KEJOHANAN OLAHRAGA SK SERI PEMATANG RENGAS KALI KE-36
| 
   ACARA  | 
  
   SKRIP  | 
  
   NOTE  | 
 
| 
   Panggilan dan
  taklimat pegawai  | 
  
   Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di
  padang untuk berada di khemah urusetia dengan segera untuk sesi taklimat
  ringkas. Terima kasih.  | 
  
   | 
 
| 
   | 
  
   Pemakluman kehadiran VIP dengan diiringi
  kompang digital.  | 
  
   | 
 
| 
   Aluan  | 
  
   Yang berusaha Cikgu Rafadzilah binti Abdul
  Rahim, Guru Besar SK Seri Pematang Rengas, Yg dihormati Cikgu Nurul Shuhada
  binti Masrun, GPK Kokurikulum, Cikgu  Pauzidan bin Sungip, Guru Penolong Kanan
  Pentadbiran    * *  
  Cikgu Yusma Rizal bin Mohd Idrus, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Ya                  Yang dihormati Dr Muhammad Aswad
  bin Ithnain, Pengarah Poliklinik Al             Amin Batu Pahat, Encik Anuar bin
  Kassim, YDP PIBG, Encik Azri Effendi             bin Abd Rahman NYDP PIBG,  _______________________________________,            barisan Jawatankuasa PIBG,
  guru-guru, ibu bapa serta murid-murid sekelian                        Assalamualaikum…   SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH ATAS
  KOMITMEN SEMUA UNTUK MENJAYAKAN KEJOHANAN OLAHRAGA KE-36 SEKOLAH KEBANGSAAN
  SERI PEMATANG RENGAS TAHUN 2024.  | 
  
   | 
 
| 
   Doa  | 
  
   Bagi memberkati KEJOHANAN pada hari ini,
  majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan Al fadil USTAZ MOHD
  JAWAWI BIN MUSANIF  untuk memimpin bacaan doa.  Amin-amin ya rabbal alamin. Terima
  kasih Al fadil ustaz Mohd Jawawi. Semoga acara kita pada hari ini mendapat
  keberkatan dari Ilahi seterusnya dapat berjalan dengan lancar dan cemerlang,
  insyaAllah.  | 
  
   | 
 
| 
   Perarakan kontijen  | 
  
   Hadirin yang dihormati, Marilah kita saksikan perarakan masuk
  kontijen-kontijen rumah sukan yang akan mengambil bahagian dalam KEJOHANAN
  OLAHRAGA pada kali ini. (lintas hormat kontinjen)  | 
  
   | 
 
| 
   Lintas Hormat  | 
  
   (kontinjen dekat dengan VIP) Majlis menjemput Yang Dihormati Cikgu
  Rafadzilah binti Abdul Rahim, Guru Besar SK Seri Pematang Rengas, untuk
  mempersila dan mengiringi Yang dihormati Dr Muhammad Aswad bin Ithnain, Pengarah
  Poliklinik Al Amin batu Pahat untuk menerima lintas hormat daripada 
  kontingen-kontingen  yang mengambil bahagian. Dipersilakan.  | 
  
   | 
 
| 
   pengenalan  | 
  
   Hadirin sekalian,  Mendahului perarakan ialah KETUA
  KONTIJEN & PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-36 SK SERI PEMATANG
  RENGAS.   
                       
        
                     Berikutnya,
  PASUKAN DARI PRA SEKOLAH TUNAS ILMU SEK KEB                 SERI PEMATANG RENGAS. Kontigen kecil-kecil
  cili padi ini di bawah                bimbingan CIKGU SHAHIDA BINTI
  BEKIS  dan diketuai oleh adik                 MUHD AMIRUL HASIF BIN ARIFFIN. Berik      Berikut pula, ialah kontigen dari Rumah
  PAHAWAN yang menggunakan warna hijau sebagai simbol perjuangan. Kontigen ini
  dipimpin oleh CIKGU MOHD HARIS ZAIDI BIN OMR ALI dan diketuai oleh adik ALIF
  IQBAL BIN AZAHAR. Motto PAHLAWAN, KITA JUARA diharap dapat menjadi
  penguat semangat Rumah PAHLAWAN untuk terus mengejar kejayaan dalam kejohanan
  kali ini.     
                       Seterusnya pasukan yang tampil dengan warna BIRU iaitu kontijen dari
  rumah BENDAHARA. Kontijen ini di bawah bimbingan CIKGU MOHD FADLI AKMAL BIN
  MOHD FAISAL dan diketuai oleh adik MOHD IRWAN BIN SAION. Dengan motto GIGIH
  USAHA NOMBOR SATU, Rumah BENDAHARA bertekad untuk merebut kejayaan dan
  membuat kejutan pada tahun ini. Seterusnya ialah kontigen dari Rumah
  Temenggung. Kontigen ini dibimbing oleh CIKGU FAZILAH BINTI ROSDI dan
  diketuai oleh adik MOHD PUTRA FAKHRULRAZIN BIN MOHD FIRHAN HIKNI. Dengan
  motto, KUNING MELANGKAH MEGAH, kita percaya Rumah Temenggung mampu mencatat
  KEMENANGAN kali ini.  | 
  
   | 
 
| 
   lagu  | 
  
   (semua siap
  berbaris)  Nyanyian lagu bangsa Johor dan lagu
  sekolah.Majlis mohon berdiri. Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan
  duduk.  | 
  
   | 
 
| 
   Naik bendera  | 
  
   Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan upacara menaikkan
  bendera kejohanan. Dipersilakan.  | 
  
   | 
 
| 
   ikrar  | 
  
   Hadirin yang dihormati,  Seterusnya, majlis mempersilakan
  ketua KONTIJEN KEJOHANAN OLAHRAGA SK Seri Pematang Rengas adik Muhammad Aqil
  Imran bin Hailinizam untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan. Dipersilakan  Terima kasih adik Muhammad Aqil Imran
  bin hailinizam. Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar
  kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet dalam kejohanan ini.  | 
  
   | 
 
| 
   Ucapan Guru Besar  | 
  
   Hadirin yang
  dihormati.  SEBAGAI
  PEMBUKA ACARA, marilah kita sama-sama mendengar amanat dan pesanan daripada Yang
  Berusaha Cikgu Rafadzilah binti Abdul Rahim, GB SK Seri Pematang Rengas.
  Dengan segala hormanya dipersilakan.  Terima kasih Cikgu
  Rafadzilah binti  Abdul Rahim atas
  ucapan yang diberikan.  | 
  
   | 
 
| 
   Ucapan &
  perasmian  | 
  
   Hadirin yang
  dimuliakan,  Untuk menyempurnakan pembukaan kejohanan OLAHRAGA KALI
  KE -36, majlis mejemput Yang Dihormati Dr Muhammad Aswad bin Ithnain  untuk
  memberikan ucapan dan seterusnya MERASMIKAN  Kejohanan OLAHRAGA SK
  Seri Pematang Rengas..  Majlis dengan hormatnya
  mempersilakan.  | 
  
   | 
 
| 
   Gimik  | 
  
   Mohon Yang Dihormati Dr
  Muhammad Aswad bin Ithnain untuk kekal berdiri untuk gimik perasmian. Majlis
  juga memohon Cikgu Rafadzilah, barisan Pentadbir, YDP PIBG dan NYDP PIBG
  untuk sama-sama menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan.  Terima kasih kepada  yang dihormati Dr Muhammad Aswad bin
  Ithnain , Cikgu Rafadzilah, Barisan pentadbir, YDP PIBG dan NYDP PIBG di atas
  kesudian menyempurnakan gimik perasmian sebentar tadi.  | 
  
   | 
 
| 
   Perarakan
  Keluar  | 
  
   Semua kontingen yang mengambil bahagian
  bergerak keluar meninggalkan arena. Dipersilakan.  | 
  
   | 
 
| 
   Persembahan pra  | 
  
   Hadirin dan hadirat, Sebagai penyeri kejohanan pada pagi ini,
  marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan istimewa dari murid-murid pra
  sekolah Tunas Ilmu. Dipersilakan. Terima kasih adik-adik  prasekolah. Untuk makluman, persembahan itu
  tadi dibimbing oleh CIKGU SHAHIDA BINTI BEKIS dan Pembantu Pengurusan Murid,
  Cikgu Haryani. Tahniah & Terima kasih cikgu!  | 
  
   | 
 
| 
   Panggilan petugas  | 
  
   Perhatian- Diminta
  semua pegawai kejohanan untuk berada di Lokasi bertugas masing-masing kerana
  acara akan dimulakan sebentar Sahaja lagi. Terima kasih.  | 
  
   | 
 
| 
   hadiah  | 
  
   Untuk makluman hadirin dan hadirat, majlis
  memberi laluan kepada penyampaian hadiah bagi acara yang telah
  dipertandingkan pada minggu lepas. Bagi menyempurnakan acara, majlis menjemput
  _____________________ untuk mengiringi _______________________________ bagi
  menyempurnakan acara. Dipersilakan. Lontar peluru LP A Lompat jauh LP CBA 100m LP BA Terima kasih
  ________________________________.  | 
  
   | 
 
| 
   100m  | 
  
   Hadirin sekalian, acara seterusnya bakal
  berlangsung ialah 100m lelaki / Perempuan C. majlis dengan ini berbesar hati
  menjemput dan mempersilakan Dr Muhammad Aswad bin Ithnain untuk sesi pelepasan peserta. Dipersilakan. Terima kasih Dr Aswad, majlis menjemput YDP
  PIBG untuk mengiringi Dr Aswad ke khemah tetamu jemputan.  | 
  
   | 
 
| 
   | 
  
   | 
  
   | 
 
PENGUMUMAN
  ACARA BALAPAN Hadirin yang dihormati, Sebentar lagi akan berlangsung acara
  SUKANEKA PRASEKOLAH.  Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam
  acara ini ialah:   Di lorong yang pertama …………………………   Peserta-peserta bagi acara SUKANEKA
  PRASEKOLAH sedia untuk dilepaskan.   SUKANEKA PRASEKOLAH 100m JAMUAN VIP 50m LP   PENGUMUMAN
  ACARA PENYAMPAIAN HADIAH Tuan-tuan dan puan-puan, Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian
  hadiah bagi CARA PRASEKOLAH & 100M.   Untuk itu, dengan segala hormatnya
  dipersilakan YG BERUSAHA Cikgu  RAFADZILAH ABD RAHIM diiringi EN. ANUAR BIN
  KASIM untuk menyempurnakan majlis penyampaian
  hadiah.   (kalau banyak hadiah sebut acara dahulu……)   Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh
  ………………….. dari rumah ………… Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh
  ……………………. dari rumah……… Dan johan/pemenang pingat emas acara
  …………………Ialah …………… dari rumah………………………..  Tahniah kepada para pemenang. Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan
  terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik ………………………………………. atas kesudian
  menyampaikan hadiah.   Hadirin sekalian, Acara seterusnya yang bakal berlangsung
  ialah __________________________ .  Peserta-peserta yang mengambil
  bahagian dalam acara ini ialah:   Di lorong yang pertama …………………………   Peserta-peserta bagi acara
  ______________________  sedia untuk dilepaskan.  
 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
   
 
  
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA
 
 
| 
   ACARA  | 
  
   SKRIP  | 
  
   CATATAN  | 
 
| 
   HADIAH  | 
  
   Majlis menjemput dan mempersilakan
  __________________ mengiringi __________________ untuk menyampaikan hadiah
  kepada pemenang. Bagi acara..    | 
  
      | 
 
| 
   kedudukan  | 
  
   Kedudukan perbarisan Rumah sukan terbaik  | 
  
      | 
 
| 
   Alu-aluan penutup  | 
  
   Hadirin dan hadirat
  sekalian,   Alhamdulillah kita telah selesai
  melaksanakan semua acara sukan pada kejohanan balapan dan padang  tahun
  ini. Dengan itu,maka
  berakhirlah kejohanan OLAHRAGA kali KE 36 SK Seri pematang Rengas 2024.   Tahniah dan syabas kepada
  pasukan dan peserta-peserta yang berjaya.    | 
  
      | 
 
| 
     Lagu negaraku          | 
  
     Sebelum kejohanan
  melabuhkan tirainya, marilah sama-sama kita menyanyikan LAGU NEGARAKU. MAJLIS
  MOHON BERDIRI.   Mewakili pihak sekolah,
  majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dan kekurangan
  sepanjang kejohanan olahraga berlangsung pada hari ini. Yang baik itu dari
  Allah, yang buruk itu kelemahan kami sendiri.   SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ
  WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.   MAJLIS DITANGGUHKAN DENGAN
  BACAAN TASBIH KAFARAH DAN SURAH AL-ASR  | 
  |
| 
     petugas    | 
  
   Pegawai-pegawai kejohanan
  dipersilakan untuk menikmati sedikit juadah di bilik jamuan.  | 
  
No comments:
Post a Comment