© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, May 07, 2009

Bengkel Penulisan Kreatif 2009

And the unexpected moment..

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Bengkel Penulisan Kreatif 2009. Seperti bengkel yang sama yang saya sertai tahun lepas, bengkel ini diadakan bersempena dengan festival yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti, Festival CIPTA ’09. Alhamdulillah, Cipta ’08 telah berjalan dengan jayanya dan USIM tidak teragak-agak lagi untuk menjayakan festival ini bagi tahun ini pula.

Bengkel ini telah bermula sejak 5 Mei, membariskan tenaga penceramah seperti Pn. Rozihani dan En. Ismail (pegawai unit kebudayaan USIM), Cikgu Dian (guru kelab sastera kreatif USIM) dan SISO Kopratasa.

Pada pagi ini kami semua peserta bengkel telah menghantarkan hasil nukilan kami kepada juri. Sementara menunggu keputusan, kami dimaklumkan bahawa pada petang ini sebahagian dari kami akan membuat persembahan semasa “Majlis Ramah Mesra bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi”. Juga, dua nukilan patriotik yang terbaik akan dipamerkan dan dideklamasikan dalam majlis tersebut.

Majlis bakal bermula lebih kurang jam 3, barangkali. Kami seawal jam 2 petang sudah tiba di dalam Dewan Senat, Canselori USIM. Setelah mengambil tempat sambil menyusun kedudukan sebahagian peserta yang akan membuat persembahan (saya tidak terlibat), En. Ismail bertanya “Siapa yang buat tajuk Satu Malaysia?”.

Eh, macam kenal je tajuk tu. Tapi abg Fauzi (bam) pun ada buat tajuk yang sama. Tapi memandangkan abg bam tiada, saya mengangkat tangan, biarlah walaupun bukan saya yang dimaksudkan sebenarnya, he.he.he. “Hah, kamu” En. Ismail mengiakan saya yang dimaksudkan. Jadinya.. karya saya yang terpilih untuk dipamerkan dalam dewan ini sebentar lagi?

Wah? Ada NC, TNC HEPA, TNC A&A, Menteri, MPP, JAKSA, pegawai dan lain-lain lagi? Wah..terharunya. Siapa yang tidak suka, kan? Bukan mahu menunjuk-nunjuk, jauh sekali riak dihati, tapi saya hanya ingin berkongsi kegembiraan saya ini dengan semua teman-teman. Seronoknya, terasa dihargai.. he.he..

Tamat sahaja majlis itu, kami menyambung kembali sesi bengkel untuk mengetahui yang manakah 16 nukilan terbaik untuk dibawa keperingkat seterusnya. Alhamdulillah, saya antara 16 yang terpilih bersama dua daripada empat nukilan saya yang bertajuk di atas tadi, “Satu Malaysia” dan “Aman Malaysia”.

Gurau Cikgu Dian, merujuk kepada “Aman Malaysia”, boleh cikgu tunjukkan kepada badan itu nanti, mana tahu dapat sponser. He.he. Tajuk yang tidak terpilih adalah “Pewira Sejati” dan “Ayuh Jayakan”. Saya meletakkan sasaran kepada Satu Malaysia dan Ayuh Jayakan pada mulanya.

Kemudiannya, seperti yang dimaklumkan pada hari pertama bengkel, 4 orang peserta yang terbaik akan mendapat hadiah. Kejutannya, 4 yang terbaik itu adalah termasuk saya. Wah? Yang terbaik itu adalah 3 lelaki dan saya, mewakili perempuan. Saya tak adalah banyak cakap atau bertanya soalan..hu.hu.hu.. mungkin sebab nukilan kot.. he.he.. atau sebab saya ni comel? Ha.ha.ha.

Apa-apapun saya sangat gembira kerana Isnin ini kami akan ke penjara bagi menemui komposer-komposer dari pihak sana. Ini kerana (bagi kepada yang kurang familiar dengan CIPTA), CIPTA merupakan kerja kreatif antara USIM dan pihak penjara bagi menghasilkan lagu patriotik.

Bermula dengan 16, 8 yang terbaik akan dibawa ke final.
Doakan lirik yang saya hasilkan akan dibawa keperingkat seterusnya dan berjaya ke final. Semoga berjaya!! =)

Wednesday, May 06, 2009

taman ilmuku

(A)

Di sini aku bermula

Di sini aku melangkah

Belajar tulis dan baca

Belajar kira dan eja

(B)

Aku di asuh kembara jauh

Melangkah menuju cita

Aku di beri curahan ilmu

Menuju ke puncak jaya

(C)

Budimu guru luas samudera

Tak terbayar walau emas permata

Terima kasih ikhlas dariku

Buatmu duhai taman ilmuku

(B)

Aku di asuh kembara jauh

Melangkah menuju cita

Aku di beri curahan ilmu

Menuju ke puncak jaya

(C)

Budimu guru luas samudera

Tak terbayar walau emas permata

Terima kasih ikhlas dariku

Buatmu duhai taman ilmuku

(A)

Di sini aku bermula

Di sini aku melangkah

Mengutip ajar didikmu

Khazanah taman ilmuku

-nurfatimahz AKA puteri, USIM-


suatu hakikat

Pandangan tajam matanya membuatkan aku menjadi tidak keruan. Bukan pandangan dengan kasih sayang, tetapi itu adalah pandangan penuh amarah dan kebencian. ”Apa salahku Fikri?” aku bertanya kepadanya. Tiada jawapan. Berkali-kali juga ku menulis warkah untuknya, namun hampa yang ku terima. Tiada balasan. Apakah salahku? Apa yang telah aku lakukan sehingga dia melayanku dengan sebegini? Farhana tertanya-tanya sendiri.

Seminggu sudah berlaku. Kelakuan Fikri berubah sama sekali. Farhana amat berkecil hati. Masakan tidak, mereka merupakan teman baik dari tingkatan satu. Juga kebetulan berpindah ke sekolah yang sama selepas tamat tingkatan dua. Kini mereka ditingkatan lima. Makin terasa hati bila Fikri melayan teman-teman yang lain dengan baik, tetapi tidak Farhana.

”Segak hari ini,” Farhana tersenyum dan cuba menegur Fikri seperti biasa apabila Fikri sampai ke kelas pada awal pagi. ’Aku hari-hari memang handsome’, selalunya itu jawapan Fikri, tapi Fikri hanya membisu. Farhana tidak berpuas hati. Dia melangkah hampir ke meja Fikri, lambat-lambat. Bimbang ada mata-mata yang melihat dan mulut menyebarkan gosip liar antara dia dan Fikri. Lantaklah, Fikri teman baikku. Bisik hati kecilnya.

”Fikri, kau kenapa? Kau marahkan akukah?” Fikri membelek-belek buku latihan, tidak menghiraukan kewujudan Farhana. Sebak. Farhana rasa mahu menangis.
”Janganlah buat aku macam ni,” nada Farhana makin mendatar. Ingin sahaja dia menggoncangkan bahu lelaki itu supaya lelaki itu memandangnya. Tetapi memandangkan mereka bukan mahram, maka Farhana hanya mampu berdiri kaku.
”Fik, aku minta maaf kalau aku ada buat salah,” sambung Farhana dan tanpa membuang masa, dia beredar dari situ.

Ada sesuatu yang dirasakan tidak kena. Sudah masuk minggu kedua. Syazwani teman meja sebelah kanan Farhana berkelakuan yang meragukan Farhana. Teman-teman baik Farhana turut tidak menghiraukan Farhana. Aizuddin, Azam dan Naim bercakap sesuatu tentang Farhana. Farhana pura-pura tidak dengar, tidak peduli. Farhana tidak mampu memandang sesiapa lagi. Sudahlah terasa kehilangan Fikri, satu-satunya kawan lelaki yang paling rapat dengannya. Kini teman-teman baik dan teman sekelasnya turut memulaukannya.

Farhana mula berprasangka terhadap Syazwani. Syazwani baru beberapa bulan berpindah ke sekolah ini. Farhana melayannya dengan baik. Aku tak ada buat salah dengan Syazwani, apa yang dia tidak berpuas hati denganku? Farhana keliru. Shahidah, Azila, Nurul, Abidah dan pelajar-pelajar berulang pula semakin rapat dengan Syazwani. Sedangkan sebelum ini semasa awal-awal Syazwani masuk ke kelas, mereka tidak gemar Farhana terlalu baik dengan Syazwani.

Fazilah memanggil Farhana, ada sesuatu yang ingin dibicarakan. Seperti perkara yang sangat penting. Farhana semakin bingung. Fazilah bukanlah teman yang rapat dengannya walaupun mereka sama-sama tinggal di asrama. ”Kita jumpa di belakang kelas waktu rehat nanti,” bisik Fazilah. Farhana hanya mengangguk-angguk, tanda faham.

Fazilah menunggu Farhana di tempat yang dijanjikan. Rosemuliana, teman baik Fazilah juga turut serta. ”Erm.. kenapa ya?” Farhana memulakan bicara. Rupanya perkara itulah penyebabnya. Penyebab kepada layanan Fikri yang kurang mesra dan penyebab kepada perubahan sikap teman-teman baiknya. Rosemuliana menceritakan tentang apa yang dilakukan Syazwani termasuklah SMS yang ramai pelajar terima, kecuali Farhana. SMS yang ’kurang sopan’ itu sebenarnya dikirimkan Syazwani.

Bagaimana dia tahu? Kata Rose, hanya dia tahu Syazwani ada membeli sim card baru dan Syazwani meminta Rose merahsiakannya. SMS itu menimbulkan kemarahan teman-teman sekelas. Mereka tidak dapat mencari siapa pengirimnya, Rose tidak berani bersuara. Syazwani pula seolah-olah meneka Farhanalah orangnya, dan semua ’bersetuju’ dengan jawapan Syazwani. Kebetulan dan satu mata untuk Syazwani, pada waktu itu Farhana tidak hadir ke sekolah selama dua hari.

Fazilah seterusnya memberitahu tentang apa yang didengarnya melalui perbualan Fikri dan Syazwani di luar kelas beberapa minggu lalu. Syazwani memberitahu Fikri yang Farhana mencemburui dan memarahi Syazwani kerana berkawan dengan Fikri. Tambahnya lagi, Farhana turut mengatakan yang Syazwani merampas Fikri daripadanya.
Sedangkan semua itu nyata bertentangan dengan apa yang berlaku sebenarnya.

Ya Allah..! Sakitnya hati apabila menhetahui itu penyebabnya. Farhana semakin pasti dengan prasangkanya terhadap Syazwani. Merampas? Farhana tidak pernah mempunyai fikiran sedemikian, apa lagi Farhana yang memberikan Syazwani nombor telefon Fikri untuk merapatkan hubungan mereka. Ia juga adalah permintaan Syazwani sendiri memandangkan Farhana dan Fikri sememangnya berkawan baik. Jari jemari Farhana digenggam, geram bila dikhianati dan difitnah sebegitu. Satu tumbukan geram dihalakan ke dinding bangunan. Mahu sahaja dicarinya Syazwani dengan segera, tapi dia masih mampu berfikiran waras. Sabar!. Terima kasih kepada Fazilah dan Rosemuliana yang masih sudi mempercayai bahawa bukan aku yang melakukan semua itu.

Tiba-tiba Syazwani datang ke tempat Farhana, Rosemuliana dan Fazilah sedang berbincang. Dari mana dia muncul? Kenapa dia datang?
”Apa yang kau dah buat dekat aku?” tanya Syazwani. Sepatutnya aku yang bertanya kepada dia soalan itu!. Jerit hati Farhana.
”Apa yang aku dah buat dekat engkau?!” Farhana terlupa untuk bercakap lembut. Sedang dia melepaskan amarah yang membara, muncul pula orang yang menyebabkan dia menjadi sedemikian. Memang layaklah untuk menerima tempiasnya.
”Sorry.. Apa yang aku dah buat dekat engkau?” soal Farhana sekali lagi dengan intonasi yang berbeza dari kali pertama tadi.

”Buat-buat tanya pula. Kau tak puas hati apa dengan aku?” tanya Syazwani. Ah, bermuka kesian pula dia, getus Farhana di dalam diam.
”Apa yang kau tak puas hati dengan aku?” soalan yang hampir sama ditanya kembali oleh Farhana kepada Syazwani. Masih berlembut.
”Kenapa tak jawab soalan aku?!” Syazwani sudah menunjukkan belang. Farhana hanya mendiamkan diri. Malas melayan. ’Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu’. ”Kenapa tak jawab? Takut?” Syazwani menyambung kata. Farhana hanya memandangnya dengan senyuman.

’Dalam sungai ada perahu, dalam perahu ada gula, sedangkan sendiri sudah tahu, pura-pura bertanya pula’, Farhana menjawab di dalam hati sambil mereka pantun empat kerat yang baru. Tak ada masa untuk takut. Malas. Malas menjawab. Malas menjawab soalan orang yang bertanya padahal jawapan ada padanya. Untuk apa bersusah memberikan dia jawapan? Farhana hanya menjawabnya dengan ketawa kecil. Sinis.
”Siapa yang tidak berpuas hati dengan siapa?” Farhana bertanya.
”Malas aku cakap dengan engkau,” balas Syazwani dan terus berlalu pergi. Fazilah awal-lagi lagi sudah menghilangkan diri. Ah, kenapa takut untuk mendedahkan kebenaran?

Farhana dan Rosemuliana melangkah masuk mengambil tempat di dalam kelas, Farhana duduk di sebelah Syazwani. Terpaksa. Itulah tempatnya. Langsung tidak dia memandang ke arah Syazwani. Mujurlah dia mula menyedari sesuatu yang ’aneh’ tentang Syazwani sebelum ini. Patutkah sim card Syazwani itu dikatakan hilang dan telah diambil oleh aku, sedangkan mahu menyentuh meja dan barangannya sudah menimbulkan rasa jengkel dihati?

Bagus juga Farhana tidak pernah lagi menyentuh Syazwani dan segala yang dimiliki Syazwani termasuk buku dan kertas jawapan sebelum perkara ini berlaku, itu merupakan satu bukti bahawa Farhana sesekali tidak boleh dilibatkan dalam kes sim card yang kononnya dikatakan hilang itu.

”Faradila, boleh kita berbual sekejap?” soal Farhana kepada Faradila seraya menarik tangan Faradila keluar dari kelas semula. Biarpun Faradila turut percaya kepada Syazwani, tapi Farhana tidak mempedulikan perkara itu. Faradila terlalu disayangi dan dia harus mengetahui kedudukan yang sebenar.

Farhana menceritakan kepada Faradila sambil menangis teresak-esak. Faradila meminta maaf kerana baru tersedar selama ini dia tertipu dengan lakonan Syazwani yang begitu mantap. Barangkali wajar untuk menerima anugerah pelakon terbaik bagi tahun ini.
”Tak ada sesiapa percayakan aku,” ujar Farhana dalam tangis.
”Aku ada. Yang lain pun ada. Mereka cuma tidak tahu perkara yang sebenar. Percayalah, selepas ini segalanya akan kembali seperti biasa,” janji Faradila. Faradila memeluk Farhana sekuat hati. Dia berjanji tidak akan terpengaruh dan ’kehilangan’ Farhana lagi. Farhana terharu.

Adibah meminta izin untuk bertukar tempat dengan Farhana untuk seketika. Tempat Adibah yang sebenar adalah di depan, sedangkan Farhana sentiasa tempat duduknya di belakang sekali. Farhana hanya mengangguk dan duduk di tempat Adibah, bersebelahan Nabila. Sebelah Nabila pula adalah Rosemuliana. Farhana masih tidak bercakap dengan sesiapa. Tangannya ligat melakarkan sesuatu pada buku contengnya. Begitulah tabiatnya bila ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Entah apa yang dilakarkan, Farhana sendiri tidak tahu.

Syafawati menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Farhana. Farhana tidak mengangkat mukanya. Dia tahu itu adalah Syafawati dari gaya dan suara Syafawati. Syafawati menghalang pergerakan pen Farhana. Farhana tetap tidak mengubah posisi. Ada sesuatu yang Syafawati ingin katakan. Syafawati juga merupakan teman dari sekolah lama yang turut berpindah ke sekolah yang sama dengannya. Mereka bertiga masih bersama. Syafawati, Farhana dan Fikri.

”Lukis apa tu?” soal Syafawati, berbahasa. Farhana tahu apa sebenarnya yang ingin Syafawati katakan padanya. Masa dan tempoh perkenalan mereka cukup untuk Farhana mengenali hati budi Syafawati.
”Kau percaya pada siapa?” tanpa menjawab soalan Syafawati itu, Farhana bertanya. Farhana juga pelik kebelakangan ini hubungannya dengan Syafawati terlalu dingin. Namun itu bukan lagi persoalan yang bermain dimindanya kerana jawapan sudah diperolehi. Aku sukakan Naim, teman lelaki Syafawati? Itulah yang sampai ke telinga Syafawati dan penyebarnya..? Hah, Syazwani itu bukannya tak ada kerja, tapi buat kerja gila!.

”Aku kurang percaya pada apa yang aku dengar,” balas Syafawati. ”Tapi kau tetap percayakan dia sebelum ini hinggakan aku kau tidak peduli. Dan kau tidak mahu bertanya padaku sendiri. Aku temanmu Sya. Berapa lama aku dan kau berkawan? Lima tahun. Berapa lama pula kita mengenali Syazwani? Dua bulan. Kau juga langsung tidak mahu bertegur sapa denganku sepanjang tempoh itu. Kau menghukumku. Kau mendera perasaan sahabatmu sendiri, Sya. Fikri juga begitu. Aku sangat terkilan. Kenapa kalian percayakan orang lain lebih dari kawan sendiri? Mujur aku agak rapat dengan teman berulang. Tapi mereka juga seolah-olah menyisihkanku. Fahamkah kau perasaanku disaat itu?” Jelas berbaur kekecewaan dari nada suara Farhana. Air matanya mengalir kembali, segera dikesat.

Sememangnya Farhana terlalu kecewa dengan apa yang berlaku. ”Siapa yang aku ada? Fazilah, Rose dan Nabila pula yang menyokongku, mempercayaiku. Kau tahu bagaimana perasaanku? Sedangkan kita dan mereka jarang bersependapat selama ini? Di mana kau, di mana teman-teman yang lain disaat aku memerlukan kalian?” sambung Farhana sambil mendongakkan kepalanya memandang Syafawati. Nabila dan Rosemuliana tidak masuk campur. Mereka lebih mengetahui apa yang berlaku. Pelik kan? Farhana pula agak rapat dengan mereka baru-baru ini. Bukanlah selama ini mereka bermasam muka, cuma kurang rapat.

”Ustaz, saya tak tahan lagi,” Farhana bercakap perlahan dengan Ustaz Halim. Dahulu dia pernah mengadu masalahnya kepada guru itu. Dia juga senang begitu.
”Ustaz tahu pasal tu,” balas Ustaz Halim tanpa Farhana memulakan ceritanya. Farhana memandang Ustaz Halim. Kenapa ustaz seperti pura-pura tak tahu? Berapa lama nama baikku tercemar? Adik-adik junior juga menyalahkanku, membela Syazwani. Farhana hanya bersuara di dalam hati, kurang berpuas hati.

Farhana menceritakan tentang masalahnya dengan Fikri yang masih belum selesai. Fikri tidak melayannya dengan baik.
”Kamu suka diakah?” Ustaz bertanya sambil tersenyum. Sengaja menduga. Ustaz bukannya tidak tahu Farhana dan Fikri adalah kawan lama yang baik.
”Sukalah. Kawan, kan?” jawab Farhana, selamba.

’Kamu tak suka siapa-siapakah?’, soalan itu pernah ditanya Ustaz Halim dua tahun yang lalu dan jawapannya juga telah diberi. Banyak juga Farhana kongsikan dengan guru itu, rapat seperti abang dan adik.
”Ustaz dah cakap dengan budak-budak lelaki. Mereka dah tahu hal sebenar termasuklah SMS dan lain-lain. Tentang itu jangan risau. Fikri pula, nanti ustaz akan cakap dengan dia sendiri,” balas Ustaz Halim.

”Farhana, aku minta maaf,” ujar Zahida sambil menghulurkan tangan, bersalaman dengan Farhana. Mariah, Azila dan lain-lain juga melakukan perkara yang sama seperti Zahida. Farhana hanya mengangguk, tidak mampu untuk bersuara.
”Sorry, aku betul-betul ingat engkau yang hantar SMS tu dekat aku,” kata Abidah.
”Tak guna betul!” marah Abidah lagi yang agak terkenal dengan mulut laser.
”Hmm... Tak apalah,” balas Farhana.

Beberapa hari selepas itu, Ustazah Latifah, warden Asrama Puteri memanggil Syazwani. Ustazah Habsah yang mempunyai sedikit ilmu psikologi turut bersama. Syazwani diberi nasihat dan kaunseling.
”Kamu nak orang buat kamu macam apa yang kamu buat dekat dia?”, ujar ustazah. Farhana agak terkilan kerana lewat guru-guru perempuan bertindak. Tapi, tidak mengapalah kerana akhirnya, Syazwani juga telah mengaku kesalahan sendiri. Farhana seperti kebiasaan, membalasnya dengan senyuman..

Lakukan kepada manusia apa yang anda mahu mereka lakukan kepada anda dan jangan lakukan kepada mereka apa yang anda tidak mahu mereka lakukan kepada anda. Inilah hakikat sebuah perjalanan kehidupan. Dalam perjalanan ini kita akan temui siapa sebenarnya teman, siapa sebenarnya sahabat. Berkatalah yang benar walaupun ianya pahit kerana bila terbuktinya kebenaran, kebatilan akan terhapus jua. Terima kasih padaMu Tuhan.

-nurfatimahz AKA puteri, USIM-

Monday, May 04, 2009

rindu bonda

(A)

Saat terkenang bonda tersayang

Terasa dekat di depan mata

Umpama mawar mengharum mekar

Begitu rindu di dalam jiwa

(A)

Wajah terserlah manis berseri

Menyemai cinta tidak bertepi

Luhurnya kasih bonda buatku

Tiada hujung noktah akhirnya

(B)

Oh bonda

Biarpun kita terpisah jauh

Biarpun masa bersilih ganti

Namun dirimu tetap di hati

Hanya kau satu ratu hidupku

Betapa aku rindu kasihmu

Betapa aku rindu belaimu

Bonda

(A)

Kerana cita harus berkorban

Doa restumu jadi bekalan

Takkanku sia harapan bonda

Langkahku terus ke puncak jaya

(C)

Akan aku tunaikan padamu

Janji untuk mencapai citaku

Akanku kembali ke pangkumu bonda

Saatnya detik dikunjung tiba

Akanku pulang ke pangkumu bonda

Saatnya detik ditunggu rindu..


-nurfatimahz AKA puteri, USIM-


Sunday, May 03, 2009

the engagement

of my sister, yesterday.



tengah, bakal abang ipar saya







-your younger sister-

Saturday, May 02, 2009

hari ini


Kakak saya, Nur Zihan telah selamat bertunang.. Lebih kurang waktu tengahari majlis bermula selepas ketibaan rombongan dari pihak Moh Azarin (bakal abang ipar saya). Nanti saya masukkan gambar, belum ambil dari ayah.


Bulan enam nanti, insya-Allah, majlis akad nikah pula akan diadakan. Sahabat-sahabat blogger yang boleh datang, silakan ;-) Tinggalkan alamat kepada saya, nanti saya akan poskan utusan raja sehari :-)


Tukar topik.

Aih. Saya tak faham la sebenarnya dengan situasi saya sekarang, dengan kawan baik saya tu. Yang memberi saya jam tangan tu. Entah lah. Kadang-kadang rasa macam... . macam suka dekat dia. Tapi, mungkin sekadar suka. Lagipun macam dah banyak dan lama rapat dengan dia.


Dia baik. tapi entahlah. Takut pula salah erti tentang persahabatan ini. Tentang perasaan ini. Rasanya dia juga sukakan saya sebagai kawan baik, kawan rapat.

Dan saya takut sebenarnya jikalau saya mempunyai perasaan yang istimewa terhadapnya. Cukuplah N melukakan hati saya, meninggalkan saya. Saya takut saya akan kehilangan kawan baik saya ini. Sebab saya lebih rapat dengan dia berbanding saya dengan N (dulu).

Aduhai
siapalah diriku ini

untuk menggantungkan harap
menghelakan bicara
meluahkan rasa..

This feeling is too complicated.
Hard and Hurt.



Friday, May 01, 2009

pesta buku 09

PWTC @ 19-04-09








Antara buku yang saya beli ialah buku motivasi daripada HM Tuah, 'Buat Sampai Jadi', 'Jangan Tidak-Tidak' dan 'Tahu Tak Apa'. Yang Buat sampai jadi tu saya bagi dekat.. . orang yang bagi jam tangan dekat saya selepas saya suruh dia pilih nak yang mana.

Sape eh? :D

Thursday, April 30, 2009

the end of

second year

He.he. Baru habis tahun dua nih. Ingat kan dah banyak tahun dah. Pertengahan tahun ni, naik tahun tiga, secara tidak langsung naik sem yang ke-5. O
uh, tadi petang baru habis kertas akhir peperiksaan bagi sem 4, untuk subjek Qawaid Fiqhiyyah.

Rasa macam baru je hari tu ambil peperiksaan sem 3. Aduh.. he.he.
Seronoknya. Dah boleh qada balik entry-entry yang dah jarang diupdate sepanjang musim peperiksaan yang hampir sebulan ni.. Baru je hari tu ambil keputusan dan baru je hari tu ada majlis anugerah dekan.

Oh masa sememangnya pantas berlalu
dan mampu mengubah manusia


Mawardi (tengah) dapat angerah dekan

Friday, April 24, 2009

rehat sebentar


Penat dengan isu memburukkan universiti saya yang entah sampai ke mana tu. Tensyen. Dengar-dengar ada institusi yang dah mula meragui graduan dari sini. Sedih. Pedih, bukan? Banyak pihak yang mula memandang serong kepada tempat pengajian saya.

Tak tahan, ramai jugak yang menyokong pihak yang memburukkan kami. Sangat-sangat tidak patut. Hinggakan ada yang ditolak permohonan praktikalnya setelah berita ini tersebar. Anda di luar sana bagaimana?

Letihlah pasal tu. Tinggalkan isu itu sebentar bersama.... . .





He.he.he..

Tuesday, April 21, 2009

lagi-lagi usim


Soalan
husz kepada NC USIM

Assalamualaikum Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin,

i would like to bring to your attention to an issue which I read in today’s theStar, regarding the termination of one of your law lecturers because of the high percentage of failing marks given.

I do not object to the termination but rather on the reason for termination. Low passing percentages in any class is an indication of something gone wrong. What I object to is the short term approach taken by your university in asking the lecturer to give sympathy marks in the form of attendance bonuses. The lecturer is question is right in saying that attendance is their responsibility. A small bonus might be considered for 100% attendance but never for anything else. This brings into question the quality of USIM, USIM graduates and even graduates from Malaysian Universities as a whole!

I for one do not what substandard graduates in the market. Either you qualify for that degree/diploma or you don’t. This is why there are so many graduates that are unable to get jobs. Because they dont’t know anything. Malaysian graduates at the moment is bad as it is with the emphasis on academic credentials only, when you dilute that too, then, what is the point of a University?

I agree something should have been done when a Law lecturer fails a majority of her class. What you should have done is find the root cause! Why did she fail them? Is her standards too high for their level? If that is so, you must determine WHY her standards are too high? You must address WHY the students fail? Is it the curriculum? the culture? the student doesnt understand the medium?

say NO! to sikap sambil LEWA!!!

Show your patriotism to the country by doing your job WELL!

Thank You very much, I hope to receive a reply from someone.

Yours Truly,

Hussin Yusof
a concerned citizen


Jawapan daripada NC USIM

Untuk makluman, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ingin memberi penjelasan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar dan tidak berasas berdasarkan alasan-alasan berikut:

1) Sistem Penilaian dan Pemarkahan Peperiksaan USIM mempunyai dasar dan prosedur yang jelas seperti mana yang terkandung dalam prosedur USIM/PK/09 - Pengredan, Pemarkahan dan Pengeluaran Keputusan Peperiksaan. Setiap keputusan peperiksaaan dibentang dan diteliti di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah (JPPS) peringkat Fakulti dan seterusnya diangkat ke Mesyuarat Senat Universiti untuk perakuan. Di samping itu, USIM juga mempunyai Penilai Luar yang melihat sistem akademik dan peperiksaan di USIM.

2) Pensijilan MS ISO 9001:2000 yang telah diperolehi sejak 11 November 2004 dan perolehan sijil buat kali kedua pada 8 Januari 2008 oleh pihak SIRIM di bawah skop “Penyediaan Perkhidmatan Pendidikan Di Peringkat Sarjana Muda Meliputi Rekabentuk Dan Pembangunan Kurikulum Program” telah membuktikan bahawa USIM mempunyai prosedur yang jelas dan telus terhadap sistem pendidikannya.

3) Pihak Universiti menegaskan bahawa Universiti tidak pernah mengamalkan apa yang dimaksudkan dengan “markah kasihan” sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo. Istilah tersebut tidak pernah wujud dan kita sama sekali tidak berkompromi dalam sebarang pengubahsuaian markah oleh para pensyarah.

4) Dakwaan tersebut adalah sangat serius dan amat tidak berasas dan telah menjejaskan reputasi USIM dan pihak USIM amat dukacita kerana tuduhan yang tidak benar ini telah merosakkan imej Universiti di mata masyarakat.

5) Dakwaan tersebut adalah berniat tidak baik dan boleh memberi kesan yang negatif terutama dalam situasi sekarang :

a. USIM sedang di dalam proses pemilihan dan pengambilan pelajar baru,

b. Sebagai Universiti baru, ianya boleh menghilangkan dan menghakis keyakinan masyarakat kepada USIM,

c. USIM dalam usaha mendapatkan pengiktifaran dari badan profesional,

d. Lulusan USIM yang menyambung pelajaran di luar negara baik yang menyambung di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah,

e. Menjejaskan imej Graduan USIM yang sedang berkhidmat dalam pasaran.

6) Pihak Universiti berharap kepada masyarakat dan orang berilmu sekiranya hendak membuat komen dan ulasan dalam hal seperti ini harus mendapatkan maklumat daripada sumber dan fakta yang benar. Isu ini bukan “bualan murahan di kedai kopi”.

7) USIM akan melihat perkara ini di sudut undang-undang dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

8) Tenaga pengajar USIM di Fakulti Syariah dan Undang-Undang adalah terdiri daripada tenaga pengajar yang berpengalaman antaranya bekas hakim, bekas peguam dan profesor.

9) KOSMO wajib bertanggungjawab di atas kenyataan tersebut kerana apa yang dipaparkan kepada umum seolah-olah fakta yang benar sedangkan kenyataan tersebut boleh dipertikaikan kesahihannya.

10) Pihak USIM memohon pihak Kosmo mendedahkan individu yang bernama ‘Nor’ berkenaan bagi membolehkan pihak Universiti membuat penjelasan lanjut.

Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin

Naib Canselor

Universiti Sains Islam Malaysia

Friday, April 17, 2009

markah kasihan?


NAIB Canselor USIM, Dr. Abdul Shukor Husin menyifatkan laporan Kosmo! bertarikh 15 April telah menjejaskan reputasi institusi pendidikan berkenaan.

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak menawarkan jalan pintas dan layanan istimewa kepada mana-mana pelajarnya untuk lulus peperiksaan dengan amalan ‘markah kasihan’, malah kesemua mereka perlu berjaya dengan usaha sendiri.

Bagi Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin, dasar universiti itu sudah jelas melalui pelaksanaan prosedur Penggredan, Pemarkahan dan Pengeluaran Keputusan Peperiksaan.

Katanya, setiap keputusan peperiksaan akan dibentang dan diteliti dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah (JPPS) peringkat fakulti dan seterusnya dirujuk kepada Senat Universiti untuk perakuan.

“Kita juga ada panel luar yang memantau sistem akademik dan peperiksaan di USIM.

“Pensijilan MS ISO 9001:2000 yang telah diperoleh sejak 11 November 2004 dan perolehan sijil buat kali kedua pada 8 Januari 2008 oleh pihak Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) membuktikan USIM ada prosedur jelas dan telus terhadap sistem pendidikannya,’’ jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas yang diadakan di Bangunan Canselori, USIM di sini semalam bagi mengulas laporan Kosmo! pada 15 April lalu mengenai dakwaan seorang pensyarah universiti itu ‘dipaksa’ meletakkan jawatan kerana hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang.

Pensyarah itu yang hanya dikenali sebagai Nor mendedahkan, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti memberikan ‘markah kasihan’.

Wednesday, April 15, 2009

dipecat kerana markah?


Enggan beri markah kasihan -
Pensyarah USIM dakwa terpaksa letak jawatan ekoran keputusan peperiksaan (KOSMO-15 april 09)

Tuesday, April 14, 2009

haikal @ nilam court


Malam Perdana Siswi (MPS) Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia.








Saturday, April 04, 2009

puisi terpilih


Karya saya
Izinkan Aku telah tersiar di Tunas Cipta keluaran April 2009. Tahniah buat diri sendiri, he.he. Ini kali pertama terbit di majalah luar berbanding majalah sekolah zaman muda-muda dahulu. Karya ini telah terhasil lebih kurang setahun yang lepas..




Kata a.syahir semasa dia membaca karya saya, "wah jiwang jugak...", tapi itu sebelum dia membacanya sehingga habis.


Kata
faiz, "ingatkan untuk sapelah jiwang-jiwang ni, rupanya untuk ibu".

Ngeh.ngeh.ngeh.. :D


Saturday, March 28, 2009

utusan doa


Semalam, saya dan teman-teman menerima khabar yang ada sahabat kami, Hafiz terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 9 malam dan terlantar di hospital, dia koma. Lebih kurang jam 4 pagi, saya diberitahu bahawa sahabat kami itu telah pergi, kembali ke rahmatullah.

Pada jam 10 pagi, saya dan teman-teman menziarahi keluarganya di Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor. Dalam jam 12 tengahari, kami tiba di sana. Ada dekan fakulti kami (FSU), Prof. Samad, Pn. Fadhilah, Ust. Syaryanti, Us. Najib, Mr. Arif Fahmi dan lain-lain lagi.

Ibu arwah Hafiz menahan sebak sambil bertanya tentang keadaan anaknya baru-baru ini bagaimana. Saya, tidaklah begitu mengenali arwah, tapi sepanjang saya menenalinya, dia seorang kawan yang baik. Baru-baru ini pun saya rasa, dia biasa-biasa sahaja. Kerana kepiluan sang ibu, saya sendiri turut merasa sedihnya kehilangan....

"Mak Cik, jaga diri baik-baik. Kami pun sayangkan Hafiz, tapi Allah lebih sayangkan dia.."

Tanpa siapa sedar dan menjangka, ianya berlaku. Inilah ketentuan Tuhan. Baru bulan lepas, kami mengikuti Kursus Tahjiz (pengurusan) Jenazah (Fiqh dan Fatwa (FSU)), termasuk arwah Hafiz sendiri.

AL-FATIHAH buat sahabat, Abdul Hafidz bin Zainoddin. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa, ameen..


Rimbunan hikayat mengusik naluri
usik, tangis, senda, gurau
senyum sang rafiq
menjalar di pelupuk ingatan

Tirai sukma cinta berlabuh tabir
belayar sang rafiq menuju Khaliqnya
Dia yang mengatur segalanya
kehilangan ini suratan takdirNya

Delusi buat sang rafiq tercipta
harga kasih yang tidak terucap
dan utusan doa mengiringi pemergiannya..

Duhai rafiq tercinta
terpisah kita hanyalah seketika
yang pergi akan ada yang menyusuri
tiba masanya, kita akan ketemu lagi
bersama menghadap Yang Maha Esa..

Monday, March 23, 2009

mps nilam court 09

Malam Perdana Siswi Kolej Kediaman Nilam Court, 2009.

Bagi saya yang bestnya dalam MPS kali ni cuma tangkap gambar sepanjang program tu.

Penyejuk hati, artis undangan, kumpulan Haikal. Saya dan Putri (yang diajak untuk menemani) siap bertemu-ramah-mesra dengan ahli -ahli Haikal lagi. Wah.. haa. ni lah yang best. Yang lain tak. Nanti baru saya masukkan gambar Haikal kat sini, sebab gambarnya ada pada Putri, (dia dah tido..he.he).




putri hidayatul istiqamah




Friday, March 20, 2009

blogger dan batas

(adaptasi dari blogger and border)

Sejauh mana seorang blogger bebas untuk menulis, melontarkan pendapat atau bersuara? Jika kita melihat kepada hak dan kebebasan rakyat untuk bersuara di dalam Bahagian II, Federal Constitution, seksyen 10 kurungan (1) menyebut, setiap rakyat adalah berhak dan bebas untuk berbicara, melontarkan pendapat dan seumpamanya. Dapat kita membuat rumusan awal di sini adalah blogger juga mempunyai hak untuk bersuara seperti rakyat biasa.

Namun hakikatnya bila kita merujuk pula pada seksyen berikutnya, seksyen 10 kurungan (2) menyebut, mahkamah dengan kuasanya mampu menghalang seseorang yang jika membicarakan hal-hal tertentu yang terlarang atau dikelaskan sebagai rahsia dan seumpamanya. Ini termasuklah kesalahan jenayah komputer seperti gambar pornografi, fitnah, hasutan dan lain-lain dikira sebagai perkara yang terlarang.

Seksyen 10 kurungan (4) pula menyebut, parlimen berkuasa untuk menghalang mana-mana bicara berkaitan dengan hak, taraf, kedudukan, agama dan seumpamanya. Jadi rumusan kedua pula dapat terhasil iaitu terdapat beberapa perkara yang mana penulis tradisional dan juga blogger tidak boleh menyentuh berkaitannya.

Terdapat akta-akta lain yang boleh digunapakai sebagai tindakan ke atas blogger seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Polis, Undang-Undang Siber, Akta Komunikasi dan Multimedia dan banyak lagi akta yang boleh digunapakai.

Pada pendapat saya tanpa meletakkan saya sebagai seorang pemilik blog atau blogger, sebenarnya kita dan negara kita tidak mempunyai kebebasan untuk bersuara. Jikalaupun ada, lebih kepada nama semata, bahkan kadang-kadang berlakunya ketidakadilan dalam hak tersebut. Ini dibuktikan sendiri dengan seksyen 10, Bahagian II, Federal Constitution yang telah disebut di atas. Adanya kebebasan namun dalam masa yang sama, seksyen berikutnya adalah bercanggah.

Walaubagaimanapun, saya masih percaya bahawa blogger, bahkan rakyat adalah bebas bersuara. Tidak boleh berbicara tentang hal keagamaan? Bukankah internet merupakan medium terkini dan termudah dalam penyebaran dakwah? Boleh berbicara tentang agama, asalkan tidak membuat perbandingan? Jadi bagaimana kita boleh mengetahui perbandingan dan percanggahan antara agama?

Bukanlah saya mahu membenarkan semua blogger menulis apa sahaja yang mereka kehendaki kerana kita percaya, dalam kebebasan terdapatnya tanggungjawab. Tetapi, bukankah dengan menghadkan kebebasan bersuara blogger ini secara tidak langsung menghalang masyarakat daripada mengetahui maklumat sebenar?

Melihat kepada akta-akta yang berkenaan, ianya wujud demi mengelakkan beberapa perkara daripada tersebar pada umum. Pada pendapat saya, jika tiada kesalahan yang dilakukan, mengapa harus takut ia disebarkan? Kedua, bimbang menimbulkan kontroversi antara perkauman? Itu jawapan bagi mereka yang takut untuk membicarakan, malah mengapa takut pada negara sendiri, kita mempunyai hak ke atas tanah air kita. Apa gunanya melaungkan cintakan negara, mengaku akan patriotiknya namun tidak mengaplikasikan dalam kehidupan?

Di dalam Islam sendiri, hak antara rakyat bagi sesebuah negara adalah berbeza dengan hak warga bukan negara (begitu juga dengan antara Islam dan bukan). Bagaimana mungkin hak semua adalah sama? Islam mengiktiraf warga bukan Islam sebagai warganegara, namun, perlu mengklasifikasikan terlebih dahulu sama ada mereka adalah harbi atau zimmi. Harbi tidak akan mempunyai hak yang sama dengan zimmi. Marahkan saya akan penulisan saya ini? Satu persoalan yang ingin saya keutarakan, hukum Allah atau hukum manusia lebih utama?

Saya tidak cuba membangkitkan atau pengubah persepsi pembaca kepada sesuatu, atau sesiapa kerana jawapan, pegangan dan pemikiran setiap individu merupakan hak individu itu sendiri, sebaliknya saya cuba membawa kalian untuk berfikir secara logic, kreatif dan dalam masa yang sama berfikiran kritikal.

“Katakanlah yang benar, walausekalipun ianya adalah pahit”.

Wednesday, March 11, 2009

blogger and border


We know nowadays the second source of information, the media electronic has played such a big role to our people and country indirectly. Everybody is talking about blog, blogger and blogging. As mentioned before, Malaysia has no specific code of ethical to be applied to bloggers. So, the government is recommended to create the ethics as a guideline for those who want to be a blogger.

Next, we look to the freedom on speech. Bloggers seems like free to speech and give his opinion if we look to Clause (1), List II of Federal Constitution. Yet in other hand, the next Clause (4) stated about the prohibited and the limitations on freedom in speech and give personal opinion for all people which include a blogger. It is no doubt that everything we do must follow the rule and have it limitations.

Our laws look like do not give the right of freedom to the blogger because there are many acts can be use to prevent the bloggers from writing. The Internal Security Act for example, very tough and not such a good act because the person who injure on that act, he will never be sit in judgment. In addition, The Official Secret Act avoids a blogger to talk on the exact issues. It can hinder us as a citizen from the truth.

As a conclusion, I would like to make a suggestion that our government maybe should more tolerance with the bloggers. It does not mean that then the bloggers can do anything he want, but I believe there is a freedom to speech for a blogger and I believe the rights with the responsibilities. In my opinion, the government perhaps can make an amendment to certain acts that bloggers are subject to. In same time, maybe the government can ask for a free registration on blog like what has been done by our mobile phone providers
. And I believe there is freedom for speech and to know the truth.

Wednesday, March 04, 2009

hari lahir putri

Hari ini hari lahir kawan saya, merangkap kawan serumah dan bekas kawan sekelas di TLC 4. Namanya Putri Hidayatul Istiqamah.





SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-22 PUTRI!

***********************
Namanya sama dengan nickname saya. hu.hu

Tuesday, March 03, 2009

buli?

Buli. Entah apa istilah yang layak untuk digunakan, tapi seperti inilah yang sedang saya rasakan. Macam mana ya bila dibuli? Bila tak ada orang yang menyebelahi, menyokong kita, kita disakat, dikacau orang, buli lah tu.

Macam budak-budakkah saya? Terpulang pada individu untuk menilai dan mentafsir. Saya rasa geram sangat dengan K, berani dia buat macam tu dekat saya? K panggil N, kononnya ada orang panggil N, kemudian K menunjuk ke arah saya. Saya tahu N takkan berpaling ke arah saya sekiranya K tidak berbuat sedemikian.

K jahat! Dahlah masa tu ada persembahan silat untuk majlis penutup Program Khidmat Masyarakat, rasa macam nak silat-silatkan K sahaja (walaupun saya tak pernah belajar silat!). Dulu H juga ada cari pasal dengan saya. Selama ini tidak pernah pun bertegur sapa. Bila H nampak saya pada malam tu, dia sebut-sebut nama N. Saya tahu H tujukan terhadap saya, tapi saya buat tak endah. Buat tak dengar. Rasa bengang sangat. Geram. Sakit hati.

Berbalik tentang K. Dia bukannya tak tahu pasal saya dan N, walaupun pada mulanya K cuma tahu yang saya meminati N. Pernah saya tanya K, K cakap, N yang beritahu dia macam tu. Heh, tolonglah. Kenapa mahu memburukkan nama saya? Siapa yang minat siapa? Saya tidak pernah mengeluarkan istilah dia meminati saya. Saya rasa persoalan itu tidak ada kerana kami bermula sebagai kawan, perkenalan melalui sebuah program!.

K pun sama. Dia sendiri cakap dengan saya, selepas tahu yang saya pernah declare dengan N. Kata K, jangan menaruh harapan terhadap N lagi Tak perlu tunggu K memberi nasihat sebab sebelum tu lagi saya sudah berputus asa terhadap N. N sakitkan hati saya. Saya sangat-sangat terkilan. Kecewa.

Kenapa beritahu yang saya minat dia? Kenapa tak beritahu terus yang kami pernah berkawan dan sekarang sudah tidak. Terhenti di tengah jalan tanpa ada penamat kesudahan sebuah cerita. Kalau sudah tidak menyukai saya, kenapa perlu diungkit kisah lampau yang menghiris hati? Dan memalukan diri? Saya, perempuan. Dia, lelaki tak apalah.

Benci. Saya tak mahu membenci orang. Kenapa bertambah orang yang membuli saya? Kenapa? Siapa saya dapat mengadu meluah rasa? Rasa nak menangis saja. Bukan sekadar sedih, tapi bercampur malu.

Kata Muhaimin (walaupun dia tak tahu kenapa dan apa yang K buat) , "kalau K buli lagi lepas ni, buat tak tahu saja". Kata Fazlan, "biarkan saja jangan layan, jangan ambil hati sangat". Kata Waheda, "tak payah layan manusia macam tu".

Sabar. Balik-balik saya yang kena sabar. Sampai bila harus bersabar? Balik-balik saya yang makan hati. Balik-balik saya yang disakiti. Jangan main-main dengan saya, saya taekwondo tali pinggang warna-warni tau tak?!

Sunday, March 01, 2009

khidmat masyarakat @ labu

Hari ini saya dan rakan-rakan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) mengikuti Program Khidmat masyarakat di Labu, Negeri Sembilan semperna Minggu Integriti FSU 2009. Tahun sebelumnya kami ke Rantau, juga Negeri Sembilan.

Saya dan 17 orang ahli kumpulan termasuk Cik Norakila ditempatkan di Kampung Tanjung. Kami kemudiannya dipecahkan lagi kepada tiga kumpulan kecil untuk ke tiga tempat yang berasingan iaitu surau, balai raya dan rumah teres.

Agak unik ya rumah teres pun pergi. Tapi saya dan empat orang lagi, termasuk Cik Norakila mahu menjalankan tugas di balai raya. Tok Ketua lebih mengesyorkan pelajar lelaki ke sana, oleh itu semua lelaki dalam kumpulan saya (lima orang) dan tiga orang perempuan ke sana. Manakala selebihnya lima orang bertugas di surau.

Teringat kata-kata Tok Ketua (Pak Kadir) semasa memberi penerangan tentang rumah teres, katanya rumah teres itu dua tingkat. Bawah tak ada, atasnya sahaja ada orang tinggal. Di sana pelajar yang terlibat boleh melihat awek-awek yang comel, cantik, dan tidak terlepas yang terlajak umurnya. Setelah semua mengambil dan menuju ke tempat masing-masing, kami menerima maklumat sebenar: rumah teres tu adalah kandang kambing. Ha.ha.ha.

Apa-apapun program ini sangat-sangat best dan bertambah menarik =)

*************************************
P/S: Cik Norakila merupakan staf ofis FSU yang menggantikan tempat pensyarah, En. Norman Zaki yang tidak hadir pada hari ini. Nanti baru saya uploadkan gambar.