© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, December 16, 2009

konvensyen muslim unity


Konvensyen Muslim Unity atau nama penuhnya "2nd International Muslim Unity Convention" telah berlangsung di PWTC selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Desember 2009.

Konvensyen anjuran Ramadhan Foundation ini telah disertai oleh ratusan muslim dan alim ulama dari pelbagai negara seperti China, Philipina, Morocco (Maghribi), India, Pakistan,Iran, Arab Saudi, Amerika Syarikat serta banyak lagi negara termasuklah Malaysia sendiri.


Wakil-wakil delegasi dari pelbagai organisasi kerajaan dan bukan kerajaan Malaysia turut hadir sama. Antara IPT yang menghantar wakil sama ada pelajar atau pensyarah ialah UIA, UITM dan USIM.

Seramai 10 orang pelajar USIM terdiri daripada enam lelaki dan empat perempuan, dari beberapa fakulti telah mengikuti konvensyen yang diadakan selama dua hari berkenaan.
Persidangan dan pembentangan sepanjang konvensyen ini adalah di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.


Tetamu jemputan khas, Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Y.A. Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad yang memulakan ucaptama selaku merasmikan konvensyen Muslim Unity.

Y. A. Bhg Tun Dr dalam ucapannya bertajuk "The Call of Unity" atau Seruan untuk Bersatu, begitu membangkitkan semangat kesatuan antara semua sidang hadirin.

Beliau juga turut menyatakan bahawa: "kesatuan umat Islam akan menjadikan umat Islam semakin kuat, walaupun berbeza mazhab, namun ia bukanlah penghalang untuk bersatu," Y.A. Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad.


Antara topik lain yang dibincangkan ialah Salahfaham Tentang Agama Islam, Hak Wanita Islam, Perlukah Memodenisasikan Islam, Asimilasi Agama Islam, Islam dan Media, Islam dan Web dan pelbagai lagi topik yang menarik telah dibahaskan oleh pembentang-pembentang yang diundang.


Selain dari Y. A. Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi pembentang mewakili Malaysia dari syarikat TIME.com, Y. Bhg Prof Dato' Dr. Zaleha Hj Kamaruddin iaitu Timbalan Ketua Pengarah IKIM turut diundang membincangkan tentang Hak Wanita di dalam Islam.


Antara petikan ucapan beliau selaku mewakili wanita muslim Malaysia ialah:"Islam bukan penghalang wanita muslim dari mencapai kejayaan. Islam juga tidak pernah menzalimi wanita muslim sebagaimana dakwaan orentalis.

Malah setiap undang-undang dan hukum Islam mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri," Y. Bhg Prof Dato' Dr. Zaleha Hj Kamaruddin.


Pelbagai isu dan persoalan serta komen dari hadirin telah didengar dan dijawab oleh pembentang-pembentang. Walabagaimanapun, sedikit ketidakpuasan hati peserta delegasi telah berlaku memandangkan beberapa peserta yang mahu memberikan pendapat tidak dapat disuarakan.

Selain itu, terdapat komentar dari warga Iraq yang dipotong sebelum beliau menamatkannya. Konvensyen ini juga mempunyai beberapa kelemahan terutamanya dari segi ketepatan masa. Namun demikian, suasana di dalam dewan terkawal.


Ucapan penutup konvensyen oleh Y. A. Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad pada jam 5 petang, 16 Desember. Konvensyen diakhiri dengan jamuan ringan serta sesi fotografi bersama tetamu jemputan.

Monday, December 14, 2009

pertandingan mahkamah moot

Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan 2009 (PMMS) telah berlangsung di USIM pada 12 dan 13hb 12 dengan begitu meriah sekali.

Pertandingan anjuran USIM dan penganjur bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta dengan kerjasama Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-Universiti Malaysia (MATDUM) dan Persatuan Peguam Syrie Malaysia (PGMS) itu juga telah menerima penyertaan dari pelbagai IPT seperti USIM sendiri, UIA, UKM, UDM, UM, UUM dan lain-lain.


USIM telah menghantar 3 kumpulan, dan satu kumpulan telah tertewas. Semalam merupakan
peringkat akhir pertandingan, dan malamnya adalah pengunguman pemenang bagi beberapa kategori yang telah dipertandingkan. Saya tidak terlibat pada sebelah malam...

Pagi ini, saya bertanya kepada seorang teman yang juga merupakan AJK bagi pertandingan ini. Katanya... USIM telah memenangi setiap kategori; Mooter terbaik, keseluruhan terbaik dan lain-lain yang terbaik (versi tak tahu kategori apa lagi yang ada..). Alhamdulillah... Tahniah USIM! :)

Sekilas berita tentang Pertandingan Mahkamah Mut (PMMS)

Aktiviti mut Mahkamah Syariah dilihat sebagai platform terbaik dalam usaha melahirkan peguam syarie di kalangan siswa-siswi yang mengambil jurusan syariah dan ilmu perundangan di institusi-institusi pengajian tinggi.

Setiausaha jawatankuasa pelaksana PMMS, Cik Fadhlina Alias memaklumkan, bagi memastikan format pertandingan mengikut piawaian sebenar, pihak penganjur telah menjemput hakim-hakim mahkamah syariah dan peguam syarie dari seluruh Malaysia, serta pengamal perundangan dari beberapa firma guaman yang berpengalaman dalam kes-kes syariah, sebagai barisan juri dalam pertandingan tersebut.

Beberapa hakim yang menjadi juri dalam pertandingan tersebut berpuas hati dengan potensi dan pencapaian yang ditunjukkan oleh semua peserta. UsimKini turut dimaklumkan oleh beberapa urusetia pertandingan, berlaku sedikit masalah pengurusan sewaktu hari pertama pertandingan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pasukan pelawat.

Pihak penganjur walau bagaimanapun dikhabarkan berhasil menyelesaikannya dengan baik dan memohon maaf kepada pasukan yang terjejas kerana masalah teknikal tersebut.

Pada pertandingan itu, pasukan tuan rumah dinobatkan sebagai juara keseluruhan apabila mengungguli semua kategori utama, iaitu hujahan bertulis terbaik, penghujah terbaik dan pasukan mut terbaik.
berita penuh: PMMS Gilap Potensi Siswa Jadi Peguam Syarie
sumber: USIMkini


poster PMMS

dengan junior-junior FSU

hari pertama, dengan Wani

hari kedua, dengan Ainun

jubah peguam, testing3 =)

dengan budak-budak Fiqh

dengan budak-budak Law

Fiqh + Law = FSU!

Friday, December 11, 2009

kolumnis USIMkini?

Semasa sedang sibuk-sibuk (konon-konon je) bersama beberapa orang AJK penginapan (saya pengiring hakim sebenarnya, tapi orang mintak tolong.. no hal lah..) membuat persiapan pendaftaran peserta di kolej kediaman untuk Pertandingan Moot yang akan bermula pada esok hari, saya ditegur oleh abang senior, Mahmud.

+ Eh, penulis!
+ Ni penulis lirik USIM ni, yang CIPTA tu, lirik lagu dengan banduan tu

Hu... Naik segan saya. Selalu kalau jumpa dia, dia suka cakap macam tu.. Segan, segan.. (actually suka, ha.ha). Yelah. ade gak orang yang amek tau pasal saya kan? Masa ikut PRU ke PD pun, dia ada cakap macam tu. Ohya, dia pengerusi PRU.

- Encik Mahmud ni, jumpa je mesti cakap pasal ni..
+ Aku bukan apa.. aku bangga dengan ko...
+ Tengok je pendiam, tapi..bla, bla, bla. Baru ni jadi kolumnis USIMkini pulak..
- Ek? taktau pun. Baru kuar ek.. he.he
+ Yang pasal israel, yahudi, bla, bla, bla....

Haa.. masa ni baru saya tahu yang artikel saya dipublishkan di USIMkini. Terima kasih En.Mahmud untuk info tu. Tu je nak cakap :D He.he..

*****************************************
Link terpilih: Boikot: Perjuangan yang mesti diteruskan!

Monday, December 07, 2009

debat piala diraja

Jangan pandang rendah pada USIM ya!

Bermula 3/12 - 7/12, pertandingan debat piala diraja antara IPT Malaysia berlangsung dengan jayanya di UM. Saya pergi pada 7hb, sebagai penonton sahaja..he.he..


Hurmm.. Teringat semasa saya berada di dalam dewan. Ada seorang wanita berada di sebelah kiri saya. Saya yakin dia tidak mengetahui bahawa saya pelajar merangkap penyokong USIM, juga tiada sebarang tanda bahawa saya merupakan warga USIM (tidak mempamerkan kad matrik).

Yang saya ada, adalah botol air mineral USIM, he.he. Tapi bila wanita tersebut bercakap-cakap tentang siapa yang bakal berdebat dihadapan nanti, saya tertarik pula untuk mendengar (Oh pasang telinga pulak...). Apa lagi, tak jadila nak minum air, takut nanti pecah rahsia identiti spy,. he.he..

Antara perbualan wanita tersebut dengan temannya (pemuda disebelahnya) ialah:

- alah, USIM lawan UIA, tak payah bertandinglah
- dah tahu dah sape menang, penat, buang masa je bertanding
- johan mestilah UIA, pendebat terbaik bla, bla, bla...


Dan hakikat terbukti..

Sememangnya tidak menghampakan, USIM telah berjaya meraih kejuaraan dalam dua kategori yang dipertandingkan. Bagi kategori Bahasa Melayu,USIM berjaya menewaskan UTP (Univ. Teknologi Petronas), manakala bagi kategori Bahasa Arab pula, USIM berjaya menewaskan UIA dalam perlawanan yang sengit dan begitu menjadi tumpuan.
Selain kejuaraan berganda itu, prestasi pasukan USIM kali ini turut meningkat apabila empat pendebat berjaya menduduki sepuluh pendebat terbaik keseluruhan dalam kategori Bahasa Arab, manakala bagi kategori Bahasa Melayu, tiga pendebat USIM turut menduduki carta sepuluh terbaik.
sumber1: USIMkini, Debat Diraja: USIM raih kejuaraan berganda
sumber2: USIMkini, Dato' NC raikan kejayaan Pasukan Debat










Akhir sekali, jangan pandang rendah pada universiti saya ya!

Sunday, December 06, 2009

sang abid

Sungguh berat hati mahu melangkah pergi
tatkala pelangi masih bersinar indah
dalam dakapan cerah sang mentari
hati terhibur lantas terpana di sini

Bilamana ku mula melangkah
meninggalkan zaman ini
yang salah arah tujuannya
walau terlalu indah...
namun bukan ini matlamatnya

Ku beredar tinggalkan nostalgia sekian lama
mencari bintang ditengah malam kelam
dan ianya menampakkan diri
dari berlindung di awan hitam

Namun epilog silam mula menghantui
kerana pernah tersasar
walau sementara
rasa berdosa menampar-nampar dada
sesak......
sukarku merasa udara

Dan nasuha......
sungguh penawarnya.

-nurfatimahz AKA puteri-
30-11-09 / 20.50 pm

Friday, December 04, 2009

this weekend

Hurm.. Ahad, 6-12 ni, kenduri kakak saya di rumah suaminya. Nak pergi ke? Memang la kalau boleh nak (nanti kenduri belah *suami (belum ada) saya tak da orang pegi plak.. hu.hu). Saya di Nilai, kalau abang saya di KL tu nak pergi, bolehlah saya tumpang. Tapi hari tu, isteri abang saya cakap, belum confirm. Hmm...

Tapi yang kesiannya dekat kakak saya. Ada dua. Satu, kalau tak pergi. Nanti berkurang ahli keluarga belah pengantin perempuan yang datang. Dua.. Bab nyanyi2, karaoke dalam majlis, keluarga saya kurang berkenan sikit (baca: tak bekenan langsung!). Yelah.. orang dah lama tinggalkan, tak ramai dah yang buat. Di tempat saya pun susah nak cari. Entah, dah pupus rasa.

Hurm... Nak ngomel lebih-lebih pun, keluarga mertua kakak... Hehe.. Mungkin nanti-nanti la kot.. Sikit-sikit.. Lama-lama diorang pun tinggalkan la 'adat' tu, insya-Allah. Ameen.

SMS nakal kakak dan saya...

Kakak: Nanti kenduri Ahad ni pi dak?
Saya : Nak pi tapi abang tak cakap apa2, kak nor kata tak tau lagi pi dak
Kakak: Ohhoo.. ok, tak pa. Tak pi pun tak pa. Ada nyanyi2. Tu maleh tu..
Saya : Oh? Ha.ha
Kakak: Tah. Depa nak buat jugak. Tak tau dah nak kata pa
Saya : Sabaq je la.. Tak pun wat sabotaj, tarik plug mic, cabut plug speaker. Ho.ho
Kakak: Hehe. Hampa tolong la buat. Kami pengantin, susah nak mencilok
Saya : A'ah kan. Betol gak tu. K2, nanti oyak mana soundman, kabel2 semua tu berada. Hu.hu
Kakak: Okeh. Bereh. Hehe..

Ok. Tu je sedikit kisah tentang kakak saya dan kendurinya. Ohya, di sini ada e-card menarik saya terjumpa semalam. Hayatilah bersama... Renung-renungkan.

Align Center

Thursday, December 03, 2009

cakap tentang moral

Memetik tajuk artikel dalam Utusan Online bertajuk:

Pembangkang tunjuk sikap tidak bermoral - TPM


PONTIAN 1 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perbuatan beberapa pemimpin DAP memijak poster wajah tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas di Perak sebagai tidak bermoral.

Menurut beliau, melalui perbuatan itu rakyat boleh menilai sendiri begitu rendah akhlak para pemimpin pembangkang terbabit.

"Rakyat juga boleh menilai perbuatan mereka kerana walaupun Barisan Nasional dahulu pernah menjadi pembangkang di Perak tetapi kita tidak pernah melakukan sebegitu. Ini menggambarkan akhlak yang rendah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Loji Janakuasa Tanjung Bin di Serkat dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Malakoff Corporation Berhad, Tan Sri Abdul Halim Ali.

Kelmarin, para pemimpin DAP memijak poster poster wajah ADUN Jelapang, Hee Yit Fong; ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu pada konvensyen DAP di Ipoh.

Poster-poster berkenaan diletakkan di lantai pintu masuk dewan untuk dipijak oleh mereka yang hadir ke konvensyen tersebut.

Muhyiddin berkata, pelbagai perkara boleh berlaku dalam politik seperti para pemimpin kerajaan dan pembangkang tidak bersetuju mengenai satu-satu isu.

Namun katanya, semua pihak perlu menekankan nilai-nilai etika dan saling menghormati termasuk tidak melakukan perbuatan seperti itu.


Mesti baca link berkait:

DAP Perak mohon maaf merujuk kepada artikel di atas.


Hurm.. 'Kesian' pembangkang, 'kurang' reti bermoral. Diorang gamaknya kene belajar dari bawah ni macam mana nak bermoral... Macam ni, barulah 'lebih' bermoral.












Wednesday, December 02, 2009

politik kelantan

mengapa bergolak?

Mutakkhir ini kelihatan seolah-olah kerajaan Kelantan dibawah pimpinan YAB Datuk Menteri Besar Tok Guru semakin dihimpit masalah. Seluruh peluru media kerajaan pusat khususnya umno dan kuncu mereka semakin galak membawa isu-isu yang boleh menampakkan keburukan pimpinan PAS khususnya dan kerajaan negeri amnya.

Sayugia diingatkan bahawa Tok Guru diserang habis-habisan oleh juak umno adalah kerana Tok Guru telah menolak pelawaan Presiden umno bagi menubuhkan kerajaan
perpaduan di Malaysia. Program untuk menjatuhkan Tok Guru tak pernah berhenti dijalankan oleh juak umno dimana anak Tok Guru pernah ditangkap dan ditahan selama lebih 5 tahun dibawah ISA.



Kes pelajar dipukul oleh guru sekolah agama berdekatan rumah Tok Guru dibesar-besarkan oleh media cetak arus perdana, kes Air Kelantan diserbu oleh SPRM, isu menggondolkan bukit di Gua Musang dan beribu-ribu isu lain telah dimainkan secara sistematik dengan satu tujuan, satu hala, satu keperluan iaitu menjatuhkan maruah Tok Guru, mengaibkan kerjaan Kelantan kerana tak pandai memerintah negeri.

Juak juak umno hampir berjaya menipu rakyat Kelantan kerana mereka berkerja siang dan malam demi mencipta kejayaan.
Umno dan juak mereka akan terus berusaha untuk mengambilalih pemerintahan Kelantan dari PAS kerana hasil minyak yang berlipat ganda. Umno amat bijak menipu dan
mengkelabukan mata rakyat yang gilakan mata benda dengan membelakangi hukum Allah. Mereka menjahilkan diri sendiri dan menyesatkan orang lain demi kepentingan politik peribadi.

Juak umno dulu, kini dan selamanya sanggup menipu semua orang di Malaysia, sanggup menutup segala pintu rasuah dari diketahui umum, mereka juga sanggup bersekongkol dalam melakukan khianat terhadap bangsa Melayu atas nama Parti Melayu Bersatu. Sesungguhnya merekalah yang menanam semangat politik sempit demi untuk meneruskan kuasa yang ada.

Kelantan terus membangun walaupun geran tahun dibayar lewat, hutang tetap dibayar kepada kerajaan pusat, kakitangan awam tetap merasai bonus bila diistiharkan, pinjaman kakitangan tiada faedah dikenakan, semua rakyat layak mendapat perlindungan insuran, pengajian agama dimertabatkan kerana ada kuliah mingguan. Pendek kata hak rakyat didahulukan, Islam diutamakan oleh pimpinan PAS Kelantan yang diterajui oleh Tok Guru.

Bekas exco MCA juga didapati sentiasa memberi derma kepada Tabung Serambi Mekah dan semua bangsa dapat hidup aman tenteram dan tak pernah berlaku kekacauan sebagaimana yang diancam oleh juak umno Kelantan.
Percayalah bahawa Umno akan terus berusaha untuk merampas kuasa dinegeri yang diperintah pembangkang kerana mereka bijak tak boleh diajar, bodoh tak mahu belajar dari sejarah silam.

Kepentingan peribadi dan kroni sudah sedaging dalam diri masing-masing sehingga menyebabkan Islam diketepikan, keadilan dipinggirkan, Malaysia yang kaya raya hampir muflis dan papa kedana kerana rasuah yang berleluasa. Rakyat perlu faham semua kejadian ini.


oleh:
Rakyat Kelantan
sumber: HarakaiDaily

Tuesday, December 01, 2009

ikut PRU ke PD

PRU (Pembimbing Rakan Universiti) USIM telah mengadakan program ala-ala hari keluarga (sebab saya pun tak tahu apa nama program, hu.) di Port Dickson pada 22-11-09 yang lalu. Saya ikut sama, tetapi saya bukanlah ahli PRU pun. Join aje sebab diberi peluang (perghh.. peluang tuh).



Ahli kumpulan saya sedang merayu abg mahmud (baju merah) dalam suatu sesi permainan..


Ni (Faiz, kan?) betul-betul merayu ni.. hu.hu



Kenalan baru saya, ahli PRU. (tapi saya terlupa namanya siapa, sorry. he.he..)




Monday, November 30, 2009

program waktu cuti

Segala puji bagi Tuhan kerana mengizinkan saya menjejakkan kaki ke bumi nilai pada hari ini, he.he. Insya-Allah bermula esok akan ada gerak kerja bagi program Pertandingan Mahkamah Moot (Mooting) Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan yang bakal dilangsungkan pada minggu hadapan di USIM, insya-Allah.


Hurm.. sem ni rasa macam tak banyak program yang saya join... setakat join jadi peserta tu adalah kot sikit-sikit. Hu...

Sekitar rumah terbuka aidilfitri USIM (18-10-09)






Sekitar Anugerah Dekan FSU (28-10-09)


Saya jadi urusetia majlis. Seronok. He.he. Sebab dapat jumpa ramai orang (walaupun tak semua datang). Dari tahun satu, sampai la yang dah grade pun ada yang datang untuk terima anugerah. Meriah. Paling best, dapat bekerjasama dengan staff FSU. Itulah yang seronok.. =)



Tah sape punya sijil anugerah, pinjam sekejap.. he.he

Ok.. Nanti upload gambar program lain pula. Jumpa lagi.

Sunday, November 29, 2009

kamu

kau suarakan kau sedang mencari
kau masih mencari, tercari-cari
dan kau masih belum menemunya

kau tahu mengapa?
aku tahu kenapa..
kerana kau tidak tahu
apa sebenarnya yang kau cari

kau cari teman?
"pilihlah teman yang membangkitkan iman, mengingatkan diri kepada Tuhan"

kau cari harta?
"himpunlah sebanyak mana harta yang kau mahu, gunakanlah ia ke jalan Tuhanmu dan ingatlah, bahawa ia sebenarnya milik Dia, Maha Pemberi"

kau katakan kau sedang menanti jawapan
kau masih menanti, ternanti-nanti
dan kau masih belum menemunya

kau tahu mengapa?
aku tahu kenapa..
kerana kau tidak mahu
menerima jawapan yang tersedia ada

kau mahu ketenangan?
"banyakkan mengingati Allah, kerana hanya dengan mengingatiNya hati akan menjadi tenang"

kau mahu kebahagiaan?
"berbahagialah orang yang beriman dan bertaqwa, mereka yang beroleh rahmat dari Tuhannya di dunia dan di akhirat"

kau tahu bagaimana?
ya, tentunya kau tahu

berbuat baik bukan hanya kepada insan
memberi makan, berihsan, berkebajikan
tetapi juga kepada Tuhan
menunaikan fardu, setiap suruhan
yang sunat, amal-amalkan

maafkan aku
kerana tak bisa menjadi temanmu lagi
biarlah aku
melepaskan tanggungjawab itu
sebagai temanmu

aku tak sanggup
bertanggungjawab di mahsyar nanti
gagal membimbingmu kepangkuan Dia
mendekatkan kau kepadaNya
kerana kau yang enggan
kerana kau yang ingkar

maafkanlah diriku
selamat tinggal