© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, March 28, 2009

utusan doa


Semalam, saya dan teman-teman menerima khabar yang ada sahabat kami, Hafiz terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 9 malam dan terlantar di hospital, dia koma. Lebih kurang jam 4 pagi, saya diberitahu bahawa sahabat kami itu telah pergi, kembali ke rahmatullah.

Pada jam 10 pagi, saya dan teman-teman menziarahi keluarganya di Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor. Dalam jam 12 tengahari, kami tiba di sana. Ada dekan fakulti kami (FSU), Prof. Samad, Pn. Fadhilah, Ust. Syaryanti, Us. Najib, Mr. Arif Fahmi dan lain-lain lagi.

Ibu arwah Hafiz menahan sebak sambil bertanya tentang keadaan anaknya baru-baru ini bagaimana. Saya, tidaklah begitu mengenali arwah, tapi sepanjang saya menenalinya, dia seorang kawan yang baik. Baru-baru ini pun saya rasa, dia biasa-biasa sahaja. Kerana kepiluan sang ibu, saya sendiri turut merasa sedihnya kehilangan....

"Mak Cik, jaga diri baik-baik. Kami pun sayangkan Hafiz, tapi Allah lebih sayangkan dia.."

Tanpa siapa sedar dan menjangka, ianya berlaku. Inilah ketentuan Tuhan. Baru bulan lepas, kami mengikuti Kursus Tahjiz (pengurusan) Jenazah (Fiqh dan Fatwa (FSU)), termasuk arwah Hafiz sendiri.

AL-FATIHAH buat sahabat, Abdul Hafidz bin Zainoddin. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa, ameen..


Rimbunan hikayat mengusik naluri
usik, tangis, senda, gurau
senyum sang rafiq
menjalar di pelupuk ingatan

Tirai sukma cinta berlabuh tabir
belayar sang rafiq menuju Khaliqnya
Dia yang mengatur segalanya
kehilangan ini suratan takdirNya

Delusi buat sang rafiq tercipta
harga kasih yang tidak terucap
dan utusan doa mengiringi pemergiannya..

Duhai rafiq tercinta
terpisah kita hanyalah seketika
yang pergi akan ada yang menyusuri
tiba masanya, kita akan ketemu lagi
bersama menghadap Yang Maha Esa..

2 comments:

[S]itie [B]Um [B]Um said...

takziah

puteri said...

trima ksih