© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, February 03, 2008

cuti raya cina


Balik Kedah dalam pukul 11.00 pagi. Cuti sehingga 10 hb. Balik 9 hb sebab tiket 10 hb dah abis. Ini pun beli tiket pulang ke Negeri Sembilan lebih awal dari tiket Negeri Sembilan ke Kedah!.

Perkara yang mahu dilakukan
1- cari bahan tentang Doa Qunut dan Pandangan Imam2 Mazhab.
2- cari bahan tentang Agency (Law of Contract).
3- Tukar nombor telefon.

Berat nak buat perkara ketiga, tapi terpaksa. Sayang sebab start guna 012-5646274 sejak tahun 2005. Nombor pun agak cantik (hehe), pilih dengan kawan baik; laila. Banyak kenangan dengan nombor ini. Kawan dengan orang, gaduh dengan orang, kacau orang (berani betul kacau ustaz) dan macam-macam lagi.. Teringat first time pakai kacau senior.. hehe. Juga pernah mendapat panggilan...

Pemanggil : nombor cik merupakan nombor bertuah syarikat kami
Saya : oh, ye ke?
Pemanggil : kami akan memberikan cik bla bla bla..... tapi.. cik perlu mempunyai kad kredit. Adakah cik memilikinya (ayat sebenar orang tu dah terlupa)?
Saya : er, saya tak ada kad kredit.
Pemanggil : kenapa tak ada?
Saya : (eh eh.. nak sponser ke..?) muda lagi kot.
Pemanggil : cik masih belajar?
Saya : ya.
Pemanggil : umur berapa?
Saya : 18 (pada masa itu..hehe).
Pemanggil : belajar di mana?
Saya : USIM.
Pemanggil : di mana tu? Bla bla bla... rumah, kampung asal...

Isk2.. banyak jugak dia tanya, lebih kepada sesi berkenalan jea. Nak berkenalan cakap je la kan? (versi masuk bakul angkat sendiri). Tapi sekali tu je, lepas tu dah takde..alhamdulillah.

Hmm.. Kepada rakan-rakan di luar sana yang pernah menghubungi saya melalui nombor ’terlibat’ di atas, saya akan maklumkan nombor baru saya. Sebenarnya bukan nombor baru pun, cuma dulu ia lebih kepada nombor private.

Dan.. kepada yang ’suka telefon saya tanpa bercakap, miskol saya hampir setiap hari, pagi, tengahari dan petang, msg saya yang bukan-bukan’ waktu-waktu dinihari itu, ”SELAMAT TINGGAL..!!”.

No comments: