© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, December 20, 2013

Gunung Jerai, Yan, Kedah

Jalan-jalan Gunung Jerai.
Kali pertama seumur hidup.
Nama saja orang Kedah
ha ha ha

Sunday, December 15, 2013

mungkin kau bukan takdirku - part IV

Perkenalan denganmu membuatku mengenal diriku. Walau seketika denganmu, aku menghargai. Tiap yang berlaku, akanku kenangi.

SABAR.

Kau berpesan padaku, "Sabarlah. Nanti saya jawab. Masalahnya tak sabar,".

...

Nak tulis tapi rasa tak boleh nak tulis.

Sedih.

DOA.

Saya doakan awak jumpa dia yang awak cari, dia yang awak ingini, dia yang awak impikan.

Awak tulis, "I will find you, love you, marry you dream girl". Jadi saya doakan awak, dan dia.

Awak juga tulis, "Kurus, sama tinggi, cantik, sebaya". Ok. Bab 'sebaya' tu memang tak. Saya doakan awak. Yang terbaik untuk awak.

Semoga Allah permudahkan segala urusan awak, hidup awak, dunia awak, akhirat awak.

Takdir ini menemukan kita
Andai takdir ini akan menghubungkan kita kembali
Walau mungkin tidak disatukan
Cukuplah takdir ini tidak memisahkan kita lagi

...

HARAPAN.

Tipulah kalau harapan tidak ada walau sekelumit. Segala kata dan bicara setulusnya lahir dari hati.

Awak.

Yang mengubah saya. Untuk lebih bersabar. Tidak emosi. Tidak memaksa.

Dan saya.

Terima. Mungkin benar awak bukan takdir saya. Padahal saya ingin awak, jadi yang terakhir.

Salah saya.
Maafkan saya.

Saya doakan awak.
Dari jauh, saya doakan.
Tanda kasih.
Yang pernah terukir.

2013.
Kita berkenalan.
3 kali pertemuan.

....

Monday, December 02, 2013

Utara - Selatan

Utara - Selatan
Ku rasa dekat

Selatan - Utara
Kau rasa jauh

...

Dan rasa itulah
Yang menjarakkan kita
Menjauhkan kau dariku
Padahal dihati ini
Kau dekat selalu.

#Sonata
#Sabar
#Holdon-Givingup
#ImNotGivingUpYet
#KuKawanKauDenganBismillah
#02.12.13

Sunday, November 10, 2013

mungkin kau bukan takdirku - part III

Di meja kerja, aku dan Kak Hajar berbual kosong. Kak Hajar ingin mengenali siapa lelaki yang rapat denganku. Sebenarnya dia ingin tahu siapa dia dihatiku. Aku hanya tersenyum dengan soalannya yang bertubi-tubi. Siap mahu tolong memperkenalkan dengan orang. Seperti agen pencari atau penemu jodoh sahaja. Aku ketawa sahaja.

Bimbang juga jika Kak Hajar benar-benar memaksudkan apa yang dikatakannya. Mana mungkin aku boleh terima untuk berkawan dengan sesiapa buat masa ini kerana dalam hatiku hanya ada dia, masih dia.

Akhirnya aku menunjukkan gambarnya yang tersimpan di dalam dompetku kepada Kak Hajar. Kak Hajar melihat dengan raut wajah yang teruja. Kak Hajar berdoa supaya adanya jodoh antara aku dan dia. Amin, aku mengaminkan doa.

Hari ini kami dikunjungi pelawat dari luar. Kami menghadiahkan senyuman kepada mereka yang masuk. Kak Hajar masih membelek gambar di dalam dompetku. Tiba-tiba, orang yang masuk ke dalam ruang kerja ini adalah sama dengan gamvar yang sedang dilihatnya. Aku juga terkejut. Cepat-cepat aku mengambil dan menyimpan dompetku di dalam beg tangan.

Dia dan rakan setugasnya menyampaikan ceramah di tempat kerjaku. Berkenaan ICT. Haruslah, sudah pekerjaannya dibidang itu. Entah, aku  pun tidak tahu sejak bila dan siapa yang menjemput mereka. Dia duduk di sudut sebelah pintu bilik surau. Aku berdebar-debar. Entah bagaimana aku harus bertemu dengannya dengan persahabatan (ke perhubungan) kami yang turun naik...

Aku menunduk dan menutup muka dengan sebelah tangan kananku. Pura-pura tidak ingin dikenali. Dia memandang. Aku melihat dari celah jemari. Dia memalingkan muka. Aku kaget. Aku berjalan melalui sisinya sambil menoleh ke arahnya. Dalam sembunyi, dia tersenyum, aku jua. Dia mendongakkan kepala. Mata aku dan matanya saling bertentangan dalam senyuman yang semakin menguntum mekar.

Aku menunggu dia berhampiran tangga. Ke mana dia? Laluan turun dari bangunan dua tingkat ini hanyalah tangga yang berada di depanku. Masihku menunggu dia. Sedang leka menanti, aku terlihat kelibatnya menghampiriku.

"Mana tadi?" aku bertanya.
"Tandas" dia menjawab.
"Kenapa tak guna tandas yang dekat tangga ni je?"
"Saje"

Aku dan dia berjalan menuruni anak tangga. Kami berhenti dan duduk di pertengahan tangga. Berbual kosong. Langsung tidak bercakap tentang kerja. Usik-mengusik. Sepertinya tidak ada yang tidak kena dalam persahabatan kami. Padahal kerap kali juga berbicara dengan hati, er... Ketidakpuasanhati sebenarnya.

Bertemu dengannya adalah sama seperti pertemuan kami yang sebelum-sebelum ini. Aku berasa sangat selesa, bahagia dan tenang. Kami mengambil gambar bersama. Ada Ainun yang sedang menuruni anak tangga. Ainun menolong mengambil gambar kami berdua. Ya, mana pernah kami mengambil gambar bersama. Hanya aku yang mengambil gambarnya dari belakang, curi-curi. Tapi dia tahu sebab aku kirimkan di whatsapp selepas pertemuan kami.


Masih belum berganjak dari anak tangga. Kami bangun berdiri menyambung perjalanan menuruni anak-anak tangga yang masih berbaki. Sambil dia pura-pura merajuk. Aku tersenyum sambil memujuk.

...

Mimpiku berakhir di situ.

***************

Sakit hati
Kenapa sakit hati?
Sebab harapan masih ada
...

Thursday, November 07, 2013

istana harapan

Ku bina istana ditepian pantai. Sesekali badai menghempas, aku teguhkan kotanya, lebarkan temboknya. Walau bukan singgahsana, hanya istana pasir yang tidak berharga, tapi dihatiku ia istimewa.

Harapan itu kekuatan, atau kedukaan?

Wednesday, November 06, 2013

maafkan saya, awak

Maaf. Maaf. Maaf.

Marah tak tentu pasal, maaf.
Spam mesej, maaf. 

Atau mungkin sejuta maaf saya tidak bermakna?
Atau perubahan semuanya tiada berguna?

Maafkan saya, awak.


....

Saya tahu tak mudah untuk lupakan sesuatu.
Maaf. Saya tahu awak tak suka saya buat semua tu sebelum ni
Tapi saya tak tahu, yang awak, sangat-sangat tak suka.

Maafkan saya.
Saya tak buat lagi semua tu.
.

Monday, November 04, 2013

harapan masih ada

Ku menulis:
Putus harapan itu suatu kebebasan
Mengharap manusia itu suatu kehambaan

Dia bertanya:
Mahu berputus harapkah?

Aku menjawab:
Belum

.........

Awak.
Saya tak tahu

Kadangkala saya rasa macam..
Saya dah xde apa-apa harapan lagi untuk diputuskan

Saya ingin bertanya
Perlukah saya berharap lagi?

Entah.
KELIRU.

Wednesday, October 30, 2013

layan entry lama

Sedih bah
Lama-lama sekali baru buka blog

Baca entry poetry.
Feeling pulak.

Entah.
Macam-macam terjadi.
Tak ter-update di sini.
Cuma kadang-kala FB yang menemani.

Cuma ditukar.
Manusia menjadi benda.

Bah, Sonata itu bukan kereta.
Sonata itu cinta!
Yang berwarna duka
Yang tak mungkin berbunga
Yang bukan milik kita

Bukan. bukan "kita", tapi "saya".

Saturday, October 26, 2013

Dia Pergi Jua


Tak terdaya ku menghalang
Tak upaya ku melarang
Dia pergi jua
Tinggal semua kenangan
Tinggal aku sendirian
Dia pergi jua

Bersama cita dan harapan
Bersama cinta dan impian
Dia pergi jua

Ku tak ingin dia pergi
Ku ingin dia disisi
Dia pergi jua

Separuh jiwaku pergi
Separuh hatiku mati
Dia pergi jua...

Friday, September 06, 2013

objek cinta

Cinta menghalangku dari berjauhan dengan objek cintaku walaupun ia tidak pernah dekat padaku...
~ Nurfatimahz AKA Puteri

Friday, July 19, 2013

mungkin kau bukan takdirku - part II

"Pasal yang awak cakap hari tu... Saya.." Dia memulakan topik baru. Aku mula khuatir hal yang akan dibicarakan adalah tentang perasaan. Cepat-cepat aku menutup telinga. Dan dia terus menyambung butir bicaranya.

"Saya belum bersedia," katanya.

Aku tidak memandangnya. Tangan masih ditelinga.

"Tak dengar?" dia bertanya.

"Tak nak dengar. Jangan cakap. Saya dah cakap jangan cakap".

"Awak nangis?"

"Tak" aku memekupkan kedua tangan ke wajah.

"Nangis?"

"Tak. Saya tahu, sebab tu tak nak awak cakap. Saya tak nak dengar".

"Ok, tak payah cakap apa-apa", dia mendiamkan diri. Aku menoleh ke kanan, melihat dia yang sedang memandu kereta. Sepi menguasai. Aku kaget. Rasa lain pula.

"Hurm.. Malu?" dia memandangku. Aku senyap.

"Sebagai gentleman lah kan, saya tak suka perempuan sedih-sedih sebab saya," dia menambah. Aku hanya memandang kawasan yang kami lalui tanpa menjawab soalannya.

"Awak ni dah la banyak berahsia," selepas seketika dia berbicara lagi.

"Mana ada rahsia? Apa yang saya rahsia?"

"Adik-beradik awak pun saya tak tahu"

"Dah awak tak tanya, buat apa saya nak beritahu"

"Sebab saya belum bersedia"

"So tak perlulah saya beritahu", balasku, giliran dia pula yang mendiamkan diri.

Sunday, July 07, 2013

#070713

Saya mimpi awak lagi.

Tapi kali ni saya mimpi awak kesedihan.

Awak menangis.

Saya ingin tahu kenapa.

Awak senyum tanpa berkata-kata.

Entah. Last time saya mimpi awak sebab saya sedih. Dan dalam mimpi tu memang saya sedih.

Tapi tadi... Saya.. Mungkin sedikit sedih? Tapi dalam mimpi tu awak yang menangis.

Saya tahu awak terasa dan saya pun ada terasa. Maaf. Tapi ini persamaan kita, berterus-terang.

Saya harap ini cuma dalam mimpi saya.

Walaupun mimpi saya adalah realiti saya, tapi saya tak harap mimpi saya adalah realiti awak. Awak pernah cakap yang awak tak nak saya menangis atau bersedih kerana awak, dan macam tu lah juga saya.. Saya tak mahu awak bersedih kerana saya.



*********

Ingin ku mengusap tangismu dan membelai rambutmu, namun tangan tidak sampai.

Sebenarnya bukan tidak sampai. Namun dibatasi hukum syara'. 


Sunday, June 23, 2013

world war z

Telefon bergetar, vibrate. Ada panggilan masuk.

"Alamak, kakak telefon!"
"Cakap ah ngah dating"
:D

Btw kali pertama dengar sebutan tu.
Biasanya "meeting".

Tuesday, June 18, 2013

mungkin kau bukan takdirku

"Bila nak jumpa?" aku bertanya pada dia melalui khidmat whatsapp. Zaman sekarang mana orang pakai lagi dah khidmat sms.

Dia senyap. Tapi aku tahu dia telah membaca mesej sebentar tadi. Aku akan menunggu sehingga dia menjawab pertanyaanku tadi.

Bumi Batu Pahat tidak jauh bezanya dengan bumi Sungai Petani dari segi suhunya. Ya, sama panas. Jika di Nilai, Negeri Sembilan dan Ampang, Selangor, masih boleh tahan kipas nombor satu. Tapi di sini, hai.. Memang nak berpeluh sakanlah kalau pasang kipas nombor satu.

"Sabtu. Kalau petang hari biasa selepas pukul 5. Habis kerja", dia mengirimkan pesanan itu. Lewat petang aku bertanya, lewat malam baru mendapat jawapan. Hai, nasiblah...

Petang ini ku rasa seperti biasa. Ada sedikit bunga-bunga. Iyalah, mahu bertemu si dia. Petang terasa merangkak dengan begitu perlahan. Namun kerana keinginan di hati, segalanya terasa menjadi. Hebatkan kuasa hati?

Di kejauhan aku memandang sebuah kafe yang terletak berhampiran tempat kerja dia. Entah bagaimana laju pula langkah kaki ini. Walhal ini kali pertama aku di sini. Dan aku tidak pula memaklumkan dia yang aku ke sini pada hari ini. Hari ini bukan Sabtu.

Dia melihatku menghampiri mejanya. Sambil tersenyum, dia mengisyaratkan aku supaya duduk. Ku lihat beberapa menu telah dipesan. Eh? Dia memandangku seperti biasa.

Tiba-tiba, ada seorang wanita bersama anak kecil datang ke meja yang sedang kami duduki. Memang tersentaplah aku. Bukan kerana itu isterinya, tapi itu bekas kakak iparnya!

Ya, dia memang insan yang sangat baik. Tidak membiarkan bekas kakak iparnya sendirian, sangat berbeza dengan abangnya yang ah..sukar untuk digambarkan.

Tapi aku kecewa. Kerana dia banyak beriku alasan. Takut tak ada masa, sibuk kerja, bla bla bla. Tapi boleh pula berjanji dengan bekas kakak ipar? Ohya, padanlah dah siap ada pesanan menu bagai, semua bukan untuk aku sebab dia bukannya tahu aku mahu ke sini.

Aku terus bangun sewaktu dia mempersilakan bekas iparnya duduk. Pandanganku berkaca. Aku berundur dan memalingkan wajah. Lekas-lekas aku berjalan menjauhi dia. Dia bangun, seolah-olah ingin berkata sesuatu padaku.

Ringan terasa langkah kaki ini, aku terus berlari. Enggan memandangnya lagi. Hatiku terlalu pilu. Dia mengejarku. Aku yakin langkahku sudahpun laju, namun mengapa dia semakin hampir? Bagai ada magnet yang menghalang aku dari terus berlari. 

Dia berjaya menghampiri dan memaut bahuku. Segera dia memalingkan tubuhku agarku memandangnya.

Dan aku terjaga dari tidur. Sekian.
#17.06.2013

Nota: Mimpi dan watak dalam mimpi adalah bukan rekaan. Cumanya watak "kakak ipar" entah macam mana boleh ada sedangkan dia tiada "abang".

Dah terjaga tengok dia reply whatsapp. Seperti yang di dalam mimpi. Jawapan lebih kurang, "takut tiada masa".

K.E.C.E.W.A.

Monday, June 10, 2013

ketenangan

Terima kasih Tuhan
Biarpun ku kekusutan
Kau beriku ketenangan
Syukur padaMu Tuhan..

Sabtu paper Ilmu Pendidikan.
Ahad paper Pendidikan Islam, dua papers.

Dah selesai, alhamdulillah.

Maka dengan ini
Mulai hari ini
Dengan rasminya
Saya "menganggur"!

:D

Tuesday, June 04, 2013

exam, exam, exam

Sepanjang 18 bulan bergelar student maktab, tak pernah sekalipun ada exam, midterm juga. Kalaupun ada cumalah kuiz. Itupun satu-dua subjek yang tiada peperiksaan akhir.

Bulan ini adalah bulan terakhir menyandang status pelajar maktab. Cukup 18 bulan bermula Januari 2012 hinggalah Jun 2013.

Takut juga. Sebab tak pernah exam.
Lepas exam cuak dengan result.
Lepas tu temuduga lagi.
Lepas tu tunggu result interview.
Kalau lulus baru posting.

Last few days menteri Idris Jusoh ada cakap "tiada jaminan penempatan bagi guru pelatih IPT @ IPG". Juga "hanya yang cemerlang sahaja akan dipostingkan".

Bagus sebenarnya demi kualiti pendidikan negara. Yang tak bagusnya sayalah, kurang keyakinan untuk interview dan bla bla bla.

Ok kot kalau tak dapat, semua tu urusan Allah Taala. Cuma.. Mungkin segan sikit la dengan orang yang kenal kita sebagai "bakal guru". Hihihi....

Mari mencari pekerjaan lain. Blogger sepenuh masa mungkin? :D

Ok, exam Sabtu dan Ahad ini. 8-9 Jun 2013. Doakan saya dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang baik, insyaAllah, amin.

Saturday, June 01, 2013

cintakah ini

Cintakah ini
Yang membuat aku rasa derita

Cintakah ini
Yang membuat ku tertanta-tanya

Cintakah ini
Yang buatku mengalirkan air mata

Cintakah ini?

Friday, May 17, 2013

salam & sayang

Tengahari ada murid-murid masuk ke bilik guru.

"Cikgu, nak salam", kata mereka. Lalu tangan dihulur.

Tiba-tiba ada seorang menambah, "Cikgu, nak sayang", lalu pipi pula dihulur =P

Kemudian senior di meja hadapan berkata, "Eii cium pipi". Katanya bernada sinis dan menjengkelkan.

Salah ke saya benarkan murid-murid saya cium pipi saya? Itu yang dia nampak murid perempuan. Kalau dia nampak Aiman cium pipi saya hari tu agaknya apa dia nak kata...?

Benarlah kalau difikirkan apa pandangan orang, sampai bila pun hidup tak akan aman. Pedulikan apa mereka kata, apa mereka fikir. Selagi perkara yang dilakukan bukanlah kesalahan, teruskan....menjadi diri sendiri.

Sekian.

SELAMAT HARI GURU.

Sunday, May 12, 2013

apa namanya

Ada rindu
Ada yang ditunggu

Ada cinta
Ada yang dipuja

Cemburu
Ya siapa tidak cemburu
Bila dia yang dipuja
Bertemu dengan orang lain?

Dia bertanya, apakah aku cemburu
Sambil menggelengkan kepala
Aku menjawab tidak
Padahal di dalam hati.....

Inginku meluah rasa
Namun aku enggan kecewa
........

Wednesday, April 24, 2013

masa dan ketika

Masa

Bila ditunggu
Lambat berlalu

Bila tiada dinanti
Pantas berlalu pergi

# Menghitung detik dan waktu

7 hari untuk 1 Mei
11 hari untuk 5 Mei

Thursday, March 28, 2013

koleksi nukilan ringkas

Heuhh.. lame gile tak update. Berikut adalah antara status di FB, hehehe


Pertemuan bukanlah sebuah destinasi, sebaliknya suatu persinggahan yang akan menentukan perjalanan berikutnya. Apakah diteruskan, atau harus kembali ke titik mula.. 
~Nurfatimahz Puteri#21.3.13


Jangan takut untuk kehilangan apa yang bukan dimiliki,
Takdir yang menemukan, dan takdir juga bisa memisahkan
~Nurfatimahz Puteri# 21.3.13


Untuk menilai sesuatu itu baik atau buruk, bukan mata yang diperlukan. Sebaliknya "mata hati".
Biar buta mata, asal jangan buta mata hati.
# 20.3.13


Pertama:Apa guna cahaya kalau tidak mampu keluar dari kegelapan?
Kedua: Nikmatnya cahaya hanya akan terasa setelah melalui kegelapan.
#16.3.13


Pengalaman adalah GURU TERBAIK walaupun ia adalah TERSANGAT PAHIT.
~Nurfatimahz aka Puteri#13.3.13


Tiada sebab yang diperlukan untuk menyukai seseorang, Tetapi satu sebab sudah memadai untuk membenci seseorang
~ Nurfatimahz aka Puteri
# 12.3.13


Kita tak akan sedar apa yang kita miliki, sehinggalah kita kehilangannya.
Dan kita tak akan sedar apa yang kita perlukan, sehinggalah kita mendapatkannya.
#11.3.13

Hurm.... Yang bertarikh 21.3.13 tu, cerita di KLIA =)

First time meeting, tapi siap jumpa satu family.. -.-'

Sunday, February 10, 2013

lirik dan lirik

Minggu lepas, Isnin ada mesyuarat.
Berkenaan program Panitia Pendidikan Islam.

Ada pertandingan nasyid tak lama lagi.
Sekolah mungkin tidak hantar wakil.
Sebab tiada orang untuk buat lirik, jurulatih tiada masalah.

Saya tawarkan diri untuk menulis lirik.
Tapi lirik sahajalah, bukan melodi.
Melodi yang dikehendaki ala-ala "Irama Padang Pasir" gitu.

Saya?
Padang Pasir ke, Gurun Sahara ke
memang bukan kategori pilihan lah.. huhu..

Lirik siap diserahkan pada hari Jumaat.
Ketua Panitia tanya tentang melodi..
iskkk... rasanya dah bagitau
lirik boleh la
melodi dalam tempoh 2-3 hari memang tak menjadi punya
lagi pula melodi yang dikehendakinya, tiada dalam jiwa saya

aduh..

Ada sesiapa boleh tolong?

Monday, February 04, 2013

Sang Pelangi

Pelangi.. Hadirnya indah dipandang mata. Tatkala ia hilang, hati kecewa kerana belum puas menikmati keindahan yang ada. Namun, bersabarlah. Ada pelangi yang akan muncul lagi selepas teriknya mentari dan suramnya hari.. 

Dan aku menanti pelangi itu.

~Nurfatimahz AKA Puteri~
(04.02.12013 @ 9.55 am)

Friday, January 25, 2013

Wednesday, January 16, 2013

Kerana Aku

Kalau kerana kecantikan
Bukan aku orangnya
Kalau kerana kelebihan
Aku banyak kurangnya

~Nurfatimahz AKA Puteri~
16.01.2013 @ 11.45 pm

Saturday, January 12, 2013

HKR #KL112

Di atas Padang Sejarah
Terlakar cerita dan kisah
Di hari yang bersejarah
Terakam kenangan yang indah



* Hari ini berjumpa dengan seseorang =)