jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Sunday, December 31, 2006
lamunan terhenti
Ana berfikir sejenak selepas mendapat sesi 'motivasi' dan 'kauseling' secara percuma dari seorang sahabat yang.. ana kira pastinya dia seorang yang bagus dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. "kita pejuang, bukan penjiwang" Kata-kata keramat itu menyedarkan ana dari igauan mimpi yang panjang. Benar, ana telah tersesat arah dalam kegelapan hidup dan cahaya itu mula menjelma.
Apa perlu dikejar cinta insan yang belum tentu berbalas, sedangkan cinta Tuhan sudah pasti akan terbalas.
Ya Allah, aku benar-benar telah berdosa pada diriku, pada-Mu ya Allah. Ana hanyut dan lalai daripada perjuangan yang cuba ana ikuti, cuba ana tegakkan. Lalu, ana akan cuba mengikut arah cahaya itu walau kegelapan yang bertamu seakan sukar dikikis. Terima kasih kerana membuatkan ana tersedar ana telah lalai selama ini.
Semoga, episod rindu yang lalu akan hilang bersama terbangnya debu bersama angin yang lalu. Sahabat itu..suatu anugerah istimewa. Terima kasih kerana sudi menghulurkan 'tangan' buat ana yang pernah tersungkur.. Dan lamunan yang terhenti itu, biarkan ianya berakhir.
Anugerah Istimewa
Yang ku cari-cari
dalam kesamaran hidup
berbelenggu dosa dan noda
akhirnya telah ku temui
sinar cahaya
arah tujuan yang pasti
terima kasih Tuhan
kerana anugerah istimewa
yang tak tenilai harganya
menunjukkan aku jalan-Mu
menyedarkan aku dari kesilapan
kealpaan dan kehidupan yang sia-sia
jiwa yang kelabu
anugerah yang terlalu istimewa
memimpin aku kembali
menjejaki cinta-Mu
menggapai kasih yang pasti
anugerah itu
anugerah terlalu istimewa
itulah seorang sahabat.....
Saturday, December 30, 2006
salam aidil adha 1427
Esok, hari raya Aidil Adha.. xdapat pun kad raya nya.. ;( hehe.. Raya Haji kata orang agak kurang kemeriahannya, kata orang..puteri tak kata apa-apa.. Tapi mungkin jugak, puteri menerima pendapat sedemikian. Ye la, lagipun cuti untuk raya haji sikit berbanding raya puasa.. kan?
Namun walau bagaimanapun puteri tetap 'mengirimkan' kad raya dari puteri buat sahabat-sahabat dan kenalan puteri kat sini.. (Tapi cincai je puteri buat..sekali xdapat nak uploadkn lak kt sini..nape ye? dahsyat sangat kot kad puteri sampai blog xsudi nak accept, hehehe)
Walau apa pun, dikesempatan ini, puteri ingin mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua yang mengenali puteri, terutama teman-teman blog puteri, sahabat-sahabat di NC, MFC, DA dan lain-lain forum dan tempat berkenalan dengan puteri serta, semua pengunjung blog puteri ni..
( especially mama n papa, selamat hari raya dari baby :D )
Teristimewa buat mak, abah, abang (majalahnya tetap xada..;( sedey...) n kak nor, kak nun n abg sham, kak yah, abg azim dan kak not. Abg2 Mestica, Wildan, Far-East, Firdaus, AMAR dan semua munsyid di Malaysia, sahabat baik puteri Laila, Amirah, Farhanna, juga Faradila, Azila, Fikri, Muaz (tiba-tiba teringat), abg Azrin (abg angkat :D), Farhan (adik angkat lak..hoho), Alan, Taufiq, Ridhuan, Zaid, Adibah, Adilah M (puteri je guna gelaran ni dkt dia), Mc'D, Fiqah, housemate yang dirindui Huda, Dalila, Fifi, Kak Auni dan Ainah..
Tidak ketinggalan sahabat seperjuangan puteri, junior dan senior dari SRAZ, SRI ABIM, SMIB, SMATAN, MMKM dan KUIM.. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin, halalkan makan minum..
*****
Mmmm.. halalkan tiket ktm dulu jgk. Terima kasih dan maafkan sy ye..
Friday, December 29, 2006
hati kian terluka
Maaf kerana aku menuliskan tentang perasaan aku di sini. Sememangnya 'ini' tempat aku meluahkan perasaan sebenarnya. Cuma sebelum ini, aku menggunakan istilah 'ana' or 'puteri'. Tapi kali ni aku tak mampu untuk berbuat demikian. Aku ingin hatiku rasa puas. Ya, aku dan aku. Aku juga manusia biasa, punya hati, punya perasaan.
Cuma mungkin apa yang ada padaku tidak sesempurna manusia yang lain. Tapi itu bukan penghalang untuk hatiku berbicara. Namun, aku terkilan jika kekuranganku ini dijadikan penyebab aku dilupakan, aku dijauhi, aku ditolak ke tepi, aku dibenci, aku dilukai. Aku ingin menulis nama dia di sini, tapi aku tak sanggup kerana, aku tak ingin dia.....dia masih kawan aku, cuma ku yang belum tentu lagi dianggapnya kawan atau tidak.
Aku dah tak tahu apa yang perlu aku lakukan agar aku lupakan dia. Aku dah cuba mengelak daripada rasa-rasa rindu pada dia. Aku berjaya tidak menelefon dan me'sms' dia. Tapi aku masih juga menghantar msg di YM yang aku tahu dia tak akan balas. Masa tu dia offline dan aku tidak terkejut bila dia on lepas tu.. Dia tidak membalas msgku. Dan aku tidak terlalu bersedih kerana aku mengirimkan msg itu bukan ketika dia online. Kalau aku hantar masa dia tengah on dan dia tak balas, aku pasti kecil hati, sedih hati..semuanya hati, hati. Bencinya.
Aku betul-betul suka pada dia. Bencinya. Salah siapa? Salah dia kerana dia 'rindui' aku, 'sayangi' aku. Tapi, salah aku juga yang memulakan persahabatan ini. Tapi...argh..segalanya berubah. Kenapa aku tidak terus menganggapnya sebagai kawan? Kenapa hatiku tertawan? Bencinya, benci benci. Aku seharusnya membenci dia. Aku benci diriku. Maaf. Aku tak ingin bermusuh dengan dia. Aku..aku tak punya ramai kawan. Jadi, aku tak sanggup kehilangan dia sebagai kawan aku. Aku pernah gembira, dia pernah buat aku 'bahagia' dalam 'tempoh' itu.
Apa yang harus aku lakukan? Aku tak mampu menolak perasan aku ni. Sebab dia pernah hadir dalam kamus hati aku. Aku... Pastinya dia amat membenciku. Bencikah dia pada aku?
Dia tidak lagi menghubungi aku seperti dulu, kerana itu aku juga berbuat demikian. Dia langsung tidak menghubungi aku. Aku tahu dia mungkin tak akan 'mencari' aku lagi. Tapi kenapa aku masih menanti?
Kerana perasaan itu aku terleka, kerana ia aku terluka, namun dia masih ku nanti dengan penuh setia.
Aku masih menganggapnya sahabatku, dan aku benar-benar berharap dia masih sudi menganggapku sahabatnya jua. Tak layakkah aku?
Thursday, December 28, 2006
majalah haluan
Majalah yang dicari-cari, akhirnya..
Telah puteri bermimpi =( Huh..kan best kalau betul.. Asal la sejak dua menjak ni mimpi yang ada kaitan dengan Wildan yerk>? huahuahua.. pelik pelik..tapi best gak..hehe. Puteri dah suruh abang puteri kat USJ tolong cari and belikan Majalah Haluan untuk puteri. Kat area umah, dah try cari tapi tak jumpa-jumpa.
Lepas tu, malam tadi (dalam mimpi daa..), puteri pergi satu kedai tu.. rasanya macam area nilai, isk3..cemane la ble tersesat ke sana pulak. Lepas tu, puteri tanya la akak yang ada kat kedai tu. "Kak, majalah Haluan ade?" Lepas tu akak tu kata "Haa..ade" Eh? Biar betul? Dah la susah nak cari. Alih-alih ada dekat sini, fikir puteri dalam hati (masa tu la)..
Lepas tu, puteri kol abang. Nak bagitau kata dah tak payah tolong belikan untuk puteri, tapi kalau dah belikan pun takpe jugak.. Dipendekkan cerita, akak tu pun hulurkan majalah Haluan yang dihajati puteri. Eh? Tulisnya memang la majalah Haluan. Tapi..asal cover depan orang laen? Perempuan lak tu..sepatutnya Wildan. "Ermm..akak..." puteri berbicara sambil melihat-lihat majalah tu keluaran bila. Rupanya bulan satu. isk3..puteri nak yang bulan dua belas punya.
So, tanpa segan-segan, puteri bertanya lagi "bulan 12 punya, ade?". "kejap ye dik.." Akak tu pun cari-cari untuk seketika dan..dah jumpa. Dia pun hulurkanlah dekat puteri majalah tu. Puteri dengan exitednya memeluk majalah tu sambil menatap wajah-wajah kesayangan puteri. Puteri meminta kepada akak tu lagi sebuah untuk kawan puteri. Akak tu pun bagi, lepas je puteri ambil majalah yang kedua tu, tiba-tiba..........mak kejut bangun da.. =( Tak sempat nak baca :((
Harap-harap abang jumpa majalah Haluan ni. Hari tu abang kata dah pergi satu kedai tu, dia jual majalah ni, tapi dah abes. Abang janji nak cari kat kedai laen. Mintak-mintak la ada..ameen. Kenapa puteri nak sangat-sangat majalah tu ye? Entahlah..hehe :D
Petang tadi ada sembang-sembang dengan abg Hafiz. Katanya dalam proses membuat novel. Lalu puteri tanya sedikit sebanyak tentang apa yang bakal ditulis, dia ceritakan. Kemudian dia bertanya, "kalau diterbitkan, nak beli tak?" Hehehe..insya-Allah.
Lagi kata abg Hafiz, nama 'novel'nya nanti "Cinta Ke Syurga". Puteri tertarik. Abg Hafiz baru je memulakan bahagian pertama cerita tuh..hehe. Puteri memberi semangat 'teruskan usaha'. So abg Hafiz, selamat maju jaya untuk awak!! (puteri bahasakan dia sebagai 'awak' je, dia marah tak ye? harap-harap tak. Maaf ye 'abg' hafiz ;)) nanti jangan lupe bagi sinopsis kat saya yer.. :D
Dan terakhir sekali ialah, waktu malam..puteri online, 'ronda-ronda' dan mendengar lagu Setia Seorang Isteri. Teringat part first tu, ade orang penah nyanyikan untuk puteri (suara dia boleh tahan, ehem-ehem.. =P). Puteri nak tahu sape yang nyanyi part tu, puteri tanya abg Hazar, katanya abg Zaidie yang nyanyi. "OooOO.." Lepas tu, tanya lagi part abg Hazar sendiri dan abg Razie yang mana, abg Lie tak tanya koz puteri dah tau..hehehe.
Puteri pelik apabila kebanyakannya abg2 tu je yang nyanyi, mana part Razie? Kata abg Hazar, "alah..macam lagu Tangisan Rindu lah..dia nyanyi dua,tiga patah je.." Uiks?? puteri macam tak percaya je.. "kenape? kesian dekat dia" Simpati puteri pada Razie. Asal la sket sangat? Lalu puteri mendapat jawapan.. "Dia kan bukannye reti nyanyi sangat.." Hah?? hahaha..puteri ingin ketawa, memang dah ketawa pun.. Cuma ditahan-tahan untuk seketika..hehe ;) Dekat "yang rapuh dan tak berdaya" tu paling puteri suke.. sape nyanyi tah.. =) :X hihihi
Tiba-tiba puteri merasa rindu sesangat pada orang yang nyanyi lagu Setia Seorang Isteri untuk puteri. Hampir sahaja puteri menelefon dia. Tetapi puteri masih berupaya untuk menghalangnya.. Cuma rindu je puteri belum dapat elakkan...

Wednesday, December 27, 2006
hari ini
Hari ni puteri pergi makan kenduri di rumah... entahlah sape..huhu. puteri tak berapa kenal, yang pasti ialah adik beradik arwah datuk. Tok Ngah? Tok Lang? entahlah.. puteri kurang mengambil pusing. hehehe.. Teruk kan?
Yang kelakarnya kat umah kenduri tu..tak ade elektrik. Disebabkan dekat meja luar penuh, puteri dan keluarga masuk untuk menjamu selera di dalam.. Alang-alang dah adik-beradik dengan tuan rumah kan? hehehe.. Lepas tu, dah abis makan, macam biasa la dapat 'buah tangan' dari tuan rumah. Tahu apa yang puteri dapat? Kipas tangan! huh..kalao dapat time makan tadi best gak nih...ble guna. hihihi..
Apa-apa pun puteri mengucapkan terima kasih buat tuan rumah kerana ianya tidak langsung memberi 'kenangan' buat puteri. (Nanti-nanti senang la nak ingat.. kipas ni dapat kat umah yang takde kipas..hehehehe).
Juga, puteri ingin coretkan di sini ialah puteri sekarang amat gembira kerana mempunyai mama dan papa =) Terima kasih mama cayang dan papa bushuk..hahaha.. Hari ni papa ada 'melawat' baby, thanks pa.. Semalam mama je.. Thanks pa and ma.. baby cayang mama dengan papa :X
Tuesday, December 26, 2006
tragedi tsunami
26-Desember-2004
Hari ini dalam sejarah tahun 2004, berlakunya tragedi Tsunami yang menggemparkan dan telah meragut berjuta-juta nyawa. Di Indonesia, Thailand dan lain-lain negara juga Malaysia yang tidak terlepas dari serpihan hentaman ombak Tsunami itu. Tragedi yang dasyat dan tidak disangka-sangka itu berlaku dengan begitu pantas. Dunia kelam kabut.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka tidak perlu diuji.."
Kata sang orentalis, Tsunami itu terjadi kerana berlakunya pertembungan antara plat-plat bumi di dasar laut. Lantas mencetuskan gelombang ombak terlalu kuat yang skala ritchernya belum pernah diperolehi. Kata para alimin pula, semua itu petanda 'geledak' kemurkaan Allah Taala kerana begitu banyak dosa yang dijunjung, maksiat yang dipuja oleh manusia.
"Dia hanya berkata "jadilah" kepada sesuatu itu, maka jadilah.."

Iya, sang orentalis tidak mungkin mengerti apa lagi menerima kenyataan yang datangnya dari Tuhan semesta alam bahawa apa yang berlaku adalah kehendak-Nya. Pertembungan plat, gegaran dan ombak itu hanyalah Sabab dan Musabab.. Tidak mustahil tanpa ombak Tsunami itu, Dia tidak mampu 'menghukum' umat yang zalim dan ingkar. Tidak cukupkah untuk manusia mengambil pengajaran dari 'peringatan besar' dari-Nya itu?
Monday, December 25, 2006
mushkil
Kalau dulu masa ana masih di bangku sekolah rendah, kakak dan keluarga ana pernah berpesan, jangan mengambil gambar dalam keadaan tidak menutup aurat seperti tidak memakai tudung. Ye la, nanti yang cuci gambar kite tu nanti, sape?
So, dari situ ana menerima 'kefahaman' bahawa, walaupun hanya gambar, soal hukum aurat tetap dititik beratkan. Lalu, pada mereka-mereka yang ajnabi, mereka hanya melihat gambar-gambar ana yang 'terpilih' sahaja (ade ke ana tunjukkan gambar kat diorang? huhu..macam xde je.. tapi dalam friendster ade la..hehehe).
Kemudian, ana meninggalkan sekolah rendah dan menaiki sekolah menengah. Tak lama kemudian, salah seorang dari kakak ana berkahwin, lalu ana mempunyai seorang abang ipar (buat masa ini la..:D). Nak dijadikan cerita, kitorang kat umah memangla ada banyak album masa kanak-kanak. Lepas tu, abang ipar melihat-lihat gambar isterinya dan adik-adik iparnya semasa kecil. Lalu, timbullah persoalan dan tanda tanya di dalam otak ana ni.. Bolehkah? Tak ape kah gambar kita mase kecik (tadika, sekolah rendah) dilihat oleh mereka-mereka yang ajnabi?
Ana benar-benar tidak mengerti. Kalau ianya tidak menjadi kesalahan, ana juga punya koleksi gambar 'tersebut' dengan banyak yang ingin 'dikongsikan'! B-) hahaha..
Sunday, December 24, 2006
kenduri abg fysal
Hari ni kenduri abg Fysal dekat sebelah rumah isterinya, kak Intan kat Kedah. Boleh la dikata dekat jugak dengan tempat ana, area S.P. Esok baru kenduri di sebelah rumah abg Fysal, Perak. Ana memang nak pergi dan dah bersiap pun sejak pukul 1.00pm lagi. Dah kol abg Fysal pagi-pagi.
Tunggu abah, abah masih belum balik-balik lagi dari..dari mana ntah..hehe. Abah kata nak bawak pegi Sungai Lalang. Jam merangkak pukul 2.00pm. Relaks relaks. Maybe abah on the way. 2.30pm. Lamanya menunggu atau masa yang terlalu cepat berlalu?
Pukul 3.00pm, huh..tak tahan menunggu. Kol abah. Alih-alih abah cakap tak jadi pegi koz ada urusan lain yang tiba-tiba muncul. Ya Allah, geramnya.. Tapi nak buat macam mana, ayah ana jugak kan>? hahaha.. Maaf ye abg Fysal, tak dapat pegi. Apa-apapun dikesempatan ini ana ingin mengucapkan..
Abg Fysal, terima kasih kerana mengundang puteri, hehehe.. Dan tahniah, Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia selalu dan semoga cepat bertambah ahli keluarga baru =)
Saturday, December 23, 2006
warkah untuk eija
"Cinta itu membahagiakan, Cinta itu juga menderitakan, Namun kerana Cinta itu.. aku masih mengejarnya.."
Pertama sekali maafkan Im jika warkah yang Im layangkan buat Eija ini menggangu ketenangan Eija. Dan maaf jika Eija merasakan yang Im membuang masa Eija.. Eija, suatu nama yang pernah terukir dihati Im. Bukan, malah ia sebenarnya masih terukir dihati ini. Eija, Im masih di sini. Masih seperti dulu. Masih menyayangi Eija walau berkali sudah rasa itu cuba Im usir, cuba Im jauhi.
Eija, walau perkenalan kita seketika cuma, namun kesannya terlalu mendalam buat Im, terlalu bererti. Eija masih ingat pertama kali kita berhubung? Im akui, Im yang memulakannya dan Eija memberikan respon. Kemudiannya Im meminta nombor telefon Eija. Selepas itu kita mula mengirimkan sms. Paling Im tidak boleh lupakan adalah pertama kali kita mendengar suara masing-masing. Eija yang membuat panggilan. Bila diingat kembali saat itu, hati IM tercuit. Kelakar, kan?
Mulanya Im hanya menganggap Eija sebagai teman biasa dan begitulah sebenarnya niat Im sebelum kita berkenalan. Tapi entah bila, Im menyedari Im menganggap Eija lebih dari itu. Sejak Eija menggunakan nombor lain menghubungi Im, mungkin. Sejak Eija menggunakan istilah-istilah yang tidak Im mengerti? Mungkin jua. Tahukah Eija, Im terpaksa bertanyakan kepada teman Im apakah maksud perkataan yang Eija gunakan itu. Dan rupanya perkataan itu bermaksud.... tak perlulah dibicarakan di sini rasanya, biarlah Im menyimpannya di dalam hati.
Setelah beberapa lama kita berkawan, Im benar-benar rasa yang Im memerlukan Eija, Im sayangkan Eija. Im sayang Eija. Ingatkah Eija pada waktu Im memberitahu Eija rasa hati Im? "Saya suka awak.." Maaf, kerana mungkin terlalu cepat. Im tak tahu apa perkataan yang sesuai untuk digunakan pada waktu itu. Itulah kali pertama Im meluahkan persaan Im pada seseorang..seseorang yang Im sayang! Dan Eija menerimanya. Terima kasih kerana sudi... sudi menerima Im jua setelah Im ceritakan pada Eija kekurangan dan kelemahan yang ada pada Im. Terima kasih.
Hari-hari kemudiannya begitu indah dan terlalu indah buat Im. Namun, mentari ceria itu tidak kekal lama, entah di mana silapnya, kuntuman cinta Im layu sebelum sempat kembang bebunganya. Adakah Im melakukan salah? Di manakah salah Im? Im benar-benar tidak mengerti. Eija tidak lagi menghubungi Im selepas itu. Tiada lagi panggilan dari Eija walau Eija menerima panggilan Im. Tiada sms yang Im terima kecuali Im yang menghantarnya dulu kepada Eija. Kenapa? Im benar-benar tidak keruan pada waktu itu.
Setelah itu, Eija memberitahu Im yang Eija sudah berpunya. Tahukah Eija betapa sakitnya hati Im pada masa itu? Kenapa Eija tidak menyatakannya sejak awal-awal lagi? Kenapa Eija tidak mengatakannya pada waktu Im meluahkan perasaan pada Eija? Kenapa? Im terdera. Hati Im menderita. Terlalu sengsara. Atau..sengaja Eija berkata demikian kerana Eija tidak sanggup menerima Im, atas kekurangan dan kelemahan Im? Selepas kita bertemu?
Tahukah Eija, air mata Im mengalir apabila Eija mengatakan sedemikian? Tahukah Eija Im rasa seperti tidak berada di dunia ini. Di mana Im berada? Dunia lain yang terlalu kejam buat Im. Kejam. Eija bersalah pada Im kerana itu. Juga bersalah kerana lewat memberitahu Im kenyataan itu. Eija bersalah kerana menggunakan istilah rindu dan sayang pada Im. Eija bersalah. Hati Im benar-benar terluka. Atau salah Im kerana menyimpan perasaan buat Eija?
Tetapi kemudiannya Im masih menghubungi Eija. Kenapa? Entahlah, Im telah cuba membuang Eija jauh-jauh dari ingatan Im, tetapi bayangan Eija semakin dekat dan seakan sentiasa mengekori Im. Im telah membuang nama Eija di dalam henfom Im agar Im tidak akan menghubungi Eija lagi. Tapi Im gagal. Mana mungkin dengan hanya mendelete nombor Eija, Im bisa melupakan Eija. Sedangkan nombor itu telahpun melekat dalam ingatan Im.
Eija masih melayan Im seperti biasa namun tidak semesra dulu. Eija benar-benar sudah berpunyakah? Tidak. Im tidak mampu menerima hakikat itu kerana Eija tidak mengakuinya apabila Im pernah bertanya dahulu. Entahlah Eija.. Im tidak sepatutnya mengingati Eija lagi. Tetapi, Eija juga yang Im rindui, yang tetap Im kasihi, yang petama Im sayangi.
Maafkan Im jika kehadiran Im suatu ketika dahulu membebankan Eija. Maafkan Im kerana kehadiran Im menggangu ketenangan hidup Eija. Maafkan Im sekali lagi kerana tidak berupaya melupakan Eija, tidak mampu menolak perasaan Im pada Eija. Maafkan Im juga kerana masih berharap Eija akan seperti dahulu dengan Im kembali. Maafkan Im kerana terlalu mengasihi Eija, terlalu menyayangi Eija. Maafkan Im. Maaf.
"Dan aku dikejar memori semalam yang terus menghukum diri kerana kejahilan yang lalu menggamit derita di hati di atas kesalahan kesilapan sebuah perasaan..."
Friday, December 22, 2006
realiti mimpi
Suatu realiti atau sekadar ilusi mimpi?
Suatu malam yang lalu, ana bermimpi. Pasal team Wildan. Isk..pelik tul kan? hehehe.. Ye la, mana penah jumpa diorang pun. Tapi macam mana ntah, tetiba ja mimpi..minat giler-giler kot? huhuhu. (Mestica tetap ada dalam hati jugak ;))
zaidie, razie, roslie dan hazar
Mimpinya begini. Salah seorang dari team Wildan akan meninggalkan Wildan. Kenapa? ana tak berapa ingat tapi yang pasti sebab dia berkahwin. (Pernah tak dengar artis bersara selepas berkahwin? Macam bekas isteri Awie gitu, tapi 'beliau' ni lelaki..hak hak hak..)Lepas tu pulak, petang ni dia online dengan status : Sabah, kenapela engkau jauh sangat.. (lebih kurang la..) Ingatkan dia nak gi honeymoon sana =)
Pastu belek-belek forum, Abg Lie post topik "JOM KE SABAH". Uiks..?? Lepas tu baca, baru faham yang dia akan ke Sabah (mungkin) kerana kak Sue mendapat tawaran KPLI di sana. Ish..biar betul. Macam mana dengan team dia? Ada sorang forumer bertanya ; macam mana dengan Wildan?. Ye la, kalao dah pegi, maybe akan tinggalkan Wildan.
abang lie dan kak sue..sepadan x...? :D
Ish..biar betol mimpi semalam-semalam.. Lepas tu, ana sembang-sembang dengan abg Lie untuk tahu dengan lebih lanjut. Harap-harap dia tak keluar dari team tu..

Thursday, December 21, 2006
rasa hati
Alhamdulillah.. Kini ana tidak lagi terlalu mengingati akhi itu, terlalu merindui si dia.. malah, melihat namanya di henfon ana juga tidak menggerakkan hati ana untuk mengirimkan msg kepadanya apa lagi mendail nombornya itu.
Akan tetapi.. setiap kali melayari internet dan apa2 pelayaran yang ana lakukan, ana akan melihat gambarnya. bukan sengaja ana berbuat demikian.. Ini kerana, rakan-rakannya juga sahabat ana. dan ana.. sukakan mereka, bahkan ana sukakan mereka semua (termasuk si dia) sebelum ana benar-benar jatuh hati padanya.. Ah..perasaan itu menyapa kembali....
Dan melihat gambar-gambarnya membuat ana tersenyum pada telatahnya, pada gayanya. Ana menjadi suka, gembira.. Dan ana seakan-akan terlupa..apa yang membuat ana rasa terlalu sedih di atas apa yang berlaku. memang, bukan salah dia, tapi ana...entahlah. Semuanya pelik.
Entahlah enta, ana pun tak tahu apa sebenarnya yang ana inginkan.. Ana ingin menjadi teman enta. Saya ingin memiliki awak..mungkin. Entahlah.. Semuanya kerana sebuah perasaan yang sepatutnya ana hindarkan! Sekali lagi, maafkan saya ye awak.. maaf.
Wednesday, December 20, 2006
episod cinta
Mengapa ada dusta
Tika cinta melanda sukma
Tika setia diombak resah
Masihkah ada bahagia
Mengapa ada dia
Tika rindu padamu saja
Tika restu untukmu jua
Akhirnya aku yang merana
Mengapakah aku diluka
Derita kerana sebuah cinta
Yang sekian lama kita bina
Inikah sumpah setiamu
Terhadapku setia selalu
Ke akhir hayatmu
Ternyata palsu
Kuterima semua ini
Sudah kehendak takdir Ilahi
Berakhirlah semua kini
Episod cinta ini...
Menjadi sebuah memori
Dan jangan ada benci
Tika kesal menggamit hati
Tika segan menyentuh jiwa
Anggaplah lumrah dunia
Tuesday, December 19, 2006
peringatan buat lelaki
Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.
Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA,
NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN,
NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, itulah suisnya.
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden, perdana menteri negara ataupun women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang bisa mengandungkan dan bisa melahirkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan " wan-wan" lain.
Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.
LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADANYA.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH,KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI.
sekadar peringatan dan renungan bersama
Monday, December 18, 2006
pertunangan
alhamdulillah, 17-12-2006 semalam suatu majlis telah selamat diadakan..
ni hantaran dari pihak lelaki..ehem2 ana..matching dgn baju ana..hehe
menanti kelibat bakal ibu mertua..dupdapdupdap
kontrol ayu wlau xayu pun sbnrnya..hehe..ye la nk jmp 'mak mertua'
bergambar bersama teman2 di hari bahagia
antara tetamu undangan khas..teman2 rapat ana
buat mereka2 yang tidak ana khabarkan berita ini, ana ingin memohon maaf kerana semua yg berlaku....last2 minit dan begitu pantas sehingga byk prsediaan yg tidak ana sediakan sbnrnya..maaf ye.. dan maaf skali lagi kerana....
actually ni la raja sehari (da sminggu pun) utk hari tu, hehehe.. abg ifteqar dan kak mas.. kawan ana yang pkai tudung warna hijau tu adalah kawan ana merangkap adik kpd abg ifteqar..huhu.. ana just mgambil ksmpatan je..huahuahua..nk tunang apenye..'ehem2' pun blm ade.. haha malanglah sape jd ehem2 ana ni...
time kasih bebanyak buat diorang dan semua yang terlibat yang secara tak langsung membantu pembikinan cerita ini..ehes...
Saturday, December 16, 2006
mutiara kata
antara msg2 yang ana terima..
" Sesaat mata berkedip ingat Allah,
sedetik jantungmu berdegup ingat Allah,
Sehalus budimu ditabur ingat Allah
dan seikhlas hatimu ditaut ingatlah Allah
tapi ingat la kat farhan sekali ye..hehehe :> "
hehe..daripada adik senior kat skolah dulu..
" Seuntai madah untuk dihayati
setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan
yang bersarang dipelupuk rona hati..
iman itu dinding taqwa sedangkan taqwa itu perisai hati..
yang akan musnah pastilah nafsu
nafsu..dilayan jangan
dilawan pun jangan
dididik perlu
diasuh mesti..
Biar apa pun yang terjadi
ikhlas menjadi penawar segala-galanya
Yakin pada Allah..kebahagiaan pasti menanti dirimu "
yang ni daripada faradila
apa yang ana lakukan hari ini?
herm..semalam lalu dkt Klang..igt nk singgah kt umah kwn.. tapi hp xbawak pegi..hehe.. Opss..mesti ada yang terkejut, bukan Klang dekat Selangor, tp Kok Klang..Perlis, hehe.
Ziarah umah mak sedara dekat kangar? ke Arau tah..alamek dah konpius..Sebelum tu ronda2 kat Padang Besar yang tak de la besar sangat..hihihi..
Tadi ingat nak bayar dkt kak nun, duit pinjam semalam. Ye la, ana mana bwk dompet, hp pun xbawak..dompet lagi la..hehe. Bila nak bayar, kak nun kata "xapa..xpayah" Mak oi..mcm xpecaya lak.. hehe.. ye la. Bahagianya kalau semua kakak kat dunia mcm ni.. huhhu..untung2. Pinjam duit xya bayar..hehe..
ape2 pun thanks to all my sis..
*********
Ana harap ana mampu melupakan dia. Menghilangkan dia dari segenap rasa, ruangan hati..

Thursday, December 14, 2006
bicara hati
Untuk sekian kalinya, aku meluahkan perasaanku pada pc, pada blogku yang tersayang.. pada mereka-mereka yang sudi berkongsi hati dan perasaanku ini. Aku hanya inginkan sedikit sokongan dan dorongan agar hati ini lebih tabah dan bisa berdiri teguh menempuh hari-hari yang bakal mendatang, dari sesiapa yang sudi, dari sesiapa yang..cukuplah mengasihaniku walau tidak mengasihi..
Sekali lagi hatiku merasa sakit apabila mengetahui yang ku kasihi berhubung dengan yang lain..sakit yang teramat sakit. Pedih. Mengertikah kalian perasaan itu? Mampukah difahami, ditafsir segala rasa yang mencengkam jiwaku dikala ini? Pernah aku katakan bahawa aku sudi buah hatiku ('suamiku') 'bakal' menduakanku. Lalu teman-temanku berkata, perkataan itu mudah disebut sesiapa. Betulkah? Perkataan itu sukar dan seakan mustahil untuk dilaksanakan. Benarkah? Iya. aku pula baru tersedar akan kebenarannya.
Ahh..apakah yang telah mengganggu pemikiranku ini? Semuanya gara-gara virus. Ya, virus yang telah menyerangku.Virus Merah Jambu.Aku tidak mampu untuk menyembunyikan lagi rasa hati ini. Ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar....... Bukan aku tidak pernah menyukai mana-mana rijal, tetapi kali ini.....
Adie, aku pernah menyukainya dan tidak aku nafikan, aku pernah menyayanginya tapi.. ia tidak sehebat gelora yang melanda dikala ini untuk yang ku kasihi kini, si dia. Benar. Ahh..sukarnya untuk ditafsirkan perasaan ini. Pertama kali aku merasa perasaan yang terlalu aneh ini. Pelik. Dulu aku tak merasa perlunya dia (Adie) sentiasa, aku tidak begitu merindui dia. Malah tidak pernah punya keinginan untuk bertemu dengannya selalu. Dan dia sebenarnya bukan asing bagiku, dia seniorku.
Tapi dengan ..entah apa yang layak untukku bahasakan dia, buah hati? Kekasih hati? si dia.. Aku rasa ingin selalu bertemu dia. Aku selalu rindu dia. Aku perlu..bukan. Aku selalu melihat gambarnya. Melepas rindu? Entahlah. Teruknya diri aku ini, kan? Awak, saya benar-benar maksudkan apa yang saya ucapkan pada awak. Saya benar-benar memaksudkannya. Saya suka awak. Saya suka awak!
Kerana kata yang bersambut, bicara yang terbalas, rasa hati yang dilayan.. Katanya dia rindukan aku. Benarkah? Katanya juga aku disayangi. Apakah itu sekadar kata-kata? Senda guraukah itu? Halusinasiku? Imiginasi? Khayalan? Perasaanku? Perasankah aku..? Kerana kata-kata yang sebegitu, hatiku tertawan. Hatiku tersentuh. Hatiku itu dan ini padanya. Kerana itu dia mula bertapak dihati. Semuanya kerana hati. Salah hatiku kah? Atau salah diriku membiarkan hati ini terpaut, tertaut pada si dia?
Setelah hari yang boleh dikira bersejarah untukku itu, dia seakan menghilangkan diri dariku, menjauhiku. Menolak aku ke tepi. Menyisihkan aku. Aku telah cuba menipu hatiku dengan memujuk diri sendiri, dia sibuk. Dia banyak urusan, tugas dan sebagainya. Sampai bila perlu aku menipu hatiku lagi? Tertipukah aku selama ini? Bencinya.. Aku benci diriku. Benci mereka-mereka yang seakan cuba menyakiti hatiku dengan mengkhabarkan padaku si dia berhubung dengan mereka. Pedihnya. Pedih.
Bodohkah aku? Aku ingin membuangnya dari hati, dari fikiran, dari rasa, dari segala-gala yang berkait dengan diriku. Tapi aku juga takut akan kehilangan dia. Tidak. Aku tidak sepatutnya begitu. Apa yang perlu aku lakukan? Membiarkan hati ini terus merindui dan mengasihinya? Membencinya? Pura-pura tidak mengenali dia? Tidak pernah berkenalan? Mendapatkan kata putus darinya sebenarnya dia sudah berpunya? Aku bukan sesiapa untuknya? Aku umpama debu-debu yang hinggap dikaki, yang akan disapu, dibersihkan, dibuang secepat mungkin?
Tidak. Aku tak sanggup untuk itu. Pasti hatiku terlalu sakit pada waktu itu. Tolonglah aku. Aku telah cuba untuk melupakan dia. Cuba untuk tidak menghubunginya namun dengan harapan aku ingin dia memulakannya dulu seperti sebelum hari bersejarah itu. Namun penantian dan harapanku itu mungkin hanya tinggal harapan. Penantian yang sia-sia. Kenapa aku merasa begitu?
Dia tahu rasa hatiku. Dia juga yang seakan menyokongku. Meng'izinkan' aku meneruskan perasaan itu. Seolah-olah menggalakkan aku. Layan. Benar. Dia melayan aku dengan baik. dan terlalu baik untuk aku yang belum pernah..benar-benar sayangkan rijal yang ajnabi. Arghh..aku ingin melupakan dia. Tetapi aku juga rindukan dia. Aku..aku sayang dia.
Tidak. Aku sudah tidak tahan lagi dengan semua ini. Siapa aku? Siapa dia? Maafkan aku. Bukan niatku untuk menyalahkan dia. Bukan untuk meletakkan kesalahan ke atasnya. Bukan saya salahkan awak. Bukan salah awak. Bukan. Semuanya bukan dan bukan. Maafkan aku. Awak, maafkan saya. Maafkan saya. Maaf. Maaf.
Monday, December 11, 2006
gambar NMI di dbkl
antara gambar yang ada dalam koleksi ana,
sumber : NC dan kenalan..hehe
ada beberapa gambar lagi tapi tak dapat nak upload kan..
yang ni pun cukup la..huhu
Sunday, December 10, 2006
Juara NMI 2006
Kedudukan Juara Nasyeed Minggu Ini
(09-12-06 @ dbkl)
1-NURSYAHADAH_FAR EAST
2-SEGENGGAM TABAH_INTEAM
3-TIKA DINIHARI _DEVOTEES
4-LAYAR KEINSAFAN _MESTICA
5-TOLA'AL BADRU ALAINA _NUR SELAWAT
6-AKU TANPA CINTAMU _MIRWANA
7-MARAH _HUSNA
8-WELCOME TO THE WORLD OF ISLAM _WILDAN
9-RINDU KEKASIH _AS SAUFEE
10-SETELAH AKU DIPALING _RAST
ana dah undi untuk Wildan..tp nak wat camne
belum ade rezeki diorang..hehe
ni gambar Wildan mase malam juara nasyeed minggu ini.. dari kiri, abg razie, abg lie, (isteri abg lie), abg hazar, abg zaidie (dan yg duduk tu lak.. hehe..xperasan la sape..huhu)
Subscribe to:
Posts (Atom)