© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, December 27, 2009

tazkirah maal hijrah - part 5

Rasulullah menyuruh Abdullah bin Salam berlindung dibelakang rumahnya. Apabila beberapa orang dari pengikut Abdullah bin Salam menghampiri Rasulullah, Baginda bertanya kepada mereka tentang Abdullah bin Salam.

Rasulullah: Adakah diantara kamu Abdullah bin Salam?
Pengikut: Orang yang kamu sebut itu tadi merupakan ketua kami. Orang yang paling alim antara kami. Bapanya orang yang paling alim. Merupakan anak yang paling alim dalam kaum kami.

Rasulullah: Apakah yang akan kamu katakan, jika aku mengatakan bahawa Abdullah bin Salam telah memeluk Islam?
Pengikut: Kami tidak percaya, sesungguhnya dia terdiri dari golongan pendusta yang nyata!

Rasulullah menyuruh Abdullah bin Salam masuk ke dalam rumah.

Rasulullah: Hai Abdullah bin Salam, katakan kepada mereka bahawa engkau telah beriman kepadaku
Abdullah: Benar, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah
Pengikut:
Engkau (Abdullah bin Salam) orang yang paling berdusta antara kami. Bapamu juga pendusta. Merupakan anak yang paling hebat berdusta di dalam kaum kami!

Lalu pengikut-pengikut itu meninggalkan rumah Abdullah bin Salam.

Tidak hairan jika ada manusia yang ingkar dan enggan mengaku kenabian dan kerasulan Rasulullah, kerana tidak diberikan hidayah oleh Allah.

Hal ini juga dibuktikan dengan bapa saudara Rasulullah, baik yang begitu mengasihi Rasulullah seperti Abu Talib, atau yang kuat menentang seperti Abu Lahab.

Dalam satu peristiwa mukjizat di mana kaum Quraisy tidak percaya pada mukjizat-mukjizat Rasulullah seperti air keluar dari jemarinya. Kata mereka, mereka tidak meminta itu untuk dilihat.

Kemudian mereka berkata, sekiranya Rasulullah tidak berjaya melakukan apa yang mereka mahu, Rasulullah perlu berhenti dari mengaku sebagai nabi dan menghentikan ajaran Islam. Dan sekiranya Rasulullah berjaya menunaikan permintaan mereka, mereka akan menghormati Rasulullah.

Lihat dengan teliti.. Mereka akan menghormati, bukan mengaku akan kenabian nabi.

Para sahabat mula memikirkan apakah bentuk permintaan yang mungkin diminta oleh kaum Quraisy.

Abu Bakar As-Siddiq: Aku risau jika mereka membawa sebuah gelas yang berisi air dengan penuh, kemudian meminta Rasulullah untuk terjun ke dalam gelas tersebut tanpa menumpahkan walau sedikit air pun.

Umar Al-Khattab: Aku dapat rasakan bahawa mereka akan datang, membawa sebiji telur ayam. Kemudiannya meminta Rasulullah untuk masuk ke dalam telur ayam itu tanpa memecahkan kulitnya!

Apakah yang diminta oleh kaum Quraisy..?

(bersambung...)

**********************

Petikan tazkirah itu tadi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Harun Din pada 19/12/2009 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Ikuti sambungan tazkirah ini dalam bahagian terakhir pada entry yang akan datang.


Link berkait: Tazkirah maal hijrah - part 4

2 comments:

Insan Biasa said...
This comment has been removed by the author.
Puteri said...

oh?
gitu ya?
;-)