© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, July 30, 2011

can't fix stupidity, but can.....

YY: RM 1.8 Juta fanpage boleh membawa masuk berjuta-juta perlancongan ke dalam negara.

TL: Tiada gas pemedih mata yang ditembak ke hospital. Angin yang tiup.
http://beritaharian.org/wp-content/uploads/2011/07/2239e43a30d9ea41.jpg.jpg

SL: Kesilapan saya adalah pergi ke hotel yang sama dan..bilik yang sama.

LH: Lebih baik duduk di rumah tanam sayur dari pergi ke demonstrasi jalanan!


IA: Saya mangsa cemburu, ramai mencemburui saya.


RM: Saya beli dengan wang poket saya sendiri


NR: "You help me, I help you"


Enough these stupid jokes..
Yeah, Stupidity can't fix, just VOTE THEM OUT! (CCWM)

Friday, July 29, 2011

EO 6 released from detention

BREAKING NEWS News broke out on microblogging website Twitter that the EO6 were released from detention this afternoon.

Sumber: Malaysiakini


GOOD NEWS.!! Bersih Supporter has been release..
Thank you to all who supported the "Release EO6" campaign and candlelight vigils, and also those sign the petition, Thanks!! 好消息!Bersih的人获得释放了! 谢谢所有支持出席"EO6运动和烛光守夜", 还有那些签署请愿书朋友们,谢谢!! =) (Curi-Curi Wang Malaysia)

Nota:
Syukur Alhamdulillah.
Tak sesia saya SIGN petition ONLINE tu semalam.. dah la guna NAMA BETUL, FULLNAME plak tuh!
Kandungan petisyen adalah seperti berikut:

To: Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Y.B Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar

WE THE PEOPLE,
condemn the arrest of 6 Socialist Party of Malaysia members under the draconian law Emergency Ordinance(EO). We urge the government to release all of them without conditions @ produce them in court! Their arrest is a violation against human rights.


KAMI RAKYAT,

dengan sekeras-kerasnya membantah penahanan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia(PSM) di bawah Ordinan Darurat(EO). Kami mendesak kesemua mereka dibebaskan dengan serta merta tanpa syarat atau didakwa di mahkamah terbuka. Penahanan mereka seterusnya adalah salahguna kuasa dan satu pencabulan hak asasi manusia.

6 orang yang ditahan adalah aktivis sosial dan ahli PSM yang banyak berjuang untuk rakyat secara terbuka. Mereka semua terlibat dalam isu-isu seperti perumahan selesa untuk rakyat, gaji minima untuk pekerja, hak pekerja kilang dan ladang, pendidikan percuma untuk pelajar, sistem kesihatan yang mampu dibiayai oleh rakyat dan banyak lagi aktiviti dan kempen yang dijalankan secara terbuka.


Malah Dr. Jeyakumar adalah Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Pihak PDRM pastinya mengetahui aktiviti yang dijalankan oleh aktivis PSM ini kerana semua program ini dibuat secara terbuka. Mereka bukannya sekumpulan pengganas atau penjenayah yang merancang untuk menguling kerajaan.[
EO 6 Petition]

macam sama jer

Perbualan saya dan anak saudara saya bulan Jun yang lalu..

Hafeez: Maksu, awak baik tak?
Saya: Tak.
Hafeez: Awak jahat?
Saya: Ya
Hafeez: Kenapa awak jahat?
Saya: Saje.. (haha)

P/S: Hafeez berumur 10 tahun sekarang


Malam tadi 'pelajar' saya juga lebih kurang bertanyakan soalan yang sama..

Pelajar: 'Cikgu' baik tak?
Saya: Tak
Pelajar: Kenapa tak baik?
Saya: Sebab saya jahat
Pelajar: Kenapa jahat?
Saya: Tak bestlah jadi orang baik.. tak best, pendek kata tak best. (haha)

P/S: Budak yang tanya saya ni perempuan, darjah dua atau tiga rasanya. Hehe..

Wednesday, July 27, 2011

fenomena DIAM LAR Najib..

DIAMLAH NAJIB!!!

"Why delete our posts? This is called does not respect our people! stupid"

"diam..tak perlu kata apa2.. diam.. kerna kalau kau kata apa-apa..
semuanya confirm tipu belaka
"

"There are no more posts to show"
Admin page Najib Razak padam komen setiap minit!

Ok.. Yang kat bawah ni untuk tatapan kawan-kawan semua antara komen terbaek buat Menteri Perdana di page beliau...



Ohya! Sekarang ni ada page baru pula.. hehe.. Namanya 100,000 kena block oleh Najib sebab post "Diam lah Najib".. Hehe.. Saya JOIN sebab saya pun kena BLOCK he.he.he...

NOTA:

Kepada yang mungkin terlepas 'nota' semalam boleh baca di sini...

Tuesday, July 26, 2011

Najib, ko DIAM LAR!

SHUT UP CAMPAIGN ON NAJIB FAN PAGE







Di hampir setiap corok PAGE atau WALL pengguna FACEBOOK masing-masing mengepos "DIAM LAH NAJIB", paling MENGHARUKAH ialah fenomena "DIAMLAH NAJIB" ini bermula setelah Najib Razak menulis sebuah artikel di blog beliau yang berkenaan dengan TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN DAN KEMANAN NEGARA.

Fenomena "DIAM LAH" atau "DIAM LAR" ini bermula apabila seorang pengguna facebook bernama CHAN YEE membalas status Najib Razak dengan "Diam lar". Seramai 166 orang meminati "LIKE" respon dari Chan Yee. Maka ia berterusan dari semalam hinggalah ke hari ini, dan dijangka bakal berlanjutan hinga ke hari-hari (mungkin juga bulan-bulan atau tahun-tahun) seterusnya.

Saya juga tidak terlepas untuk mengepos "DIAMLAH NAJIB nak cakap pasal negara+rakyat konon" di PAGE beliau. Semalam, juga hari ini sehingga tengahari tadi saya dan rakan-rakan facebook yang lain turut mengepos perkara yang sama namun berbeza STYLE, ada yang siap bergambar LORI (+ Lori untuk ko lari), ada yang JET (+ Jet tanpa enjin untuk Najib), dan pelbagai lagilah STYLE2 yang menarik 'KHAS' buat Najib sempena fenemona "DIAM LAH NAJIB".

Ha.ha.. Sehingga petang tadi.. profile saya sudah di KICK-BANNED dari page Najib Razak mungkin akibat dari post2 DIAM LAH NAJIB dan juga post berkenaan Ibrahim Perkatak.. Kawan-kawan boleh cari di Youtube Video yang bertajuk "Ibrahim Ali: Saya juga layak jadi PM!". He.he.. Saya beri description di post saya tu lebih kurang begini "Alamak macam mana ni Menteri Perdana, Ibrahim Ali pulak nak 'enter frame' selepas Muhyiddin dengan penyokongnya mahu Muhyiddin yang jadi PM?!".

Kicked. Banned. Saya sudah tak boleh post atau beri komen lagi di page Najib Razak. Huhu..

NOTA TAMBAHAN:
Page Najib Razak (facebook) : Najib Razak
Page "Diam Lar!" khas buat Najib: "Diam Lar!".

[updated: 26/07/2011 @ 6.30 pm]

Monday, July 25, 2011

cadangan Sistem Biometrik TIDAK SELAMAT

Tidak dinafikan penggunaan Teknologi Maklumat dalam banyak aspek pentadbiran negara, malah pengurusan syarikat telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, produktiviti, keselamatan, kesihatan dan banyak lagi khususnya kepada kepentingan pihak awam. Tidak ketinggalan peranan utamanya untuk memastikan tahap ‘competitive’ atau daya saing negara terus kekal dan berdaya maju berbanding negara-negara lain.

Satu keperluan ‘survival’ rakyat Malaysia untuk menggunakan Teknologi Maklumat sebagai alat untuk memacu negara di dalam proses penjanaan pendapatan dan seterusnya mempertingkatkan pendapatan per-kapita agar rakyat tidak terus menerus lemas di bawah tekanan ekonomi khususnya dari negara luar yang juga menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan ‘survival’ mereka.

Tidak terlalu ‘extreme’ atau berat kalau saya katakan, kita amat memerlukan Teknologi Maklumat untuk mempertahankan kedaulatan negara khususnya daripada penjajahan ekonomi.

Saya pasti ramai yang akan bersetuju impak positif Teknologi Maklumat kepada kehidupan sosio-budaya serta pengaruhnya kepada aturan perjalanan kehidupan harian kita, walaubagaimanapun keputusan SPR dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertimbangkan Sistem Biometrik di atas justifikasi ketelusan ketika pilihanraya khususnya di dalam mengekang pengundi hantu sebenarnya merupakan satu tindakan buat masa ini, dengan tahap integriti yang meragukan daripada sebuah kerajaan yang dilihat kini tidak adil, korup dan zalim dilihat sebagai satu tindakan atau keputusan yang TIDAK SELAMAT.

Rakyat ragu-ragu dengan KETELUSAN yang diucapkan. Rakyat juga ragu-ragu dengan SPR yang dilihat tidak telus, tidak bebas dan kepartian. Malah rakyat juga melihat kawalan politik kepada agensi-agensi yang tertentu yang dilihat terpaksa menyokong dasar parti yang memerintah walaupun bercanggah dengan kepentingan rakyat khususnya dari aspek Hak Asasi termasuk hak-hak yang jelas termaktub di bawah perlembagaan. Malah, Rakyat rata-rata khuatir dengan tindakan pemerintah yang mirip kepada pemerintahan kuku besi seperti yang berlaku di Tunisia.

Kerajaan yang memerintah perlu memulihkan persepsi negatif ini dulu sebelum menimbang untuk menjuarai ‘ketelusan’ melalui cadangan sistem Biometrik itu yang dilihat rakyat satu lagi alat manipulasi keadilan yang akan mencacatkan lagi persepsi rakyat kepada proses pilihanraya yang adil dan bersih.

Bagaimana Sistem Biometrik boleh dimanipulasi?

Setiap sistem Teknologi Maklumat yang memerlukan pengesahan aplikasi sistem akan merujuk kepada pengkalan data. SPR diketahui umum telah lama menggunakan aplikasi Teknologi Maklumat untuk menyimpan maklumat pengundi di dalam pengkalan data. Malah maklumat daftar pengundi boleh dicapai oleh setiap pengundi secara ‘online’ dengan menggunakan kekunci unik seperti nombor kad pengenalan untuk aplikasi sistem SPR itu mengarahkan capaian maklumat pengundi daripada pengkalan data SPR.

Rakyat tahu masalah utama aplikasi sistem Teknologi Maklumat SPR bukanlah pada aplikasi itu tetapi DATA atau MAKLUMAT yang berada di dalam pengkalan data SPR.

Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini melalui aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Pengurusan Maklumat jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa tempat mengundi. Malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan hari ini (24/7/11) mendakwa bahawa terdapat lebih 1600 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Perak di mana 1447 orang daripadanya berusia di antara 100 sehingga 109 tahun. Kita punyai warga emas seramai itu di Perak? Bagaimana pula di seluruh negara?

Jawapan yang mudah kepada masalah integriti DATA atau MAKLUMATkerana DATA atau MAKLUMAT yang dimasukkan ke dalam PENGKALAN DATA. walaupun melalui aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat yang telah lama digunapakai SPR bukanlah kerana aplikasi itu tetapi

Hanya SPR sahaja yang tahu siapa yang bertanggungjawab untuk memasukkan dan mengemaskinikan DATA atau MAKLUMAT tersebut di dalam PENGKALAN DATA. DATA atau MAKLUMAT di dalam pengkalan data tidak boleh berubah dengan sendirinya. Ia hanya boleh berubah dengan tindakan manusia yang menggunakannya. Siapa yang menggunakannya? Anda tahu Siapa?

Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti DATA atau MAKLUMAT bukanlah kerana aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu, kenapa SISTEM BIOMETRIK dicadangkan? SISTEM BIOMETRIK juga adalah sebuah aplikasi Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan ‘hardware’ atau perkakasan serta perisian dan bukan ‘software’ atau perisian semata-mata untuk capaian DATA atau MAKLUMAT pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini.

Sebagai Contoh : SISTEM BIOMETRIK yang menggunakan cap jari akan bertindak sebagai KUNCI UNIK seperti No.Kad Pengenalan untuk capaian DATA atau MAKLUMAT daripada PENGKALAN DATA. Setiap rakyat Malaysia mempunyai No.Kad Pengenalan Unik dan boleh dipadankan dengan Cap Jari yang juga Unik. Sepertimana maklumat No.Kad Pengenalan yang perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan maklumat pengundi dicapai (nama penuh, alamat, tempat mengundi dan sebagainya), Cap Jari juga perlu dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk membolehkan capaian itu dilakukan. Sepertimana didapati terdapat No.Kad Pengenalan yang sama tetapi mempunyai tempat mengundi yang berbeza (pelbagai lokasi), Cap Jari juga boleh dipadankan dengan tempat mengundi yang berbeza selagimana No.Kad Pengenalan dan Cap Jari yang sama diMASUKKAN oleh SPR ke dalam beberapa rekod (tempat mengundi dan alamat) yang BERBEZA, keputusan daripada SISTEM BIOMETRIK juga akan menghasilkan senarai pengundi yang boleh mengundi di beberapa lokasi mengundi.

Isu KETELUSAN dan PENGUNDI HANTU bukanlah kerana APLIKASI CAPAIAN (perkakasan atau/dan perisian).

Apa perlu ia ditukarkan jika prosesnya sama? Pertukaran lebih dilihat hanya dari aspek KOSMETIK LUAR.

Jawapannya adalah tidak perlu. Siapakah lagi yang akan mendapat habuan dari kegawatan ini melalui cadangan SISTEM BIOMETRIK itu?. Saya biarkan UMNO dan BARISAN NASIONAL (BN) untuk merangka jawapan itu. Pasti ramai yang akan tersenyum. Rakyat lebih tahu.

Secanggih manapun aplikasi capaian Teknologi Maklumat atau Sistem Maklumat itu (perkakasan atau perisian, biometrik (cip/kad ID, suara, pengesahan ibu jari atau mata), jika DATA atau MAKLUMAT yang sedia ada di dalam PENGKALAN DATA tidak diBERSIHkan, tidak dikawal dan diurus selia secara bebas oleh badan yang bebas serta dipercayai Rakyat akan KETELUSAN mereka, saya tidak melihat sumbangan Sistem BIOMETRIK itu kepada ‘KETELUSAN’ itu khususnya penyelesaian kepada solusi isu pengundi hantu.

Manipulasi SISTEM BIOMETRIK boleh dilakukan kepada PENGKALAN DATA.

“Biometrics can prevent electoral fraud; Biometric can be used to fraud electoral as well.”

“Biometrik boleh mencegah penipuan pilihanraya, Biometrik juga boleh digunakan untuk menipu pilihanraya”.

Proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan TIDAK SELAMAT pada pandangan peribadi saya kerana sebab-sebab di atas. SPR harus menimbang 8 cadangan Jawatankuasa BERSIH 2.0 untuk Pilihanraya yang ADIL dan BERSIH. Semoga imej dan integriti pemerintah dan SPR di mata dan hati rakyat Malaysia dapat dipulihkan dengan menerima semua cadangan itu.

Wallahua’lam.

(Penulis mempunyai pengalaman hampir 15 tahun di dalam Industri Teknologi Maklumat). Cadangan rujukan kepada pihak umum adalah di http://www.eff.org/wp/biometrics-whos-watching-you

Sumber: Pemuda Tua.

Sunday, July 24, 2011

apabila APCO berdehem...

Najib dan canister made in ISRAELnya



Canister yang diguna polis dalam demo Bersih turut diguna oleh polis Israel. Laporan NGO antarabangsa menyebut gas jenis CS yang terkandung di dalamnya telah mengakibatkan beberapa kematian di kalangan rakyat Palestin kerana terhidu racunnya.Macam mana ada barang dari negara Yahudi ini masuk ke negara kita kalau bukan dengan kerjasama Najib dengan agen yahudi iaitu APCO?




APABILA APCO BERDEHEM...

Rahim: M'sia sasaran usaha jatuhkan negara anti-Yahudi-Mingguan Malaysia

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor berkata beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.

KENYATAAN YG KELUAR DLM MM INI TELAH MENYEBABKAN APCO BERDEHEM...DAN PEGAWAI TERTINGGI KERAJAAN MSIA TERPAKSA MEMBUAT PENJELASAN,PENJELASAN INI TAK PUN TERSIAR DI MANA-MANA MEDIA DI MALAYSIA.KENAPA????TAKUT RAKYAT TAU KE????

Utusan Malaysia’s Jewish conspiracy claims forced the government to issue a statement distancing itself from the editorial.

The Singapore Straits Times carried the statement purportedly issued yesterday in response to the daily’s Jewish conspiracy claim and quoted the official as saying “The claims made by Utusan today do not reflect the views of the government.

“Malaysia is a tolerant and moderate nation which has long benefited from being home to people of many faiths Regardless of their political views it is unacceptable for anyone to stir up hatred and suspicion against any religious group in the way we have seen today ”.

DAH TERANG LAGI BERSULUH.......................

During the CNN interview Najib desperately argued: “It will come up to see that we are all for fair and clean elections. And as you know, the last general election, you know, the ruling party lost five states. And we were deprived of two-thirds majority.”

To put it very mildly, dear Najib, if the last elections were truly fair and clean, you probably would not be PM today!

Biar Rakyat tentukan siapa pemerintah!Bukan pemerintah yang kerjanya tipu rakyat bahawa dia sahaja yang layak memerintah!Tuntutan rakyat hanyalah supaya kerajaan jangan tipu undi semasa pilihanraya!

Sumber: BujangSusah

Saturday, July 23, 2011

manusia paling jahat Anwar, Najib paling baik

ADA seorang sahaja manusia paling jahat, paling pengkhianat, paling memecah belahkan rakyat di negara ini, namanya Anwar Ibrahim. Jika dia ke Amerika, maka dia akan bertemu dengan Yahudi untuk menjatuhkan Islam, memporak perandakan Malaysia. Jika dia ke Indonesia, maka dia akan menghasut rakyat Indonesia untuk membenci Malaysia, serta memberikan tekanan kepada Malaysia [Utusan].


Senang kata, ke mana sahaja Anwar Ibrahim melangkah di dalam dunia ini, nescaya akan berlaku kerosakan yang maha dahsyat ke atas manusia sejagat, terutamanya manusia-manusia yang tinggal di Malaysia. Jika ditanya, siapakah manusia paling jahat di dunia ini? Percayalah, jawapannya ialah Anwar bin Ibrahim.

Tetapi berbeza dengan seorang lagi insan yang sangat kontra perwatakannya, sangat berbeza tindakannya, namanya Najib Razak. Ke mana sahaja insan ini melangkah, akan membawa rahmat ke seluruh alam, membawa kebaikkan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan, memberi kebahagiaan dan keamaanan kepada pokok-pokok dan ulat gonggok.

Jika dia ke Amerika, nescaya seluruh rakyat Amerika akan memeluk Islam, jika dia ke Vatican, nescaya pope Kristian paling agung akan tunduk dan hormat kepada Najib Razak. Apa sahaja tindakannya disulami dengan tingkah laku bijak yang membawa keamanan, kebaikkan kepada seluruh manusia sejagat terutama manusia-manusia yang ada di Malaysia. Apa sahaja tindakannya tidak pernah silap, tidak pernah salah.


Malah jika Najib Razak lari berbogel di seluruh Kuala Lumpur bersama-sama dengan Lady Gajah sekalipun, tentu tindakan itu tersirat pemikiran bijak, disulami wawasan yang jauh, dengan perancangan yang mantap bagi membawa kebaikkan kepada semua manusia yang wujud sejak zaman dahulu sehingga ke hari ini, berlanjutan sehingga ke hari kiamat. [Utusan]



RentaP© "Kesimpulannya Anwar jahat, Najib baik..."

Thursday, July 21, 2011

tanya sama itu Hudud

:: Kalau mau tanya sama itu hud-hud, itu M. Nasir punya lagu ::

Ustaz: Wong..you suka ka kalau kita buat itu hudud?
Wong: Ish..tak suka..manyak kejam woo...sana sini semua kasi potoong..
Ustaz : Wong kalau anak (atau saudara) perempuan Wong kena rogol.. Wong setuju tak kalau kita bunuh perogol tu?
Wong: Mesti mau bunuh punya..apa itu kasi hukuman mati, penjara saja mana cukup maa....
Ustaz: Kalau macam tu Wong setuju la hukum Hududkan...
Wong: Haiya... ustaz ni pandai ar kasi wa paham sama itu hukum..


Wednesday, July 20, 2011

gambar (video) perhimpunan Bersih Al-Jazeera

Detik-detik cemas yang dipaparkan dalam video oleh media Al-Jazeera:


Lihat berita penuh dan video di english.aljazeera.net, versi yang sedikit sangat berbeza berbanding dengan apa yang kita lihat di media tempatan.


Nota: Jangan percaya TV3suku!!!


Sumber: mr.muhaim.in

Monday, July 18, 2011

makcik pun sokong Bersih!

Sabtu lepas setelah tamat program Tamrin Maahadi, saya, Nik Syafawati dan Farhan (junior) singgah makan-makan di sebuah kedai makan, takkan kedai basikal kan? haha warung..

Tengah belek-belek menu yang menarik, datang seorang makcik, pekerja warung tersebut menyapa saya yang ketika itu memakai T-shirt KUNING siap ada tulisan dan lambang BERSIH 2.0!

"Makcik pun kuning jugak" Sapanya. Saya melihat makcik tersebut sambil menghadiahkan senyuman, saya lihat dia memakai apron berwarna kuning.

"Boleh geng la kita, hehe" tambah saya, basa-basi. Orang bilang... orang berbudi kita berbahasa. Ingat tuhh!

Ok.. tamat di situ. saya dan kawan-kawan pun makan.

Nik Syafawati.

nampak tak baju kuning-kuning..?
hik.hik.hik
(ngantuk ke time ni? tak sompat den nak posing!)

Farhan.
Special thanks to this man sebab bayar kitorang punya makan..
wahaa.. best wo! dah la junior kitorang!

Waktu kami dah habis makan, kami borak-borak berkenaan Tamrin Maahadi. Kekurangan, kelemahan yang tidak diutarakan kepada guru-guru, cukuplah urusetia dan fasilitator sahaja yang tahu.

Syok-syok berborak tu, tiba-tiba datang makcik tadi yang berbaju apron kuning, siap bawa pinggan berisi makanan parking sekali kat meja kami. (he.he.he...).. Kemudian berbicara tentang perjuangan, dan pastinya terselit, perjuangan Bersih 2.0.

Sempat Farhan berbisik, "Tu la pakai lagi baju Bersih." Jawab saya, "Ok apa.. haha..".

Kata makcik tersebut, anak-anaknya, adik-beradiknya, saudara-maranya ramai yang join Bersih. Dia juga ingin turut sama namun keadaan menghalangnya. Kata makcik tu lagi, "Makcik akan pergi Bersih 3 (3.0)!". Terbaek lah!

'Makcik ber-apron kuning'.
Lauk pun kuning woo..


"Makcik rasa bangga dengan anak muda zaman sekarang sebab dah bangkit sambung perjuangan yang suatu masa dahulu, hanya dipelopori oleh orang-orang lama. Sykur kini ramai sudah sedar. Insya-Allah lepas ni Johor pulak tumbang, kita ambil balik Terengganu!", kata makcik dengan penuh semangat dan emosi.

Di akhir pertemuan, makcik tu berpesan.. "Daftar mengundi belum? Daftar cepat jangan tak daftar!". "Nanti datanglah lagi (ke warung ni)," tambahnya yang sudah berkhidmat di warung ini lebih 10 tahun.

Ok.. Ni wat tontonan kawan-kawan semua. MESTI TONTON!
TOP #10 Police Brutality.



Sunday, July 17, 2011

klia oh klia

Khamis lepas, saya bersama teman Nik Syafawati ke sekolah lama kami, Maktab Mahmud Kuala Muda. Ada program Tamrin Maahadi di sana, lebih kurang motivasi.. kami jadi fasilitator... Tiga hari dua malam....

Internet di rumah pula suda kena potong... huuu... sekarang kat CC... Kebetulan.. sekejap lagi kerja.

Kerja..?
Eh...???

Hehe.. sekarang saya kerja sambilan, masih di kawasan Sungai Petani.. guru qiraati.. Huu... sebelum ni pernah mengajar anak lecturer.. Sekarang.. uhh.... ni je kot bakat yang ada? hu.hu....

Jmaat lepas saya dapat panggilan dari USIM. Sebelum ini saya ada beri nama saya dan kawan-kawan untuk jawatan ambassador di KLIA. Alhamdulillah.. yang menelefon tu cakap, saya dan kawan-kawan dapat ke sana..

Wiiiii... bestnya!! Dapat jumpa kawan-kawan. Dan dapat kerja yang macam best.. Lek praktik Arab dan Inggeris (sebab kene cakap dengan pelancong.. ala-ala duta kecil gitu..).

Tapi sayang...
Mak tak bagi pergi..
Walaupun pada mulanya dia mengizinkan..

Ini semua kerana hasutan dari seseorang........................

Yang menabu fitnah, kononnya pekerjaan ini bercampur lelaki dan perempuan.. Tempat rehat bercampur antara lelaki dan peremnpuan...

Bila saya tanya abang ipar saya yang pernah bekerja di sana.. Katanya semua tu tak betul. Malah dia menggalakkan saya pergi. Katanya KLIA tu besar.. surau lelaki dan perempuan asing.. KLIA bukannya macam stor nak campur, atau kecil tempatnya.

Tapi sayang,..
Emak sudah termakan kata-kata fitnah itu..

Dan saya...
sangat-sangat sedih,.


Oh aku mahu menangis. Siapa sudi mendengar luahan hati ini...???


Tuesday, July 12, 2011

the TRUTH

Don't let it cover by anyone! Please spread it!



Kebenaran tentang BERSIH, sebarkan!

Monday, July 11, 2011

BERSIH worldwide!

Tonton, download semua video BERSIH sebelum diremove atau hacked!

Sunday, July 10, 2011

lihatlah, sesungguhnya Tuhan menyaksikan

Anda lihat sendiri, tiada editing atau super impose, semua ASLI


Siapa kata Melayu sahaja sertai? Semua mahu KEADILAN.
Urang Melayu No Otak saja goyang kaki

Pemimpin mula ditangkap

Anwar cedera, memang dijadikan target. mangsa sasaran!


Tangkap sudah.. Ni hentak-hentak apa cerita brader?

Ni lagi clear! We paid you to PROTECT, not to ATTACK us!
Kami bayar kamu untuk MENJAGA, bukan MENGANIAYA kami!

Ketika gas pemedih mata dilepaskan..
Aku berdoa ada angin kuat yang menolak asap2 kembali kepada polis!






Keadaan di Malaysia 1000, 100,000, 1,000,000 kali sangat berbeza berbanding dengan perakan Bersih di luar negara.

Berita TV, surat khabar, semua MELOYAKAN! PENIPU BESAR! Pembohong! Putar Belit! Tak guna!

Semua kata makian berikutnya tak dapat didedahkan. Namun ingat, ALLAH tahu apa yang kamu lakukan terhadap kami. Dan ingat! Doa orang-orang teraniaya ini tiada hijab di sisi-Nya.