© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, August 29, 2009

my beloved abah

Hari ini pergi ke library UKM, cari bahan untuk assigment yang sudah mula menambah-nambah dan menuntut untuk segera disiapkan. Oh.oh. Penat.

Semasa dalam perjalanan, abg zarin ada mengirimkan sms... terselit di situ tentang abah..

Kata abg zarin, abah sakit.. Ia membuat saya mahu menangis. Tapi saya bertahan supaya tak ada yang perasan perasaan saya ketika itu.. Doktor masih belum check. Pagi tadi abah tiba-tiba tak dapat mengunyah... Begitulah kata abg zarin. Pagi tadi, mak hantar abah ke hospital. Abah dalam wad. Tidur..

Saya rasa sebak dan sedih.. Entahlah.. tapi sedih.. Kata abg zarin, jangan risau sangat.





Tiba-tiba teringat suatu masa dahulu..

Abah...yang hantar saya ke asrama. Abah belikan laptop. Abah bawa beli barang-barang. Abah bagi duit. Abah..dan abah.. . Abah adalah segalanya bagi saya.


Saya takut jika kehilangan abah, na-a'uzubillah.. Mohon dijauhkan, ameen..


Buat kawan-kawan, doakan kesejahteraan dan kesihatan abah saya ya, semoga dia cepat sembuh..

Thursday, August 27, 2009

ayuh jayakan

Ayuh jayakan misi negara
ayuh jayakan satu Malaysia
gemilang bangsa wajah dunia
melangkah maju negara kita

Bersatu kita rakyat Malaysia
hidup harmoni dan sejahtera
menjunjung tinggi rukun negara
tekad membela nusa tercinta

Walau berbeza agama bangsa
satu haluan mampu tercipta
jalin ikatan antara kita
sama menuju ke puncak jaya

Satu suara satu fikiran
satu fahaman satu tujuan
ayuh jayakan misi negara
ayuh jayakan satu Malaysia

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2009-
CIPTA '09, "Bersama Kita Eratkan Perpduan Negara Bangsa"

Monday, August 24, 2009

usim, banduan cipta lagu


UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (Usim) dan Jabatan Penjara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Perbadanan Putrajaya menganjurkan Festival Cipta Lagu Patriotik 2009 (Cipta '09), baru-baru ini. Ia bertujuan memperkasakan modal insan dan menyahut aspirasi kerajaan bagi mewujudkan warga patriotisme.

Program Cipta '09 kali kedua ini unik dan menarik kerana ia membabitkan gabungan pelajar Usim dan penghuni penjara dalam melestarikan semangat kemerdekaan negara ke-52 selari dengan tema 'Bersama Kita Eratkan Perpaduan Negara Bangsa'.

Setiausaha 1 Cipta '09, Ismail Ahmed, berkata objektif program ini bertujuan memilih Ikon patriotik di kalangan penghuni penjara dengan penghasilan lagu patriotik. Beliau berkata, program ini bertujuan membuktikan mereka yang menjalani program pemulihan di penjara mampu mempunyai jati diri dan kecintaan kepada tanah air.

"Melalui festival ini, ia dapat menyemarakkan lagi aktiviti promosi dan pembangunan sahsiah di kalangan warga kampus agar dapat melahirkan mahasiswa yang peka terhadap persekitaran masyarakat. Program ini juga memupuk kerjasama dan kesedaran dalam penyertaan mahasiswa, kakitangan dan masyarakat (banduan) daripada pelbagai kaum dan etnik," katanya.

Bermula dengan Bengkel Penulisan Lirik Patriotik, seramai 40 mahasiswa Usim diberi tunjuk ajar menghasilkan lirik oleh Siso dan Ranofla Dianti Erwan.Mahasiswa Usim yang bertindak sebagai penulis lirik akan bergabung dengan penghuni penjara untuk menghasilkan lagu patriotik.

Hasil gabungan itu, daripada 15 lagu yang tersenarai di peringkat saringan, lapan lagu melangkah ke peringkat akhir.Semua lagu hasil gabungan mahasiswa Usim dan penghuni penjara itu dinyanyikan artis tempatan antaranya Roy, Noraniza Idris, Zarina AF, Hafiz Hamidon, Sahri AF dan Nas Adila.

Pada malam kemuncak Cipta '09, lagu Semangat Anak Bangsa hasil karya Aizatul Ain Ismail dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan komposer Mohd Haikal Mohd Khatib Saadaly dari Penjara Kajang dinobatkan pemenang.

Shariayati Selamat


Ia diikuti Nur Fatimah Zaharah Ahmad juga dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan komposer Shariayati Selamat dengan lagu bertajuk Satu Malaysia di tempat kedua dan lagu Cinta Malaysia karya Afiq Naqiuddin Abdul Malek serta komposernya, Che Mohd Safary Che Mustafa dari Penjara Kluang di tempat ketiga.

Thursday, August 20, 2009

bagaimana menulis?

Kata Habsah Hasan, menulis perlukan idea. Idea boleh diperoleh melalui alam, atau apa-apa entiti yang bisa dilihat, tergambar atau terbayang. Contoh, secawan gelas yang berisi air. Lihat bukan hanya dari satu sudut, tapi lihat dari pelbagai sudut. Mungkin dari atas, bawah, tepi dan begitulah seterusnya.

Bagi saya pula.. idea adalah nombor dua. nombor satu bagi saya adalah mood.

Saya perlukan mood untuk menghasilkan penulisan atau karya. kalau idea sahaja, mungkin saya boleh menulis, tetapi tanpa kepuasan. Kerana itu, di setiap tulisan saya, saya akan cuba bermain dengan idea terlebih dahulu bagi menghasilkan mood. Oh? Kedengaran pelik atau memeningkan tak? He.he,.

Contoh: di mana kau, ampunkan aku dan izinkan aku (terpilih disiarkan di dalam Majalah Tunas Cipta, April, 2009).

Selebihnya.. er, sebenarnya apa yang saya biasa tulis ini adalah berkait dengan apa yang saya lalui sendiri. Hdup, emosi, perasaan, harapan, impian, angan-angan, juga kenangan. Ada juga berkait dengan teman saya. Contoh utusan doa, saya bukanlah berkawan rapat dengan watak di dalam sajak itu, tetapi saya meletakkan diri saya sebagai temannya yang akrab. Dan hasilnya.. itu lah tadi, he.he.

Seterusnya, setiap apa yang terlintas difikiran, segera catatkan. Jika tiada pen dan kertas, taipkan sahaja di HP. Hu.hu. Mudah kan? Itu idea. Kemudian, bila dah dapat, tak semestinya ada mood lagi untuk membina ayat yang menarik. Kadang-kadang dua-tiga hari, malah berminggu-minggu pun ada. Tak kisahlah berapa lama masa yang diambil, asalkan anda berpuas hati dengan karya anda dan menghargainya.

Itu sahaja tips (tiba-tiba pula jadi tips) dari saya. =)

Friday, August 14, 2009

aku dan cikgu

seorang cikgu
hadir tanpa kuduga
tanpa kupinta
buatku tertanya-tanya

aku keliru
aku hairan

cikgu itu
menghulurkan salam
menyapaku perlahan
lewat, ku membalasnya

aku bingung
aku bimbang

cikgu
siapa kamu
yang tiba-tiba
tertetera di telefon bimbitku
yang tiba-tiba
muncul di depan mataku

aku kaget
aku resah

cikgu
siapa sebenarnya kamu?
apa tujuanmu?
siapa mengutusmu?

dan tiba-tiba
dia menghilang..
sesungguhnya
kehadirannya tiada ku undang
pemergiannya tidak perlu ku halang….

Sunday, August 09, 2009

festival cipta 09


Untuk tahun yang kedua, Festival Cipta Lagu Patriotik (08-08-09) hasil gabungan kerja kreatif USIM dan Jabatan Penjara Malaysia berlangsung dengan jayanya. Seperti yang saya pernah ceritakan dalam entry-entry yang lepas, lirik saya telah terpilih untuk ke final, iaitu pada malam ini lagu saya (lirik yang telah dijadikan lagu oleh pihak penjara) bersaing membuat persembahan.

Tajuk: Satu Malaysia
Lirik: Nur Fatimah Zaharah
Lagu: Syariayati Selamat (Kak Yatt)
Artis: Zarina AF

Terima kasih kepada kak yatt dan kak zarina yang telah menyanyikan lagu patriotik ini dengan baik sekali. Lagu ini akhirnya berjaya merangkul dua anugerah iaitu kategori lirik terbaik dan lagu kedua terbaik!! Phewwwitt!! Tahniah3! :D

Juga terima kasih kepada semua pihak USIM, Jabatan Penjara Malaysia, Komposer2, Musician2 (Okestra DBKL), Perbadanan Putrajaya, Artis2, penonton2 dan teman2 saya yang hadir pada malam itu yang memberikan sokongan yang begitu mengharukan sekali. Oh.oh.oh...
He.he

Saturday, August 01, 2009

the concert


Konsert amal MISI pada sebelah malam. Sebelah paginya saya, ditemani Hamizah (FEM) ke PICC bagi majlis konvokesyen USIM ke-7 di sana. Kami menumpang bas yang dinaiki barisan MPP. Wah.. hebat nih.. he.he. YDP MPP ada bertanya (mesti cuak ni), ada kad ke? Ada, ada.. Semalamnya, abg zarin (abang ipar) memberi kad jemputan kepada saya. Ohya, abg zarin merupakan pelajar DPLI USIM. Tapi saya tak pernah mengenalinya sebelum dia bertunang dan berkahwin dengan kakak saya. Hu.hu. Masa diorang bertunang tu, dia dah habis belajar di USIM.

Hurm... next, sebelah petang jaga bas di Nilam. Pagi tadi agak kelam-kabut, ada urusetia C-Fest tanya pasal bas. Adoooi.. poning kaplo den. Tapi alhamdulillah dapat diselesaikan. Lepas tu malam, konsert. Tengok konsert, sambil goyang kaki. Ho.ho.ho. Urusetia lain jalankan tugas diorang. Pemantau bas (saya) berehat, he.he.

Konsert Amal Malam Irama Seni Islam (MISI) 09 mempersembahkan.....Mestica, Suhaimi+Ina, Demascus+542 dan ATRA+SPMM dengan jayanya!!! Tahniah3 buat semua ursetia konsert dan terutama pengarah konsert merangkap sahabat saya, saudara Hussein 'Azeemi. Ini kerana selain mendapat sambutan, galakan dan tempahan tiket (melebihi sasaran jumlah penohah Alam), Konsert ERA (Nilai Square) dan beberapa event yang berjalan serentak pada malam yang sama Konsert Amal MISI berlangsung. Syukur kepada Tuhan...

Apa lagi ya.. ohya.. abg zarin cakap nak datang tengok konsert. Dah bagi pun tiket dekat dia. Tapi tak datang pown.. :(

Apa-apapun, I'm happy with the event. Tahniah buat unit Konsert MISI (khususnya) dan sekretariat C-Fest (umumnya).