© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, December 19, 2009

moot trial di IKIM


Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan percubaan pertandingan mahkamah mut (moot trial) pada Khamis, 17 Desember 2009.

Melalui trial ini, pihak IKIM berharap dapat melaksanakan pertandingan mahkamah mut yang sebenar pada masa akan datang. Pada perbicaraan kali ini, kes yang telah dipilih ialah kes Sucharita A/P Taraprashad dan Subhash A/L Gopal.

Ringkasan fakta kes:

Sucharita dan Subhash telah berkahwin mengikut adat Hindu atas dasar suka sama suka. Setelah dua tahun berkahwin, Subhash mula berubah.

Sucharita kemudiannya hamil. Dia sering dibantu oleh jirannya, Puan Latifah memandangkan Subhash jarang pulang ke rumah.


Puan Latifah pernah memicit bahu Sucharita sambil membacakan beberapa ayat suci Al-Quran. Cara Puan Latifah mendidik anak-anaknya juga membuatkan Sucharita tertarik kepada Islam secara tidak langsung.


Sucharita dihantar ke hospital oleh Puan Latifah memandangkan Subhash tidak pulang ke rumah untuk berbuat demikian setelah Sucharita menelefonnya ketika merasakan masanya hampir tiba.

Sucharita kemudiannya telah melahirkan dua kembar perempuan. Subhash agak kecewa kerana dia mahukan anak lelaki. Selepas tiga bulan, Subhash mengaku mempunyai hubungan dengan perempuan lain, tetapi sudah mahu mengakhirinya.

Sucharita mengaku memeluk Islam dan mengajak Subhash turut sama. Subhash begitu marah. Sucharita membuat permohonan pengesahan penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.


Mahkamah Tinggi kemudiannya membenarkan permohonan Subhash iaitu, menghalang Sucharita dari menukarkan agama anak-anaknya kepada Islam.


Sucharita tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu dan membuat rayuan di mahkamah mut IKIM.


Pihak peguambela dan peguamcara di mahkamah mut IKIM ini merupakan pelajar-pelajar dari UIA.



Manakala panel hakim pula ialah Y. Bhg. Dato' Mohd. Noor Hj Abdullah (Mantan Hakim Mahkamah Rayuan), Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Zaleha Kamaruddin (Tim. Ketua Pengarah IKIM) dan Y. Bhg. Dr Farid Sufian Shuaib.

Antara penonton yang dijemput untuk menyaksikan mut ini adalah mahasiswa/i dari UIA sendiri, KUIS, USIM, UM dan beberapa IPT serta organisasi.

USIM telah menghantar hampir 20 mahasiswa/i dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) yang mewakili mahasiswa/i Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa.




Perbicaraan ini berlangsung di dalam Bahasa Inggeris walaupun pada mulanya Ketua Hakim menegur dan menyatakan bahawa, bahasa pengantar di dalam mahkamah ialah Bahasa Melayu. Namun setelah dipohon oleh pihak peguambela dan peguam cara, mahkamah mengizinkan perbicaraan menggunakan Bahasa Inggeris.

Sedikit salah faham telah berlaku antara hakim dan peguam, bila mana peguam mengatakan (di dalam Bahasa Inggeris), "Hanya agama Islam yang melarang umatnya berkahwin dengan penganut agama lain. Akan tetapi, agama lain tidak melarang dua pasangan berbeza agama untuk berkahwin".


Kemudiannya seorang hakim menyoal peguam berkenaan (di dalam Bahasa Inggeris), "Kamu baru sahaja bercakap tentang hanya agama Islam membenarkan penganutnya berkawin lebih dari satu?".


Walaubagaimanapun, keadaan terkawal dan salah faham diperbetulkan oleh pihak peguam dengan baik.


Antara kelemahan lain di dalam mahkamah mut ini ialah, bailif dan penjaga masa yang kelihatan tidak kemas cara bertugas; tiada tunduk hormat kepada hakim semasa mengambil hujahan bertulis tambahan dari peguam dan semasa memberikannya kepada hakim.


Terdapat beberapa lagi kelemahan lain di dalam moot trial ini, namun ianya tidak menghalang moot ini dari terus berlangsung.


Oleh: nurfatimahz AKA puteri

No comments: