sikit. HeE..


“Masa depanku aku yang menentukannya Kejayaan bukan percuma..”(ALARMME-I Wanna Be Somebody)

Perkara Lima.


29-1 h/b ni ada program anjuran Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM, sudah memberi nama untuk menyertai. Insya-Allah jika tiada aral mendatang.


“Bulat niat tekadmu Dalam hijrahmu itu Allah nanti kan bersama Tempuh jalan yang diredhai”(DEVOTEES)

Friday, January 16, 2009

kesedaran kita

f
Sekarang ini kita dihangatkan dengan kisah peperangan yang menyayat hati sedang berlaku di Gaza, Palestin. Kekejaman Israel musuh Islam dan musuh Allah bermaharajalela. Umat Islam ditekan, dizalimi. Tapi kita dikatakan pengganas. Amerika pembela, penuntut keadilan. Di jalan benarkah mereka yang tidak faham erti gencatan senjata? Tidak menurut perjanjian damai yang dimahukan.

Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud, "...tidak sesekali mereka (kaum musyrik) akan menyetujui kamu sehingga kamu menurut kata (tunjuk ajar) mereka...".

Mengapa ada antara kita (umat Islam) sendiri seolah-olah mengikut arahan Yahudi laknatullah? Isu Gaza, Palestin bukanlah isu atau masalah rakyat Palestin semata kerana ia adalah isu agama. Agama kita sedang ditindas. Agama kita sedang diperangi. Apakah yang kita lakukan? Masih menyogok membuntuti Amerika Syarikat?

Apakah kita fikir bahawa apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku pada kita? Saat kita sedang berenak-enak dibuai kenikmatan dunia yang dipinjamkan Allah, kita berjalan, kita bergurau-senda, mereka tidak sempat memikirkan apakah peperangan ini akan berakhir? Bilakah ia akan tamat? Adakah pernah kita cuba berfikir perkara itu akan berlaku pada negara kita, pada kita?




Saat kita berlari-lari berkejaran bersama teman, anak-anak, mereka terpaksa melarikan diri dari jutaan bedilan bom Israel. Saat kita menghubungi ahli keluarga kita, mereka menatapi kematian demi kematian ahli keluarga tercinta. Saat kita mahu tidur menghilangkan lelah seharian, mereka tidak punya masa untuk itu, malah mereka tidak mampu untuk berfikir apakah mereka akan hidup walau hanya seminit lagi.

yusuf al-Qardawi ada mengeluarkan fatwa yang bermaksud bahawa "...apabila kita membantu Yahudi (termasuk membeli barangan mereka), kita seolah-olah membantu mereka menambah peluru untuk menghancurkan saudara kita sendiri di negara yang diperangi".

Apakah kita mahu tergolong dalam golongan itu? Apakah kita berani menjawab di hadapan Allah tatkala dipersoalkan-Nya nanti, apa yang telah kita lakukan untuk menegakkan agama-Nya? Kita tidak mampu untuk berperang, kita menghulurkan bantuan kewangan, perubatan dan makanan, tidak mampu untuk itu apa lagi ruang yang kita boleh berbakti selain berdoa dan memboikot barangan keluaran Amerika, Yahudi dan sekutunya? Kerana ekonomi adalah 'senjata' sesebuah negara, maka dengan itu kita mampu melemahkan kekuatan mereka.

Teringat kisah burung kecil dalam peristiwa Nabi Ibrahim dibakar dalam api marak. Burung kecil itu terbang mengisi air di dalam paruhnya dan menitiskan air tersebut ke atas api yang sedang membakar Nabi Allah Ibarahim. Burung itu apabila ditanya "hai burung kecil, apakah yang kau lakukan? sedang tubuhmu yang kecil (dan perlakuan menitiskan air) tidak akan sekali memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim?" Lalu dijawab burung kecil itu "sekurang-kurangnya aku melaksanakan tugasku dan aku takut disoal Allah pada hari pembalasan nanti jika aku tidak melakukan apa-apa untuk membantu nabi-Nya."..

Apakah kita masih belum mendapat iktibar dari perbuatan si burung kecil yang tidak berakal itu? Laksanakanlah kewajipan kita. Biarpun sukar, tapi kita mampu untuk melakukannya. Semuanya hanya pada diri kita sendiri, di manakah kesedaran kita...........?

Sunday, January 11, 2009

warna kehidupan


Putih – pendiam
Biru – jujur
Merah – panas baran
Hijau – peramah
Unggu – comel
Pink – nakal
Hitam – perangai pelik
Coklat – kelakar
Kuning – manja
Oren – personaliti yang menarik
Kelabu – pandai jaga hati kawan
Jingga – brutal


Yang mana sesuai untuk saya?


***************************
Rosmalizi; Kuning
Fazlan; Oren, Hijau, Hitam
Sir ahadiat; Indigo?
Shahida; Hijau, Unggu, Pink, Coklat, Kuning, Oren
Kak ainul; Hijau
Muhaimin; Pink
Izati; Coklat dan Hijau
Fahzan; Putih, Hijau, Ungu dan Kelabu

Saturday, January 10, 2009

ptotes kepada zionis

Anjuran Aman Palestin Malaysia

Hari ini kali pertama saya menyertai rapat umum. Rapat umum ini diadakan di Stadium Malawati Shah Alam sebagai tanda protes kepada Puak Yahudi di atas tindakan kejam mereka terhadap umat Islam di Palestin. Bagaimana saya boleh berada di sana adalah melalui ISMA Negeri Sembilan, walaupun saya belum menjadi ahli ISMA.

Bertajuk RISE OF GAZA, wakil-wakil pimpinan dari HAMAS sendiri, ABIM, PKR, UMNO, PAS dan lain-lain turut hadir menyatakan “TIDAK BERSETUJU” dengan apa yang sedang dilakukan Zionis dan menyeru mereka menghentikan kekejaman tersebut.




*************************************
Di sana, saya ada bertemu dengan teman baik saya Nik Syafawati, teman sekolah dahulu.. sebab tu gambar saya tak ada dalam ni... ;(

Juga, beberapa orang dari Nasyeed.Com (P/A System), tapi tidak menegur mereka. Razin Mestica juga ada, tetapi bukan sebagai artis, sebagai staf Nasyeed.Com. Saya cuma menegurnya.

Wednesday, January 07, 2009

berbeza tapi sama


Sem ini dalam banyak-banyak subjek, ada dua subjek yang agak berbeza saya ambil, tapi sebenarnya lebih kurang sahaja. Pertama adalah FIQH AL-MUNAKAHAT yang mana ianya adalah di dalam bahasa arab, berkaitan tentang hukum perkahwinan dan kekeluargaan menurut Islam.

Manakala subjek yang kedua ialah nama 'samaran' di dalam bahasa Arab, AHWAL ASY-SYAHSIAYAH, nama sebenar ialah FAMILY LAW, turut mebahaskan isu yang hampir sama, perkahwinan, pertunangan dan lain-lain yang berkaitan. Cuma yang membezakan ialah FAMILY LAW di dalam bahasa inggeris dan mempunyai enakmen dan seksyen-syeksen yang perlu dihafal. Kes-kes yang perlu diingat dan sewaktu dengannya.

Awal sem hari tu, ingatkan Ahwal Syahsiyah dalam bahasa arab, saya dan kawan-kawan 'bajet' subjek ni lebih kurang DAKWAH atau PEMIKIRAN ISLAM (yang agak mudah dan senang untuk score, he.he..) dan bergembira sebab tak ada subjek undang-undang untuk sem ni, rupa-rupanya... ada jugak..

Hmm.. tapi tak apalah, rasanya tak sesusah LAW sem satu dulu dan tak sesukar budak-budak lawyer belajar mereka punya subjek LAW. Alhamdulillah.. Nanti-nanti saya akan menulis tentang perbualan dengan tutor Fiqh Munakahat, iaitu USTAZ LUTFI.

Wait for me! =)

Saturday, January 03, 2009

cebisan kenangan


Tadi, saya ada bersms dengan abang hafiz. Tiba-tiba sahaja saya rasa mahu menghubunginya, sebenarnya jarang berbuat begitu. Dia senior saya yang berbeza fakulti dan dia kini berada di tahun akhir. Saya mengenalinya sejak semester pertama matrik dahulu, tahun 2006. Dia seorang yang baik, kemas, menarik (saya tertarik dengan lelaki yang berkaca mata, dia juga berkaca mata. ini definisi ‘menarik’ untuk saya,) dan yang paling penting, dia ada rupa.. =)

Sungguh, kawan-kawan saya ada yang mahu berkenalan dengannya selepas mengatakan; “Hensemnya…” (setelah saya kenalkan bahawa itu antara senior yang baik dengan saya).. Pernah ada kawan menegur “Eh Imah, kenapa kawan lelaki awak semuanya hensem-hensem?”. He.he.he.. Tapi bukan itu yang menyebabkan saya teringatkan dia.

Saya : Salam. Abg apa khabar? Sihat? Sibuk ke?
Dia : W’salam. Sihat je.. Cuma sakit2 sikit
Saya : Abg sakit apa?
Dia : Sakit sikit je..
Saya : Mesti tak makan ubat ni. Takpe la, abg rehat2 la. Nanti2 kita msg abg lagi.
Dia : Ok. Take care adik..
Saya : Abg jugak. Jangan selalu sakit ya.
Dia : Iye.. jangan bimbang ok.
Saya : Bila abg sihat. Tak risau.

Sebenarnya saya pernah menulis tentang abang Hafiz beberapa tahun lalu, semasa saya menyertai program di bawah Kelab Penyayang. Saya bukan ahli kelab itu, abang Hafiz Pengerusinya. Itulah kali pertama saya kenal dia, (panjang ceritanya).

Abang Hafiz pernah bercerita tentang sakit yang dialaminya, dan nasihat doctor kepadanya. Mungkin kerana itu, saya mahu mengambil berat tentangnya (Eh, lupa pulak tanya dia ‘dah ade makwe ke belum’, mana tau kot-kot ade chance.. ngeh-ngeh-ngeh).. Baru-baru ini saya ada melihatnya dalam keadaan baik, tapi tidak menegurnya. Mungkin luaran sahaja kelihatan baik… (Segan mahu bertegur sapa; eh, abang…).

Entah kenapa, semasa saya bersms dengan dia, saya teringat kepada abang Asyraf, abang angkat saya (atau mungkin lebih tepat jika dibaca : bekas abang angkat). Heh, layan jugak saya angkat-angkat ni… Tapi, itu cerita lama. Dah lost contact dengan dia sekali lagi, seperti yang diduga walaupun tidak dipinta. Ada rasa sebak bila abang Hafiz cakap yang dia kurang sihat. Risaukan dia dalam bayangan abang Asyrafkah? Kenapa risau? Rasa nak menangis pun ada. Heh, cengeng betul.

Abang Asyraf pernah memanggil saya ‘adik’ dan membahasakan dirinya ‘abang’. Abang Hafiz juga. Senior-senior (lelaki) saya yang lain jika ada membahasakan diri mereka ‘abang’, mereka memanggil saya nama saya atau ‘awak’. Ada juga yang beraku-engkau sahaja. Kerana itukah saya agak senang untuk menjadi mesra dengan abang Hafiz? Cumanya..saya tidak membahasakan diri saya sebagai ‘adik’ dengan abang Hafiz.

Susah kan, hidup dalam kenangan. Dengan abang Asyraf paling banyak, walaupun tak pernah bersua muka. Lebih 6 tahun sudah berlalu usia perkenalan kami. Banyak cerita yang pernah kami kongsikan. Termasuklah usik-mengusik tentang perasaan. Ha.ha.ha.. Kelakar juga bila teringat, walaupun sedihnya bukan sedikit.

Nanti bila abang Hafiz dah grade, barangkali dia juga akan lost contact dengan saya? Dia pula akan termasuk dalam senarai orang yang saya rindui. Mungkin ianya agak kelakar bagi sebahagian pembaca, atau mungkin yang memandang sinis dengan apa yang sedang saya tulis, tapi inilah kenyataannya. Semua yang rapat dengan saya, yang saya sayang, selalunya saya akan kehilangan mereka.

Dan kehilangan, sesungguhnya mengundang kerinduan….

Friday, January 02, 2009

cerita semalam

Aku terlihat kelibatnya tidak jauh di sana. Pantas langkahku menuju ke arahnya. Aku lihat Faiz juga ada berhampiran dengannya. Bagaimana dia boleh bersama Faiz? Tidak mempedulikan persoalan itu, segera aku mendapatkannya. “Awak ada kelas lepas ni?” Soalku. Lambat dia menjawab, “Tak ada, tapi ada rehearsal,”. Apa yang direhearsalkan pun aku tidak tahu. Faiz budak teater, takkanlah dia juga menyertai teater? Atau barangkali seni suara? Ah, biarlah seketika.

Aku membawanya ke suatu sudut, agar mudah perbicaraan tanpa ada gangguan. Tapi, kenapa dia adalah orang lain? Kenapa tiba-tiba wajah yang tidak ku kenal? Tapi, orang itu wataknya adalah dia. Dengan siapa aku berkawan sebenarnya. Di mana dia? Siapa pula orang ini?

“Sampai bila harus begini?”. “Kenapa awak melayan saya begini?” “Apa salah saya?” Bertalu-talu aku mengajukan soalan padanya. Walhal soalan ini sebenarnya pernah ku ajukan sewaktu dahulu, bahkan berkali-kali. Tapi sekalipun dia tidak pernah menjawab pertanyaanku.

“Dulu awak yang buat saya macam ni,” balasnya, sinis. Ya, walaupun orang ini bukan dia, tapi butir bicaranya seperti dia. Pedih hatiku tatkala mendengarnya. “Awak, kan saya dah minta maaf. Awak jangan ungkit lagi pasal tu,”. Rayuku. “Ungkit tak ungkit..” sambungnya. Sebak didada semakin terasa. Sampai hati awak…

“Cakap sahajalah, awak mahu meneruskan hubungan dengan saya atau berhenti. Kalau tidak suka, katakanlah, jangan berdiam diri macam ni,”. Aku tidak dapat mengawal intonasi suaraku lagi. Iyalah, berkali aku mengutarakan perkara yang sama, dia masih begini. Apakah dia tidak mempunyai hati? Tak bolehkah jujur, suka, katakan. Tidak suka, katakan juga. Jangan mendiamkan diri, menghilangkan diri entah ke mana dengan tiba-tiba! Aku tidak mampu bertahan lagi. Dua tahun begini, ah.. perempuan mana yang sanggup menunggu sepertiku?

”Kenapa cakap macam tu?” dia baru mula bersuara. ”Awak tidak percayakan saya?” suaranya perlahan, barangkali cuba memujukku. Pandai pula dia begitu. Beberapa kalimah dan perbuatan membuatku terharu. Ah, kenapa begini? Kenapa dia berbeza bila berjauhan denganku? Kenapa?

Aku tidak mengerti. Apa yang aku tahu, terasa ada bunga-bunga bertaburan disisiku sewaktu dia menghadiahkanku seutas rantai tangan dan sebentuk cincin. Aku merasa tenang. Ah, bahagianya hidup ini. Dia menyarungkan sendiri cincin itu ke jariku. Apakah dia sudah bersedia mengishtiharkan perhubungan kami? Apakah dia akan mengotakan janjinya, mahu mulakan hidup baru? Apakah dia benar-benar ikhlas terhadapku?
Tapi, kenapa bukan dia, tetapi orang lain? Dan aku terjaga dari mimpi.......... ah, sayangnya.