© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, May 31, 2009

rindu terhenti

oleh: Tomok

Telah ku tinggalkan
Memori silamku itu
Tidak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu

Walau duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rinduku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundung kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang berpaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilang kan berganti
Cinta tiba cinta pergi
Yang azali ku nanti

Ku lupakan mu jua disini
Rinduku terhenti
Sejak kau pergi menjauhi
Rinduku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundung kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang berpaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilang kan berganti
Cinta tiba cinta pergi
Yang azali ku nanti

Saturday, May 30, 2009

hometown

Tadi tengahari, saya pulang ke kampung bersama kakak saya (anak ke-3). Hampir jam 7:00 petang, kami tiba di rumah. Alhamdulillah.. .

Apa lagi ya?

Aih.. entahlah..

Rindu pulak dengan kawan-kawan..

Oh.oh.oh..

Friday, May 29, 2009

unit perhubungan

dan pengangkutan.

Saya sudah mendapat rakan sekerja baru bagi jawatan AJK Perhubungan dan Pengangkutan bagi unit saya dalam gerak kerja Pesta Konvokesyen (C-Fest) USIM ke-7 nanti. Namanya Aisamuddin, junior saya.

Erm.. ada kerja yang bakal dilakukan bulan 6 ni separuh telah saya lakukan. Saya minta Aisamuddin untuk sambungkan, sebab mulai esok saya tidak akan berada di sekitar kampus; nak balik Kedah. Kakak saya nak kawen, jom semua, jemput datang ke rumah saya di Taman Sentosa, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedh pada 6/6/09.

:X

Thursday, May 28, 2009

gerak kerja

Masih belum diterima kertas kerja yang dibuat oleh pengarah saya bagi unit dalam program Pesta Konvokesyen USIM (C-FEST) ke-7 yang bakal diadakan bulan Ogos nanti. Gerak kerja sebenarnya telah bermula awal bulan ini, tapi biasalah, bila berhubung dengan pihak atasan, ada yang tak kena dan harus diperbaiki semula. Kesian pengarah saya kan? Penat, penat..

Muka Penat.. (lepas larian Minggu Integriti Fakulti Syariah & undang2 dulu)

Saya selaku AJK bagi unit perhubungan, bakal mengikut pengarah saya untuk deal dengan beberapa pihak bagi unit program kami. Kata pengarah, selewat-lewatnya minggu hadapan. Tapi, minggu depan saya..er...nak balik kampung untuk seminggu... Aduh, cemane ni? Harap-harap pihak yang berkenaan tu free esok. Kalau boleh pergi esok, senanglah sikit. Lega.. . Taklah rasa serba salah nak balik rumah. Ngeh3.

Nak ais krim!! dah lama tak makan,.. Nyum3..

Wednesday, May 27, 2009

janji Tuhan


Jika kita kehilangan sesuatu, pasti ada alasan disebaliknya. Alasan itu kadangkala sukar untuk dimengertikan. Namun, percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu,telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan kepada kita.. .

Tuesday, May 26, 2009

happy birthday

To Bro Framestone!!

1- Nak ucap kat bro... 2- Nak bagi hadiah macam bro tulis dekat muka depan blog bro
"26-05-09: nak hadiah dari korang".

3-
Sebab bro nak ternak anak, jadi saya bagi anak2 (ayam) untuk diternak bro... cute ni, chumil, cantiks.. he.he.. Boleh bawa ke pringkat komersial gitu.. ;-)
Selamat panjang umur!

Monday, May 25, 2009

kasih sahabat


Semalam, saya menerima satu pesanan ringkas dari seorang sahabat yang pernah akrab dengan saya yang berbunyi...

"Pernah satu ketika, seorang sahabat memberitahu Rasul SAW akan rasa sayangnya kepada seorang sahabat yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demkian. Rasulullah pun berkata: pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya,".


Uhibbuki fi
llah.



Oleh itu, saya juga ingin memberitahu dia bahawa saya juga sayangkan dia sebagai sahabat saya. Saya sayangkan semua kawan dan sahabat saya, tak kira di mana, saya tetap sayangkan mereka.

Tidak lupa kepada rakan-rakan blogger, saya juga sayang kalian!




Sunday, May 24, 2009

Ali versus Fatimah

Semalam, sewaktu membaca buku Jangan Tidak-Tidak, karangan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, ada satu bahagian yang agak menarik yang bila baca, rasa macam terkena pun ada. Hu.hu. Apa-apa pun, saya ingin kongsikan bersama kalian. Jom baca!

HM Tuah (2008). Jangan Tidak-Tidak, Nak Jadi Ali dan Fatimah. P 165-167.

Jangan mimpi nak dapatkan isteri seperti Fatimah kalau awak tu belum macam Saidina Ali; jangan mimpi nak dapatkan suami macam Saidina Ali kalau awak tu belum macam Fatimah. Nampak? Saling berkait.

Ada ke pulak isteri nak suruh jadi macam Fatimah, dia sendiri macam Abu Jahal. Mana ada jalan! Samalah, suami disuruhnya jadi macam Saidina Ali, dianya macam Hindun; isteri Abu Sufian yang tergamak membelah dada Saidina Hamzah dan makan hati bapa saudara Nabi tu.


Kita kena sama-sama berubah. Kalau kita inginkan kebahagiaan dan nur dari Allah, kita kena sama-sama berubah. Kita tak boleh harapkan satu pihak saja berubah. Kalau satu pihak saja berubah, tempang jadinya. Macam tayar kereta kita pancit. Bila hal semacam ini terjadi, walaupun ada tiga lagi tayar yang okey, kereta tetap tak boleh bergerak.

Hidup kita serupa itu. Berubah pada kebaikan WAJIB hukumnya. Maknanya kalau tak berubah dari jahat kepada baik, berdosa. Dahlah berdosa, hidup pun tak bahagia. Apa faedahnya kalau hidup tak bahagia?

Sekali lagi, jangan mimpi nak dapatkan isteri seperti Fatimah kalau awak masih belum macam Saidina Ali; jangan mimpi nak dapatkan suami macam Saidina Ali kalau awak belum macam Fatimah.

Saturday, May 23, 2009

B versus A

A: Chat dengan siapa? pakwe?
B: Makwe. Mana ada pakwe
A: Tak apa, nanti-nanti adalah tu
B: Pakwe tak penting. Tak menjamin dapat pahala pun
A: Macam mana dengan fitrah manusia?
B: Itu suami. (Bukan teman lelaki).

A: Nak mencari calon?
B: Jodoh kan dah ditentukan Tuhan. Kita merancang, Dia menentukan. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak apalah (sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita). Bukan tak payah cari, tapi perlu berhati-hati. Bukan main terjah je ikut kata hati tanpa membataskan pencarian itu sendiri.
A: Semoga bertemu jodoh yang baik
B: Terima kasih untuk itu
A: Sama-sama
B: Ada kenalan saya pernah berkata: Kalau baik sebelum, akan baik dan bahagialah selepas.
A: Betul tu
B: Jadi berhati-hatilah dalam pergaulan. Berkawan tu tak salah. Tapi salah memilih kawan yang membuatkan bersalah pada diri sendiri.
A: Ulasan yang baik


**********************************************
pautan menarik untuk dibaca, klik di sini.

Friday, May 22, 2009

memori bersama

Macam tak percaya ya, pejam celik, pejam celik, dah tujuh tahun telah berlalu tempoh perkenalan antara saya dan seorang sahabat/senior yang bernama Syakirah. Perkenalan ni agak unik sebenarnya sebab walaupun dia merupakan senior saya di USIM, tapi kami telah berkenalan lebih awal dari tu.

Saya memasuki matrik (tamhidi) USIM atau namanya ketika itu KUIM pada tahun 2006. Tahun tu jugak pertama kali saya berjumpa dengan Kak Sya setelah ber-message, ber-appointment semua-semualah. Huh, berdebar jugak waktu tu. Masa tu kelas saya di FKP (Fakulti Kepimpinan & Pengurusan), Kak Sya di FSU (Fakulti Syariah Undang2). Tempat pertama yang kami berjumpa adalah dia PKP (Pusat Kemudahan Pelajar).

Hah, bila sebenarnya saya mula kenal dia? Haa.. yang ni agak menarik. Kami berkenalan di mana mula2 ya? Saya cuma ingat hujung tahun 2003 di YM. Kata Kak Sya, mungkin sebelum tu ada kenal di MIRC dulu. Ingat lagi masa chat dengan dia kat YM.

Saya cakap dengan dia (mula2 dulu) saya-awak je, maklumlah sebab saya tak percaya dia perempuan (ha.ha.ha) sebab dia beritahu namanya "Harikays Run". Jadi, chatting macam dengan bukan perempuanlah (tapi takde topik yang pelik2, jadi lebih kurang sama je lah dengan siapa pun, kan?). Saya fikir bangsa lain kot dia nih (kua.kua.kua). Rupanya bila terbalikkan nama dia tu, baru jadi "Nur Syakirah". Oh, oh, oh...


03, 04, 05, 06, 07, 08 dan sekarang 09. Cepat kan masa berlalu?

Sekarang saya berada di tahun dua, dan Kak Sya berada di tahun akhir. Insya-Allah bulan Ogos ni, dia akan grade, dan majlis konvokesyen bakal diadakan di PICC. Aih, sedih pulak.. lepas ni dah tak boleh jumpa dia lagi.. . Kata Kak Sya: kita jumpa di YM lepas ni. Hurmm.. yelah.. .

Anyway Good Luck for you sis! I am going to miss you.


satu-satunya gambar saya dan dia

Thursday, May 21, 2009

owh?!

Alamak, setelah menukar-nukar template yang kononnya lebih lawa dari yang asal, tapi tak la lawa sangat pun..macam lawak adalah (ha.ha.), baru saya perasan link-link dan widget-widget yang saya pasang sebelum ni hilang... Owh? How comes? :( Sedey..

Semua link dah hilang, yang ingat dan yang dapat cari je baru diletakkan balik. Mana nak cari balik yer? Mintak maaf kepada kawan-kawan yang saya telah terhilang URL kalian, kalau sudi tolong tinggalkan URL kalian di sini, nanti saya addkan balik ya.. .

P/S: Kepada rakan pengunjung yang baru juga dialu-alukan..
Salam perkenalan dari saya.. =)

Wednesday, May 20, 2009

pewiraku

Pewiraku
maralah ke medan sana
menyahut seruan bonda
menghapus musuh durjana
perosak bangsa kita

Pewiraku
perkasa langkah juangmu
doaku sepanjang waktu
jangan rindu cintamu di sini
keranaku akan setia menanti

Oh pewiraku sayang
jangan tergugat wajamu
kuatkan azam tekadmu
berpanjangan harapku
menanti pulang pewiraku

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif-
CIPTA '08 "Di Sini Kita Bermula"

Monday, May 18, 2009

selangkah menuju puncak


Alhamdulillah, saringan CIPTA semalam telah berlangsung dengan jayanya. Terdapat tiga peringkat kerana bagi setiap lirik, mempunyai 3 orang komposer lagu. Jadi yang terbaik diantara mereka akan terpilih. Dari jam 10.00 hingga hampir jam 5.00 petang, barulah semuanya selesai.

Semasa kami sedang menunggu markah setiap lagu sedang dikira, kami dihiburkan dengan persembahan lakonan dari pihak penjara. Tahniah untuk lakonan yang mereka telah persembahkan. Er, walaubagaimanapun, sebenarnya kisah lakonan mereka tu tentang cerita sedih. Tapi saya tak terkesan pun dengan lakonan mereka. Barangkali 5 dariupada 10 markah yang saya beri jika saya adalah juri, hu.hu..

Tahniah buat diri sendiri kerana telah terpilih untuk ke final Festival CIPTA yang bakal diadakan bulan Ogos nanti, he.he. Lirik saya yang terpilih ialah Satu Malaysia, manakala Aman Malaysia tertewas. Oh, sedihnya.. tapi tak apa, sekurang-kurangnya ada juga yang terpilih kan? Bestnya, tak sabar untuk lirik saya dijadikan lagu patriotik yang mana membolehkan ia dinyanyikan di atas pentas. Jika terpilih untuk dikeluarkan dalam album (kompilasi CIPTA '08/'09), terharunya.. . Berangan nih... he.he.

Terima kasih yang tidak terhingga buat komposer lirik saya Yatt, kerana telah terpilih. Bagi komposer saya yang tidak terpilih, Johan, Adam dan Fendi, tahniah dan terima kasih juga kerana telah buat yang terbaik, dan saya sukakan lagu/melodi yang telah kalian hasilkan ;-) Semoga kita ketemu lagi..

Sambungan tentang lakonan di atas, saya terkesan dengan lagu yang dinyanyikan dalam lakonan tu, yang membuatkan saya dan kawan-kawan menangis.. Sob.sob.sob...

Senyum ku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu..
Kicau burung pun tak semerdu....

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu di izin Tuhan....

[chorus]
Tidak ku minta lahir ke dunia..
Tidak duga cacat begini..
Bukan ku minta kasih dan manja..
Bukan ku rayu bantu simpati....

Maafkan wahai teman
Ku menumpang disudut dunia
Mencari ketenangan..
Sampai masa ku pergi jua....


******************************************
-->> Sekitar CIPTA '08.

Sunday, May 17, 2009

saringan cipta '09


Esok merupakan peringkat saringan bagi festival CIPTA (Cipta Lagu Patriotik) yang mana lirik dan lagu yang digubah oleh komposer dari pihak penjara akan dipertandingkan. Seperti yang pernah saya khabarkan, 16 lirik dipertandingkan dalam peringkat saringan ini.

Esok seawal jam 7.00 pagi, saya akan ke sana bersama pihak USIM. Takut pula memikirkan. Mudah-mudahan lirik saya terpilih untuk dijadikan lagu patriotik, sekurangnya satu, ameen.

-Selamat maju jaya buat lirik saya; Satu Malaysia dan Aman Malaysia.

-Selamat maju jaya buat komposer lirik saya; Johan, Fendi, Adam dan Yatt.

-Selamat maju jaya buat semua penulis lirik dan komposer!!

Thursday, May 14, 2009

gelojoh





Assalamuaikum w.b.t, hari ni saya hendak cerita pasal gelojoh....kalau kita gelojoh maka banyak pertimbangan yang masuk akal akan ditolak ketepi. Selalunya kita akan menerima pakai siku dan lutut sebagai medium utama....Akibat nak cepat maka hasil yang kita bakal dapat, ialah samada ia akan memalukan kita...ataupun menggembirakan kita...tetapi keberangkalian untuk mendapat malu adalah lebih besar, walaupun pada mulanya kita seronok untuk bergumbira.....

Gelojoh nya BN :

Akibat gelojoh untuk menumbangkan pimpinan PR di Perak, dengan tergesa-gesa Barisan Nasional (BN), telah menawan kembali Perak dengan cara semberono. Saya yakin pasti ada kawan-kawan BN merasakan kenyataan ini pahit untuk ditelan, tetapi perkara ini adalah nyata...

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim, telah menyatakan bahawa mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Kerajaan Negeri Perak (UTKP), Seorang Menteri Besar hanya boleh dilucutkan jawatannya apabila, dia kehilangan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN)....dan kenyataan ini adalah fakta dan terpakai sejak UTKP diguna pakai lagi...Maka dengan jelas ia memartabatkan kembali Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin sebagai penyadang jawatan Menteri Besar Perak yang sah dan buat sementara waktu membuatkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, terkedu, mengigit jari.....!!!

Jadi agak hairan apabila BN secara membuta-tuli, tega untuk merampas kepimpinan Negeri Perak tanpa usul periksa. Apa sudah jadi....? Adakah begitu lemah penasihat undang-undang BN...? Dikala UMNO sedang menyambut ulangtahun ke 63 penubuhannya, ia harus menjadi sebuah parti yang matang, kuat, bijak, rasioanal dan belbagai perkara yang seharusnya ada pada sebuah parti berpengalaman....tetapi, kenyataannya pada hari ini UMNO dilihat macam kebudak-budakan.....macam dah nyanyuk....ubahlahhhhh........

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad (TDM), juga telah mengambil pendirian bahawa "Tiada kuasa yang boleh melucutkan Menteri Besar kecuali dengan undi tdak percaya"...!!! ermmm inilah akibatnya tidak mahu mendengar nasihat orang yang lebih berpengalaman....sendiri mahu ingatlah...

Gelojoh nya PR :

Tak perlulah cerita lagi, pasal kegelojohan PR ngin memiliki Toyota Camry yang sememangnya cantik tu....!!!! Dan kegelojohan BN untuk menjual Camry-Camry tersebut...memang semuanya gelojoh tak bertempat....

Yang nak cerita adalah gelojohnya Saudara Nizar. selepas diistiharkan sebagai MB Perak yang sah, beliau teringin untuk menggantung Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Abdul Rahman Hashim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.....!!!

Faktanya , bahawa Seorang MB, tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk menggantung kerja seorang pegawai awam .....!!! Jadi adalah kelihatan bodoh apabila Saudara Nizar, membuat kenyataan gelojoh tanpa merujuk kepada klausa undang-undang yang sepatutnya. Apapun "Terlajak Perahu Boleh Undur, Terlajak Kata Sendiri Malulah..."

Akibat Gelojoh, Saudara Nizar dengan terburu-buru , ingin melakukan itu dan ini, sedangkan beliau sedar bahawa Saudara Dr. Zambry masih berpeluang mengekal jawatannya untuk sementara waktu dengan mengemukan rayuannya di Mahkamah Rayuan.....

Ini semua adalah proses biasa dalam perbicaraan....jadi adalah amat pelik, apabila Saudara Nizar seolah-olah kurang arif mengenainya....

Dan kegelojohan Saudara Nizar ternoktah apabila Saudara Dr. Zambry berjaya dalam rayuannya itu...!!!

Juga akibat gelojoh tak bertempat, maka berlumba-lumba penyokong-penyokong PR, memuji bertapa telus, baik dan hebatnya Mahkamah Tinggi yang telah mengesahkan Saudara Nizar sebagai seorang MB Perak......dan kegelojohan itu memakan diri apabila Mahkamah Rayuan telah menangguhkan perlaksanaan hukuman buat sementara waktu....Sekali lagi dengan gelojohnya pengikut-pengikut PR, menunding jari kepada Mahkamah Rayuan pula....bermacam-macam tomahan dilempar...tak adillah, makan rasuahlah....aaiiikk dah tukar ker..... Alahai takkanlah bila sokongan berpihak kepada PR semuanya betul, apabila sebaliknya berlaku...semuanya jadi salah...bosanlahhh dengan taktik standard ni...dah dapat baca....

Saya memuji penyokong BN yang tidak cepat melatah, apabila Saudara Dr. Zamri dianggap tidak sah sebagai MB Perak....bertenanh dan tak mahu guling-guling...

Tak lupa juga saya ingin memuji sedikit penyokong PR kerana latahan mereka akibat kegelojohan untuk kali ini adalah ditahap yang sedikit rasional...kerana tidak meniru aksi berguling atas jalan, sambil mengibarkan bendera Palestine...(Tak faham....akai...ader ker..?)

Cuma satu yang saya minta dipertimbangkan oleh kedua-dua parti.....fikirkanlah rakyat bawahan ini.....agak-agak kalau ditakdirkan PR sah memerintah Perak, bagaimanakah mereka mahu menjalankan kerja dengan majoriti tidak berpihak kepada mereka.....kala 28 ADUN hendak menentang 31 ADUN , secara logik , siapa yang akan menang ...? Takkan boleh kerja dengan sokongan ADUN tidak berpihak pada PR....Apapun PR mampu untuk memerintah dengan cara itu, sehingga Pilihan Raya seterusnya, lama tuuuu....

Sebenarnya perkara ini memang menjadi igauan PR, sebab mereka tidak mahu disalahkan oleh rakyat, maka tindakan bijak dan seeloknya adalah dengan membubarkan DUN dan serah pada rakyat, tetapi ini semua adalah tertakluk kepada kuasa dan budibicara Sultan Perak...jadi pandai-pandailah PR hendak memujuk Baginda, yang pernah dipohon untuk "sembah derhaka"..........takut rakyat Perak terus menderita...

p/s: Moral dari cerita ini janganlah kita dok gelojoh....hehehehe


*****************************
credits to de_kerinchi

Tuesday, May 12, 2009

sekitar bpk - penjara


Alhamdulillah, kami telah selamat ke Penjara Kajang pada 11/05/09 bagi menemui komposer lagu bagi lirik-lirik patriotik yang telah terpilih untuk dijadikan lagu. Selepas peringkat ini, 8 yang terbaik akan dibawa ke final. Doakan lirik saya terpilih ya ;-)







Sunday, May 10, 2009

sekitar bpk - usim

Bengkel Penulisan Kreatif


SISO, antara tenaga penceramah bagi bengkel

antara peserta bengkel


di dewan senat, canselori, USIM

turut menerima anugerah peserta bengkel terbaik, Khidir


Friday, May 08, 2009

timbalan menteri mesra pelajar

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8028

Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya

Nilai, 7 Mei 2009 – Warga USIM berbangga apabila menerima lawatan kerja dari YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang kini memegang Portfolio Hal Ehwal Pelajar. Kehadiran beliau disambut meriah oleh warga USIM terutamanya para mahasiswa.

Tujuan lawatan beliau ke USIM adalah untuk beramah mesra bersama mahasiswa USIM di samping meningkatkan kemesraan dan perkongsian maklumat di antara mahasiswa dan pihak pentadbir.

Dalam sesi ramah mesra YB. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah menekankan bahawa betapa perlunya masyarakat mengiktiraf mahasiswa sebagai pemimpin masa hadapan dan masa kini.

“Kita perlu mengiktiraf dan menerima hakikat bahawa mahasiswa adalah pemimpin hari ini yang boleh dikenali dalam tiga keadaan iaitu Pemimpin kepada angkatan yang lebih muda daripadanya, Pemimpin kepada mereka yang seangkatan dengannya dan sebagai Rakan Kepimpinan kepada Kerajaan”, kata beliau.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin. Dalam ucapannya beliau turut menekankan betapa pentingnya peranan mahasiswa dalam sesebuah Institusi Pengajian Tinggi.

“Mahasiswa adalah sebahagian dari universiti. Jilkalau salah satu daripada tiga elemen kurang iaitu Pentadbir, Akademia dan Pelajar, maka akan tempanglah sesebuah universiti itu”, tambah beliau.

Memetik dari ucapan Perdana Menteri Malaysia, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, beliau turut menambah “Kualiti mesti dimartabatkan”.

Turut diselitkan penyampaian sijil Bengkel Penulisan Kreatif kepada mahasiswa USIM dan pembentangan lirik yang bertemakan “One Malaysia” nukilan kreatif mahasiswa USIM.



Thursday, May 07, 2009

Bengkel Penulisan Kreatif 2009

And the unexpected moment..

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Bengkel Penulisan Kreatif 2009. Seperti bengkel yang sama yang saya sertai tahun lepas, bengkel ini diadakan bersempena dengan festival yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti, Festival CIPTA ’09. Alhamdulillah, Cipta ’08 telah berjalan dengan jayanya dan USIM tidak teragak-agak lagi untuk menjayakan festival ini bagi tahun ini pula.

Bengkel ini telah bermula sejak 5 Mei, membariskan tenaga penceramah seperti Pn. Rozihani dan En. Ismail (pegawai unit kebudayaan USIM), Cikgu Dian (guru kelab sastera kreatif USIM) dan SISO Kopratasa.

Pada pagi ini kami semua peserta bengkel telah menghantarkan hasil nukilan kami kepada juri. Sementara menunggu keputusan, kami dimaklumkan bahawa pada petang ini sebahagian dari kami akan membuat persembahan semasa “Majlis Ramah Mesra bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi”. Juga, dua nukilan patriotik yang terbaik akan dipamerkan dan dideklamasikan dalam majlis tersebut.

Majlis bakal bermula lebih kurang jam 3, barangkali. Kami seawal jam 2 petang sudah tiba di dalam Dewan Senat, Canselori USIM. Setelah mengambil tempat sambil menyusun kedudukan sebahagian peserta yang akan membuat persembahan (saya tidak terlibat), En. Ismail bertanya “Siapa yang buat tajuk Satu Malaysia?”.

Eh, macam kenal je tajuk tu. Tapi abg Fauzi (bam) pun ada buat tajuk yang sama. Tapi memandangkan abg bam tiada, saya mengangkat tangan, biarlah walaupun bukan saya yang dimaksudkan sebenarnya, he.he.he. “Hah, kamu” En. Ismail mengiakan saya yang dimaksudkan. Jadinya.. karya saya yang terpilih untuk dipamerkan dalam dewan ini sebentar lagi?

Wah? Ada NC, TNC HEPA, TNC A&A, Menteri, MPP, JAKSA, pegawai dan lain-lain lagi? Wah..terharunya. Siapa yang tidak suka, kan? Bukan mahu menunjuk-nunjuk, jauh sekali riak dihati, tapi saya hanya ingin berkongsi kegembiraan saya ini dengan semua teman-teman. Seronoknya, terasa dihargai.. he.he..

Tamat sahaja majlis itu, kami menyambung kembali sesi bengkel untuk mengetahui yang manakah 16 nukilan terbaik untuk dibawa keperingkat seterusnya. Alhamdulillah, saya antara 16 yang terpilih bersama dua daripada empat nukilan saya yang bertajuk di atas tadi, “Satu Malaysia” dan “Aman Malaysia”.

Gurau Cikgu Dian, merujuk kepada “Aman Malaysia”, boleh cikgu tunjukkan kepada badan itu nanti, mana tahu dapat sponser. He.he. Tajuk yang tidak terpilih adalah “Pewira Sejati” dan “Ayuh Jayakan”. Saya meletakkan sasaran kepada Satu Malaysia dan Ayuh Jayakan pada mulanya.

Kemudiannya, seperti yang dimaklumkan pada hari pertama bengkel, 4 orang peserta yang terbaik akan mendapat hadiah. Kejutannya, 4 yang terbaik itu adalah termasuk saya. Wah? Yang terbaik itu adalah 3 lelaki dan saya, mewakili perempuan. Saya tak adalah banyak cakap atau bertanya soalan..hu.hu.hu.. mungkin sebab nukilan kot.. he.he.. atau sebab saya ni comel? Ha.ha.ha.

Apa-apapun saya sangat gembira kerana Isnin ini kami akan ke penjara bagi menemui komposer-komposer dari pihak sana. Ini kerana (bagi kepada yang kurang familiar dengan CIPTA), CIPTA merupakan kerja kreatif antara USIM dan pihak penjara bagi menghasilkan lagu patriotik.

Bermula dengan 16, 8 yang terbaik akan dibawa ke final.
Doakan lirik yang saya hasilkan akan dibawa keperingkat seterusnya dan berjaya ke final. Semoga berjaya!! =)

Wednesday, May 06, 2009

taman ilmuku

(A)

Di sini aku bermula

Di sini aku melangkah

Belajar tulis dan baca

Belajar kira dan eja

(B)

Aku di asuh kembara jauh

Melangkah menuju cita

Aku di beri curahan ilmu

Menuju ke puncak jaya

(C)

Budimu guru luas samudera

Tak terbayar walau emas permata

Terima kasih ikhlas dariku

Buatmu duhai taman ilmuku

(B)

Aku di asuh kembara jauh

Melangkah menuju cita

Aku di beri curahan ilmu

Menuju ke puncak jaya

(C)

Budimu guru luas samudera

Tak terbayar walau emas permata

Terima kasih ikhlas dariku

Buatmu duhai taman ilmuku

(A)

Di sini aku bermula

Di sini aku melangkah

Mengutip ajar didikmu

Khazanah taman ilmuku

-nurfatimahz AKA puteri, USIM-