© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, December 31, 2010

tag dari beautiful_rose

Adeeehh susah jugak ni nak jawab tag.. he.he... dah lama tak men tag2.. Pasni sesape yang ade tag2, tolong tag saya yer.. he.he.he

1.siapa orang yang korang paling sayang?

-->> erm.. kawan2.


2.kenapa korang sayang orang yang korang sayang tue?

-->> tanpa sebab. apakah sayangkan seseorang memerlukan sebab?


3.berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang,tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan

-->> kasih sayang bukan sesuatu untuk dilafazkan, kerana kata-kata tidak semestinya memaksudkan kata hati. kasih sayang yang terbaik adalah yang terpamer dari perbuatan, tindakan, dan perhatian. saya boleh cakap/tulis saya sayang sesiapa, tapi apakah benar saya sayang dia kalau tindakan/perlakuan saya menafikannya?


4. lepas tue,korang tag kat 15 orang blogger untuk sampaikan salam kasih sayang korang tue =)

-->> aduyaii.. ramei nihhh.. he.he

1) cikli
2) tehr
3) suri
4) cempaka_ungu
5) zikri
6) waheda
7) Gadi_Bunga
8) Semarak_Api
9) kira
10) fahmi raazali
11) mohamadazhan

Nota:
Pssstt.. Tak sempat nak cukpkan kouta.. nak off dah.. hehe

entry terakhir..

Esok 1 Januari 2011. Macam tak percaya pula. Setahun berlalu dengan pantas. Baru beberapa bulan (hampir 12 bulan) yang lepas kita menyambut kedatangan tahun 2010. Sekarang, 2010 sudah pun dipernghujungnya. Sebagai penutup tirai, ini adalah entry terakhir saya. Lepas ni saya dah tak berblog lagi (untuk tahun ini) sebab tahun ni dah nak abes.. he.he.. Macam apa je tajuk entr ni.. saspen. B)

Bila cakap pasal tahun baru, ramai yang sibuk-sibuk dengan azam baru, niat baru dan semua yang baru-barulah. Tapi.. adakah azam tahun lepas sudah tertunai? Sama juga dengan tahun baru hijrah. Apakah sudah terlaksana hijrah?

Sekarang saya berada di kampung. (Jadi budak kampung semula. Sebelum ni budak bandar, he.he).. Tak dapek eden nak online + update blog selalu. "No Internet Network Coverage". Hu.hu. Macam teruk sangat je kan? Tak adalah tak ada line langsung. Kat rumah nenek memang tak ada Internet, tapi ada sebuah kedai yang dekat-dekat sini yang menyediakan perkhidmatan Internet (baca: Cyber Cafe).

Tapi baru je tahu tadi, sebab tanya bapa saudara yang tinggal dekat pekan. Kalau tahu lebih awal, semalam saya boleh online, sebab semalam sibuk-sibuk nak kena register course. Tapi tak apalah, dah suruh kawan tolong watkan.. he.he.. sinang kije..


Tapi suruh register je lah. Tengok result? Uii jangan.. Result pun dah kuar.. Tapi belum tengok. Itulah peperiksaan saya yang terakhir bersama USIM (untuk degree, kot2 rajin sambung master ke apa ke.. kikiki.. kalau rajin la.. :P).

Nak pergi pekan tak lama sangat, dalam 15 minit perjalanan naik bas. Harga RM1.20 (Dua hari lepas saya ada try). Jadi tak adalah jauh sangat kalau kat kampung tak ada Internet, saya boleh ke pekan.

Lagi... Haa.. Sepatutnya Isnin ni 2 Januari saya akan memulakan 'pekerjaan' (baca: praktikal) saya di sebuah pejabat di pekan. Akan tetapi, di-postpone kepada hari Isnin kerana Ahad cuti, sempena kemenangan Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki AFF 2010. Tahniah buat skuad Harimau Malaya! Saya tengok tau bola malam perlawanan kat stadium Indonesia tu.. Tengok kat Malaysia je la tapi.. TV1 :) (Lepas tu sambung tengok cerita X-Man kat TV 2..ha.ha).

Ohya, memandangkan cuti untuk bola sebenarnya hari ni, Jumaat. Tapi Kedah (Kelantan & Terengganu) memang bercuti pada hari ini, maka cuti ini dibawa ke hari Ahad. Hoho.. Sonok, sonok.. :D


Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Semoga Allah melanjutkan usia kita untuk beribadah kepada-Nya, insya-Allah, ameen..

I'll miss my blog,
and you all, my blogger friends.

Nota:
Pssstt.. sebenarnya entry ini ditulis di rumah dan save dalam Notepad. Pergi CC untuk publish je. Jimat masa penggunaan komputer. He.he..

bunga kasih

~ Join Contest 99 Hari Kisah Klasik Kita ~



Malam kian kelam, suram. Purnama sudah lama menyembunyikan diri dibalik awan hitam, kelam. Angin malam perlahan menerpa ke raut wajahnya. Dibiarkan sahaja jendela kamarnya sedikit terbuka. Hartini memandang ke langit. Kepalanya didongak. Entah apa yang dicari. Tiada bintang yang bergemerlapan. Hanya pungguk yang sesekali seakan berbisik sesama sendiri. Fikiran Hartini melayang. Jauh.

“Tini,” Faiz memangil Hartini. Hartini yang sedang khusyuk meneliti nama-nama buku di perpustakaan sedikit terkejut. Tiba-tiba ada yang menyapa.

“Eh, Faiz,” Hartini menoleh ke arah Faiz seketika. Kemudian kembali matanya menyoroti satu persatu buku yang terdapat di rak tingkat kedua.

“Kau cari bahan untuk Cyberlaw ke?” Faiz menyoal, sambil membelek-belek judul buku berhampiran dengan Hartini.

“A’ah. Eh dapat tajuk apa?” Hartini kembali menyoal.

Telemedicine, Tini?”

Copyright. Macam susah je,” Hartini seolah-olah mengeluh. Sebenarnya keluhan itu bukanlah ditujukan kepada subjek yang dipelajarinya. Apa yang dikeluhkan adalah berkenaan buku-buku di perpustakaan kolejnya. Perpustakaan sudahlah jauh dari fakulti, kecil pula tu. Tambah lagi dengan jumlah bukunya yang tak seberapa. Hati kecil Hartini mengomel-ngomel.

“Tak adalah susah. Senang lagi tajuk tu dari Telemedicine. Nak tukar dengan aku?” Faiz tersenyum-senyum mengusik, namun sempat lagi kening kanannya diangkat. Seoalah-olah serius dengan apa yang dikatakannya sebentar tadi.

“Ui tak naklah, yang Copyright ni pun dah pening-pening. Telemedicine tak fokus sangat lagi,” Agak panjang penerangan Hartini. Namun dia tahu, Faiz hanyalah bergurau. Faiz ketawa kecil. Faiz memang begitu. Mesra dan mudah didekati. Tak hairanlah ramai yang menaruh minat terhadap Faiz, tidak terkecuali Hartini sendiri. Bukan sahaja ada rupa, malah boleh dikategorikan antara pelajar yang terbaik kolej. Memang meletup!

“Eh Faiz, kenapa tak datang kelas pagi tadi?” Hartini tiba-tiba teringat. Pagi tadi ada dua subjek. Tapi dua-dua subjek Faiz tidak hadir. Pelajar-pelajar sekelas yang lain tidak tahu. Shazali yang satu bilik dengan Faiz pun tidak dapat memberikan jawapan. Faiz menghilangkan diri seketika dari kuliah.

“Rindu ke?” Faiz tidak menjawab soalan Hartini. Sebaliknya bertanyakan soalan cepu emas kepada Hartini. Hartini tergelak agak kuat. Namun dia masih dapat mengawal suaranya agar tiada orang lain yang terganggu dengan ketawanya tadi. Hartini tidak tahu untuk menjawab. Tiba-tiba dia merasa pipinya panas.

Tangan Faiz ligat membuka helaian sebuah buku yang dipegangnya. Telemedicine and Law. Ada beberapa halaman dari buku berkenaan menarik perhatian Faiz. Maklumat yang dikehendakinya ada di situ. Hartini sudah pun berangkat ke meja tulis yang disediakan pihak perpustakaan.

Sedang Hartini leka dengan buku-buku tersebut, Faiz menarik kerusi di hadapan Hartini dan terus melabuhkan punggungnya di situ. Faiz menghadiahkan senyuman buat Hartini, rakan sekelasnya.

“Seorang aje kan?” Tegur Faiz.

“Berdua,” Balas Hartini. Sebenarnya dia agak kaget apabila Faiz datang ke mejanya.

“Siapa?” Faiz melihat sekitar perpustakaan. Mungkin Atikah atau Hafizah yang datang bersama Hartini, teka Faiz. Di rak buku tadi, dia tidak sempat untuk bertanya.

“Dengan Faizlah yang duduk semeja ni. Tanya lagi,” Hartini sengaja mengenakan Faiz. Faiz tersengih-sengih.

“Tini, nak bagitau ni..” Belum sempat Faiz menyempurnakan ayat, tiba-tiba ada staf perpustakaan membuat pengunguman bahawa perpustakaan akan ditutup dalam masa lima minit sahaja lagi. Semua pelajar diminta untuk keluar dengan segera.

“Alamak, buku tak pinjam lagi. Nak pergi kaunter kejap,” Hartini meminta izin, walaupun tak perlu. Faiz mengiakan. Setelah meminjam dua buah buku dari perpustakaan, Hartini keluar bersama Faiz untuk pulang ke kolej kediaman. Langsung Hartini terlupa untuk bertanya apa yang ingin disampaikan Faiz sebentar tadi.

Faiz berjalan beriringan dengan Hartini menuju ke kolej kediaman. Masing-masing datang ke perpustakaan dengan berjalan kaki. Nasib baiklah tidak jauh dengan kolej kediaman. Hanya jauh jika ke fakulti sahaja. Harapkan pengangkutan pihak kolej? Entah bilalah akan sampai. Silap-silap, jika berjalan pulang pun sudah sampai ke destinasi lebih awal daripada membuang masa menunggu van atau bas kolej datang. Memang penantian itu sesuatu yang menyiksakan. Malah tidak hairan, lebih separuh dari warga kolej memiliki kenderaan sendiri.

Baru sahaja Hartini hendak melangkah menyeberangi jalan, tiba-tiba Faiz memanggil Hartini dengan kuat.

“Tini!” Seraya kedengaran hon yang berlanjutan dari sebuah kereta kancil berwarna putih. Faiz menolak Hartini jauh ke depan. Hartini tergamam. Dia terjatuh. Dan pemandu kancil itu tidak sempat untuk menekan brek. Bunyi sebuah objek dilanggar kuat kedengaran. Hartini segera menoleh.

“Faiz!!” Hartini segera bangun dan mendapatkan Faiz. Objek yang dilanggar tadi adalah Faiz. Darah Faiz mengalir menghujani jalan. Pemandu kancil putih, Wasie cemas. Wasie keluar dari kereta untuk melihat orang yang dilanggarnya. Ya Allah, apakah yang aku lakukan? Wasie bermonolog sendirian. Hartini menangis teresak-esak. Faiz tidak sedarkan diri.

Beberapa orang pelajar yang melihat kejadian tersebut turut menghampiri. Seorang pelajar perempuan sedang cuba menghubungi pihak ambulan kolej, namun tidak berjawab. Dia mencadangkan Faiz segera di bawa ke hospital. Bimbang kehilangan darah dalam jumlah yang lebih banyak. Dua orang pelajar lelaki membantu Wasie mengangkat Faiz ke dalam kereta. Wasie mengajak Hartini mengikutnya. Wasie tidak mengenali Faiz atau Hartini sebenarnya.

Hartini mencari-cari senarai nama ahli keluarga Faiz. Dia berjaya menemui ‘Ibu’, lalu panggilan dibuat kepada ibu Faiz. Hartini menyusun ayat dengan baik, dia tidak membertahu ibu Faiz keadaan Faiz yang sebenar, bimbang ibu dan ahli keluarganya yang lain susah hati. Hartini hanya memaklumkan bahawa Faiz terlibat dalam kemalangan kecil dan mengalami sedikit kecederaan.

Faiz masih di bilik pembedahan. Hartini bermundar-mandir di hadapan bilik pembedahan. Wasie duduk di kerusi yang terletak di sisi kiri pintu bilik. Dahinya berkerut. Ternyata kekesalan terukir diwajahnya. Di dalam hati, dia tidak putus-putus mendoakan supaya Faiz selamat. Shazali tiba bersama beberapa orang rakan yang lain. Mereka cuba menenteramkan Hartini yang gelisah.

Ibu dan ayah Faiz baru sahaja tiba. Ibu Faiz mencari orang yang menghubunginya sebentar tadi. Hartini bersalaman dengan ibu Faiz. Shazali dan yang lain pula bersalaman dengan ayah Faiz. Beberapa soalan ditanyakan oleh si ibu dan ayah.

Lampu bilik pembedahan sudah dipadamkan. Doktor Qayyum keluar dan menghampiri ayah Faiz, Encik Halim. Dari butir-butir perbicaraan Doktor Qayyum, beliau meminta maaf kerana gagal menyelamatkan Faiz. Hartini kembali mengalirkan air mata. Sebak dihatinya tidak tertahan. Hartini terkilan. Malah dia juga merasa bersalah, sepatutnya dia yang dilanggar. Bukan Faiz. Faiz kemalangan kerana ingin menyelamatkannya. Hafizah memeluk Hartini, dibisikkan istighfar.

Hartini menyeluk poket baju kurung yang dipakainya. Dia masih belum menyalin pakaian walaupun sudah lama pulang daripada hospital. Ada dua telefon bimbit. Satu miliknya, dan satu lagi milik Faiz. Hartini terlupa untuk memberikannya kepada ibu atau ayah Faiz. Hartini meletakkan telefonnya di atas katil. Dia menggenggam telefon Faiz dan menuju ke jendela.

Air mata Hartini sudah kering untuk mengalir. Namun hatinya masih dilanda gerimis yang berpanjangan. Sepanjang mengenali Faiz, Hartini tidak pernah dapat meluangkan masa yang begitu lama dengan Faiz. Ya. Agak lama. Andainya Faiz mengetahui isi hatinya.. Hatini pasrah. Mungkin itu tanda Faiz bakal meninggalkannya. Faiz diberi ‘pinjam’ kepadanya pada hari ini.

Angin makin kuat bertiup. Ada rintik hujan mula jatuh ke bumi. Tempiasnya mengenai pipi Hartini. Hartini tersedar dari lamunan. Dia menghulurkan tangan tangannya ke luar jendela, seolah-olah menadah air hujan. Bagaikan puas dengan bukti bahawa hujan akan lebat, barulah dia menarikkan tangannya kembali. Hartini menarik tabir jendelanya, ditutup. Langsir juga dibetulkan dan dilabuhkan. Hartini duduk dibirai katil. Telefon milik arwah ditatapnya.

Kisah lebih tiga tahun dahulu menjadi peneman harinya. Masih dirasakan bagai baru sahaja ianya berlaku. Lebih tiga tahun jugalah dia kehilangan seorang teman, malah berhutang nyawa dengan temannya itu. Senantiasa dia berdoa semoga arwah Faiz ditempatkan dikalangan insan-insan yang terpilih di sisi Tuhan. Bunga-bunga kasih masih mewangi di dalam hati Hartini. Dalam tidak sedar, ada air hangat yang mengalir dari matanya membasahi kedua pipinya.

[ Bunga Kasih - Nurfatimahz AKA Puteri ]

Tuesday, December 28, 2010

praktikal oh..

Minggu depan dah start praktikal.
Takot pulak.
Nak buat apa ya?
Kata seorang teman, Siti Nor Wahidah,
"Takel pegawai yang ada,"
Chait! Memang kuang assam.. he.he

Nanti praktikal tinggal di kampung nenek, Jitra.
Jadi untuk 5 bulan ni..
(lama wo praktikal, Januari - Mei)
Me jadi cucu nenek untuk kali kedua
Dulu masa kecil sampai umur 9 tahun tinggal ngan nenek
Umur 10tahun start tinggal dengan family.

Oh, oh..
Petang ni (kejap lagi) nak balik kampung
Esok nak gi lawat tempat praktikal.

Nota:
- Nanti gi tempat praktikal naek bas..
- Quite funny, dari zaman sekolah, masuk u, sampai praktikal naek bas..huu
- Wish me luck and pray for my best
- See you soon!

Monday, December 27, 2010

happy birthday cempaka!

~ To Cempaka Ungu @ Cempaka R. Minta ~



Dear Cempaka,

"When life gives you a thousand reasons to cry

Show that you have a million reasons to smile"

Wish you happy forever
and Happy Birthday!



Note:

- Pssst.. jangan sedey2 yer.. ni akak wish skali ngan bagi hadiah. senyumm.. :)

- Yang ke-20 kan? B)

Anwar mencalonkan TPM Pakatan Rakyat?

Oleh: Subky Latif

SAYA tanya Tian Chua, Naib Presiden PKR yang baru, “Bagaimana Anwar boleh menamakan Kit Siang sebagai calon Timbalan Perdana Menteri Pakatan?”

Jawab Tian Chua bahawa Anwar tidak mencalonkan sesiapa. Dia ditanya media tentang siapa TPM kiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya nanti.

Kata Tian Chua, Anwar tidak menyebut nama sesiapa. “Sesiapa pun boleh.

Dia ditanya lagi, adakah seorang bukan Melayu boleh jadi Timbalan Perdana Menteri?

Anwar dikatakan menjawab, “Tidak ada masalah.”

Dan ditanya lagi, bagaimana dengan Kit Siang?

Apa Anwar hendak kata? Kalau dia jawab, tidak boleh, tentu ia jadi isu. Bila dia jawab, boleh, juga akan jadi isu.

Apa dia hendak kata?

Yang dia boleh kata ialah “Tidak ada masalah.”


Kata begitu pun juga jadi isu.

Maka disebarlah berita dalam media bahawa Anwar dikatakan akan mengambil Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Kata Tian Chua, Anwar tidak buat cadangan pun.

Bagitulah media memerangkap Anwar dan sekali gus memerangkap Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpinnya dan penyokong-penyokongnya.

Sama ada perangkap itu dipasang musuh terdiri dari puak Ketuanan Melayu atau oleh sesiapa saja, puak Ketuanan Melayu memang suka dengan kejadian itu, kerana ia boleh mencelarukan kelicinan Pakatan Rakyat mencabar monopoli kuasa Umno dan Barisan Nasional.

Memang sedikit sebanyak berita yang tersebar itu sudah mencelarukan keadaan. Ada yang berkata ia belum dibincang dan ada yang berkata begitu dan begini hingga pengundi-pengundi bebas tertanya-tanya.

Selama-lamanya Barisan Nasional terutama Umno menyuruh rakyat bertanya, Siapa Perdana Menteri kalau pembangkang menang?


Masa belum ada Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif dulu, pembangkang tidak sekata menamakan Perdana Menterinya. PAS kata,

Datuk Asrilah. Kemudian, Yusof Rawalah dan Fadzil Noorlah.

DAP pula memikirkan Lim Kit Siangnya.

Semasa Tengku Razaleigh tidak menyertai Umno (Baru) dalam PRU 1990 dulu, Semangat 46 mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri. Tetapi PAS diam saja.

Semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, pejuang reformasi mengira dialah Perdana Menteri bila BN dikalahkan. PAS tidak kata tidak dan tidak kata OK. Orang politik dan orang ramai tertanya-tanya bagaimana banduan boleh jadi Perdana Menteri? Dia tidak boleh bertanding dan kalau bukan anggota Parlimen, mana boleh jadi Perdana Menteri.

Tetapi setelah Pakatan Rakyat ada, calon Perdana Menteri itu sudah ada. Pertanyaan yang Umno suruh rakyat tanya itu sudah ada jawapannya. Sudah disetujui oleh Pakatan Rakyat bahawa Anwarlah calon Perdana Menteri.

Jika dia tidak sempat dan dipenjarakan sekali lagi pun, maka sudah ada jawapan tentang Perdana Menteri.

Kalau dalam PRU 2008 tiada calon Perdana Menteri yang jelas, BN telah lintang pukang, maka cabaran itu adalah berganda apabila Perdana Menteri menunggu itu ada dan bergerak. Walaupun pembangkang belum tentu menang, tetapi ia belum tentu kalah. Akan tetapi kerajaan BN pula belum tentu kalah, tetapi tidak pasti pula menang.

Bagi menghalang Pakatan menang, maka celarukan ia dengan isu Timbalan Perdana Menteri. BN tentulah TPMnya ketuanan Melayu. Kalau TPM Pakatan Rakyat bukan Melayu, maka ada ruang bagi Umno menghasut pengundi Melayu supaya jangan lari daripadanya.

Maka orang Pakatan - kecil dan besar – jangan latah dengan perangkap APCO atas isu TPM itu. Reaski masing-masing jangan pecah di mulut dan laman web. Jangan jadi isu TPM sebagai penghalang destinasi ke Putrajaya.

Pastikan tiba ke destinasi dulu. Lepas itu tahulah Tok Guru Nik Aziz dan Karpal Singh apa nak buat dan Tok Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang juga tahu apa hendak dibuat.

Di mana Ustaz Hadi dan Kit Siang hendak ditempatkan tidak sepenting membentuk sebuah kerajaan yang adil dan saksama, memerangi rasuah dan penyelewengan, menjamin keluhuran undang-undang dan demokrasi.

Jika Pakatan dikecamukkan oleh isu TPM, jalan ke Putrajaya nescaya bengkang bengkok. Jika ia tidak sampai ke Putrajaya, peluang tiba lima tahun lagi tidak semudah hari ini. Macam-macam boleh berlaku lima tahun lagi. Keadilan sosial tidak dapat ditegakkan dan rasuah tidak dapat dibendung.

Menyedari isu TPM itu satu perangkap, maka tidak sesiapa patut latah dengannya.

[
sumber: Harakahdaily]

Sunday, December 26, 2010

saya dah kawen, sekian.

Tahun 2007.

(Bermula dengan salah nombor)

Seseorang: Saya ada masalah dengan isteri saya. Dia tak suka dengar cakap saya. Saya tertekan dan saya rasa sunyi.
Saya: Reportlah pejabat agama. Saya takleh tolong wat apa pun.
Seseorang: Dia cakap b*r*ng saya tak b*s*r.
Saya: gila ke apa?Sabar je lah. Saya doakan awak dan isteri awak baik semula lepas ni.malas nak layan.

(Tak lama lepas tu, masih orang yang sama)

Seseorang: Saya rasa awaklah orang yang saya cari..
Saya: Maaflah, saya tak berminat. Saya dah bertunang. Dah nak kawen pun.

(Kawan saya cakap, orang tu gila s*ks. Memang gila.)


Tahun ni. Semalam.

(Rupanya dia. Cuma tukar nombor lain)

Seseorang: Awak ingat saya lagi tak?
Saya: Tak. Buat2 tak ingat, tapi ingat selepas dia bagi hint
Seseorang: Tak apalah. Saya pun tak berapa ingat awak. Boleh borak dengan saya malam ni?
Saya: Tak.
Seseorang: @#%&* layanlah saya macam ni. anggap saya ni binatang. delete nombor saya.
Saya: Saya tak pernah save nombor awak. tolong delete nombor saya. sekian.
Seseorang: #$%^&* bla, bla, bla, kalau tak nak berkawan, lebih baik awak kawan dengan binatang je @$%* bla, bla, bla
Saya: Tak sangka ye, orang yang cakap ada masalah dengan isteri, lepas tu bagitau kat orang yang tak sepatutnya, lepas tu marah pulak orang tak layan. hey, suka hati sayalah saya nak kawan dengan siapa pun. binatang pun ok je janji lebih bagus dari awak. Sorylah, tapi sape yang over? Banyak lagi benda berfaedah boleh dibuat selain kacau isteri orang!

Tiba-tiba saya dah 'bertunang', dan dah 'berkahwin'. So sorry. Itu je modal. Lepas tu dia minta maaf sebab tak tahu saya dah 'kawen'. Masa dia 'kenal' saya dulu, saya belum 'berkahwin'. Tapi saya dah tak reply lagi smsnya. Tak suka, tak suka!

Saturday, December 25, 2010

ancak, harussani, umar dan hakim

TEMERLOH, 24 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan untuk campurtangan menyemak semula kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu ancak.

Harussani sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak sebagai tidak khurafat.

“PAS memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melakukan semakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak bahawa tindakan Menteri Besar Perak melakukan upacara ancak, tepung tawar tiang seri rumah dengan pelbagai upacara tidak bercanggah dengan syarak,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut membidas tindakan Harussani sambil berkata bahawa PAS khuatir kenyataan Harussani akan menyemarakkan lagi amalan khurafat yang semakin menghakis kini kerana beliau dilihat sebagai seorang mufti yang berpengaruh di negara.

“PAS melihat beliau sebagai seorang mufti yang berpengaruh, beliau sepatutnya menasihati umat Islam agar menjauhi amalan yang tidak mendasari hukum syarak, bukan kenyataan yang tidak membantu memperkukuhkan akidah ummah,” bidas Tuan Ibrahim.

[sumber: harakahdaily]

Nota:
Kalau ditanya kepada yang harus sana dan sini, tentu semua harus (boleh). Sebelum ini pun dah ada kontroversi fatwa dari Harussani.

Tanya pula kepada Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK).. Secara individu, saya melihat MFK seolah-olah menjaga kepentingan sesebuah pihak. Memang fatwa daripada MFK, mufti-mufti negeri boleh terima atau tolak. Sebab setiap negeri mempunyai mufti yang tersendiri dan kuasa untuk perlaksanaan sesuatu fatwa adalah di bawah kuasa Sultan.

Akan tetapi, apabila fatwa itu dikeluarkan oleh badan yang lebih besar (MFK), maka orang 'kebanyakan' biasanya melihat negeri yang tidak mengikut fatwa MFK sebagai tidak 'patuh'.

Sebagai contoh, isu ESQ. MFK cakap boleh. Mufti Wilayah Persekutuan cakap tak boleh. Saya menyokong mufti Wilayah. bahkan dalil + hujah yang diberikan lebih kuat.

Lepas tu pula, saya melihat dalam senarai antara orang-orang 'kenamaan' dalam ESQ antaranya ialah Noh Gadot. Apakah salah kiranya saya mengatakan MFK menjaga kepentingan sesebelah pihak? Belum masuk fatwa ASN, ASB lagi ni..

Takut gulung tikar ke?

Saya sebagai rakyat Malaysia dan penganut agama Islam, menyeru pihak yang terbabit dalam pengeluaran hukum berkatalah yang benar. Yang salah tetap salah. Tak kiralah kita makan gaji dengan dia pun, kalau dia salah, salahlah. Kalau betul, betullah.

Teringat kisah Umar Al-Khatab yang telah 'menyaman' seorang penjual kuda kerana kuda yang dibeli Umar sakit. Kata penjual itu, dia tidak menipu, sewaktu kuda itu bersamanya, kuda itu dalam keadaan baik. Umar tidak puas hati. Lalu Umar ingin 'mem-fail-kan' kes ke mahkamah.

Umar menunjukkan beberapa orang calon hakim kepada si penjual kuda dan menyuruhnya memilih hakim untuk kes mereka. Penjual kuda memilih seorang hakim yang paling muda.

Lalu mahkamah pun 'bersidang'. Selepas bukti, alibi, fakta, hujah, dalil dan sebagainya dikemukakan, si hakim yang muda itu memutuskan bahawa si penjual kuda tidak bersalah. Maka penjual kuda dilepaskan.

Kemudian, Umar memanggil hakim muda itu ke pejabatnya. Si hakim merasa khuatir. Cuak juga lah. Apa yang akan dilakukan Umar? Agak-agak..? Marah? Pecat? Penjara? 'ISA'? Tidak. Umar memanggilnya sekadar berbual-bual.

Umar: Siapa yang melantikmu menjadi hakim?
Hakim: Tuanlah yang melantikku.
Umar:
Aku merasa bangga dengan pengadilanmu hai anak muda. Kerana engkau berkata yang benar. Sekarang, aku melantik engkau menjadi ketua seluruh hakim.

Haa.. nampak tak? Walaupun Umar yang ber-status pemimpin tertinggi negara sewaktu itu, keputusan mahkamah tidak menyebelahinya walaupun dia adalah ketua negera. Kerana yang salah, tetaplah salah.

Situasi di negara kita?

Friday, December 24, 2010

aku dan program bahasa

~ Menyertai pertandingan cerpen anjuran beautiful_rose ~


Hari ini merupakan hari terakhir aku mengikuti program English Workshop anjuran pihak universiti. Semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Yang kelakarnya ramai yang tersilap kumpulan dan antara yang terbabit adalah diriku sendiri.


Entah di mana silapnya. Tapi aku rasa, aku dah masuk dalam kelas yang betul. Merujuk senarai nama di papan kenyataan, seingat aku, namaku tersenarai untuk berada di dalam kelas BTS 2.7.


Jadi pada hari pertama lagi, aku dengan penuh yakin masuk ke dalam kelas BTS 2.7. Kebetulan, ada kawan yang dikenali turut berada di dalam kelas berkenaan, walaupun kawan itu baru dikenali beberapa hari yang lalu. Aku langsung tidak menyedari bahawa sebenarnya aku berada di kelas yang salah.


Bagaimana aku tahu? Pada hari kedua program, senarai nama cetakan berkomputer diedarkan dan perlu ditandatangani. Opss.. Namaku tiada. Haru jugak ni. Macam mana ya?


Miss,” Teragak-agak aku memanggil pembimbing program kelasku.

"Yes," Segera Miss Diyana menjawab.

"Er.. my name is not here," Susah jugak aku mengatur ayat dalam Bahasa Inggeris tu. Harapkan program ini sahajalah untuk aku bercakap Bahasa Inggeris.

"Hmm..?" Kening Miss Diana berkerut.

"Actually I don't know where is my group. I've look at the board and if I'm not mistaken, it should be this class, 2.7," Gagap jugaklah nak menghabiskan ayat.

"Do you have your friends here?," Miss Diana bertanya.

"Yes," Cepat aku menjawab.

"Then, it's okay,"

"But.. In different course,"

"Hah? Hurm.. then, just put down your name here," Aku pun terkial-kial menulis namaku dalam senarai nama cetakan berkomputer tu.


Pada keesokan harinya, iaitu hari ketiga merangkap hari terakhir program, aku baru dapat maklumat bahawa kelasku yang sebenar adalah di BTS 3.7. Bilik berkenaan berada di tingkat atas kelas yang aku masuk sekarang. Opss..


Tengahari, aku bercakap dengan Miss Diana.

"Miss, I've found my class. It is in third floor,"

"You want to stay here?"

"Cannot..?"

"No, I'm asking you. It's okay if you wanna stay here," Miss Diana mengulas agak panjang.

"I want to stay," Miss mengangguk.


Itulah pengalaman tiga hari berprogram dengan tersalah tempat, tapi dengan penuh confident masuk. Nasib jugalah kawan-kawan dalam kelas tu sporting, maklumlah semua saling tidak mengenali sebab baru minggu pertama di universiti. Esok baru akan bermula sesi perkuliahan.


Dan apa yang paling aku ingat sekali ialah, pada petang hari terakhir tu, Miss Diyana sempat berpesan, "Make sure that you not enter the wrong class in your first day study, okay!," Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk.


***************************************************

Nota: Kisah ini merupakan kisah benar pada tahun 2007, cerita saya pada minggu pertama masuk USIM.. he.he

berlagu rindu

Tercipta kasih bersemi rindu
Berputik cinta berbunga bahagia
Jangan dipertikai tentang hatiku
Kerana ia milikmu sentiasa

Bergetar naluri gundah gulana
Berirama kasih mengalun rindu
Tidak tergambar melalui tinta
Dalamnya cinta aku dan kamu

24 Januari 2008


Note: Karya lama. Jumpa di friendster. Rupanya pernah publish di sana.

i'm lovin it!

Beberapa hari yang lepas..

Saya: Nati kelik beli bepe @ bepam @ bepang
A. Azim: Nate gapo tu bepe @ bepam?
Saya: Alos.. Xtahu? Ala.. yang beras @ bihun goreng celup gula merah tu
A. Azim: Oh.. hok tu.. insya-Allah..

Dan semalam, bepang2 ini telah berjaya dibawa pulang. He.he..
Hari ni ambil gambar =)

haa..mesti kenal dan penah makan kan?
masa saya kecil2 dulu suka makan.. bila besar pun suka jugak.. heEE..

waaa manyaaakkkk.... syioknyaaaa...!! :D

perli ke apa ni?
melampau la pulak banyak sangat abang aku ni, :P


taraaa...

Da abis pun satu bungkus.. he.he.. Satu hari satu bungkus? Mak aihhh.. he.he.. Neway, terima kasih kepada abang saya Muhd Azim yang begitu baik hati membunga2kan hati saya, hu.huUU..

Saya rasa dia memang nak beli banyak terus kot sebab lepas ni dia dah tak gi Kelate doh.. Benda ni kan banyak kat Kelantan Darul Naim (promot2). Dia baru abis KPLI kat maktab Kota Bharu..

Nota:
Entry yang sesuai untuk budak-budak atau yang berjiwa budak :D

Thursday, December 23, 2010

teknik rebonding - syampu

Bosan dengan style rambut?
Inginkan khidmat rebonding tapi mahal?
Tertipu dengan syampu yang ada di pasaran?
Tak percaya syampu boleh me-rebond-kan rambut?

Cubalah ini, syampu SENGAL SEDAL!



Tak pernah dengar/lihat?
Mahukan bukti?
Duta atau pengguna yang berjaya?
Jom tengok kat bawah...

.............
..........
........
.....
...
.



Percaya tak?
he.he..

Nota:

Saya tak tahu sejauh mana keberkesanan syampu ni.. Cuma tertarik dengan gambar iklan singa yang begitu kelllass ni ha.. he.he..

Ohya, first time tengok gambar ni dekat profile yahoo cik atom.
=)

to benrauf

May your life be colourful day and night
With love, happiness and success on your right
And God's choicest blessing be always there..

Happy birthday to you, benrauf.



[ 23 December 2010 ]

Wednesday, December 22, 2010

cinta pada..

~ menyertai pertandingan anjuran kak suri : tentang c.i.n.t.a ~

with_all_my_heart-1781

Cinta..
Apa itu cinta?
Mengapa cinta?
Perlukah cinta?
Di mana cinta?

Cinta..
Hangatnya mendamaikan
Dengannya malam terang bercahaya
Dinginnya meresahkan
Tanpanya siang gelap gempita

Cinta..
Ketulusannya di damba
Kejujurannya dipinta
Kehadirannya didoa
Ia indah
Ia anugerah

Cinta..
Pada manusia
Pada harta
Pada dunia
Pada segalanya
Cinta utama
Pada Yang Maha Esa

~nurfatimahz AKA puteri~