© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, June 27, 2006

seketika cuma

Beberapa hari sahaja lagi ana akan berangkat ke negeri sembilan. Jumaat ni, ke kl, tidur di rumah abang, pagi sabtu, bertolak ke nilai, seremban. Hari ni isnin, esok selasa..rabu..
Ah..terasa begitu pantas pula masa berlalu.

Ya Allah, aku terasa gerun untuk itu. Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku. Tabahkan hatiku ini. Ya Allah sesungguhnya aku jua ingin seperti sahabat-sahabatkuku, punya hubungan yang baik sesama ahli. Berikan aku dorongan dan sokongan, bukan lagi ejekan dan mengecil-ngecilkan diriku ini. Ya Allah.. derita ini amat menyiksakan jiwaku. Inikah kifarat dari-Mu? Jika benar, aku redha.. namun, mengapa hati kecilku sering meronta-ronta?

Petang, masih di jitra, kemudiannya ke alor setar. Malam, baru pulang ke rumah. Hospital? Nampaknya ana masih belum berpeluang untuk ke sana.

Ada beberapa dokumen untuk ke kuim yang masih belum ana isi. Boring omr juga sedikit lagi perlu ana lengkapkan.

Malam, ingin mengedit web, mungkin ada benda-benda yang perlu ana ubah. Hanya blog akan terus bertambah, posting. Web akan kekal. Sebelum ini ana buat macam blog.. ish, mana la sesuai. Tapi.. nampaknya line pula tidak mengizinkan.

No comments: