© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, March 20, 2009

blogger dan batas

(adaptasi dari blogger and border)

Sejauh mana seorang blogger bebas untuk menulis, melontarkan pendapat atau bersuara? Jika kita melihat kepada hak dan kebebasan rakyat untuk bersuara di dalam Bahagian II, Federal Constitution, seksyen 10 kurungan (1) menyebut, setiap rakyat adalah berhak dan bebas untuk berbicara, melontarkan pendapat dan seumpamanya. Dapat kita membuat rumusan awal di sini adalah blogger juga mempunyai hak untuk bersuara seperti rakyat biasa.

Namun hakikatnya bila kita merujuk pula pada seksyen berikutnya, seksyen 10 kurungan (2) menyebut, mahkamah dengan kuasanya mampu menghalang seseorang yang jika membicarakan hal-hal tertentu yang terlarang atau dikelaskan sebagai rahsia dan seumpamanya. Ini termasuklah kesalahan jenayah komputer seperti gambar pornografi, fitnah, hasutan dan lain-lain dikira sebagai perkara yang terlarang.

Seksyen 10 kurungan (4) pula menyebut, parlimen berkuasa untuk menghalang mana-mana bicara berkaitan dengan hak, taraf, kedudukan, agama dan seumpamanya. Jadi rumusan kedua pula dapat terhasil iaitu terdapat beberapa perkara yang mana penulis tradisional dan juga blogger tidak boleh menyentuh berkaitannya.

Terdapat akta-akta lain yang boleh digunapakai sebagai tindakan ke atas blogger seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Polis, Undang-Undang Siber, Akta Komunikasi dan Multimedia dan banyak lagi akta yang boleh digunapakai.

Pada pendapat saya tanpa meletakkan saya sebagai seorang pemilik blog atau blogger, sebenarnya kita dan negara kita tidak mempunyai kebebasan untuk bersuara. Jikalaupun ada, lebih kepada nama semata, bahkan kadang-kadang berlakunya ketidakadilan dalam hak tersebut. Ini dibuktikan sendiri dengan seksyen 10, Bahagian II, Federal Constitution yang telah disebut di atas. Adanya kebebasan namun dalam masa yang sama, seksyen berikutnya adalah bercanggah.

Walaubagaimanapun, saya masih percaya bahawa blogger, bahkan rakyat adalah bebas bersuara. Tidak boleh berbicara tentang hal keagamaan? Bukankah internet merupakan medium terkini dan termudah dalam penyebaran dakwah? Boleh berbicara tentang agama, asalkan tidak membuat perbandingan? Jadi bagaimana kita boleh mengetahui perbandingan dan percanggahan antara agama?

Bukanlah saya mahu membenarkan semua blogger menulis apa sahaja yang mereka kehendaki kerana kita percaya, dalam kebebasan terdapatnya tanggungjawab. Tetapi, bukankah dengan menghadkan kebebasan bersuara blogger ini secara tidak langsung menghalang masyarakat daripada mengetahui maklumat sebenar?

Melihat kepada akta-akta yang berkenaan, ianya wujud demi mengelakkan beberapa perkara daripada tersebar pada umum. Pada pendapat saya, jika tiada kesalahan yang dilakukan, mengapa harus takut ia disebarkan? Kedua, bimbang menimbulkan kontroversi antara perkauman? Itu jawapan bagi mereka yang takut untuk membicarakan, malah mengapa takut pada negara sendiri, kita mempunyai hak ke atas tanah air kita. Apa gunanya melaungkan cintakan negara, mengaku akan patriotiknya namun tidak mengaplikasikan dalam kehidupan?

Di dalam Islam sendiri, hak antara rakyat bagi sesebuah negara adalah berbeza dengan hak warga bukan negara (begitu juga dengan antara Islam dan bukan). Bagaimana mungkin hak semua adalah sama? Islam mengiktiraf warga bukan Islam sebagai warganegara, namun, perlu mengklasifikasikan terlebih dahulu sama ada mereka adalah harbi atau zimmi. Harbi tidak akan mempunyai hak yang sama dengan zimmi. Marahkan saya akan penulisan saya ini? Satu persoalan yang ingin saya keutarakan, hukum Allah atau hukum manusia lebih utama?

Saya tidak cuba membangkitkan atau pengubah persepsi pembaca kepada sesuatu, atau sesiapa kerana jawapan, pegangan dan pemikiran setiap individu merupakan hak individu itu sendiri, sebaliknya saya cuba membawa kalian untuk berfikir secara logic, kreatif dan dalam masa yang sama berfikiran kritikal.

“Katakanlah yang benar, walausekalipun ianya adalah pahit”.

5 comments:

Setelus Hati Zinnirah said...

hehehe.. setuju pendapat fatimah tu.. tp kan..yg akak x puas ati tu org yg suke kritik kow2 entry org.. isk.. suke ati la org nk luahkan perasaan ke ape.. kalau x suka, x payah la visit kan... kan... kan.. betul x puteri?

Puteri said...

betul2. btul sgt2.
kita pny 'buku' kn?

Unknown said...

hmmm... sokong pendapat ini.

Puteri said...

terima kasih kak.

Sitie BUm BUm said...

kalo tercakap lebih kena saman lak ngan government