© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, September 19, 2010

yang tak terungkap

Hari ni pergi openhouse. Tapi taknak cerita tentang tu lagi. Nanti baru cerita dan upload gambar yang berkenaan. Juga tentang openhouse dan beraya di rumah kawan-kawan lama di kampung bandar Sg. Petani. Sebab, saya tak nak menulis hari ni.

Tapi tiba-tiba rasa nak menulis. Sebenarnya tak nak, tapi.. tulis jugak lah sikit. Sebab tiba-tiba sesuatu terlintas dalam pemikiran. Mungkin terkena 'renjatan elektrik' dari entry Cik KhaiZarien tentang 'rasa-rasa' yang pelbagai tuh.. He.he. Ohya, penulisan ini akan meminjam tafsiran dalam entry Cinta.Sayang.Suka.Minat. Boleh merujuk untuk penambahan maklumat.

Kenapa tiba-tiba nak menulis? Mungkin juga sebab ada ber-sms dengan kawan-kawan. Kawan sekolah menengah. Juga kawan di kampus sekarang. Dan dua-dua secara jujurnya adalah lelaki.


Yang kawan sekolah menengah tu.. Erm.. Kenal semasa tingkatan satu dan dua. Kemudian masing-masing berpindah sekolah. Tapi masih contact. Pernah juga sesekali bertemu apabila ada program atau lawatan. Ohya, dia tinggal di KL.

Suka? Mungkin suka. Tapi bukan minat. Sayang? Rasanya.. tak.

Kalau dia terbaca entry ni, mungkin dia akan terasa. Tapi yelah.. Pernah juga sewaktu dahulu dia ada 'berbasa-basi' tentang 'itu', tapi saya anggap dia bergurau. Sebab saya tak ada rasa yang 'itu'. Kalau tersilap gaya, mungkin dia berkecil hati. Tapi sekarang ok je, dah lama takde 'berbasa-basi' tentang 'itu'. Saya pun senang berkawan macam ni.

Yang kawan sekampus tu pulak.. Kawan sekelas sejak tahun satu, sem satu dulu. Masa mula-mula masuk USIM. Kemudian sesekali berlainan kelas dan sekarang sama balik. Dulu-dulu selalu juga sms. Tetang apa tak perlu cerita kot..he.he.

Lepas tu dah jarang. Dia banyak berubah. Bukan berubah tak baik. Berubah jadi lebih baik. Saya sangat respek. Tapi dia tidak melupakan saya. Masih bertegur sapa. Sesekali ada juga ber-sms walaupun tidak kerap. Kalau orang tanya siapa lelaki yang baik (akhlaknya), maka saya tak akan teragak-agak untuk menamakan dia.

Dia juga sama seperti saya. Ada juga sesekali 'khabar angin' yang tak enak tentang kami. Dia dengan kisahnya. Saya dengan kisah saya. Tapi kami tak pernah 'dimasukkan' di dalam satu kisah yang sama. Saya tahu tentang kisahnya, dan dia tahu tentang kisah saya. Tapi tak ramai yang tahu tentang apa yang kami tahu. Ada sesiapa kisah? Tentu tak ada, kan. Hu.hu..

Dia baik. Kawan yang baik. Terlalu baik. Pernah ada orang yang membuka cerita atau bertanya kepada saya tentang 'khabar angin' tentang dia. Pantas saya melarang dia meneruskan persepsi yang 'ditanam' oleh pembawa 'khabar angin'. Bahawa kawan saya itu bukan sedemikian dan saya tidak sesekali akan rela jika ada sesiapa yang mengatakan dia adalah begitu dan begitu. Mengapa? Sebab dia kawan saya dan saya kenal dia.

Suka? Ya. Minat? Minat juga. Sebab dia baik. Bagus. Sopan. Sayang?

Tapi kenapa saya rasa saya tak ada perasaan istimewa terhadap dia ya? Saya suka (istilah sebenar ialah sayang) orang lain. Tapi orang tu tak adalah saya minat pun. Confirm saya tak minat dia. Tapi suka, dan 'sikit-sikit' sayang. Tapi orang lain tu tak adalah suka (sekali lagi, perkataan yang nak disampaikan ialah sayang) dekat saya pun.

Pelik kan. Tapi begitulah hidup. Kita suka orang yang tak suka kita. Kita tak suka orang yang suka kita. Kalau saya pulak; saya suka orang, orang tak suka saya. Saya tak suka orang, orang pun tak suka saya. Ha.ha.. :))

Kita mungkin mudah membezakan antara suka dan minat. Minat dan sayang. Tapi kadang-kadang kita mungkin tersalah mentafsir sayang sebagai cinta. Walhal sayang itu bukan cinta. Namun ia tak mustahil bisa berubah menjadi cinta.

Oh? Saya benar-benar bercakap tentang 'rasa-rasa' yang ada lah! Ha.ha.

Adios.

Thursday, September 16, 2010

magical of MAGIKA

~ a film review ~



Saya tertarik dengan Filem Magika terbitan KRU Studios. Sebelum ini, semasa melihat video klip lagu Penyembuh Rindu (Mawi feat Diana Danielle) beberapa bulan dahulu menerusi Youtube juga sudah membuat saya tertarik kepada jalan cerita filem berkenaan.



Saya ada melewati laman FB Diana Danielle, di situ banyak saya memperoleh informasi tentang filem Magika ini. Filem ini arahan Edry KRU yang pertama (seperti jawapan Edry dalam temubual ASTRO).



Filem ini sangat menarik bagi saya kerana melibatkan banyak cerita di dalam satu cerita. seperti yang dimaklumkan, kisah-kisah dongeng/lagenda Melayu dimuatkan dalam Magika. Antaranya ialah Mahsuri (Varnida Imran), Nenek Kebayan (Ziana Zain), Puteri Gunung Ledang (Ning Baizura), Pak Pandir (Aznil Nawawi) & Mak Andeh (Raja Azura), Badang (Mawi), Bawang Putih (Syarifah Amani) & Bawang Merah (Syarifah Aleeya), Puteri Bunian (Maya Karin), Hang Tuah (Apek) dan ramai lagi.

P2270598

Hampir semua barisan pelakon dalam filem ini merupakan pelakon yang tidak asing lagi dan sudah berjaya menempah nama dalam dunia perfileman atau lakonan. Apa yang lebih menarik, semasa skrip filem ini sedang ditulis, Edry KRU sudahpun membayangkan siapa yang bakal memegang watak-watak dalam Magika. Hampir 90% daripada pelakon Magika merupakan apa yang terlintas dalam pemikiran Edry.



Magika mengisahkan tentang dua beradik iaitu Fimie Don (Hikayat Putera Shazlan) sebagai Malik dan Diana Danielle sebagai Ayu (Kakak Malik) yang tersesat memasuki alam magika.. Di alam aneh inilah mereka bertemu dengan watak-watak dongeng Melayu seperti yang disebut di atas dan juga yang tak tersebut.. :)



Sungguhpun saya sangat mengagumi filem yang dijangkakan "Box Office" ini dan teruja untuk menontonnya walaupun bukan dalam panggung wayang, namun setelah saya amat-amati, kisah ini tidak lain tidak, hampir serupa dengan kisah Alice in the Wonderland, yang mana Alice juga tersesat ke dalam dunia 'magic' dan bertemu dengan beberapa watak dongeng Barat....



Walaubagaimanapun, saya tetap ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada KRU Studios terutamanya Edry sendiri atas usaha dan berjaya menerbitkan filem Magica. And good luck guys!

Sumber1: Diana Danielle
Sumber2:
Aznil Nawawi
Sumber3:
Fimie Don

Wednesday, September 15, 2010

cerita air soya

Tadi tengahari bertolak ke Seremban. Oh..akhirnya kembali ke dunia kampus, barulah terasa cuti itu sudah berakhir. Baru jugaklah teringat kerja + tesis + exam yang perlu dijawab tak lama lagi.

Kalau duk kat umah (kampung) tu, memang takdenye nak ingat semua ni.. He.he.. Almaklumlah, saya ni kalau namanya 'cuti', semua cuti.. Terutama study. Yang lain ble plak tak cuti ek, macam blogging, fb-ing.. he.he..

Ohya.. Sesudah sampai di Seremban, seperti biasa naik KTM ke Nilai. Sampai Nilai, singgah Mydin beli barang sikit dan air kotak soya seasons yang kecil je, RM1.00 kot harganya. Dahaga betul. Cari teksi, ada. Bolehlah minum sambil-sambil pakcik teksi hantar ke Sutera Indah.



Dah masuk dalam teksi, apa lagi, carilah air yang beli tadi nak minum. Pusing depan belakang kotak, cari straw,.. Rupanya tak ada straw!! :( Tak boleh minum jugak.. Isqh.. Sob3. Sampai rumah kat Sutera Indah, cepat2 tuang air dalam gelas, baru minum. Kesian tak? He.he.

Tuesday, September 14, 2010

sampainya hatimu

Broken Heart Myspace Comments

sampai hati awak..

saya cakap awak buat tak tahu

saya panggil awak buat tak dengar

saya tengok awak buat 'dek',,


saya senyum awak tak balas

saya tegur awak tak layan

saya buat lawak awak tak gelak


saya ada awak buat macam tak ada

awak memang sampai hati.. .

Ways_to_Heal_A_Broken_Heart_by_flav.jpg broken heart picture by Lucynka55


...
...............

..................

dah tido rupanya

patotlah,,,

he.he.he

Saturday, September 11, 2010

dihari raya..

~ dihari raya terkenang daku kepada ......... ~

Raya, merangkap cuti kali ini kurang terasa meriah, kerana anak-anak saudara saya tidak pulang ke kampung di sini, Sungai Petani, Kedah... Yang di Sabah, beraya di sana. Yang satu lagi, beraya kampung sebelah Terengganu.. Ohh..

Di Sabah.. Aisyah (6 tahun) dan Amirah (3 tahun).

Tak ada
Amirah.. tak adalah yang selalu nak suruh saya dukung, bawak jalan-jalan, 'lari' (dia didukung, kita yang bawak dia lari!), men masak-masak, kira duit (walaupun kiraannya satu-dua-empat dan sepuluh sahaja :P).. Yang nak duduk diribaan saya seperti kakaknya Aisyah. Hu..

Tak ada
Aisyah.. tak ada lah yang selalu masuk bilik saya cari saya, main hp saya, tengok cerita karton dekat laptop saya, yang bercerita macam-macam (termasuk yang tak berapa nak paham), yang nak main 'sam mekanik' dengan saya...

Di Terengganu.. Hafeez (9 tahun) dan Haikal (5 tahun).

Tak ada
Hafeez.. tak ada lah yang nak tarik tangan saya pergi sana sini, masuk bilik saya, men hp saya, tengok cerita dalam laptop (macam Aisyah).. Paling ketara, tak ada lah yang nak suruh saya buat ais kerim milo, bancuh air, bla3...

Tak ada
Haikal.. tak ada lah yang nak jeles kalau saya buat origami, atau layan abangnya, Hafeez lebih...

Haikal Farihin, Aisyah Nabilah, Hafeez Hakimi & Amirah Najihah.

Wednesday, September 08, 2010

lakukanlah semasa beraya

Ada beberapa perkara yang sunat dilakukan semasa menyambut ketibaan hari raya AidilFitri, antaranya ialah:



1- Hidupkan malam raya
Pada malam di mana ramai insan yang mungkin terleka dengan persiapan berhari raya, adalah mulia sesiapa yang bangun dan berqiamullail, menunaikan solat sunat dan seumpamanya. Nescaya Allah Taala tidak akan mematikan hatinya sewaktu hati manusia yang lainnya mati.

2- Bertakbir
Bertakbir, bertahmid, bertahlil, berzikir semuanya digalakkan. Alunan takbir bagi AidilFitri adalah bermula selepas Maghrib hari ini (jika esok adalah raya) sehingga selesai solat sunat AidilFitri. Manakala bagi AidilAdha pula juga bermula selepas Maghrib sehari sebelum raya, namun berakhir selepas 3 hari.

3- Mandi dan berwangi-wangian.
Pada awal pagi hari raya, dituntut mandi sambil berniat mandi sunat hari raya. Kemudiannya memakai pakaian yang baru. Namun jika tiada, memadailah kiranya memakai pakaian yang bersih, menutup aurat dan sesuai. Jangan pakai baju bola pulak! :P. Disunatkan juga berwangi-wangian yang tidak melampau. Namun pastikan tak ada yang akan pengsan dengan bau tersebut. :D

4- Menjamah makanan dipagi raya
Biasanya pada hari-hari di dalam bulan Ramadhan, kita tidak bersarapan. Oleh itu pada pagi raya, sebelum menunaikan solat sunat hari raya, eloklah kiranya menjamah sedikit sebanyak juadah sebagai mengalas perut, atau cukup sebagai syarat yang menunjukkan bahawa kita tidak berpuasa pada hari ini.

5- Sunat melewatkan solat raya
Solat sunat AidilFitri kebiasaannya lebih lewat berbanding solat sunat AidilAdha. Contoh, AidilFitri 8.30 pagi. AidilAdha 8.30 pagi. Hikmahnya, pada pagi AidilFitri, masih ada ruang dan kesempatan bagi mereka2 yang belum menunaikan ibadah zakat. Hukum zakat selepas solat raya adalah haram makhruh. Bagi AidilAdha pula, diawalkan kerana selepas itu, kita mempunyai ibadah khusus yang lain, iaitu menyembelih tujuan korban.



6- Bersalam-salaman
Jika seorang isteri bersalaman dengan suaminya, nescaya akan terhapus segala dosanya sebanyak jari-jemari yang ada. Begitulah digambarkan kelebihan bersalaman antara manusia. Namun harus diingat, bersalam dengan yang mahram (haram dikahwini seperti adik beradik) sahaja. Yang bukan mahram? tak boleh, tak boleh!..

Demikian, perkara-perkara yang sunat dilakukan tatkala meraikan lebaran yang mulia. Petikan kuliah Ramadhan yang disampaikan oleh... tak sempat dengar nama ustaz tuuu :(( yang disiarkan di Mutiara.Fm pada hari ini 08/09/10 pada jam 2.30 petang. Diambil dan digabungkan daripada beberapa hadith Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam.


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua yang mengenali saya dari tadika, sekolah, universiti, program dan lain-lain medium persahabatan, teristimewa buat rakan-rakan blogger atau narablog yang berkunjung ke sini,, :)

Selamat Beraya!.

Tuesday, September 07, 2010

bila nak raya

~ Bukan pertanyaan bilakan raya menjelma.. Tapi sekadar meniru gaya lagu Spider: "Bila Nak Saksi" ~

Pejam celik, pejam celik,. dah 28 hari kita berpuasa. Hampir sebulan sudah. Kedatangan syawal semakin terasa. Iya lah, masa awal-awal Ramadhan dulu, surau, masjid,, penuh sesak. Tapi confirm akan lagi sesak semasa solat hari raya. Dah akhir-akhir ni, makin susut, makin surut.

Teringat tazkirah ringkas yang disampaikan oleh seorang ustaz selepas solat Tarawikh.. Seharusnya jumlah yang hadir ke masjid dan surau2 tetap maintain seperti di awal Ramadhan. Kan ke 10 Ramadhan yang terakhir itu ada Lailatul Qadar? Tapi mungkin juga 'mereka' pulang ke kampung dan mengimarahkan masjid/surau di sana. Insya-Allah.

Jangkaan, hari raya hari Jumaat ni. Dalam taqwim, kalendar semua tulis cetak begitu. Jumaat 1 Syawal. Tapi ada ura-ura kononnya hari Khamis. Maknanya puasa cuma 29 hari. Kalau benar raya hari Khamis, maknanya esok last puasa lah kan?? Malam ni last tarawikh.

Oh??
:)



Esok, Rabu, tengok anak bulan. Dah lahir ke belum? Lepas tu dalam jam 8.00pm, mengadap tv, tengok Penyimpan Mohor2 Besar Majlis Raja2 mengumumkan tarikh hari raya. Penyimpan mohor ni paling glamer time nih,, time umum Ramadhan dengan isytihar Syawal :D



Bila nak raya ya??
he.he
;-)

Monday, September 06, 2010

mekar hari raya

~ mood hari raya :) :) ~

Rindu dan sepiku bermusim di rantauan
Kini syawal kembali tengah halaman
Fajarnya menghimpun saudara tercinta
Dan wajah ceria ayah dan bonda

C/O 1
Dalam suci lebaran
ku rindukan sinar dan harapan
Anak kecil berlari
Jangan sampai hanyut tak bertali

C/O 2
Miskin kaya tua muda bermaafan
Di bawah sayunya gema takbir hari raya
Senyum tawa sanak saudara
Mewanginya bunga rasa
Kusyukuri nikmat Tuhan Maha Esa

Sekuntum lebaran mekar di sukmaku
Kupetik harumnya di Hari Raya

(Ulang C/O 1 & C/O 2)

Miskin kaya tua muda bermaafan
Di bawah sayunya gema takbir hari raya
Senyum tawa sanak saudara
Mewanginya bunga rasa
Kuhulurkan tangan seikhlasnya
Pohon diampunkan dosa
Salah dan silapku pada semua

(Ulang C/O 1)

Mulianya Hari Raya
Di desa tercinta
Menggamit ku berdoa
Syukur padaNya
Sekuntum lebaran mekar di sukmaku
Kupetik harumnya di Hari Raya

Singer: Siti Nurhaliza
Source: LirikLaguMuzik

iklan kontroversi

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah pihak yang patut dipersalahkan dalam kontroversi penyiaran iklan sempena Hari Raya tahun ini oleh TV3, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.









"Pada 12 Disember 2005, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu Dewan Negara bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama rapat dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk memastikan kesemua bahan siaran ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan di TV swasta negara ini," kata beliau.

Dari jawapan Shaziman itu, kata Mahfuz, jelaslah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah pihak yang patut dipersalahkan kerana pengakuan telah dibuat di dalam Dewan Negara bahawa kesemua bahan siaran ditapis terlebih dahulu oleh SKMM dan LPF sebelum disiarkan oleh TV swasta negara ini.

Sambil berterima kasih kepada umat Islam yang membantah iklan penuh kontroversi itu, beliau menyifatkan perkara itu mungkin berlaku kerana sikap keterlaluan yang amat jelas diperlihatkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam memantau apa sahaja bahan dalam Internet yang tidak disenangi oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kerana sikapnya yang amat jelas memperlihatkan beliau sibuk sangat hendak menjadi polis di dalam Internet, Rais ternyata tidak melakukan pemantauan yang sepatutnya terhadap iklan yang dengan jelas membangkitkan kemarahan umat Islam itu walaupun TV3 menayangkannya berkali-kali sejak Khamis lalu.

"Jika Rais sendiri pernah menonton iklan itu, mungkin sensitivitinya sudah terlalu tumpul sehingga kita tidak mendengar sebarang bantahan atau tindakan darinya dan TV3 ternyata mengambil inisiatif sendiri untuk menghentikan penyiaran iklan itu.

"Maklumlah, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad adalah syarikat-syarikat berkaitan Umno atau Umno linked companies dan Rais mungkin tidak ada hasrat langsung untuk melakukan pemantauan secara on air terhadap bahan-bahan yang disiarkan oleh media yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil membangkitkan jawapan Shaziman di Dewan Negara itu turut menyatakan bahawa pemantauan siaran TV dan radio swasta juga dilaksanakan oleh SKMM melalui pemantauan secara on air.

Tetapi, kata Mahfuz, jika iklan sedemikian disiarkan oleh media-media alternatif di dalam Internet, Rais dan Umno pasti akan histeria serta merta.

"Apa yang berlaku itu jelas membuktikan bahawa para pemimpin Umno menilai sesuatu perkara itu dari sudut kepentingan politik mereka.

"Kalau orang lain melakukan sesuatu yang tidak mereka senangi, mereka akan histeria serta merta dan jika diberikan penjelasan yang bersumberkan nas dan sirah Rasulullah sekalipun, mereka akan beria-ia pula memutar kata-kata untuk menegakkan benang basah.

"Tetapi kalau kroni mereka yang melakukan perkara yang dibantah dengan meluas oleh umat Islam, tidak ada langsung sebarang laporan mengenai bantahan dari para pemimpin Umno jauh lagi sebarang tindakan," katanya sambil menuntut siasatan dibuat terhadap penyiaran iklan itu.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena Hari Raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer atau computer generated imaging (CGI).

Bagaimanapun, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan memberitahu, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam Sabtu lalu selepas lima kali disiarkan.

TV3 juga memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan itu.

Sumber: Harakahdaily

Friday, September 03, 2010

masjid oh masjid

Ini merupakan entry kedua untuk hari ni. Selepas membaca karya nukilan CikLi kita tu; saling mendoakan antara Muslim dan kafir. Muslim di masjid, dan kafir di rumah ibadatnya sendiri.

Berbicara tentang masjid, rasa nak post juga tentang isu yang berkait dengan masjid ni.


Baru sahaja negara kecoh dengan isu mendoakan orang bukan Islam (dari DAP) di dalam khutbah jumaat di Pulau Pinang. Kemudian ada jawapan lama yang ditemui, namun boleh dipakai untuk 'menjawab' isu tersebut. Apa jawapannya? Doa dalam khutbah tak boleh, doa solat hajat dan bacaan yasin untuk bukan Islam boleh pulak yer,,??

Lepas tu, sekarang ni, kecoh lagi.. masih tentang masjid. Dan masih di negeri Pulau Pinang yang dahulunya merupakan kawasan jajahan Kedah. Kali ni tentang memberi ceramah (atau apa2 istilah yang selayaknya) di dalam surau dan masjid. Juga dari DAP. Tapi boleh yang bukan Islam masuk masjid dari MCA?

Mushkil betul dengan isu-isu kat atas ni. Tambah-tambah isu yang pertama tu. Saya meminjam kata-kata guru saya; Kecoh masuk masjid tak pakai tudung.

Berapa ramai yang 'bernama' Islam masuk masjid tak pakai tudung? Atau yang langsung tak masuk masjid (tak solat), yang tak pakai tudung, tak kacau pula? Walhal ini yang lebih utama. Termasuklah yang tak puasa, tak menutup aurat.

Aduhai,,,

kampung v bandar

Malam ni balik kampung yang bernama Bandar Sungai Petani.

Cuti lebih kurang dua minggu.

Yang tak bestnya ialah lepas raya, test mid untuk sume subjek. Sebelum raya atau puasa, tak ada lagi. Melainkan presentation.

Tadi pagi baru lepas present individu. Tentang zaman Abbasiyah, empayar kedua Islam.

Oh Oh..
Esaimen...
Tesis jugaaa...
Lepas raya kene hantar Chapter 3,,,..

HuuuUUU..

Malam ni last berbuka dengan kawan-kawan satu rumah. Juga last berpuasa di USIM..,,,..

Thursday, September 02, 2010

wanita yang 6

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah :
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah :
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah :
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.



5. Wanita Basaqah :
ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah :
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Sumber: TokWan@FB

Tuesday, August 31, 2010

susah ke nak memaafkan?

Mudah memohon maaf, juga mudah melafazkan kata-kata maaf. Tapi apakah benar-benar tulus dari hati? Memaafkan apakah bererti melupakan?



Semalam saya ada berbual dengan seorang teman..

Saya: Berdosa tak kalau tak nak maafkan orang?
Teman: Jangan. Tak baik. Nabi pun maafkan umat.
Saya: Betul ke orang kata kalau memafkan maksudnya melupakan?
Teman: Tak semestinya kita ingat maknanya kita tak memaafkan.
Saya: Sebenarnya bukan tak boleh nak memaafkan.
Cuma kadang-kadang mengambil masa yang lama.

Teman: Betul. Perlukan satu tempoh untuk memaafkan seseorang.

Hurm.. Memang tak mustahil untuk memaafkan seseorang. Malah jika orang itu meminta maaf, pastinya diberi. Namun tiada ucapan maaf diterima, apa perlu memaafkan? Opss.. bertenang. Sabar.

Sama ada orang itu meminta maaf atau tidak, tetap perlu memaafkan. Biarlah tempoh yang diambil lama.. 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun?

Saya masih ingat budak2 perempuan masa zaman sekolah saya dulu,.. apa yang mereka katakan kepada saya, apa yang mereka lakukan kepada saya.. 2002? 2003? Semuanya masih segar dalam ingatan.

Setiap kali nak buat re-union, saya selalu mengelak untuk turut serta. Kenapa? Kerana hati masih terluka. Itu zaman kecil, zaman anak-anak yang ditindas, dilakukan sesuka hati. Saya juga punya perasaan. Apa saya tak layak mempunyai perasaan?

Cuma yang tidak ada kaitan dengan 'mereka' itu sahaja saya masih berhubung, berbicara, bertemu dan bermesra...

Sehinggalah awal tahun ini, saya bertemu dengan beberapa orang dari 'mereka' di dalam majlis seorang teman. Lalu saya melayan mereka seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tidak berpura-pura.

Kemudiannya saya sedar, mungkin saya sudah memafkan 'mereka'. Ya. Mungkin.

Tak mustahil untuk memaafkan. Dan tak semestinya jika tidak melupakan kesalahan orang itu bererti kita tak memaafkan.

Sunday, August 29, 2010

sudah 19 hari

Sedar tak sedar, sudah 19 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk berpuasa.

10 yang pertama itu rahmat dan keberkatan
10 yang kedua itu maghfirah keampunan
10 yang terakhir itu pelepasan dari azab api neraka.



Bagaimana dengan tadarus al-Quran? Sudah khatamkah?


Bagaimana dengan solat sunat tarawikh dan witir? Ada yang tertinggalkah?

Bagaimana dengan puasa?

Bagaimana dengan solat?

Bagaimana dengan ibadah2 yang lain?


Chong Wei kecundang?

RAMAI pasti kecewa menyaksikan kekalahan pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei kelmarin.

Datuk Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei

Apa sebenarnya punca kekalahan pemain nombor satu dunia itu yang juga pilihan utama Kejohanan Badminton Dunia edisi ke-18 di Paris? Jurulatihnya Datuk Misbun Sidek ada jawapannya.


“Dia sebenarnya sudah mengadu sakit di bahagian bawah tulang belakang selepas perlawanan menentang Rajiv (Ouseph) pada pusingan ketiga. Ketika perlawanan, dia berkata ada bunyi ‘krek’ di bahagian belakangnya apabila dia cuba membalas satu hantaran bola tinggi.


“Bahagian itu membengkak, selepas perlawanan kami melihat keadaannya dan malam tadi (malam sebelum pertemuan suku akhir) dia susah nak tidur, terpaksa meniarap sepanjang malam kerana kesakitan.


“Kami membuat sedikit urutan di tempat yang sakit itu, membuat sedikit bekam dan dia makan ubat penahan sakit beberapa jam sebelum perlawanan, namun ia tidak dapat membantu dan dia tidak dapat pulih sepenuhnya.

“Jika anda lihat, Taufik sudah nampak keadaannya dan menggunakan peluang itu dengan sering menghantar bola ke belakang terutama pada set terakhir. Chong Wei hanya mahu menghabiskan perlawanan, tiada usaha langsung, dia hilang senjata utamanya iaitu ‘explosive’ sepanjang perlawanan, dia tak dapat mengekalkan rentak permainan set kedua hingga ke akhirnya.


“Reaksinya dia amat sedih, namun dia sudah mencuba sedaya upaya cuma dia tidak bernasib baik kali ini.” Misbun tidak dapat membayangkan berapa lama Chong Wei perlu berehat berikutan kecederaan itu, kecederaan yang hampir sama dialami dua pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro (yang menarik diri sebelum kejohanan) dan Simon Santoso (menarik diri selepas melepasi pusingan pertama).


“Kami akan tengok selepas balik ke Malaysia nanti dan lihat perkembangannya. Kami belum tahu keadaan sebenarnya. Kita ada Sukan Komanwel dan Sukan Asia selepas ini, dua kejohanan yang penting buat kontinjen negara,” kata Misbun.


Chong Wei, yang menjadi sandaran utama skuad badminton negara bagi menamatkan kemarau kejuaraan pada Kejohanan Dunia, gagal bermain seperti kebiasaannya dan kecundang 15-21, 21-11, 12-21 kepada Taufik, juara 2005, pada suku akhir kelmarin.


Ditanya bila Misbun mampu melahirkan juara dunia, bekas jaguh negara itu tenang menjawabnya.


“Kejohanan Dunia diadakan setiap tahun, saya masih mengintai peluang itu. Namun sebelum itu, kita akan berdepan dengan Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Kami akan berdepan dengannya, ia akan datang juga satu hari nanti. Tugas saya hanyalah untuk melahirkan pemain bergelar juara,” katanya.

Daripada HAMDAN SAAID di Paris / ahamdan@hmetro.com.my

Friday, August 27, 2010

fakta Ramadhan

~bulan Ramadhan bukan bulan puasa!~

Apa pandangan kalian jika dikatakan Ramadhan itu bukan bulan puasa? Habis tu selama ni kita buat apa dalam bulan Ramadhan kalau bukan puasa? Atau sebenarnya tersalah bulan? Biar betul??!



Ahhaa.. bertenang,,. Biar saya jelaskan pernyataan di atas. Benar, Ramadhan bukan bulan puasa. Dalam bulan Ramadhan kita berpuasa, namun bulan Ramadhan itu sendiri bukanlah bulan puasa.

Ini kerana dalam bulan yang mulia ini ibadat selain puasa juga digalakkan amalan lain seperti berzikir, membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya. Kerana itu bulan Ramadhan bukanlah bulan puasa semata-mata...

Jadi.. Bulan apa sekarang...,,????

B) B) B)


Thursday, August 26, 2010

khutbah kontroversi VIII

~ Harussani - Hukum Doakan Kesejahteraan Bukan Islam ~

Mufti Perak, Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.

“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam. – berita hairan.



Nota: Kalau bacakan yasin dan buat solat hajat untuk keling yang ini harus ke? Kalau PR buat semuanya haram. Kalau BN buat semuanya harus... Yer la kan.. kalau dah nama pun "Harus Sana Sini"... tukar jer nama "haram sana sini" kan lagi baik.

Sumber: bujang susah yang tak susah

Wednesday, August 25, 2010

mari mengeja

Satu:



1) Sambutan dieja Sabutan
2) Ramadhan dieja Ramadzan
3) Al Mubarak dieja Al Murabak (nasib baik tak dieja Murtabak)

Dua:



1) Ahlan Wasahlam? Ahlan Wasahlan lah,,.
2) Ramadahan??! Rama? Dahan? Apa la pulak? Ramadhan,,,

link 1: bujangsusah
link 2: bujangsusah jugak

Tuesday, August 24, 2010

700 (tujuh ratus)

~yang lebih mahal dari RM, ¥, €, Kč, FJ, ฿ atau selainnya~

Teringat satu hadis dari Rasulullah yang bermaksud: "Tidak aku katakan alif, lam, mim itu satu huruf. Akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. Dan pada setiap satunya itu 10 ganjaran pahala..."

Begitulah gambaran betapa besarnya pahala yang diberikan kepada manusia apabila membaca al-Quran. Untuk setiap huruf itu 10 pahala. Kalau untuk setiap helaian pula? Tentu tak terhitung betapa banyaknya pahala yang tercatat. Hanya kita tidak nampak ganjaran itu...


Semalam, Ustaz Hasanul Basri dalam kelasnya mengkhabarkan.. "Di dalam bulan Ramadhan, ganjaran bagi membaca al-Quran itu 70 kali ganda". Maknanya kalau sebelum ni, satu huruf = 10. Bulan puasa ni darab pula dengan 70.

JOM KIRA..
1 huruf = 10
bulan Ramadhan = X70
1 X 10 X 70 = 700!!



Waah banyak tuh..!!! Nilaian ini tentunya takkan setanding dengan matawang2 yang ada di dunia. Sama-samalah kita mengimarahkan bulan Ramdhan ini dengan membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Semoga pahala di bulan ini mampu menjadi 'tiket' membawa kita ke pintu Syurga. Ameen.. Insya-Allah.

link: senarai matawang dunia
link: gambar2 al-Quran

Sunday, August 22, 2010

tesis lagi


Setelah satu hari posting 'berat2'.. hari ni baru dapat post yang ringan2 :)

Kali ni nak cerita pasal tesis.. lagi2 tesis.. huu.. Chapter dua 99% sudah ciap.. pasni tengok2, pastu print.. esok submit dekat supervisor.. lepas tu insya-Allah proceed chapter tiga pula..

Moga2 dipermudahkan segala urusan.. ameen,,.. (",)