| 
   TEKS PENGACARA MAJLIS LAMBAIAN KASIH TAUTAN BUDI  | 
 ||
| 
   Ketibaan
  tetamu  | 
  
   Hadirin
  dipersilakan mengambil tempat di dewan. Murid-murid diminta untuk berada
  dalam keadaan senyap sepanjang majlis yang akan bermula sebentar Sahaja lagi,
  terima kasih.  | 
  
   | 
 
| 
   Ketibaan
  jemputan   | 
  
   Mengumumkan
  ketibaan yang diraikan Cikgu Juliah binti Sarju dan Cikgu kamaliah binti
  Saaban dengan diiringi barisan pentadbir SK Seri Pematang rengas.
  Dipersilakan untuk mengambil tempat di dewan.  | 
  
   | 
 
| 
   Salutasi  | 
  
   Sireh
  lipat sireh pinang,  Sireh dari
  pulau Mutiara Pemanis kata
  selamat datang,  Awal bismillah
  pembuka bicara Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirabbil
  alamian, selawat. Yang Berusaha
  Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahim, Guru Besar SKSPR, Yang dihormati
  Cikgu Pauzidan bin Sungip, GPK Pentadbiran Cikgu Yusma
  Rizal bin Idrus, GPK HEM, Cikgu Nurul
  Shuhada binti Masrun, GPK Kokurikulum Yang diraikan
  pada hari ini, Cikgu Juliah
  binti Sarju, dan Cikgu Kamaliah binti Saaban,  Yang
  dialu-alukan, En. Anuar bin Kasim, YDP PIBG, En. Azri
  Effendy bin Abdul Rahman, NYDP PIBG, Yang
  dikasihi, guru-guru serta murid-murid sekalian. Selamat datang
  ke Majlis Lambaian Kasih Tautan Budi yang merupakan majlis penghargaan Istimewa
  buat dua orang yang banyak jasanya kepada SkSPR iaitu Cikgu Juliah binti
  Sarju, mantan BG dan Cikgu Kamaliah binti Saaban, mantan guru BA SKSPR.  | 
  
   | 
 
| 
   Doa  | 
  
   Hadirin
  sekalian,  Tetak
  buluh kajang sepuluh, Marilah
  sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
  Ustaz Muhd Jawawi bin Musanif, dipersilakan ustaz. Amin3 ya
  rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada ustaz Muhd Jawawi bin Musanif
  atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.  | 
  
   | 
 
| 
   Ucapan GB  | 
  
   Hadirin dan
  hadirat, Bukan
  rumput sebarang rumpun, Majlis
  mempersilakan Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahman untuk menyampaikan ucapan alu-aluan,
  dipersilakan cikgu. Terima kasih
  Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahim.  | 
  
   | 
 
| 
   | ||
Tayangan video  | Hadirin dan hadirat, majlis seterusnya akan diserikan dengan tayangan video istimewa sempena Majlis Lambaian Kasih Tautan Budi pada hari ini. Kita beri laluan kepada bahagian teknikal untuk persediaan. Sama-sama kita saksikan!  | 
  
   | 
 
| 
   Ucapan C.
  Juliah  | 
  
   Hadirin
  sekalian,  Insan pertama
  yang kita raikan pada hari ini ialah Cikgu Juliah binti Sarju merupakan anak jati
  Seri Medan di mana beliau menggalas tanggungjawab sebagai GB di SKSPR sejak
  2020 sehinggalah 2024. Banyak program dan perubahan yang telah beliau
  laksanakan sepanjang 4 tahun berada di sini. Kini, beliau kini memikul amanah
  juga sebagai GB di sekolah Baharu iaitu SK Parit Sulong. Tanpa
  melengahkan masa, majlis mempersilakan Cikgu Juliah binti Sarju untuk
  menyampaikan ucapan. Dipersilakan cikgu. Terima kasih
  cikgu.  | 
  
   | 
 
| 
   Hadiah   | 
  
   Majlis mempersilakan barisan pentadbir SKSPR untuk mengiringi
  Cikgu Juliah untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dipersilakan cikgu. Kita akan mulakan dengan penyampaian hadiah dari Barisan pentadbir. Dipersilakan Cikgu Rafadzilah bt Abdul Rahim menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan. Kita akan teruskan dengan cenderamata dari PIBG. Dipersilakan En. Anuar bin
  kasim, YDP PIBG SKSPR. Ketua-ketua
  kelas diminta bersedia. Kelas pra
  sekolah 1 pintar – 6 pintar Kita akan
  teruskan lagi dengan cenderamata dari murid-murid,  Dipersilakan (rujuk
  list) Terima kasih
  Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahim dan barisan pentadbir, Terima kasih cikgu Juliah binti sarju.  | 
  
   | 
 
| 
   Ucapan C.
  Kamaliah  | 
  
   Sidang dewan
  sekalian,  Insan kedua
  yang kita tangisi pada hari ini ialah Cikgu Kamaliah binti Saaban yang mana
  telah berkhidmat di SKSPR sejak 2008 sehingga 2024. 16 tahun bukanlah tempoh
  yang singkat, pastinya ada kenangan manis yang tak dapat dilupakan sepanjang
  di Rengas ini lebih-lebih lagi ia merupakan sekolah pertama beliau ditempatkan
  untuk berkhidmat. Anak jati parit Sulong ini kini menyambung tugas di SK Seri
  Chantek yang sememangnya berhampiran dengan rumah beliau. Kita
  persilakan cikgu Kamaliah binti Saaban untuk mrnyampaikan ucapan,
  dipersilakan cikgu.  Terima kasih
  cikgu.  | 
  
   | 
 
| 
   hadiah  | 
  
   Majlis mempersilakan barisan pentadbir SKSPR sekali lagi naik ke pentas untuk
  mengiringi Cikgu Kamaliah untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dipersilakan
  cikgu. Kita akan mulakan dengan penyampaian hadiah dari barisan pentadbir, Dipersilakan cikgu Rafadzilah bt Abd Rahim GB SKSPR. seterusnya mewakili PIBG. Dipersilakan En. Azri Effendy
  bin Abdul Rahman, NYDP PIBG SKSPR. Seterusnya, penolong
  ketua kelas diminta bersedia. Kelas pra
  sekolah 1 pintar – 6 pintar Kita akan
  teruskan lagi dengan cenderamata dari murid-murid,  Dipersilakan (rujuk
  list) Terima kasih barisan pentadbir SKSPR.  | 
  
   | 
 
| 
   fotografi  | 
  
   Majlis mempersilakan
  Cikgu Juliah naik ke pentas untuk Bersama Cikgu Kamaliah bagi
  sesi fotografi Bersama warga sekolah. Dipersilakan semua
  murid pra sekolah, Tahun 1….
  tahun 6 Barisan pentadbir
  dan warga sekolah Terima kasih
  semua.  | 
  
   | 
 
| 
   penutup  | 
  
   Majlis kita
  sudahpun berada dipenghujungnya. Sebelum bersurai
  – tasbih kafah dan al-asr.  | 
  
   | 
 
| 
   Murid bersedia
  untuk bersalaman  | 
  
   Majlis
  mempersilakan yang diraikan pada hari ini Cikgu Juliah bt Sarju dan Cikgu
  Kamaliah binti saaban untuk berada di sisi dewan bagi bersalaman dengan semua
  murid. Dipersilakan murid
  pra – 1 – 6  | 
  
   | 
 
| 
   | 
  
   | 
  
   | 
 
1 comment:
sghhayuu783k
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
supreme outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
Post a Comment