© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, February 19, 2008

soal jawab dan anwar


eddieputra:
Sekiranya ditakdirkan BA berjaya memerintah negara, apa yang akan dilakukan terhadap isu setinggan? apa tawaran kepada mereka sekiranya rumah mereka perlu dirobohkan bagi tujuan pembangunan?

anwar ibrahim:
Pembangunan bukan dinilai hebat kerana keghairahan mempamerkan projek mega dan koridor, walhasil warga kota berpendapatan rendah kekal di kawasan sesak dan setinggan. Program pembinaan rumah rakyat adalah dia ntara keutamaan KeADILan. Rumah rakyat tidak boleh dirobohkan tanpa gantian yang munasabah!

doktor_kampung:
Apa pandangan YH DS tentang tulisan Sdra. Hisham Rais dlm Laman Marhaen 7 Jan 08 - Barisan Nasional dan Barisan Rakyat bengong dalam hal minyak- Hishamuddin Rais. tentang ‘Peak Oil Theory’. pendapat saya tulisan beliau ini ada logikanya. petroleum adalah sumber yg semakin susut. mana mungkin kerajaan dpt menanggung subsidi yg besar walaupun disokong oleh mega GLC seperti PETRONAS. walaubagaimanapun, pendapat saya kerajaan yg baik, perlulah prihatin kepada kebajikan ra’yat marhaen. mansuhkan sahaj a projek mega yg tiada / kurang kepentingan kepada rakyat. oleh itu lebih byk subsidi boleh diberi kepada rakyat marhaen, terutama yg masih berada dibawah paras kemiskinan.

satu lg, sbg pelajar di sebuah ipt luar negara (bidang perubatan), saya dapat melihat trend agensi2 kerajaan yg memberi bantuan pinjaman pelajaran (biasiswa dah lama tiada) kepada pelajar2.

Dato’, mengapa pelajar2 yg tidak layak dapat bantuan ni dibantu juga? ada antara mereka anak konglomerat, pengarah2 syarikat mega, anak tan sri, dan ada yg pendapatan ibu bapa melebihi RM20,000/ sebulan dibantu..sedangkan dalam masa yg sama, anak golongan petani, pegawai2 kerajaan yg berpangkat sederhana dan rendah x dpt bantuan? contohnya Kem. Pertahanan, MARA, JPA, Yayasan negeri…sahlah guna kabel ni.

contohnye anak pengarah pusat perubatan pantai dpt JPA, seorg sahabat yg bapanya memiliki 11 klinik persendirian juga dibantu, sedangkan seorang anak pesara guru agama yang ada 1-2 relung sawah dengan 10 orang adik beradik tidak dipertimbangkan permohonan…akai ada ka?? result mereka yg dapat bantuan ni bukan cemerlang sgt?? pelikkan? mesti ada kabel (dlm kata lain, KRONI) baru dpt pinjaman..mcm nk membida projek mega kerajaan kroni Pak Lah pulak…harap YH DS Anwar sudi komen..

anwar ibrahim:
KeADILan menjelaskan tawaran kepada rakyat.Pertama, harga minyak diturunkan.Kedua, pembiayaan pendidikan rakyat kebanyakan, melainkan golongan kaya - daripada peringkat sekolah rendah hingga ke universiti adalah percuma.

***********************************
daripada entry keADILan komited isu minyak, setinggan dan kepentingan rakyat.

3 comments:

Mazza Homemade Cookies said...

oh...bahang pilihanraya nie...jangan lupa mengundi pulak...err layak ke?

mat jaid said...

time ngundi nie sume lmbut lidah dr gigi.....

sape2 yg xbleh nk jage amanah rkyat jgn jd calon la....

bapak aku dlu org kanan SB Bkt Aman,die ckp BN ker BA,due2 same..
>>>geng PUTAR ALAM

Puteri said...

myfisol -->> selamat mengundi..
** belum cukup umo.. hehe

mr j@ck -->> biar siapa yg dipilih, biar pemimpin itu, agama diutamaknnya.