© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, June 08, 2008

serabut


Jujurnya aku merasa semakin malas untuk semester ini. Maaf. Mungkin ada dikalangan teman-teman, ada dikalangan kalian yang tidak bersetuju dengan apa yang sedang aku rasai kini, tapi inilah kenyataan. Malas. Cepat bosan. Kurang tumpuan dalam kuliah. Suka berkhayal. Semua-semua yang dikategorikan gangguan itu, ada padaku.

Aku tahu dan sedar, aku sememangnya bukan dikalangan pelajar yang terbaik dari segi ke-pointer-annya, tapi aku tetap merasa malas. Aku seringkali kurang tumpuan. Tiada sokongankah? Tiada dorongankah? Atau tiada pemangkin? Bagaikan tiada hala tuju. Rasa kurang mengambil berat tentang pelajaran mula terasa. Bukan, sejak dulu lagi aku merasanya dan sekarang ia semakin menjadi-jadi. Semakin cuba ku elak, semakin pula ia bersemarak.

Apa tujuan aku belajar? Aku tidak pasti. Apa cita-citaku? Sehingga kini aku belum bisa memberikan jawabnya. Kata orang, orang yang tiada cita-cita, tidak akan berjaya dalam hidup. Apakah aku akan begitu? Kata pujangga juga, masa depan seseorang adalah apa yang sering diakukannya pada masa lapangnya. Apa yang aku lakukan pada masa lapangku? Sememangnya masa lapangku adalah ’lapang’. Masa depanku juga akan ’lapang’kah?

Sekarang aku sudah berubah kelas. Dulu BLC5. Sekarang untuk semester tambahan ini, aku berada di TLC4. Rakan-rakanku BLC5 kebanyakannya di dalam TLC3. Dalam kelasku kini, lebih ramai dari BLC6, rasanya. 3-4 orang rakan perempuan dari BLC5 ada bersamaku di TLC4. Tapi.. aku rasa semakin jauh dengan mereka. Yang berada di TLC3 lagi lah.. Aku pernah cuba berlagak biasa, menguntum senyum semanis mungkin, menegur sapa semesra yang boleh, tapi balasannya yang ku terima begitu menghampakan. Apa salahku? Di mana silapku? Aku tertanya-tanya.

Jika yang seorang itu, aku tahu di mana masalahnya perhubungan aku dan dia. Aku namakan dia SN. Untuk mengelakkan hatiku berterusan disakiti selama bersama dengannya, aku mengelakkan dari sentiasa bersamanya. Tutur katanya memang memberi kesan yang teramat. Sakit sangat. Tapi aku hanya mendiamkan diri. Ada sahaja pendapatku yang dibangkangnya. Malah secara terang-terangan dia sering memperlekehkan ideaku di depan teman-teman yang lain.

Aku tahu yang aku biasa-biasa sahaja. Tapi.. aku juga punya tahap kesabaran. Fahamanku seringkali diketawakannya. Tapi, aku hanya mendiamkan diri. KR pernah bertanya, aku punya masalah dengan SN kah? Aku juga mendiamkan diri dan hanya menghadiahkan senyuman pada KR. Maaf, aku sudah tidak mampu untuk percaya pada sesiapa lagi sekarang melainkan beberapa orang sahaja.

Dan tidaklah aku merasa aku bersalah jika meletakkan SN sebagai punca perubahan layanan teman-temanku dahulu. Ah, biarlah. Sejak bila pula ku mula mengambil kisah, mengambil peduli kata-kata orang padaku? Sejak bila pula mereka mengambil berat terhadapku? Lagipula, aku tidak sepatutnya terlalu terkilan kerana aku hanya mula rapat dengan mereka bermula semester lepas. Semester sebelumnya, aku rapat dengan orang lain. Tapi apakan daya, aku dan mereka yang baik denganku itu telah diletakkan dalam kelas yang berasingan denganku. Namun, aku bersyukur kerana teman-teman itu masih berhubung baik denganku walau kami bukan lagi di dalam kelas yang sama.

Tapi.. perasaanku akan terganggu bila di dalam kelas.. Aku rasa aku bersendirian. Keseorangan. Lebih-lebih lagi bila perlu dibahagi-bahagikan dalam kumpulan kecil. Aku lebih mudah makan hati setiap kali itu berlaku. Siapa mahu menjadi ahli kumpulanku? Aku hanya mampu bersuara di dalam hati. Dan yang tidak terpilih itulah, adalah aku. Kasihan, kan? Tapi tak mengapa, teman-teman dari BLC6 masih ada, sekurang-kurangnya aku masih punya harapan. Bukan aku mahu meraih simpati sesiapa, aku cuma mahu meluahkan apa yang aku rasa. Sakit. Sangat.

Kusut, serabut. Semuanya bersarang difikiranku. Apa yang harus aku lakukan? Biarkan sahaja semua berlalu, berlaku tanpa mengambil peduli? Terima sahaja apa-apa dengan hati terbuka? Bagaimana mampu ku terus melakarkan senyuman di bibir sedang hatiku terlalu berduka dengan kehidupan yang perluku tempuh?

2 comments:

IamYonna said...

puteri,
hee tuka link eh?
patot la bukak2 td xleh.
ingatkan dah x berblog ke :)
btw,
sedih sy baca luahan hati awk.
mmg sangat2 susah bila bergaul dengan org yang x masuk dengan kita lebih2 lagi kawan awk tu semua dah berlainan kelas kan? :)
saya penah jugak in ur situation time form 4.
geng2 saya time form 3 mula berpecah sebab time form diorg amek aliran masing2.
mmg susah sangat memula tu.
rasa nk menangis pun ada.
tp kan..
lama2 duduk dlm kelas tu,
terasa bahagia dan happy sgt :)
tp semua tu dengan keperluan masa.
sure awk pun boleh biasa lama2,
and boleh get along even dalam group yang kecil.
semua tu ada dlm diri kita.
kita akan rasa org pandang slack kat kita hanya jika kita pandang rendah dekat diri sendiri.
try happykan diri dalam kelas awk tu.
u'll never walk alone,puteri :)
setiap apa yang kita lakukan,
semua ambil masa.
kalo rasa diorg xleh masuk dengan awk,
awk try masukkan diri awk dengan diorg..
give and take :)

pasal malas study tu..
haha..
awk tahu penyelesaiannya :)
sy pun da abeh blaja,
tp bila nk mintak keja,
semua lari dalam bidang sy blaja.
jgn jadik cmtu.
maintainkan poninter ok :)
u can do it

Puteri said...

tq yonna...
tatau nk ckp mcm mn..
trasa diri msih dihrgai..
terima kasih..