© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, June 06, 2009

akad nikah

Tahniah buat kakak saya, Nur Zihan dan pasangannya, Moh Azarin. Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke Syurga, ameen.




Friday, June 05, 2009

petang ini

Kakak saya yang bertunang bulan lepas, bakal melangsungkan majlis perkahwinannya. Insya-Allah pada petang ini majlis akad akan dilaksanakan. Mudah-mudahan segalanya bakal berjalan dengan lancar, ameen..



Ohya, esok tema kami warna biru.. Padanlah dengan gambar kat atas ni.. ;-)

Thursday, June 04, 2009

tag dari mae

Rasanya ini kali kedua kot saya menjawab tag.. Hu.hu.. Pertama kali adalah dari de_kerinchi. Kali ini dari mae, saya amek dari blog beliau. Dia cakap "kepada sesiapa yang sudi.". Jadi, saya sudilah ni. He.he.

1. What were you doing five years back?
- Er, tahun 2004 kan? masa tu sekolah lagi.
- Amek Sijil SMRA.
- Banyak join forum.
- Banyak YM, on MIRC.
- Berulang ke sekolah.

2. What are the five things on your to-do list today?
- online, blog, friendster, YM.
- makan
- tido
- reply sms penting
- mandi, he.he.he

3. What are the five snacks you enjoyed munching?
- cokelat (lagi2 kalau orang bagi)
- kerepek ubi, pisang dll
- keropok super ring!
- wafer
- sumi (tumpang makan kawan punya, ha.ha)

4. What are the five things you'd if you turned to be a billionaire?
- shopping!! (baju, hp, hadiah, sume2 la)
- belanja kawan makan
- bagi kawan pinjam (kene bayar balik)
- beli rumah, kereta
- k.a.w.e.n (tu pun kalau ada yang meminang, hu.hu).

5. The five persons I wanna tag.
- de_kerinchi
- kak syakirah
- kak beah
- kak nuyui

- anda yang membaca entry ini...

Wednesday, June 03, 2009

some of about me

as at my friendster

++ ska msg.


++ ska blogging.


++ ska muzik.


++ ska bc kmik (detective conan).


++ ska puisi.


++ ska brgmbr (hp wheda).


++ ska mkn.



++ ska tdo.


++ ska ym.


++ ska fs.


++ ska kcau org.


++ ska men mta.


++ ska tgk cite (smbl ngis).


++ ska tgk dy.


++ ska dy tgk sy.



++ ska dy.. (wa.ha.ha.ha)

Tuesday, June 02, 2009

legal council II

Merujuk kepada persembahan lakonan legal council, ia sebenarnya adalah bertujuan melatih kami para pelajar bagaimana untuk mengadaptasikan apa yang telah kami pelajari selain mempraktikkan pada masa mendatang.

Berbalik kepada kisah si Rosmah..

Situasi Satu:
Sekiranya dia berkata, dia ingin memohon tunggakan nafkah daripada si suami, apakah yang harus dilakukan? Pihak legal council akan membantu Rosmah dalam menfailkan permohonannya kepada pihak mahkamah.

Situasi Dua:
Sekiranya dia ingin memohon penceraian, apakah yang terbaik baginya. Di sini, terdapat tiga kaedah penceraian yang sesuai baginya iaitu khulu' (tebus talak), ta'liq dan fasakh. Memandangkan khulu' dan fasakh bakal mengurangkan hak-hak yang sepatutnya Rosmah perolehi, maka ta'liq lebih disyorkan.

Situasi Tiga:
Apakah hak-hak Rosmah? (Melalui ta'liq) Rosmah berhak untuk claim tunggakan nafkah, nafkah sementara, harta sepencarian, hadhanah @ penjagaan anak (jika ada), nafkah anak (jika ada) dan mahar. (Melalui khulu' dan fasakh (daripada si isteri)), Rosmah bakal kehilangan haknya ke atas mahar.

Sekian serba sedikit daripada hasil persembahan yang mampu saya kongsikan bersama kalian. Sebarang persoalan, bolehlah kemukakan, insya-Allah saya akan cuba menjawabnya.

Monday, June 01, 2009

legal council

Pada penghujung semester yang lepas, kami pelajar bagi subjek Family Law dikehendaki untuk membuat persembahan berbentuk lakonan, Legal Council. Jadi kami di kelas TLC 5 telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan yang akan melakonkan watak sebagai legal council dan pelanggan (yang bermasalah). Dalam erti kata yang lain, legal council kami akan bertemu dengan pelanggan dari kumpulan yang satu lagi, begitu juga sebaliknya.

Jalan ceritanya adalah begini..

Rosmah (pelanggan@mangsa) merupakan seorang isteri yang tidak mendapat nafkah secukupnya, malah seringkali tidak mendapat apa-apa dari suaminya. Lalu dia ingin menuntut hak-haknya dari si suami melalui khidmat legal council. Apa yang lebih menyedihkan, suami Rosmah bukan sahaja enggan memberi nafkah, dia akan bertindak memukul Rosmah apabila isu nafkah diutarakan. Lebih malang lagi, sehingga hari Rosmah menemui legal council, sudah lebih setahun suaminya menghilangkan diri....

Begitulah serba sedikit jalan cerita utama, sambungan dan cara persembahannya adalah mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.


Kumpulan Fathi V Kumpulan Faiz (kumpulan saya)

Action!

Semasa kumpulan Faiz menjadi legal council

Rosmah; dari kumpulan Faiz

Sedih sangat; mengadu masalah

Tiba-tiba.. .


Muncul teman lelaki Rosmah

Penghung cerita,legal council memang banyak memainkan peranan dan mengawal keadaan dalam situasi yang pelbagai di luar jangkaan. Apa-apapun semua lakonan adalah bagus. Tahniah!

Faiz's legal council and Rosmah

Fathi's legal council and their Rosmah

TLC 5; for subject Islamic Family Law


Sunday, May 31, 2009

rindu terhenti

oleh: Tomok

Telah ku tinggalkan
Memori silamku itu
Tidak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu

Walau duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rinduku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundung kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang berpaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilang kan berganti
Cinta tiba cinta pergi
Yang azali ku nanti

Ku lupakan mu jua disini
Rinduku terhenti
Sejak kau pergi menjauhi
Rinduku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundung kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang berpaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilang kan berganti
Cinta tiba cinta pergi
Yang azali ku nanti

Saturday, May 30, 2009

hometown

Tadi tengahari, saya pulang ke kampung bersama kakak saya (anak ke-3). Hampir jam 7:00 petang, kami tiba di rumah. Alhamdulillah.. .

Apa lagi ya?

Aih.. entahlah..

Rindu pulak dengan kawan-kawan..

Oh.oh.oh..

Friday, May 29, 2009

unit perhubungan

dan pengangkutan.

Saya sudah mendapat rakan sekerja baru bagi jawatan AJK Perhubungan dan Pengangkutan bagi unit saya dalam gerak kerja Pesta Konvokesyen (C-Fest) USIM ke-7 nanti. Namanya Aisamuddin, junior saya.

Erm.. ada kerja yang bakal dilakukan bulan 6 ni separuh telah saya lakukan. Saya minta Aisamuddin untuk sambungkan, sebab mulai esok saya tidak akan berada di sekitar kampus; nak balik Kedah. Kakak saya nak kawen, jom semua, jemput datang ke rumah saya di Taman Sentosa, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedh pada 6/6/09.

:X

Thursday, May 28, 2009

gerak kerja

Masih belum diterima kertas kerja yang dibuat oleh pengarah saya bagi unit dalam program Pesta Konvokesyen USIM (C-FEST) ke-7 yang bakal diadakan bulan Ogos nanti. Gerak kerja sebenarnya telah bermula awal bulan ini, tapi biasalah, bila berhubung dengan pihak atasan, ada yang tak kena dan harus diperbaiki semula. Kesian pengarah saya kan? Penat, penat..

Muka Penat.. (lepas larian Minggu Integriti Fakulti Syariah & undang2 dulu)

Saya selaku AJK bagi unit perhubungan, bakal mengikut pengarah saya untuk deal dengan beberapa pihak bagi unit program kami. Kata pengarah, selewat-lewatnya minggu hadapan. Tapi, minggu depan saya..er...nak balik kampung untuk seminggu... Aduh, cemane ni? Harap-harap pihak yang berkenaan tu free esok. Kalau boleh pergi esok, senanglah sikit. Lega.. . Taklah rasa serba salah nak balik rumah. Ngeh3.

Nak ais krim!! dah lama tak makan,.. Nyum3..

Wednesday, May 27, 2009

janji Tuhan


Jika kita kehilangan sesuatu, pasti ada alasan disebaliknya. Alasan itu kadangkala sukar untuk dimengertikan. Namun, percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu,telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan kepada kita.. .

Tuesday, May 26, 2009

happy birthday

To Bro Framestone!!

1- Nak ucap kat bro... 2- Nak bagi hadiah macam bro tulis dekat muka depan blog bro
"26-05-09: nak hadiah dari korang".

3-
Sebab bro nak ternak anak, jadi saya bagi anak2 (ayam) untuk diternak bro... cute ni, chumil, cantiks.. he.he.. Boleh bawa ke pringkat komersial gitu.. ;-)
Selamat panjang umur!

Monday, May 25, 2009

kasih sahabat


Semalam, saya menerima satu pesanan ringkas dari seorang sahabat yang pernah akrab dengan saya yang berbunyi...

"Pernah satu ketika, seorang sahabat memberitahu Rasul SAW akan rasa sayangnya kepada seorang sahabat yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demkian. Rasulullah pun berkata: pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya,".


Uhibbuki fi
llah.



Oleh itu, saya juga ingin memberitahu dia bahawa saya juga sayangkan dia sebagai sahabat saya. Saya sayangkan semua kawan dan sahabat saya, tak kira di mana, saya tetap sayangkan mereka.

Tidak lupa kepada rakan-rakan blogger, saya juga sayang kalian!




Sunday, May 24, 2009

Ali versus Fatimah

Semalam, sewaktu membaca buku Jangan Tidak-Tidak, karangan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, ada satu bahagian yang agak menarik yang bila baca, rasa macam terkena pun ada. Hu.hu. Apa-apa pun, saya ingin kongsikan bersama kalian. Jom baca!

HM Tuah (2008). Jangan Tidak-Tidak, Nak Jadi Ali dan Fatimah. P 165-167.

Jangan mimpi nak dapatkan isteri seperti Fatimah kalau awak tu belum macam Saidina Ali; jangan mimpi nak dapatkan suami macam Saidina Ali kalau awak tu belum macam Fatimah. Nampak? Saling berkait.

Ada ke pulak isteri nak suruh jadi macam Fatimah, dia sendiri macam Abu Jahal. Mana ada jalan! Samalah, suami disuruhnya jadi macam Saidina Ali, dianya macam Hindun; isteri Abu Sufian yang tergamak membelah dada Saidina Hamzah dan makan hati bapa saudara Nabi tu.


Kita kena sama-sama berubah. Kalau kita inginkan kebahagiaan dan nur dari Allah, kita kena sama-sama berubah. Kita tak boleh harapkan satu pihak saja berubah. Kalau satu pihak saja berubah, tempang jadinya. Macam tayar kereta kita pancit. Bila hal semacam ini terjadi, walaupun ada tiga lagi tayar yang okey, kereta tetap tak boleh bergerak.

Hidup kita serupa itu. Berubah pada kebaikan WAJIB hukumnya. Maknanya kalau tak berubah dari jahat kepada baik, berdosa. Dahlah berdosa, hidup pun tak bahagia. Apa faedahnya kalau hidup tak bahagia?

Sekali lagi, jangan mimpi nak dapatkan isteri seperti Fatimah kalau awak masih belum macam Saidina Ali; jangan mimpi nak dapatkan suami macam Saidina Ali kalau awak belum macam Fatimah.

Saturday, May 23, 2009

B versus A

A: Chat dengan siapa? pakwe?
B: Makwe. Mana ada pakwe
A: Tak apa, nanti-nanti adalah tu
B: Pakwe tak penting. Tak menjamin dapat pahala pun
A: Macam mana dengan fitrah manusia?
B: Itu suami. (Bukan teman lelaki).

A: Nak mencari calon?
B: Jodoh kan dah ditentukan Tuhan. Kita merancang, Dia menentukan. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak apalah (sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita). Bukan tak payah cari, tapi perlu berhati-hati. Bukan main terjah je ikut kata hati tanpa membataskan pencarian itu sendiri.
A: Semoga bertemu jodoh yang baik
B: Terima kasih untuk itu
A: Sama-sama
B: Ada kenalan saya pernah berkata: Kalau baik sebelum, akan baik dan bahagialah selepas.
A: Betul tu
B: Jadi berhati-hatilah dalam pergaulan. Berkawan tu tak salah. Tapi salah memilih kawan yang membuatkan bersalah pada diri sendiri.
A: Ulasan yang baik


**********************************************
pautan menarik untuk dibaca, klik di sini.

Friday, May 22, 2009

memori bersama

Macam tak percaya ya, pejam celik, pejam celik, dah tujuh tahun telah berlalu tempoh perkenalan antara saya dan seorang sahabat/senior yang bernama Syakirah. Perkenalan ni agak unik sebenarnya sebab walaupun dia merupakan senior saya di USIM, tapi kami telah berkenalan lebih awal dari tu.

Saya memasuki matrik (tamhidi) USIM atau namanya ketika itu KUIM pada tahun 2006. Tahun tu jugak pertama kali saya berjumpa dengan Kak Sya setelah ber-message, ber-appointment semua-semualah. Huh, berdebar jugak waktu tu. Masa tu kelas saya di FKP (Fakulti Kepimpinan & Pengurusan), Kak Sya di FSU (Fakulti Syariah Undang2). Tempat pertama yang kami berjumpa adalah dia PKP (Pusat Kemudahan Pelajar).

Hah, bila sebenarnya saya mula kenal dia? Haa.. yang ni agak menarik. Kami berkenalan di mana mula2 ya? Saya cuma ingat hujung tahun 2003 di YM. Kata Kak Sya, mungkin sebelum tu ada kenal di MIRC dulu. Ingat lagi masa chat dengan dia kat YM.

Saya cakap dengan dia (mula2 dulu) saya-awak je, maklumlah sebab saya tak percaya dia perempuan (ha.ha.ha) sebab dia beritahu namanya "Harikays Run". Jadi, chatting macam dengan bukan perempuanlah (tapi takde topik yang pelik2, jadi lebih kurang sama je lah dengan siapa pun, kan?). Saya fikir bangsa lain kot dia nih (kua.kua.kua). Rupanya bila terbalikkan nama dia tu, baru jadi "Nur Syakirah". Oh, oh, oh...


03, 04, 05, 06, 07, 08 dan sekarang 09. Cepat kan masa berlalu?

Sekarang saya berada di tahun dua, dan Kak Sya berada di tahun akhir. Insya-Allah bulan Ogos ni, dia akan grade, dan majlis konvokesyen bakal diadakan di PICC. Aih, sedih pulak.. lepas ni dah tak boleh jumpa dia lagi.. . Kata Kak Sya: kita jumpa di YM lepas ni. Hurmm.. yelah.. .

Anyway Good Luck for you sis! I am going to miss you.


satu-satunya gambar saya dan dia

Thursday, May 21, 2009

owh?!

Alamak, setelah menukar-nukar template yang kononnya lebih lawa dari yang asal, tapi tak la lawa sangat pun..macam lawak adalah (ha.ha.), baru saya perasan link-link dan widget-widget yang saya pasang sebelum ni hilang... Owh? How comes? :( Sedey..

Semua link dah hilang, yang ingat dan yang dapat cari je baru diletakkan balik. Mana nak cari balik yer? Mintak maaf kepada kawan-kawan yang saya telah terhilang URL kalian, kalau sudi tolong tinggalkan URL kalian di sini, nanti saya addkan balik ya.. .

P/S: Kepada rakan pengunjung yang baru juga dialu-alukan..
Salam perkenalan dari saya.. =)

Wednesday, May 20, 2009

pewiraku

Pewiraku
maralah ke medan sana
menyahut seruan bonda
menghapus musuh durjana
perosak bangsa kita

Pewiraku
perkasa langkah juangmu
doaku sepanjang waktu
jangan rindu cintamu di sini
keranaku akan setia menanti

Oh pewiraku sayang
jangan tergugat wajamu
kuatkan azam tekadmu
berpanjangan harapku
menanti pulang pewiraku

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif-
CIPTA '08 "Di Sini Kita Bermula"

Monday, May 18, 2009

selangkah menuju puncak


Alhamdulillah, saringan CIPTA semalam telah berlangsung dengan jayanya. Terdapat tiga peringkat kerana bagi setiap lirik, mempunyai 3 orang komposer lagu. Jadi yang terbaik diantara mereka akan terpilih. Dari jam 10.00 hingga hampir jam 5.00 petang, barulah semuanya selesai.

Semasa kami sedang menunggu markah setiap lagu sedang dikira, kami dihiburkan dengan persembahan lakonan dari pihak penjara. Tahniah untuk lakonan yang mereka telah persembahkan. Er, walaubagaimanapun, sebenarnya kisah lakonan mereka tu tentang cerita sedih. Tapi saya tak terkesan pun dengan lakonan mereka. Barangkali 5 dariupada 10 markah yang saya beri jika saya adalah juri, hu.hu..

Tahniah buat diri sendiri kerana telah terpilih untuk ke final Festival CIPTA yang bakal diadakan bulan Ogos nanti, he.he. Lirik saya yang terpilih ialah Satu Malaysia, manakala Aman Malaysia tertewas. Oh, sedihnya.. tapi tak apa, sekurang-kurangnya ada juga yang terpilih kan? Bestnya, tak sabar untuk lirik saya dijadikan lagu patriotik yang mana membolehkan ia dinyanyikan di atas pentas. Jika terpilih untuk dikeluarkan dalam album (kompilasi CIPTA '08/'09), terharunya.. . Berangan nih... he.he.

Terima kasih yang tidak terhingga buat komposer lirik saya Yatt, kerana telah terpilih. Bagi komposer saya yang tidak terpilih, Johan, Adam dan Fendi, tahniah dan terima kasih juga kerana telah buat yang terbaik, dan saya sukakan lagu/melodi yang telah kalian hasilkan ;-) Semoga kita ketemu lagi..

Sambungan tentang lakonan di atas, saya terkesan dengan lagu yang dinyanyikan dalam lakonan tu, yang membuatkan saya dan kawan-kawan menangis.. Sob.sob.sob...

Senyum ku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu..
Kicau burung pun tak semerdu....

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu di izin Tuhan....

[chorus]
Tidak ku minta lahir ke dunia..
Tidak duga cacat begini..
Bukan ku minta kasih dan manja..
Bukan ku rayu bantu simpati....

Maafkan wahai teman
Ku menumpang disudut dunia
Mencari ketenangan..
Sampai masa ku pergi jua....


******************************************
-->> Sekitar CIPTA '08.

Sunday, May 17, 2009

saringan cipta '09


Esok merupakan peringkat saringan bagi festival CIPTA (Cipta Lagu Patriotik) yang mana lirik dan lagu yang digubah oleh komposer dari pihak penjara akan dipertandingkan. Seperti yang pernah saya khabarkan, 16 lirik dipertandingkan dalam peringkat saringan ini.

Esok seawal jam 7.00 pagi, saya akan ke sana bersama pihak USIM. Takut pula memikirkan. Mudah-mudahan lirik saya terpilih untuk dijadikan lagu patriotik, sekurangnya satu, ameen.

-Selamat maju jaya buat lirik saya; Satu Malaysia dan Aman Malaysia.

-Selamat maju jaya buat komposer lirik saya; Johan, Fendi, Adam dan Yatt.

-Selamat maju jaya buat semua penulis lirik dan komposer!!