© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, March 03, 2009

buli?

Buli. Entah apa istilah yang layak untuk digunakan, tapi seperti inilah yang sedang saya rasakan. Macam mana ya bila dibuli? Bila tak ada orang yang menyebelahi, menyokong kita, kita disakat, dikacau orang, buli lah tu.

Macam budak-budakkah saya? Terpulang pada individu untuk menilai dan mentafsir. Saya rasa geram sangat dengan K, berani dia buat macam tu dekat saya? K panggil N, kononnya ada orang panggil N, kemudian K menunjuk ke arah saya. Saya tahu N takkan berpaling ke arah saya sekiranya K tidak berbuat sedemikian.

K jahat! Dahlah masa tu ada persembahan silat untuk majlis penutup Program Khidmat Masyarakat, rasa macam nak silat-silatkan K sahaja (walaupun saya tak pernah belajar silat!). Dulu H juga ada cari pasal dengan saya. Selama ini tidak pernah pun bertegur sapa. Bila H nampak saya pada malam tu, dia sebut-sebut nama N. Saya tahu H tujukan terhadap saya, tapi saya buat tak endah. Buat tak dengar. Rasa bengang sangat. Geram. Sakit hati.

Berbalik tentang K. Dia bukannya tak tahu pasal saya dan N, walaupun pada mulanya K cuma tahu yang saya meminati N. Pernah saya tanya K, K cakap, N yang beritahu dia macam tu. Heh, tolonglah. Kenapa mahu memburukkan nama saya? Siapa yang minat siapa? Saya tidak pernah mengeluarkan istilah dia meminati saya. Saya rasa persoalan itu tidak ada kerana kami bermula sebagai kawan, perkenalan melalui sebuah program!.

K pun sama. Dia sendiri cakap dengan saya, selepas tahu yang saya pernah declare dengan N. Kata K, jangan menaruh harapan terhadap N lagi Tak perlu tunggu K memberi nasihat sebab sebelum tu lagi saya sudah berputus asa terhadap N. N sakitkan hati saya. Saya sangat-sangat terkilan. Kecewa.

Kenapa beritahu yang saya minat dia? Kenapa tak beritahu terus yang kami pernah berkawan dan sekarang sudah tidak. Terhenti di tengah jalan tanpa ada penamat kesudahan sebuah cerita. Kalau sudah tidak menyukai saya, kenapa perlu diungkit kisah lampau yang menghiris hati? Dan memalukan diri? Saya, perempuan. Dia, lelaki tak apalah.

Benci. Saya tak mahu membenci orang. Kenapa bertambah orang yang membuli saya? Kenapa? Siapa saya dapat mengadu meluah rasa? Rasa nak menangis saja. Bukan sekadar sedih, tapi bercampur malu.

Kata Muhaimin (walaupun dia tak tahu kenapa dan apa yang K buat) , "kalau K buli lagi lepas ni, buat tak tahu saja". Kata Fazlan, "biarkan saja jangan layan, jangan ambil hati sangat". Kata Waheda, "tak payah layan manusia macam tu".

Sabar. Balik-balik saya yang kena sabar. Sampai bila harus bersabar? Balik-balik saya yang makan hati. Balik-balik saya yang disakiti. Jangan main-main dengan saya, saya taekwondo tali pinggang warna-warni tau tak?!

4 comments:

Anonymous said...

betol 2,
dgar cakap waheda... xyah layan msia g2,x matang langsung nk buli org pasal benda 2..huh...
xsuka..xsuka...xsuka jgk

Puteri said...

mcm mn nk hdpi lg 2 tahun?

Sitie BUm BUm said...

buli2 patut dijauhi

yanmaneee said...

longchamp handbags
jordan 11
hermes handbags
yeezy boost
supreme
hermes online
supreme
golden goose sneakers
supreme
supreme clothing