© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, June 26, 2006

balik kampung

Pagi, pegi klinik.. pastu singgah beli barang-barang sikit dekat pasar raya. Rasanya, banyak lagi yang perlu dibeli.

Petang, balik kampung di Jitra. Sebelum tu, ana dapat mesej daripada khadijah, katanya maksu (ibu faradila) berada di wad. Ana telefon faradila, katanya dah dua hari di wad. Dua? Maknanya jumaat yang lalu? Hari ana lawat haris kah?

+bila mak masuk wad?
-kelmarin dulu.. tau mana?
+mak orang, taula..
-lupaa.. hehe
+awat tak habaq awai-awai?
-kami terlupa, tak ingat apa langsung..

begitulah diantara perbualan ana dan sahabat ana, faradila.

Ana ingat nak lawat maksu. Tapi, ana batalkan hasrat ana tu. Mungkin esok, insya-Allah. Ana tanya abah, bila nak balik dari kampung, esok petang jawabnya..nampaknya ana masih tidak berpeluang untuk melawat maksu..ibu sahabat ana, ibu ana jua.. “Mak..”
Ana rindu.. entah kenapa, hati ana ingin ingin yang teramat sangat untuk menziarahi maksu. Kenapa?

Tidur di rumah tok. Masih ingatkan maksu..haris, hafiz.. ana doakan kalian cepat sembuh.

No comments: