© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, February 13, 2014

Cikgu Nurul Ain

"Kringgg!", loceng menandakan tamatnya waktu rehat telahpun berbunyi. Berpusu-pusu murid-murid di SK Kiara Seri memasuki kelas masing-masing.

Sementara itu di dalam kelas 4 Dedikasi, penghuninya resah menanti siapakah guru baru yang bakal mengajar matapelajaran Pendidikan Islam. Sebelum ini Penolong Kanan Kurikulum, Puan Maryam ada memaklumkan guru baru amat tegas dan garang orangnya. Itu menjadikan mereka lebih cemas dan berteka-teki tentang guru baru.

"Agak-agaknya cikgu baru nanti garang tak?", soal Asyraf kepada rakannya, Aiman.

Aiman yang berada di sebelah kanannya sedang leka melantunkan pemadam-pemadam miliknya di atas meja. Terkekeh-kekeh dia ketawa apabila ada pemadam yang berjaya melompat ke atas pemadam yang lain, seolah-olah dialah juara. Padahal dia hanya bermain sendirian.

"Entahlah. Cikgu Maryam cakap garang. Garanglah kot", Aiman tidak pasti. Dia tidak berani meneka. Harap-harap Puan Maryam sekadar mengacah sahaja.

"Bangun!", lantang Firdaus bersuara mengarahkan rakan-rakan sekelas berdiri sebaik sahaja kelibat guru melintas di hadapan pintu kelas mereka.

Selesai memberi salam dan membaca doa belajar, mereka dipersilakan duduk oleh guru yang baru sahaja masuk sebentar tadi.

Akhirnya teka-teki mereka terjawab pada waktu ini. Guru yang berada di hadapan mereka sekarang adalah guru baru yang dimaksudkan Puan Maryam. Perwatakannya sederhana, bertudung litup dan berkaca mata.

"Saya Nurul Ain, boleh panggil saya Cikgu Ain. Saya akan menggantikan Ustazah Hayati yang berpindah ke Negeri Johor minggu lepas. Sebelum itu saya mahu kamu semua meletakkan buku teks, buku latihan dan alat tulis di atas meja, sekarang", tegas Nurul Ain memberi arahan.

Terkial-kial murid 4 Dedikasi mengeluarkan buku-buku dan alatulis ke atas meja. Nampaknya kata-kata Cikgu Maryam adalah benar, cikgu baru memang garang.

Farah di meja belakang cuak. Buku teksnya tertinggal di rumah.

"Macam mana ni Jaja? Buku aku tak ada", perlahan dia berbisik dengan Hafizah yang dipanggil Jaja. Izati yang duduk disebelah Hafizah terdengar bisikan Farah, pantas dia menyuruh Farah berhenti bercakap.

Nurul Ain bergerak ke setiap meja, memastikan setiap murid membawa buku. Semakin menghampiri meja Farah. Farah semakin resah. Apa agaknya reaksi Cukgu Nurul Ain nanti? Marah? Mendenda? Atau apa?

Nurul Ain akhirnya tiba di meja Farah, Hafizah dan Izati yang duduk bertiga. Hanya dua buah buku teks kelihatan.

"Siapa yang tidak membawa buku?", soal Nurul Ain. Farah mendiamkan diri.
"Siapa yang tidak membawa buku?", Nurul Ain bertanya sekali lagi apabila soalannya tidak dijawab.
"Saya, cikgu", perlahan-lahan Farah menjawab.
"Lain kali bila saya tanya, jawab. Jangan diam", kata Nurul Ain.
"Faham?", tambahnya lagi.
"Faham, cikgu", balas Farah.
"Hari ini saya maafkan awak. Tapi, pastikan pada hari-hari yang lain, buku-buku matapelajaran saya mesti ada", Nurul Ain memberi amaran.
"Ba..baik, cikgu", jawab Farah.

Nurul Ain sekadar berkenalan dengan murid 4 Dedikasi pada hari ini. Buku latihan dipungutnya. Dia ingin melihat dan menyemak jika ada latihan yang diberi guru sebelumnya belum siap ditanda.

Dua minggu berlalu. Murid 4 Dedikasi sentiasa berjaga-jaga dan memastikan buku-buku matapelajaran Pendidikan Islam dibawa mereka ke sekolah. Maklumlah, takut dimarahi oleh Cikgu Nurul Ain. Hal yang sama juga berlaku pada kelas 5 Dedikasi dan 2 Bestari.

Walaupun Cikgu Nurul Ain belum pernah memarahi mereka, namun amarannya diingat murid-murid selalu. "Jangan sampai kucing jadi harimau", itulah 'pepatah' yang sering disebut Cikgu Nurul Ain agar tidak ada sesiapa yang sengaja melakukan kesalahan di dalam kelas, mahupun di sekolah.

"Hasan, kau dah siap latihan semalam?", tanya Firdaus yang berada di meja belakang Hasan.
"Latihan apa?", jawab Hasan acuh tak acuh.
"Latihan Cikgu Ain semalam", tambah Firdaus.
"Belum. Lantaklah", selamba Hasan menjawab.
"Kau ni...", Firdaus tidak mampu menyempurnakan ayat tatkala Cikgu Nurul Ain menjejakkan kaki ke dalam kelas 4 Dedikasi.

"Dah siap latihan semalam?", tanya Nurul Ain.
"Dah!", jawab sebahagian murid. Aiman dan Asyraf paling bersemangat. Diikuti Aleeya dan kembarnya Aleesya. Ini kerana Cikgu Nurul Ain akan memberikan pelekat buah-buahan apabila kerja rumah disiapkan mereka, kerana itulah ramai yang berebut-rebut untuk hantar buku latihan kepada Cikgu Nurul Ain.

Tetapi tidak Hasan. Ramai guru mengadu Hasan tidak mahu menyiapkan kerja rumah, malas belajar, itu dan ini. Nurul Ain tidak peduli aduan itu semua. Rajin atau malas, kerja rumah yang diberinya mesti disiapkan.

"Hasan, mana buku awak?", tanya Nurul Ain apabila menyedari buku latihan Hasan tidak diterimanya. Hasan mengeluarkan dari laci meja. Nurul Ain menghampiri meja Hasan dan membukanya.

"Hasan, awak ni... Selalu macam ni. Awak ni nak belajar atau tidak?", suara Nurul Ain sengaja ditekankan. 
"Saya minta salin nota dari papan hitam pun awak tidak mahu salin. Kenapa? Dah pandai? Kalau dah pandai, tidak perlu datang sekolah lagi", tambah Nurul Ain.

"Dia cakap dia malas dan tak mahu buat, cikgu", Firdaus menjawab bagi pihak Hasan.
"Betul awak cakap macam tu?", Nurul Ain bertanya kepada Hasan. Hasan mengangguk.

"Bangun!", Nurul Ain mengarahkan Hasan berdiri. Murid-murid yang berbisik sesama sendiri juga terdiam apabila arahan tersebut agak lantang daripada luar biasa. Tak pernah-pernah Cikgu Nurul Ain begitu.

Hasan tidak mengendahkan arahan tersebut. Nurul Ain menarik lengan Hasan supaya berdiri, Hasan tetap membatu di atas kerusinya. Sekali lagi Nurul Ain menarik lengan Hasan, namun Hasan enggan berdiri.

"Kalau dah malas, tak mahu belajar, main-main, untuk apa masuk kelas saya? Kenapa perlu datang sekolah? Keluar sekarang!", marah Nurul Ain. Lengan Hasan direntap dan kerusi Hasan terjatuh. Hasan diseret ke muka pintu. Hasan menangis dan ingin masuk ke kelas. Nurul Ain menghalang.

"Saya tak mahu keluar, cikgu. Saya nak belajar. Cikgu, tolonglah. Saya akan belajar", rayu Hasan sambil menangis teresak-esak. Hasan meminta maaf dan tidak henti-henti merayu Cikgu Nurul Ain agar membenarkannya masuk ke kelas.

"Saya janji akan buat kerja, cikgu", ujar Hasan lagi, ada getaran pada suara dan juga tubuhnya. Belum pernah ada guru yang membuatkan dia menangis selama belajar di SK Kiara Seri ini.

Ada murid yang berbisik-bisik.
"Itulah siapa suruh tidak siapkan kerja"
"Malas sangat belajar, padanlah"
"Hasan kan memang macam tu"
"Bapa Hasan kan garang. Mana cikgu-cikgu lain berani tegur".

"Betul awak nak belajar?" tanya Cikgu Nurul Ain.
"Betul", jawab Hasan, tangisnya masih bersisa.

Nurul Ain membenarkan Hasan masuk dan duduk dimejanya. Semua murid masih belum berani berbicara walau sesama mereka. Drama siaran langsung Hasan, pasti akan membuat mereka lebih berjaga-jaga.

"Cikgu Ain!", panggil Puan Rozi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kiara Seri.
"Ya, puan", jawab Nurul Ain yang baru keluar dari kelas 2 Bestari.
"Masuk pejabat sebentar", kata Puan Rozi. Nurul Ain menurut langkah Puan Rozi tanpa banyak bertanya.

"Ada marah murid 4 Dedikasi?", soal Puan Rozi tanpa berbasa basi.
"Ya, Hasan", jawab Nurul Ain, tenang.
"Bapa Hasan ada telefon. Dia marah-marah pasal cikgu", Puan Rozi mengatur ayat. Nurul Ain tersenyum.
"Apa dia cakap?", tanya Nurul Ain.

"Macam-macam jugak. 'Cikgu tak guna. Kalau nak marah, baik tak payah jadi cikgu'. Lebih kurang begitulah. Keluarganya memang begitu. Ramai guru mengadu perangai Hasan, tapi tak ada yang berani ambil tindakan. Bapa Hasan juga meminta untuk bercakap dengan Guru Besar. Tapi saya maklumkan kepadanya yang saya akan selesaikan hal ini sebaik mungkin", jawab Puan Rozi.

"Ada berdarahkah?", tanya Nurul Ain. Mana tahu jika Hasan tercedera. Walhal Nurul Ain yakin dia tidak mencederakan Hasan.

"Tak", jawab Puan Rozi.

"Puan, jika bapa Hasan menelefon lagi dan ingin mengadu kepada Guru Besar tentang saya, silakan. Saya bersedia. Saya tahu dan saya akan tanggung apa yang saya buat", jelas Nurul Ain panjang lebar. Untuk apa takut? Senyuman Nurul Ain makin meleret.

"Mana latihan minggu lepas?", soal Nurul Ain kepada 4 Dedikasi sebaik sahaja murid-murid selesai menjawab salam dan membaca doa.

"Cikgu, saya belum siap", perlahan Aleya bersuara. Lebih baik mengaku sebelum Cikgu Nurul Ain bertanya, getus hatinya.
"Baik, sesiapa yang belum siap, siapkan. Yang sudah, boleh kumpulkan di atas meja saya", balas Nurul Ain sambil merujuk kepada meja guru yang berada di hadapan kelas 4 Dedikasi. Aleya menarik nafas lega.

"Sambil kamu menyiapkan kerja, kita berbual sikit, boleh?", soal Nurul Ain kepada semua murid.
"Boleh, cikgu!", sebahagian murid menjawab.
"Siapa ada adik?", majoriti mengangkat tangan. Ada juga yang bersemangat memberitahu jumlah adik-adiknya.
"Kamu ada benda yang kamu sayang tak, apa benda tu?", tanya Nurul Ain lagi.

"Anak patung!"
"Patung beruang!"
"PSP!"
"Galaxy tab!"
"Kucing!"
Pelbagai jawapan diterima Nurul Ain. Canggih budak-budak zaman sekarang, zaman teknologi.

"Ok. Yang ada adik, kalau adik tak dengar cakap kamu, kamu marah tak?", umpan Nurul Ain.
"Marah, cikgu! Adik saya suka sepahkan barang-barang saya", jelas Hakimi tanpa dipaksa.

"Kalau hari hujan, adik kamu di luar rumah. Kamu akan panggil adik kamu masuk atau biarkan dia di luar?", Nurul Ain masih mengumpan.

"Panggil masuk!"
"Kalau dia tak nak masuk?"
"Marahlah"
"Kenapa marah?"
"Nanti basah. Nanti demam"

"Macam itulah saya. Saya marah kmu kalau kamu tak siapkan kerja, malas belajar. Cikgu-cikgu semua nak kamu belajar betul-betul, sampai pandai. Cikgu bukannya suka-suka nak marah. Kamu ingat cikgu tak ada kerja lain ke selain nak marah kamu?

Cikgu marah sebab cikgu sayang kamu. Kamu boleh adu yang cikgu marah kamu, tapi kenapa tak adu sekali yang kamu malas buat kerja sekolah, malas belajar?", panjang Nurul Ain memberi syarahan. Semua murid diam.

"Kalau tak buat salah, cikgu marahkah?", tanya Nurul Ain lagi.
"Tak!", satu kelas menjawab.

"Cikgu, saya nak tolong cikgu bawa buku", tawar Hasan diikuti Firdaus.
"Bolehkah? Berat ni", jawab Nurul Ain.
"Boleh. Ringan sahaja", kata Firdaus sambil mendapatkan sebahagian buku latihan dari Nurul Ain. Selebihnya lagi diambil Hasan.

Hasan kini jauh beza dari Hasan yang dahulu. Kalau dahulu kerjanya tidak pernah disiapkan, tapi sekarang Hasanlah antara orang terawal yang menghantar kerja rumah.

Guru-guru lain juga menyedari perubahan sikap Hasan.
"Hasan tu macam lain dah sekarang"
"Rajin dia sekarang buat kerja"
"Rajin bertanya juga"
"Dulu bukan main susah, selalu tak bawa buku"

Nurul Ain sekadar mendengar perbualan rakan-rakan sejawatannya di dalam bilik guru.

"Firdaus, kenapa belum balik?", tanya Nurul Ain tatkala melihat kelibat Firdaus di ruang kantin sekolah. Jam menunjukkan pukul 5:00 petang, dikira lewat kerana kelas tambahan murid tahun 6 selesai pada pukul 5:00 petang.
"Ayah saya datang lewat hari ni", jawab Firdaus.
"Oh", balas Nurul Ain, ringkas seraya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi panjang bersebelahan Firdaus.
"Kamu seorangkah? Kawan-kawan lain dah balik?",
"Dah. Eh, Hasan ada tadi",
"Mana?"
"Pergi tandas"

Hasan datang mendapatkan begnya berhampiran Firdaus. Hasan menegur Cikgu Nurul Ain dan turut serta menyertai perbualan diantara Cikgu Nurul Ain dan Firdaus.

"Cikgu kenapa dah tak ajar kami?"
tanya Firdaus.
"Kamu kan dah tahun 6. Saya cuma ajar tahun 2, 4 dan 5", jawab Nurul Ain.
"Seronok kalau cikgu ajar kami lagi", Hasan mencelah.
"Cikgu best!", tambah Hasan. Nurul Ain sekadar menguntumkan senyuman dibibirnya.

Encik Ali, bapa Hasan berjalan memasuki perkarangan sekolah. Maklumlah, polisi sekolah tidak membenarkan kenderaan ibubapa masuk ke kawasan sekolah.

Hasan meminta diri dan bersalaman dengan Firdaus dan Cikgu Nurul Ain. Segera Hasan mendapatkan bapanya. Hasan berbual-bual dengan bapanya sambil menuju ke arah pagar sekolah.

Tiba-tiba, Encik Ali berhenti dan menoleh ke belakang, melihat ke arah Firdaus dan Nurul Ain. Encik Ali memimpin tangan Hasan dan menghampiri Nurul Ain. Nurul Ain yang sedang leka berbual dengan Firdaus tidak perasan Encik Ali dan Hasan.

"Cikgu", panggil Encik Ali.
"Ya?", jawab Nurul Ain sambil menoleh ke arah Encik Ali. Nurul Ain berdiri dari duduknya. Kepalanya sedikit ditundukkan kepada Encik Ali, tanda hormat.
"Cikgu Ain?", tanya Encik Ali.
"Ya, saya", jawab Nurul Ain mesra. Senyuman tidak pudar diwajahnya.
"Duduklah", pelawa Nurul Ain. Encik Ali mengambil tempat di kerusi panjang bertentangan dengan Nurul Ain. Hasan berbual-bual dengan Firdaus, menyambung kembali perbualan tertunda sebentar tadi.

"Er... Dah lama saya teringin berjumpa dengan cikgu. Cuma saya selalu sibuk, jarang dapat datang ke sekolah pada waktu kerja. Sebenarnya cikgu, saya ingin meminta maaf dan berterima kasih dengan cikgu", kata Encik Ali.

"Eh, kenapa perlu minta maaf?", Nurul Ain berasa kekok.

"Maaf sebab saya pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada cikgu dulu. Tapi saya sedar yang saya silap. Pada waktu Hasan menceritakan cikgu memarahinya, saya naik angin sebab tak ada guru yang pernah marah pada dia sebegitu", Encik Ali berhenti, menarik nafas.

"Atau mungkin saya yang terlalu manjakan dia, tegas dengan pihak sekolah sampai tak ada guru yang berani menegur anak saya. Sejak Cikgu Ain menegurnya, saya sedar yang dia berubah semakin baik. Kalau dulu banyak matapelajaran dia gagal, tapi selepas itu hanya satu-dua sahaja dia gagal. Dan selepas itu jugalah saya sedar, Cikgu Nurul Ainlah yang merubah anak saya", panjang lebar Encik Ali berkata-kata. Tak putus-putus dia mengucapkan terima kasih kepada Nurul Ain. Nurul Ain semakin segan.

"Tak ada apa-apalah encik. Saya em...", Nurul Ain tidak tahu mengolah ayat. Kelu pula lidahnya ketika ini.

"Saya cuma buat apa yang saya patut buat. Benar, ramai ibubapa yang panas bila anaknya ditegur mana-mana guru. Padahal guru menegur untuk kebaikan. Kerana itu jugalah tidak ramai guru yang berani menegur anak murid walaupun mereka melakukan kesalahan, kerana takut kepada ibubapa", luah Nurul Ain. Luahan rakan-rakan sejawat dalam bilik guru juga dipinjam dan disimpulkan dalam ayat yang ringkas, tetapi padat.

Encik Ali mengangguk dan mengiyakan. Sekali lagi dia memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada Nurul Ain.

Guru dan ibubapa sememangnya mempunyai peranan yang sangat besar terhadap murid. Ibubapa mendidik dirumah, manakala guru pula adalah 'ibubapa' di sekolah. Apa yang paling penting adalah tindakan wajar dan waras dari ibubapa dan guru dalam menegur murid juga membentuk peribadi murid yang baik sahsiahnya, kerana sememangnya guru dan ibubapa berpisah tiada.

Nurfatimahz AKA Puteri, Sibu, Sarawak.

Tuesday, February 04, 2014

mungkin kau bukan takdirku - last part

"Sudah-sudahlah tu. Kan saya dah jelaskan. Sampai bila nak macam ni? Kalau berterusan, hati siapa yang akan terluka?".

Dia membuatku terdiam dan kelu lidah tanpa bicara.

Ya. Aku mungkin terlalu mendesak, agak keterlaluan. Maaf. Sungguh aku masih menaruh harapan agar takdir ini menemukan kita. Maaf, sungguhku ...

"Minta maaf lagi, lepas tu ulang kesilapan yang sama".

Seperti ada tamparan mendarat dipipiku.

Perlahan-lahan aku menyusun ayat.

"Kalau awak rasa saya berharap pada awak dan awak tak selesa, saya minta maaf. Tapi sungguh saya tak berharap apa-apa", sedikitku menipu.

"Mungkin dulu saya macam terhegeh-hegeh sikit dengan awak. Tapi itu dulu. Bila dah sedar diri, tak ada dah lagi. Sebab saya sedar apa yang saya layak dan apa yang saya tidak.

Saya rasa dah banyak benda yang awak tak suka, saya dah tak buat. Kalau ada juga yang masih saya buat, saya minta maaf, ter. Ada lagi part yang tak suka?", tambahku lagi memohon jawapan.

Dia diam.

Ya awak. Awak ada pilihan. Awak boleh memilih. Saya tak minta awak pilih saya. Saya cuma minta awak jumpa saya lagi. Tapi.. Ok, saya betul-betul tak ada harapan lagi sebab harapan yang terakhir itu juga awak tak sudi.

Saya harap pertemuan dengan awak sebelum ini bukanlah yang terakhir. Tapi, kalau ia adalah kali terakhir... Saya minta maaf. Sebab memang saya tak senangkan awak pada masa itu. Maaf. Maaf. Maaf.

Saya doakan awak.
Yang terbaik untuk awak.

Maaf sebab pernah menyimpan perasaan terhadap awak. Maaf sebab tak menjadi kawan awak yang baik. Maaf sebab semua yang pernah saya buat yang tak senangkan awak. Maaf.

Saya harap boleh menjadi kawan awak semula. Kembali seperti mula kita berkenalan. Walaupun tahu ia mustahil.

"Friendship requires honesty and respect. Will you be my friend?"

Aku bertanya lagi. Dia masih juga diam menyepi.

Ku simpan
Dalam diam
Dalam angan
Dalam kenangan
3.2.2014

#Tamat #AkuDiaDanSonata #GiveUp

Saturday, January 25, 2014

Monday, January 20, 2014

Tekad, Nekad

"Harapan
Hanya itu aku terdaya
Upaya

Tekad
Hingga waktu menemukan
Menentukan"

Dear Sonata.
Ku tekad dan nekad saat memilih kau menjadi objek cintaku.
Hidup dan hariku terasa indah sejak kau bertakhta dihatiku.

Takkan ku persiakan.

Thursday, January 16, 2014

kalaulah....

Kalaulah hati bisa dibaca
Mungkin mudah aku menerka
Mungkin mudah aku menerima
Mungkin mudah aku merela

Bukan
Aku yang masih enggan mempercaya
Bahawa dihatinya aku tiada.

...

Wednesday, January 08, 2014

Friday, December 20, 2013

Gunung Jerai, Yan, Kedah

Jalan-jalan Gunung Jerai.
Kali pertama seumur hidup.
Nama saja orang Kedah
ha ha ha

Sunday, December 15, 2013

mungkin kau bukan takdirku - part IV

Perkenalan denganmu membuatku mengenal diriku. Walau seketika denganmu, aku menghargai. Tiap yang berlaku, akanku kenangi.

SABAR.

Kau berpesan padaku, "Sabarlah. Nanti saya jawab. Masalahnya tak sabar,".

...

Nak tulis tapi rasa tak boleh nak tulis.

Sedih.

DOA.

Saya doakan awak jumpa dia yang awak cari, dia yang awak ingini, dia yang awak impikan.

Awak tulis, "I will find you, love you, marry you dream girl". Jadi saya doakan awak, dan dia.

Awak juga tulis, "Kurus, sama tinggi, cantik, sebaya". Ok. Bab 'sebaya' tu memang tak. Saya doakan awak. Yang terbaik untuk awak.

Semoga Allah permudahkan segala urusan awak, hidup awak, dunia awak, akhirat awak.

Takdir ini menemukan kita
Andai takdir ini akan menghubungkan kita kembali
Walau mungkin tidak disatukan
Cukuplah takdir ini tidak memisahkan kita lagi

...

HARAPAN.

Tipulah kalau harapan tidak ada walau sekelumit. Segala kata dan bicara setulusnya lahir dari hati.

Awak.

Yang mengubah saya. Untuk lebih bersabar. Tidak emosi. Tidak memaksa.

Dan saya.

Terima. Mungkin benar awak bukan takdir saya. Padahal saya ingin awak, jadi yang terakhir.

Salah saya.
Maafkan saya.

Saya doakan awak.
Dari jauh, saya doakan.
Tanda kasih.
Yang pernah terukir.

2013.
Kita berkenalan.
3 kali pertemuan.

....

Monday, December 02, 2013

Utara - Selatan

Utara - Selatan
Ku rasa dekat

Selatan - Utara
Kau rasa jauh

...

Dan rasa itulah
Yang menjarakkan kita
Menjauhkan kau dariku
Padahal dihati ini
Kau dekat selalu.

#Sonata
#Sabar
#Holdon-Givingup
#ImNotGivingUpYet
#KuKawanKauDenganBismillah
#02.12.13

Sunday, November 10, 2013

mungkin kau bukan takdirku - part III

Di meja kerja, aku dan Kak Hajar berbual kosong. Kak Hajar ingin mengenali siapa lelaki yang rapat denganku. Sebenarnya dia ingin tahu siapa dia dihatiku. Aku hanya tersenyum dengan soalannya yang bertubi-tubi. Siap mahu tolong memperkenalkan dengan orang. Seperti agen pencari atau penemu jodoh sahaja. Aku ketawa sahaja.

Bimbang juga jika Kak Hajar benar-benar memaksudkan apa yang dikatakannya. Mana mungkin aku boleh terima untuk berkawan dengan sesiapa buat masa ini kerana dalam hatiku hanya ada dia, masih dia.

Akhirnya aku menunjukkan gambarnya yang tersimpan di dalam dompetku kepada Kak Hajar. Kak Hajar melihat dengan raut wajah yang teruja. Kak Hajar berdoa supaya adanya jodoh antara aku dan dia. Amin, aku mengaminkan doa.

Hari ini kami dikunjungi pelawat dari luar. Kami menghadiahkan senyuman kepada mereka yang masuk. Kak Hajar masih membelek gambar di dalam dompetku. Tiba-tiba, orang yang masuk ke dalam ruang kerja ini adalah sama dengan gamvar yang sedang dilihatnya. Aku juga terkejut. Cepat-cepat aku mengambil dan menyimpan dompetku di dalam beg tangan.

Dia dan rakan setugasnya menyampaikan ceramah di tempat kerjaku. Berkenaan ICT. Haruslah, sudah pekerjaannya dibidang itu. Entah, aku  pun tidak tahu sejak bila dan siapa yang menjemput mereka. Dia duduk di sudut sebelah pintu bilik surau. Aku berdebar-debar. Entah bagaimana aku harus bertemu dengannya dengan persahabatan (ke perhubungan) kami yang turun naik...

Aku menunduk dan menutup muka dengan sebelah tangan kananku. Pura-pura tidak ingin dikenali. Dia memandang. Aku melihat dari celah jemari. Dia memalingkan muka. Aku kaget. Aku berjalan melalui sisinya sambil menoleh ke arahnya. Dalam sembunyi, dia tersenyum, aku jua. Dia mendongakkan kepala. Mata aku dan matanya saling bertentangan dalam senyuman yang semakin menguntum mekar.

Aku menunggu dia berhampiran tangga. Ke mana dia? Laluan turun dari bangunan dua tingkat ini hanyalah tangga yang berada di depanku. Masihku menunggu dia. Sedang leka menanti, aku terlihat kelibatnya menghampiriku.

"Mana tadi?" aku bertanya.
"Tandas" dia menjawab.
"Kenapa tak guna tandas yang dekat tangga ni je?"
"Saje"

Aku dan dia berjalan menuruni anak tangga. Kami berhenti dan duduk di pertengahan tangga. Berbual kosong. Langsung tidak bercakap tentang kerja. Usik-mengusik. Sepertinya tidak ada yang tidak kena dalam persahabatan kami. Padahal kerap kali juga berbicara dengan hati, er... Ketidakpuasanhati sebenarnya.

Bertemu dengannya adalah sama seperti pertemuan kami yang sebelum-sebelum ini. Aku berasa sangat selesa, bahagia dan tenang. Kami mengambil gambar bersama. Ada Ainun yang sedang menuruni anak tangga. Ainun menolong mengambil gambar kami berdua. Ya, mana pernah kami mengambil gambar bersama. Hanya aku yang mengambil gambarnya dari belakang, curi-curi. Tapi dia tahu sebab aku kirimkan di whatsapp selepas pertemuan kami.


Masih belum berganjak dari anak tangga. Kami bangun berdiri menyambung perjalanan menuruni anak-anak tangga yang masih berbaki. Sambil dia pura-pura merajuk. Aku tersenyum sambil memujuk.

...

Mimpiku berakhir di situ.

***************

Sakit hati
Kenapa sakit hati?
Sebab harapan masih ada
...

Thursday, November 07, 2013

istana harapan

Ku bina istana ditepian pantai. Sesekali badai menghempas, aku teguhkan kotanya, lebarkan temboknya. Walau bukan singgahsana, hanya istana pasir yang tidak berharga, tapi dihatiku ia istimewa.

Harapan itu kekuatan, atau kedukaan?

Wednesday, November 06, 2013

maafkan saya, awak

Maaf. Maaf. Maaf.

Marah tak tentu pasal, maaf.
Spam mesej, maaf. 

Atau mungkin sejuta maaf saya tidak bermakna?
Atau perubahan semuanya tiada berguna?

Maafkan saya, awak.


....

Saya tahu tak mudah untuk lupakan sesuatu.
Maaf. Saya tahu awak tak suka saya buat semua tu sebelum ni
Tapi saya tak tahu, yang awak, sangat-sangat tak suka.

Maafkan saya.
Saya tak buat lagi semua tu.
.

Monday, November 04, 2013

harapan masih ada

Ku menulis:
Putus harapan itu suatu kebebasan
Mengharap manusia itu suatu kehambaan

Dia bertanya:
Mahu berputus harapkah?

Aku menjawab:
Belum

.........

Awak.
Saya tak tahu

Kadangkala saya rasa macam..
Saya dah xde apa-apa harapan lagi untuk diputuskan

Saya ingin bertanya
Perlukah saya berharap lagi?

Entah.
KELIRU.

Wednesday, October 30, 2013

layan entry lama

Sedih bah
Lama-lama sekali baru buka blog

Baca entry poetry.
Feeling pulak.

Entah.
Macam-macam terjadi.
Tak ter-update di sini.
Cuma kadang-kala FB yang menemani.

Cuma ditukar.
Manusia menjadi benda.

Bah, Sonata itu bukan kereta.
Sonata itu cinta!
Yang berwarna duka
Yang tak mungkin berbunga
Yang bukan milik kita

Bukan. bukan "kita", tapi "saya".

Saturday, October 26, 2013

Dia Pergi Jua


Tak terdaya ku menghalang
Tak upaya ku melarang
Dia pergi jua
Tinggal semua kenangan
Tinggal aku sendirian
Dia pergi jua

Bersama cita dan harapan
Bersama cinta dan impian
Dia pergi jua

Ku tak ingin dia pergi
Ku ingin dia disisi
Dia pergi jua

Separuh jiwaku pergi
Separuh hatiku mati
Dia pergi jua...

Friday, September 06, 2013

objek cinta

Cinta menghalangku dari berjauhan dengan objek cintaku walaupun ia tidak pernah dekat padaku...
~ Nurfatimahz AKA Puteri

Friday, July 19, 2013

mungkin kau bukan takdirku - part II

"Pasal yang awak cakap hari tu... Saya.." Dia memulakan topik baru. Aku mula khuatir hal yang akan dibicarakan adalah tentang perasaan. Cepat-cepat aku menutup telinga. Dan dia terus menyambung butir bicaranya.

"Saya belum bersedia," katanya.

Aku tidak memandangnya. Tangan masih ditelinga.

"Tak dengar?" dia bertanya.

"Tak nak dengar. Jangan cakap. Saya dah cakap jangan cakap".

"Awak nangis?"

"Tak" aku memekupkan kedua tangan ke wajah.

"Nangis?"

"Tak. Saya tahu, sebab tu tak nak awak cakap. Saya tak nak dengar".

"Ok, tak payah cakap apa-apa", dia mendiamkan diri. Aku menoleh ke kanan, melihat dia yang sedang memandu kereta. Sepi menguasai. Aku kaget. Rasa lain pula.

"Hurm.. Malu?" dia memandangku. Aku senyap.

"Sebagai gentleman lah kan, saya tak suka perempuan sedih-sedih sebab saya," dia menambah. Aku hanya memandang kawasan yang kami lalui tanpa menjawab soalannya.

"Awak ni dah la banyak berahsia," selepas seketika dia berbicara lagi.

"Mana ada rahsia? Apa yang saya rahsia?"

"Adik-beradik awak pun saya tak tahu"

"Dah awak tak tanya, buat apa saya nak beritahu"

"Sebab saya belum bersedia"

"So tak perlulah saya beritahu", balasku, giliran dia pula yang mendiamkan diri.

Sunday, July 07, 2013

#070713

Saya mimpi awak lagi.

Tapi kali ni saya mimpi awak kesedihan.

Awak menangis.

Saya ingin tahu kenapa.

Awak senyum tanpa berkata-kata.

Entah. Last time saya mimpi awak sebab saya sedih. Dan dalam mimpi tu memang saya sedih.

Tapi tadi... Saya.. Mungkin sedikit sedih? Tapi dalam mimpi tu awak yang menangis.

Saya tahu awak terasa dan saya pun ada terasa. Maaf. Tapi ini persamaan kita, berterus-terang.

Saya harap ini cuma dalam mimpi saya.

Walaupun mimpi saya adalah realiti saya, tapi saya tak harap mimpi saya adalah realiti awak. Awak pernah cakap yang awak tak nak saya menangis atau bersedih kerana awak, dan macam tu lah juga saya.. Saya tak mahu awak bersedih kerana saya.



*********

Ingin ku mengusap tangismu dan membelai rambutmu, namun tangan tidak sampai.

Sebenarnya bukan tidak sampai. Namun dibatasi hukum syara'. 


Sunday, June 23, 2013

world war z

Telefon bergetar, vibrate. Ada panggilan masuk.

"Alamak, kakak telefon!"
"Cakap ah ngah dating"
:D

Btw kali pertama dengar sebutan tu.
Biasanya "meeting".

Tuesday, June 18, 2013

mungkin kau bukan takdirku

"Bila nak jumpa?" aku bertanya pada dia melalui khidmat whatsapp. Zaman sekarang mana orang pakai lagi dah khidmat sms.

Dia senyap. Tapi aku tahu dia telah membaca mesej sebentar tadi. Aku akan menunggu sehingga dia menjawab pertanyaanku tadi.

Bumi Batu Pahat tidak jauh bezanya dengan bumi Sungai Petani dari segi suhunya. Ya, sama panas. Jika di Nilai, Negeri Sembilan dan Ampang, Selangor, masih boleh tahan kipas nombor satu. Tapi di sini, hai.. Memang nak berpeluh sakanlah kalau pasang kipas nombor satu.

"Sabtu. Kalau petang hari biasa selepas pukul 5. Habis kerja", dia mengirimkan pesanan itu. Lewat petang aku bertanya, lewat malam baru mendapat jawapan. Hai, nasiblah...

Petang ini ku rasa seperti biasa. Ada sedikit bunga-bunga. Iyalah, mahu bertemu si dia. Petang terasa merangkak dengan begitu perlahan. Namun kerana keinginan di hati, segalanya terasa menjadi. Hebatkan kuasa hati?

Di kejauhan aku memandang sebuah kafe yang terletak berhampiran tempat kerja dia. Entah bagaimana laju pula langkah kaki ini. Walhal ini kali pertama aku di sini. Dan aku tidak pula memaklumkan dia yang aku ke sini pada hari ini. Hari ini bukan Sabtu.

Dia melihatku menghampiri mejanya. Sambil tersenyum, dia mengisyaratkan aku supaya duduk. Ku lihat beberapa menu telah dipesan. Eh? Dia memandangku seperti biasa.

Tiba-tiba, ada seorang wanita bersama anak kecil datang ke meja yang sedang kami duduki. Memang tersentaplah aku. Bukan kerana itu isterinya, tapi itu bekas kakak iparnya!

Ya, dia memang insan yang sangat baik. Tidak membiarkan bekas kakak iparnya sendirian, sangat berbeza dengan abangnya yang ah..sukar untuk digambarkan.

Tapi aku kecewa. Kerana dia banyak beriku alasan. Takut tak ada masa, sibuk kerja, bla bla bla. Tapi boleh pula berjanji dengan bekas kakak ipar? Ohya, padanlah dah siap ada pesanan menu bagai, semua bukan untuk aku sebab dia bukannya tahu aku mahu ke sini.

Aku terus bangun sewaktu dia mempersilakan bekas iparnya duduk. Pandanganku berkaca. Aku berundur dan memalingkan wajah. Lekas-lekas aku berjalan menjauhi dia. Dia bangun, seolah-olah ingin berkata sesuatu padaku.

Ringan terasa langkah kaki ini, aku terus berlari. Enggan memandangnya lagi. Hatiku terlalu pilu. Dia mengejarku. Aku yakin langkahku sudahpun laju, namun mengapa dia semakin hampir? Bagai ada magnet yang menghalang aku dari terus berlari. 

Dia berjaya menghampiri dan memaut bahuku. Segera dia memalingkan tubuhku agarku memandangnya.

Dan aku terjaga dari tidur. Sekian.
#17.06.2013

Nota: Mimpi dan watak dalam mimpi adalah bukan rekaan. Cumanya watak "kakak ipar" entah macam mana boleh ada sedangkan dia tiada "abang".

Dah terjaga tengok dia reply whatsapp. Seperti yang di dalam mimpi. Jawapan lebih kurang, "takut tiada masa".

K.E.C.E.W.A.

Monday, June 10, 2013

ketenangan

Terima kasih Tuhan
Biarpun ku kekusutan
Kau beriku ketenangan
Syukur padaMu Tuhan..

Sabtu paper Ilmu Pendidikan.
Ahad paper Pendidikan Islam, dua papers.

Dah selesai, alhamdulillah.

Maka dengan ini
Mulai hari ini
Dengan rasminya
Saya "menganggur"!

:D

Tuesday, June 04, 2013

exam, exam, exam

Sepanjang 18 bulan bergelar student maktab, tak pernah sekalipun ada exam, midterm juga. Kalaupun ada cumalah kuiz. Itupun satu-dua subjek yang tiada peperiksaan akhir.

Bulan ini adalah bulan terakhir menyandang status pelajar maktab. Cukup 18 bulan bermula Januari 2012 hinggalah Jun 2013.

Takut juga. Sebab tak pernah exam.
Lepas exam cuak dengan result.
Lepas tu temuduga lagi.
Lepas tu tunggu result interview.
Kalau lulus baru posting.

Last few days menteri Idris Jusoh ada cakap "tiada jaminan penempatan bagi guru pelatih IPT @ IPG". Juga "hanya yang cemerlang sahaja akan dipostingkan".

Bagus sebenarnya demi kualiti pendidikan negara. Yang tak bagusnya sayalah, kurang keyakinan untuk interview dan bla bla bla.

Ok kot kalau tak dapat, semua tu urusan Allah Taala. Cuma.. Mungkin segan sikit la dengan orang yang kenal kita sebagai "bakal guru". Hihihi....

Mari mencari pekerjaan lain. Blogger sepenuh masa mungkin? :D

Ok, exam Sabtu dan Ahad ini. 8-9 Jun 2013. Doakan saya dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang baik, insyaAllah, amin.

Saturday, June 01, 2013

cintakah ini

Cintakah ini
Yang membuat aku rasa derita

Cintakah ini
Yang membuat ku tertanta-tanya

Cintakah ini
Yang buatku mengalirkan air mata

Cintakah ini?

Friday, May 17, 2013

salam & sayang

Tengahari ada murid-murid masuk ke bilik guru.

"Cikgu, nak salam", kata mereka. Lalu tangan dihulur.

Tiba-tiba ada seorang menambah, "Cikgu, nak sayang", lalu pipi pula dihulur =P

Kemudian senior di meja hadapan berkata, "Eii cium pipi". Katanya bernada sinis dan menjengkelkan.

Salah ke saya benarkan murid-murid saya cium pipi saya? Itu yang dia nampak murid perempuan. Kalau dia nampak Aiman cium pipi saya hari tu agaknya apa dia nak kata...?

Benarlah kalau difikirkan apa pandangan orang, sampai bila pun hidup tak akan aman. Pedulikan apa mereka kata, apa mereka fikir. Selagi perkara yang dilakukan bukanlah kesalahan, teruskan....menjadi diri sendiri.

Sekian.

SELAMAT HARI GURU.

Sunday, May 12, 2013

apa namanya

Ada rindu
Ada yang ditunggu

Ada cinta
Ada yang dipuja

Cemburu
Ya siapa tidak cemburu
Bila dia yang dipuja
Bertemu dengan orang lain?

Dia bertanya, apakah aku cemburu
Sambil menggelengkan kepala
Aku menjawab tidak
Padahal di dalam hati.....

Inginku meluah rasa
Namun aku enggan kecewa
........

Wednesday, April 24, 2013

masa dan ketika

Masa

Bila ditunggu
Lambat berlalu

Bila tiada dinanti
Pantas berlalu pergi

# Menghitung detik dan waktu

7 hari untuk 1 Mei
11 hari untuk 5 Mei

Thursday, March 28, 2013

koleksi nukilan ringkas

Heuhh.. lame gile tak update. Berikut adalah antara status di FB, hehehe


Pertemuan bukanlah sebuah destinasi, sebaliknya suatu persinggahan yang akan menentukan perjalanan berikutnya. Apakah diteruskan, atau harus kembali ke titik mula.. 
~Nurfatimahz Puteri#21.3.13


Jangan takut untuk kehilangan apa yang bukan dimiliki,
Takdir yang menemukan, dan takdir juga bisa memisahkan
~Nurfatimahz Puteri# 21.3.13


Untuk menilai sesuatu itu baik atau buruk, bukan mata yang diperlukan. Sebaliknya "mata hati".
Biar buta mata, asal jangan buta mata hati.
# 20.3.13


Pertama:Apa guna cahaya kalau tidak mampu keluar dari kegelapan?
Kedua: Nikmatnya cahaya hanya akan terasa setelah melalui kegelapan.
#16.3.13


Pengalaman adalah GURU TERBAIK walaupun ia adalah TERSANGAT PAHIT.
~Nurfatimahz aka Puteri#13.3.13


Tiada sebab yang diperlukan untuk menyukai seseorang, Tetapi satu sebab sudah memadai untuk membenci seseorang
~ Nurfatimahz aka Puteri
# 12.3.13


Kita tak akan sedar apa yang kita miliki, sehinggalah kita kehilangannya.
Dan kita tak akan sedar apa yang kita perlukan, sehinggalah kita mendapatkannya.
#11.3.13

Hurm.... Yang bertarikh 21.3.13 tu, cerita di KLIA =)

First time meeting, tapi siap jumpa satu family.. -.-'

Sunday, February 10, 2013

lirik dan lirik

Minggu lepas, Isnin ada mesyuarat.
Berkenaan program Panitia Pendidikan Islam.

Ada pertandingan nasyid tak lama lagi.
Sekolah mungkin tidak hantar wakil.
Sebab tiada orang untuk buat lirik, jurulatih tiada masalah.

Saya tawarkan diri untuk menulis lirik.
Tapi lirik sahajalah, bukan melodi.
Melodi yang dikehendaki ala-ala "Irama Padang Pasir" gitu.

Saya?
Padang Pasir ke, Gurun Sahara ke
memang bukan kategori pilihan lah.. huhu..

Lirik siap diserahkan pada hari Jumaat.
Ketua Panitia tanya tentang melodi..
iskkk... rasanya dah bagitau
lirik boleh la
melodi dalam tempoh 2-3 hari memang tak menjadi punya
lagi pula melodi yang dikehendakinya, tiada dalam jiwa saya

aduh..

Ada sesiapa boleh tolong?

Monday, February 04, 2013

Sang Pelangi

Pelangi.. Hadirnya indah dipandang mata. Tatkala ia hilang, hati kecewa kerana belum puas menikmati keindahan yang ada. Namun, bersabarlah. Ada pelangi yang akan muncul lagi selepas teriknya mentari dan suramnya hari.. 

Dan aku menanti pelangi itu.

~Nurfatimahz AKA Puteri~
(04.02.12013 @ 9.55 am)

Friday, January 25, 2013

Wednesday, January 16, 2013

Kerana Aku

Kalau kerana kecantikan
Bukan aku orangnya
Kalau kerana kelebihan
Aku banyak kurangnya

~Nurfatimahz AKA Puteri~
16.01.2013 @ 11.45 pm

Saturday, January 12, 2013

HKR #KL112

Di atas Padang Sejarah
Terlakar cerita dan kisah
Di hari yang bersejarah
Terakam kenangan yang indah



* Hari ini berjumpa dengan seseorang =)

Friday, October 26, 2012

lawak hari raya

Pagi tadi tergelak-gelak tengok banner ni.

Dua tiga kali baca baru dapat baca dengan betul. kekekekeke!


Salam Aidil Adha
Maff Zahir Batin
=)

Tuesday, October 23, 2012

AES ditengah-tengah laut?

Untuk siapa agaknya?
Kapal? Atau hidupan laut?

AES ditemui di tengah laut di Pulau Pinang.
Bukan itu sahaja,di Perlis pula dikesan berada di tengah-tengah hutan!

Aduh!


Kepada ikan, sotong, udang, penyu dan semua hidupan laut:
"Jangan berenang laju-laju yer.. Nanti kena saman!"

Berita: http://www.malaysiakini.com/news/212472

Monday, October 22, 2012

merisik khabar

Tiada gunanya menjadi rakan akrab
Jika keakraban seketika cuma
Terhenti seberakhirnya sesebuah pertemuan

Biarlah sekadar rakan biasa
Yang sesekali merisik khabar
Walau terpisah antara ruang dan waktu

(Nurfatimahz Puteri, 18/10/2012)

Thursday, September 27, 2012

Siapa yang azan awal sangat ni...

Tersedar pukul 4 pagi.
Alang-alang bangun awal niat nak puasa.

Lepak-lepak kejap.
Dekat pukul 5 pagi.
Pergi cedok nasi.

Tengah mencedok
Tiba-tiba azan dilaungkan

Adeh....
Kompius den.
Tengok waktu solat 5.45 subuh.

@@

Saturday, September 22, 2012

ingin berbicara

Tika kau berbicara, aku mendengar penuh setia. 
Hingga aku merasa apa yang kau rasa..
Namun bila aku berbicara, kau membisu seribu bahasa. 
Bagai aku tiada di depan mata.


Sakitnya terasa. 
Rela ku berbicara seorang diri dianggap hilang kewarasan 
berbanding terluka perasaan!

Wednesday, September 12, 2012

posting khas untuk KAU!

Posting ni aku tujukan KHAS untuk KAU yang bajet BAGUS sangat
KAU ingat KAU sorang reti MAKI HAMUN?
Cakap orang anak haram, entah2 kau kot yang HARAMjadah (aku pinjam kata2 PM tersayang)

BODOH!

Mencemarkan blog aku saja.



Friday, September 07, 2012

Hidden post

Post yang sebelum ini terpaksa dihilangkan untuk seketika.

Salam kasih dan sayang,
puteri

Friday, August 31, 2012

Yellow Merdeka "JANJI DEMOKRASI" 2012~!

Kali pertama dalam sejarah, sambutan Merdeka mempunyai tema tersendiri dari Pakatan Rakyat iaitu "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". Dan kali pertama sambutan Merdeka menguningkan Kuala Lumpur! Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya menghadirkan diri!! =)



Semalam, 30 Ogos 2012, sambutan Hari Merdeka ke-55 yang dikenali sebagai "JANJI DEMOKRASI" berlangsung dengan SANGAT BAIK tanpa adanya provokasi juga tindakan kasar dari pihak polis, fru dan seangkatan dengannya. Syukur Alhamdulillah.

Lebih kurang jam 6.30 petang, saya menaiki LRT aliran Ampang ke LRT Masjid Jamek. Tiba kira-kira jam 7.00. Singgah terus ke Masjid Jamek sementara menanti waktu solat fardhu Maghrib. Usai menunaikan solat, rakan saya Tham dan juga Layyin (rakan baru) menjemput saya.


Saya bercadang mahu ke Petaling Street terlebih dahulu kerana aktiviti di Petaling Street bermula jam 8.00. Kemudian kumpulan dari Petaling Street akan bergerak ke Dataran Merdeka. Namun, kami tidak ke Petaling Street. Sebaliknya ke Bukit Bintang. Pheww~ Haha!

Pada jam 9.30 malam, saya, Tham, Layyin dan beberapa rakan Tham berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka. Pergghh!! Bukit Bintang - KLCC - Dataran Merdeka. Ayyoo... Pendekkan cerita, Kami tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam 10.00 malam. Ada polis, bomba dan sebagainya.

Saya dikhabarkan ada seorang kena tahan polis. Kenapa? Kurang pasti. Bila tengok berita hari ni, dua orang kena tahan sebab mercun. Baling mercun? Letupkan mercun? Bercakap tentang provokasi, ya ada. Tapi kes terpencil. Bendera ala-ala komunis (namun disahkan bahawa mereka menerima upah untuk berbuat demikian) dan pijak gambar Rosmah&najib (siapa yang bawa gambar mereka?). <<-- Setakat yang saya tahu.

Tepat jam 12.00 malam. Kami menyanyikan lagu Negaraku. Ada bunga api, tetapi jauh dan dalam jumlah yang kecil.. Tapi bukan bunga api yang kami nak, kami nak DEMOKRASI. Dan "DEMO" tak mungkin dapat dipisahkan dengan "DEMOKRASI" :D

Dalam 12.30 pagi, kami bergerak untuk pulang. Naik LRT ke KLCC. Dan berjalan dari KLCC ke Bukit Bintang. Tham dan layyin menghantar saya pulang ke rumah. Selamat tiba jam 1.00 pagi... (@@)

Ermm.. apa lagi ya? Layan gambar sajalah~ he he he he..

 Layyin dan saya

 Ohya! Ini kawan baik saya sejak tahun lepas! Namanya Lim.
Kami rapat sebelum 709 =)
(konon2 pukul, sebab dia tak pakai baju kuning! :P) 






Yang baju hitam ni namanya Yong, kenal masa demo Bantah PTPTN Lynas. 
(alamak! saya tak post dalam blog?? nanti saya post :D)



Sekian ~ =)

Sunday, August 26, 2012

say bye2 after GE13, ok?


"Jangan buat perubahan yang belum pasti kebaikannya" - Najib Razak.

Petikan beliau adalah merujuk kepada Pembangkang Malaysia (Pakatan Rakyat). Apa dia ingat orang masih bodoh?

1- Lebih baik buat perubahan yang belum pasti kebaikannya daripada mengekalkan yang sudah pasti keburukannya.

2- Kalau tidak buruk, tentu tidak perlu ditukar.

Apa guna PILIHANRAYA? Kata negera adalah negara yang paling berDEMOKRASI? Dah tu, rakyat tak boleh buat pemilihan sendiri.

Arghhh.. pendek kata, ucapkanlah "selamat tinggal" selepas pilihanraya ke-13. Sekian.

Sunday, August 05, 2012

Emas tetap dihati kami (Lee Chong Wei)

Semalam, yang mengangkat dirinya sebagai FLOM terbang ke London kononnya untuk sokong Lee Chong Wei. Tak kisahlah dia pergi sorang ke, dengan kaum kerabat ke, dengan kroni-kroni ke.. Asalkan duit yang dia gunakan tak membabitkan wang hamba rakyat sudahlah.




Gambar di atas ni cerita yang sebelum ni. Sembang-sembang kelakar cakap: Kalau LCW kalah pun dia terpaksa kalah, sebab kalau dia menang, dia risau kena peluk lagi sekali! WAHAHAHA!


Ok kembali kepada topik. Ada tiga game. Lee Chong Wei : Lin Dan, musuh tradisi.
Pertama : 21 - 15
Kedua : 10 -21
Terakhir : 19 - 20




Heuuhh tak jauh beza dah tu!!!!! Game pertama CWL memang ke depan. Masuk game kedua Lin Dan mula menunjuk belang. Game terakhir sama-sama mengejar dan OH! Sangat tipis kekalahan!



Tak apalah.. Walau pun tak dapat emas, dapat perak saja, ia tetap EMAS di hati kami rakyat Malaysia. LCW sudah melakukan yang terbaik!



PROUD OF HIM


"Sebangsa, Senegara, Sejiwa"

Saturday, August 04, 2012

Salam Ramadhan 1433

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pejam celik, pejam celik.. dah 16 hari di bulan Ramadhan., 
Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita...


Ohya.. Sekarang saya berada di kampung.. Sempena cuti Nuzul Quran :)
Hihihihihihii....




Heeeuuuhhh... sampul duit raya dah ada.. 
Tapi anak2 buah tak balik la pulak raya nanti...
Hurrmm... terpaksalah saya bagi duit raya dekat diri sendiri


HAHAHAHAHA!

Monday, June 25, 2012

428 dalam sejarah

Bukan main lagi iklan yang nak mencemarkan minda-minda rakyat jelata dari berkembang, tak terkira juga iklan-iklan yang masuk bakul angkat sendiri pelbagai versi, dari utara, pantai timur hinggalah versi Sabah/Sarawak. Huh. Dia ingat kita b*d*h?


Tapi yalah.. bukan tak ada yang terpedaya dengan tipudaya media kroni lidah rasmi yang sinonim dengan hasad dan domba. "Eh hari tu teruk kan demonstrasi. Sebijik macam rusuhan di luar negara..." Kata seorang makcik (melalui penceritaan kenalan). "Mana makcik tahu? Makcik pergi 3.0 ke?" Tanya kenalan saya. "Tak.. tengok kat TV".


Huh! Tu dia la.. kata negara maju tak sangga. Ni mesti kes internet tak sampai. Duk cherok-cherok. Kompom line kurang bagus. Maklumat semata-mata bergantung kepada media kroni. Dari surat khabar sampailah ke televisyen. Cemuihhhh!!!


Lagi mereka burukkan rakyat yang menuntut perubahan dalam pemerintahan, lagi rakyat bangun dan melawan. Jangan cakap lah apa bangsa sekalipun, semua bersatu. Matlamat yang satu. Satu Malaysia? Huh. Tak payah duk jaja sangatlah gagasan tu. BERSIH menggabungkan menyatupadukan rakyat tanpa perlu bajet/dana yang berjuta-juta yang hanya lebur atas angin. Tapi apa hasilnya? Apakah OBJEKTIF tercapai? 


Kalau bukan kerana akta yang menakutkan, kalau bukan kerana klausa yang merunsingkan, lebih ramai yang turut serta tanpa perlu berselindung (merujuk kepada diri sendiri HAHAHAHA!).



Friday, June 01, 2012

Cuti sekolah datang lagi!!!

Bila cuti sekolah saja, saya kena masuk kelas. Eh sebelum ni bukan memang masuk kelas ke? Hurrmm... Hari sekolah masuk mengajar. Hari cuti masuk belajar.. huhuhu


Belajar best tu best.. Rindu time study dekat USIM. Tapi.. yang tak bestnya bila kena buat assignment, presentation. Kalau individu tu rasa ok kot. Tapi by group tu rasa susah. Bukan susah apa. Susah nak ada group.. :(


Pelik kan. 


Kadang-kadang rasa ada ramai kawan.
Tapi kadang-kadang rasa tak ada kawan.
Atau sebenarnya ramai kenalan sahaja?


Haisyhh.. 


Bukan mengeluh. Cuma melahirkan rasa susah hati.. ngehehehehe...

Off-topic: Blogging @IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Sunday, May 13, 2012

Blogger with new layout?

TAJUK LAIN. ISI LEBIH BANYAK YANG LAIN~! :P~



Huh.. nampak sangat dah lama giler tak buka blog. Tetiba je tengok ada perubahan masa log in. Adehhh... Hahaha! Mula-mula macam pelik, tapi rasa ok kot. Haha! Belum godek-godek lagi. Harap Friendly User lah. 


Ohya. er.. Ade tengok tak video tribute untuk Bersih? Mungkin dah ramai kot tengok. Hehehe.. 


Kepada yang belum tengok Tears of Malaysia, mohle layan kat bawah ni... Eh sebelum tu! Lagu ni ramai yang kritik sebab banyak lirik Bahasa Cina berbanding Bahasa Melayu atau Bahasa Tamil, juga Bahasa Inggeris. 


Tapi yelah.. Sebab lagu ni ilham rakyat Malaysia yang berbangsa Cina dan juga "Chinese Educated", maka saya rasa bukanlah menjadi suatu masalah dalam lirik tu. Lagipun ada translation (dalam Bahasa Inggeris). Apa yang menarik, dalam video ni ada wakil dari masyarakat majmuk malaysia; Cina, India, Melayu. So saya rasa kalau ade orang nak cakap diskriminasi ke ape ke.. benda tu tak layak untuk diperkatakan. Apa yang penting, mesej yang ingin disampaikan.


Oklah, banyak pulak saya membebel. HEHEHE! Jom layan~







Salam REVOLUSI dari puteri =)

Monday, April 16, 2012

DUDUK BANTAH

Nak lari, tak larat
Nak jalan, penat
Duduk aje lah~ :)

JOM DUDUK BANTAH aka BERSIH 3.0!

Sekarang ni sibuk sikit. Maaf ya blog, dan kawan2.. Nanti ada masa, saya blogwalking n leave a comment on your blog. Tata~!

Thursday, April 12, 2012

camp @ Teluk Panglima Garang

hohoho
lame tak update
kekeke

Program bulan lepas~
Kem Unit Beruniform (Sekolah Rendah) Peringkat Negeri Selangor 2012



Friday, March 16, 2012

Kuala Pomson

Ada kem Unit Beruniform peringkat daerah..
Bulan Februari dulu.. hehehe..
Baru berkesempatan upload..

Di Kuala Pomson ke Pomsom?
Macam2 ejaan teman tengok.. adehh
Daerah Hulu Langat, Selangor..








Opss.. teman jadi Urusetia, bukan peserta!!
kekekeke

Monday, March 12, 2012

ciptaan Tuhan

Segala yang terjadi
Tiada yang semulajadi

Ada yang menguasai..
Ada yang menjadikannya..

Tuhan Yang Maha Kuasa,
Dia Yang Maha Pencipta

Sunday, March 11, 2012

surat untuk cikgu Sabah

Cikgu Sarawak, cikgu2 semenanjung..??
Macam digunapakai jugak jer...


Jadinya, surat untuk cikgu nurfatimahz puteri.. hehehehe!

Saturday, March 03, 2012

kebenaran

Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun tetap segar.

A. Samad Said
Benih Harapan, 1973

Sunday, February 19, 2012

guru pelatih VS pelajar

Dengan IPG Sultan Abdul Halim, saya pelajar.
Dengan SK Lembah Jaya, saya guru pelatih.
Dengan murid-murid, saya guru.
Dengan ibu bapa, saya guru.
Dengan guru-guru, saya bukan guru.

Off Topic:
Petang semalam teringat nak sms kawan yang ada di Damansara, LYK. Tapi terlupa. Hehe. Malam dia sms, kikikii... Then i told him about "my school". And he said, "we should catch up soon".

Oh! He's one of my good Chinese friend =) Thanks to "709".

Hehe..

Saturday, February 11, 2012

am going to be Selangorian =)

Dapat posting ke Selangor.. huhuuu
Khamis tahu negeri mana.. Jumaat tahu area mana...
Hari ni Sabtu beli barang2. Esok Ahad ke Perak, kemudian ke Putrajaya.
Isnin pagi ke JPN Selangor di Shah Alam...
Saya dapat SK Lembah Jaya, Ampang..

P/S:
Siapa ada di sana? Tolong carikan bilik sewa untuk saya!!!!

Thursday, February 02, 2012

i'm back!

Hehehe..

Penat! Tadi majlis perasmian penutup Minggu Pengurusan Pelajar Baru IPSAH habis lebih kurang pukul 2.00 petang.. Pukul 3.00 sampai umah, then tido.. kekekeke.. Kul 6.00 baru tersedar! Huahaha

Adeh.. sekali masih 'gelak jahat'. Cemane nak jadi che'gu neyh?

Huuu..

Minggu depan sambung lagi.. Minggu seterusnya posting ke sekolah, sekolah mana belum diberitahu. Macam kelakar pula. Tak belajar banyak, kemudian ke sekolah untuk mengajar. Haisyyh! Patutnya 'diorang' buatla kelas dulu, at least dua bulan, ajar kami apa yang perlu/bagaimana untuk mengajar dsb. Ni nanti bulan lima baru kami ada kelas. Hurmmm... .

Nota kaki:
Me masih tak minat jadi che'gu. Walaupun me ada pengalaman menjadi che'gu, namun chenta terhadap profesyen perguruan masih belum berputik dihati ini.

Out of topic:
Seperti ada sesuatu yang aku kehilangan.. .