© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, December 28, 2006

majalah haluan

Majalah yang dicari-cari, akhirnya..

Telah puteri bermimpi =( Huh..kan best kalau betul.. Asal la sejak dua menjak ni mimpi yang ada kaitan dengan Wildan yerk>? huahuahua.. pelik pelik..tapi best gak..hehe. Puteri dah suruh abang puteri kat USJ tolong cari and belikan Majalah Haluan untuk puteri. Kat area umah, dah try cari tapi tak jumpa-jumpa.

Lepas tu, malam tadi (dalam mimpi daa..), puteri pergi satu kedai tu.. rasanya macam area nilai, isk3..cemane la ble tersesat ke sana pulak. Lepas tu, puteri tanya la akak yang ada kat kedai tu. "Kak, majalah Haluan ade?" Lepas tu akak tu kata "Haa..ade" Eh? Biar betul? Dah la susah nak cari. Alih-alih ada dekat sini, fikir puteri dalam hati (masa tu la)..

Lepas tu, puteri kol abang. Nak bagitau kata dah tak payah tolong belikan untuk puteri, tapi kalau dah belikan pun takpe jugak.. Dipendekkan cerita, akak tu pun hulurkan majalah Haluan yang dihajati puteri. Eh? Tulisnya memang la majalah Haluan. Tapi..asal cover depan orang laen? Perempuan lak tu..sepatutnya Wildan. "Ermm..akak..." puteri berbicara sambil melihat-lihat majalah tu keluaran bila. Rupanya bulan satu. isk3..puteri nak yang bulan dua belas punya.

So, tanpa segan-segan, puteri bertanya lagi "bulan 12 punya, ade?". "kejap ye dik.." Akak tu pun cari-cari untuk seketika dan..dah jumpa. Dia pun hulurkanlah dekat puteri majalah tu. Puteri dengan exitednya memeluk majalah tu sambil menatap wajah-wajah kesayangan puteri. Puteri meminta kepada akak tu lagi sebuah untuk kawan puteri. Akak tu pun bagi, lepas je puteri ambil majalah yang kedua tu, tiba-tiba..........mak kejut bangun da.. =( Tak sempat nak baca :((

Harap-harap abang jumpa majalah Haluan ni. Hari tu abang kata dah pergi satu kedai tu, dia jual majalah ni, tapi dah abes. Abang janji nak cari kat kedai laen. Mintak-mintak la ada..ameen. Kenapa puteri nak sangat-sangat majalah tu ye? Entahlah..hehe :D

Petang tadi ada sembang-sembang dengan abg Hafiz. Katanya dalam proses membuat novel. Lalu puteri tanya sedikit sebanyak tentang apa yang bakal ditulis, dia ceritakan. Kemudian dia bertanya, "kalau diterbitkan, nak beli tak?" Hehehe..insya-Allah.




Lagi kata abg Hafiz, nama 'novel'nya nanti "Cinta Ke Syurga". Puteri tertarik. Abg Hafiz baru je memulakan bahagian pertama cerita tuh..hehe. Puteri memberi semangat 'teruskan usaha'. So abg Hafiz, selamat maju jaya untuk awak!! (puteri bahasakan dia sebagai 'awak' je, dia marah tak ye? harap-harap tak. Maaf ye 'abg' hafiz ;)) nanti jangan lupe bagi sinopsis kat saya yer.. :D

Dan terakhir sekali ialah, waktu malam..puteri online, 'ronda-ronda' dan mendengar lagu Setia Seorang Isteri. Teringat part first tu, ade orang penah nyanyikan untuk puteri (suara dia boleh tahan, ehem-ehem.. =P). Puteri nak tahu sape yang nyanyi part tu, puteri tanya abg Hazar, katanya abg Zaidie yang nyanyi. "OooOO.." Lepas tu, tanya lagi part abg Hazar sendiri dan abg Razie yang mana, abg Lie tak tanya koz puteri dah tau..hehehe.

Puteri pelik apabila kebanyakannya abg2 tu je yang nyanyi, mana part Razie? Kata abg Hazar, "alah..macam lagu Tangisan Rindu lah..dia nyanyi dua,tiga patah je.." Uiks?? puteri macam tak percaya je.. "kenape? kesian dekat dia" Simpati puteri pada Razie. Asal la sket sangat? Lalu puteri mendapat jawapan.. "Dia kan bukannye reti nyanyi sangat.." Hah?? hahaha..puteri ingin ketawa, memang dah ketawa pun.. Cuma ditahan-tahan untuk seketika..hehe ;) Dekat "yang rapuh dan tak berdaya" tu paling puteri suke.. sape nyanyi tah.. =) :X hihihi

Tiba-tiba puteri merasa rindu sesangat pada orang yang nyanyi lagu Setia Seorang Isteri untuk puteri. Hampir sahaja puteri menelefon dia. Tetapi puteri masih berupaya untuk menghalangnya.. Cuma rindu je puteri belum dapat elakkan...

No comments: