© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, December 31, 2006

lamunan terhenti


Ana berfikir sejenak selepas mendapat sesi 'motivasi' dan 'kauseling' secara percuma dari seorang sahabat yang.. ana kira pastinya dia seorang yang bagus dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. "kita pejuang, bukan penjiwang" Kata-kata keramat itu menyedarkan ana dari igauan mimpi yang panjang. Benar, ana telah tersesat arah dalam kegelapan hidup dan cahaya itu mula menjelma.

Apa perlu dikejar cinta insan yang belum tentu berbalas, sedangkan cinta Tuhan sudah pasti akan terbalas.

Ya Allah, aku benar-benar telah berdosa pada diriku, pada-Mu ya Allah. Ana hanyut dan lalai daripada perjuangan yang cuba ana ikuti, cuba ana tegakkan. Lalu, ana akan cuba mengikut arah cahaya itu walau kegelapan yang bertamu seakan sukar dikikis. Terima kasih kerana membuatkan ana tersedar ana telah lalai selama ini.

Semoga, episod rindu yang lalu akan hilang bersama terbangnya debu bersama angin yang lalu. Sahabat itu..suatu anugerah istimewa. Terima kasih kerana sudi menghulurkan 'tangan' buat ana yang pernah tersungkur.. Dan lamunan yang terhenti itu, biarkan ianya berakhir.

Anugerah Istimewa

Yang ku cari-cari
dalam kesamaran hidup
berbelenggu dosa dan noda
akhirnya telah ku temui
sinar cahaya
arah tujuan yang pasti
terima kasih Tuhan
kerana anugerah istimewa
yang tak tenilai harganya
menunjukkan aku jalan-Mu
menyedarkan aku dari kesilapan
kealpaan dan kehidupan yang sia-sia
jiwa yang kelabu
anugerah yang terlalu istimewa
memimpin aku kembali
menjejaki cinta-Mu
menggapai kasih yang pasti
anugerah itu
anugerah terlalu istimewa
itulah seorang sahabat.....

No comments: