© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, February 10, 2008

makanihi

fi qolbi.. ’a-LiYY...... a’-La.

مكانه في قلبي، علي.. أعلى
tempatnya dihatiku.. tinggi.. tertinggi.

Abang,
Adik tidak tahu bagaimana untuk adik katakan yang abang merupakan orang penting bagi adik. Terlalu penting. Abang, abang orang yang paling adik rapat selepas abang adik. Abang orang pertama yang adik beritahu keputusan peperiksaan adik beberapa tahun lalu, lebih awal dari abang adik sendiri. Dia... sudah dingin dengan adik, tak rapat macam dulu lagi, walaupun dia abang sendiri. Kasihan kan?

Abang,
Adik cuma ada abang seorang sahaja, orang yang paling rapat dengan adik. Tapi abang tiba-tiba menjauhkan diri, hilang... Ke mana abang pergi? Adik dah tak ada sesiapa yang rapat dengan adik lagi. Tahukah abang, abang terlalu istimewa untuk adik? Adik amat terkilan waktu itu. Sangat-sangat sedih. Tapi, apa yang boleh adik lakukan?

.................................................
- abang tak pernah lupakan adik
+ tipu
- betul. abang selalu ingat adik
+ abang tak balas msg adik
- abang tak terima pun
- abang masih ingat adik.
- adik paling suka mestica kan?
................................................
+ abang dah lupa nama penuh adik
- abang minta maaf pasal tu
+ adik masih ingat nama penuh abang
- bagusnya..
+ sebab abang orang penting
................................................
- dah berapa lama kita tak bercakap ya?
+ dua tahun
- adik rindu abang?
+ hmm.
- adik rindu abang?
+ ya
+ abang.. abang rindu adik?
- abang rindu adik jugak
................................................
- adik jangan sedih.
- dik.. abang tak lupakan adik
- adik, jangan menangis
................................................

Abang.. Bila dapat bertemu abang sekali lagi untuk kali ini, adik sangat-sangat gembira. Terlalu gembira. Tapi adik terlalu takut akan kehilangan abang sekali lagi.. Banyak perkara yang telah berubah sepanjang ketiadaan abang. Yang masih, tetap dan sentiasa kekal; abang, kedudukan abang dalam hati adik. Biar siapapun yang adik sayang, abang tetap yang teratas, sebab abang adalah abang adik...

No comments: