© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, December 30, 2024

TEKS MAJLIS PERSARAAN

 SEMUSIM BERSAMA, SEABAD TERASA


PERKARA

 

nota

 UMUM

 

 

Mengumumkan ketibaan Cikgu Farzilah binti Rosdi, Guru PI SKSPR bersama barisan pentadbir, ahli keluarga dan dif2 jemputan. Dipersilakan mengambil tempat yang telah disediakan.

 

 

 

 

dipersilakan barisan guru dan akp utk bersalaman dan sama² bergambar dengan yang diraikan di atas pentas.

 

 

ALUAN

Sireh berlipat sireh pinang

Sireh dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

 

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillahirabbil alamin… assolatu wassalamu ala asyrafil ambiyai walmursalin, wa ala alihi wasohbihi ajmain..

 

Yg Berusaha En Zainal bin Mokhtar, Pen Pegawai PPD Sektor Pengurusan PraSekolah & Sekolah Rendah

Yang Berusaha cg Rafadzilah Abdul Rahim, GB SK Seri Pematang Rengas,


Yang dihormati cg. Pauzidan bin Sungip GPKP, cgu Yusma Rizal bin Idrus GPKH, cg Nurul Shuhada binti Masrun GPKK..

Yang dihormati en anuar bin kasim ydp pibg, en. Azri Effendy bin Abd Rahman nydp, En Yusuf bin Marsam imam masjid gugusan pt laman & pt karjan.

Yang diraikan pada hari ini Cg Fazilaj bt Rosidi, Guru PI skspr,

Yang dialu-alukan En Zainorin bin Yatni, suami Cgu Fazilah, anak² cucu² dan juga sahabat handainya. Terima kasih semua, sudi dtg hari ini.

Yang dikasihi barisan guru, kakitangan sekolah, ajk pibg, jawatankuasa pelaksana majlis pada hari ini dan seterusnya murid2 serta hadirin sekalian.  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi ini dalam SEMUSIM BERSAMA SEABAD TERASA sempena persaraan cg Fazilah di DEWAN ANGGERIK SK SERI PEMATANG RENGAS.

 

 

DOA

Hadirin sekalian,

 

Tetak buluh panjang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jejari sepuluh
Doa dipohon biarlah berkat

 

Bagi memohon keberkatan majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Jawawi bin Musanif. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

 

Amin2 ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Us Jawawi bin Musanif atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi, Moga-moga majlis kita mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa, insyaAllah.

 

Persembahan murid 

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis akan menyajikan tiga persembahan Istimewa penyeri majlis. 

 

Dipersilakan persembahan yang pertama, Muna Nur Zafirah binti Norazam & qaireen raisha bt yusma rizal. 



Persembahan seterusnya, kita persilakan murid Tahun 1 Pintar! 



Persembahan yang terakhir, dipersilakan murid Tahun 2 Pintar!

 

Tahniah dan terima kasih semua murid yang telah membuat persembahan.

 

UCAPAN WAKIL MURID












UCAPAN GB

Hadirin dan hadirat,

Bukan rumput sebarang rumput

Rumput ditanam penghias laman

Bukan jemput sebarang jemput

Jemput memohon kata aluan

 

majlis akan diteruskan dengan ucapan dari wakil murid skspr. untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan Hani Zulaika bt Mohd Farid.


Terima kasih Hani Zulaika.


Majlis akan diteruskan dengan ucapan dari tuan guru besar. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan YANG BERUSAHA CG RAFADZILAH BT ABD RAHIM, bagi menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

 

Terima kasih diucapkan kepada cg Rafadzilah.

 

*UCAPAN PPD




Seterusnya, marilah kita mendengar sedikit ucapan dari YG Berusaha En Zainal bin Mokhtar, Pen Peg PPD sekotor pengurusan sekolah, merangkap bapa angkat skspr. Dipersilakan tuan.

 

Terima kasih tuan atas ucapannya.

 

Biodata yg dirai

Hadirin sekalian,

 

Ingin kami kongsikan serba sedikit biodata insan yang kita raikan pada hari ini.

 

Dilahirkan pada 4/1/1965 di Pt Baru, Seri Medan, Batu Pahat,Johor

Mendapat Pendidikan awal di SK Tenaga Setia dan Maahad Muar. 

Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Islam Lembah Pantai.

 Pasangan hidupnya En Zainorin bin Yatni.

Dikurniakan 2 pasang cahaya mata:

Farah Husna, Firzan Husaini

Firzan Hazimi & Farah Hanis.

 

Mempunyai 5 orang cucu dan dikhabarkan bakal menerima yang keenam tidak lama lagi, alhamdulillah.

Cgu Fazilah yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Dill memulakan perkhidamatannya dengan 

1. Penempatan pertama SK Bukit Gelugur, PP 1988-1989.

2. SK Convent Father Barre SP 1989-2018

3. SK Seri Binjai 2019-2021

4. SK Seri Pematang Rengas 2022 hingga ke hari ini.

 

Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

APC sebanyak 3 kali iaitu pada

2008- SK Convent Father Barre

2015- SK Convent Father Barre

2023 - SK Seri Pematang Rengas

 Begitulah serba sedikit tentang Cikgu Fazilah.

 

Sepanjang tiga tahun di SK Seri Pematang Rengas, beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan warga rengas dan juga komuniti setempat. Walaupun semusim cuma, tapi keakraban dan kemesraan seperti telah berkenalan berabad lamanya.

 

Berat kakinya hendak melangkah meninggalkan Rengas, Berat lagi hati kami untuk melepaskannya. namun apalah daya... Pastinya kenangan manis yang ditinggalkan menjadi ingatan kami di sini.

slide

 

 

 

 

 

 

Hadirin dan hadirat..

 

Majlis akan diteruuskan dengan persembahan multimedia istimewa untuk Cikgu Fazilah. Sama-sama kita saksikan!

 

 

Demikian itu tadi persembahan multimedia untuk majlis pagi ini.

 

pra pulang

Sidang dewan sekalian,

 

Majlis menjemput Cg Fazilah untuk turun ke bawah bersalaman dengan murid pra sekolah yang bakal berangkat pulang. 

 

Dipersilakan murid pra sekolah bersama hadiah kelas.

Terima kasih cgu Fazilah.

 

 

Ucapan yg dirai

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

 

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

 

Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh kita semua bagi mendengar ucapan dan amanat dari yang diraikan Cg Fazilah bt Rosdi. Dipersilakan cg.

 

Terima kasih Cg. Fazilah atas ucapan sebentar tadi. Semoga apa yang telah disampaikan dapat dijadikan pedoman dan ingatan untuk kebaikan kita bersama.

 

 

 

 Watikah persaraan

 

Hadirin dan hadirat,

 Majlis akan diteruskan dengan penyampaian watikah persaraan. Untuk itu, majlis menjemput YBrusaha Cg Rafazilah Abd Rahim GB SKSPR dan YD En Anuar Kasim YDP PIBG bagi menjemput dan mempersilakan En. Zainal bin Mokhtar, Pen PPD sektor pgurusan pra sekolah & sekolah rendah untuk menyempurnakan acara.

 

 Dipersilakan Yang Diraikan Cg Fazilah untuk menerima watikah dan penghargaan dari pihak sekolah.

 

*KEK & MUZIK READY – SURPRISE PULUT

 

Terima kasih En. zainal bin mokhtar.


Cgu Fazilah diminta kekal untuk acara seterusnya. 

*NYDP en azry efndy b abd rhmn

Cenderamata

 

 

 

 

 

 

 

 

Warga dewan sekalian,

 

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderamata buat cg fazilah.

 

1.      Cenderamata dari pentadbiran sekolah, dipersilakan GB & barisan pentadbir. 

* cenderamata dari GPK², dipersilakan...

*cenderamata dari Guru besar, pn rafadzilah abd rahim.

2.      Cenderamata dari PIBG, dipersilakan YDP PIBG

3.      Cenderamata dari Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah, dipersilkan pengerusi Bilik Guru, Cg Mohd Farid

 




Fotografi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

penutup

4.    Cenderamata dari Panitia Pendidikan Islam, dipersilakan Ustaz Jawawi.


 Cenderamata persendirian

        - guru

        - tetamu

        * 10minit utk tetamu bergambar dengan YB

 

        Cenderamata dari 1-6… dipersilakan ketua dan penolong ketua kelas. 

 

        *setiap kelas, 1 kelas naik utk bergambar dan beri hadiah kelas & individu 

 

Terima kasih diucapkan kepada semua.

 

Majlis sudah pun dipenghujungnya. Sebelum bersurai.. marilah sm2 kita mmbacakan tasbih kafarah dan surah al-asr.

 

Majlis mempersilakan barisan pentadbir untuk mengiringi Cg Fazilah mengambil tempat di laman santai (berhampiran tangga) untuk bersalaman dengan murid-murid.

 

 Murid-murid sila beratur mengikut kelas. 

 

Majlis mempersilakan barisan pentadbir skspr untuk mengiring Cg Fazilah  SEKELUARGA serta dif2 jemputan ke Bangunan bawah bagi menyaksikan punchkad terakhir perkhidmatan, memberikan lambaian kasih dan sayang di Dataran, dan seterusnya,sama-sama akan berangkat ke Lokasi Jamuan 

 

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualaikum w.w.b

 

 

 

Wednesday, December 18, 2024

TEKS MC MAJLIS KHATAM QURAN

 


PERKARA

 

 

aluan

 

بسم الله الرحمن  الرحيم.السلام  عليكم  ورحمة  الله  Ùˆ بركاته.

Yang  berusaha, Cg Rafadzilah binti Abd Rahim, GB SKSPR

 

Yang  dihormati, Cg. Pauzidan bin Sungip, Penolong Kanan Pentadbiran,

Cg. Yusma Rizal bin Mohd Idros, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Cg Nurul Shuhada binti Masrun, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

 

Yang dialu-alukan, en azry effendi bin abd Rahman, naib yang dipertua pibg skspr.

En. Muhammad Syukry bin Hamidy, khalifah khatam al-quran

 

Yg dihormati Cikgu Fazilah binti Rosdi, penyelaras majlis khatam al quran, ahli2 jawatankuasanya,

 

Yang dikasihi Rakan-rakan guru, peserta khatam al-quran dan seterusnya murid-murid sekalian.

 

Selamat datang ke Majlis  Khatam  Al-Quran Murid Tahun 6 bagi tahun 2024..

 

Alhamdulillah, seiring kita menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam  Majlis  Khatam  Al-Quran  ini. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini. InsyaAllah.

 

 

Perarakan masuk

Mengumumkan perarakan masuk peserta khatam al-quran ke dewan dengan iringan selawat.

 

doa

Hadirin dan hadirat,

 

Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi  ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Cg Muhammad jawawi bin musanif, dipersilakan.

 


Amin..ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan  terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.

 

 

khalifah

Hadirin  sekalian,

 

Majlis menjemput dan mempersilakan En. Muhammad Syukry bin Hamidy, khalifah khatam al-quran untuk mengambil tempat dan seterusnya akan memulakan majlis khatam al-quran. Dipersilakan.

Murid ngaji

Syukri doa khatam

 

Murid doa

Khalifah selesai

 

 

Alhamdulillah, terima kasih En. Muhammad Syukry bin Hamidy.

 

Majlis mempersilakan En Syukry untuk mengambil tempat yang telah disediakan

 

 

persembahan

Hadirin dan hadirat,

 

Majlis berhenti rehat seketika. Sama-samalah kita menyaksikan persembahan Istimewa dari peserta Khatam 2024. Dipersilakan

 

 

 

nyanyi

Ambil tempat di bawah

 

Terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta khatam yang mengambil bahagian pagi ini. Majlis mempersilakan peserta untuk mengambil tempat di bawah. Dipersilakan.

 

Ucapan

Sidang dewan sekalian, marilah kita mendengar sedikit ucapan dan amanat dari Yang berusaha, cg rafadzilah bt abd Rahim, gb skspr. Dipersilakan cg.

 

Terima kasih cg Rafadzilah binti abd Rahim.

 

Majlis memohon cikgu untuk kekal dihadapan untuk acara seterusnya.

 

 

 

gimik

Hadirin dan hadirat,

 

Majlis akan diteruskan dengan gimik penutupan majlis khatam alquran 2024. Untuk itu, dipersikan barisan pentadbir untuk mengiringi tuan guru besar, cg rafadzilah binti abd Rahim bagi menyempurnakan acara, dipersilakan.

 

Terima kasih cgu rafadilah.

Murid bawa pulut kuning

cndrmt

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderamata khatam al-quran. Sekali lagi majlis mempersilakan cikgu rafadzilah binti abdul Rahim, gb dengan diiringi oleh cgu pauzidan bin sungip, gpk pentadbiran. Dipersilakan.

 

sijil

PENERIMA SIJIL DAN CENDERAMATA KHATAM AL-QURAN:

 

AINNUR MARDHIYAH BINTI AIDIL

ALIF IQBAL BIN AZAHAR

ALYA ERYNA SOFIA BINTI MUHAMMAD HANIF

HANI ZULAIKHA BINTI MOHAMMAD FARID

MOHAMAD AMIN ASHARI BIN SUTIANA

MOHAMAD ANIQ DARWISY BIN MOHAMAD SHAH

MUHAMAD FAHMI HAKIM BIN BAHRUM

MUHAMAD NOR AMRI SYAWAL BIN MOHD.AZMAN

MUHAMMAD AQIL IMRAN BIN HAILINIZAM

MUHAMMAD FAYYADH HASIF BIN SYAH RIZAL

MUHAMMAD PUTRA FAKHRULRAZIN BIN MOHD FIRHAN HIKNI

MUHAMMAD ZIKRY ZAMANI BIN ZAMZURI

MUNA NURZAFIRAH BINTI NORAZAM

NOOR AQILAH AMANI BINTI NOR AZMAN

NUR AMEERA AQILAH BINTI NOR AZAMI

NUR FARAH HAFIZAH BINTI RAHIM

NUR INSYIRAHMARDHIYAH BINTI MD ZAHID

NUR SYAZAHANY SYAFIEQAH BINTI MISMANSHA

NURUL RUZANA FITRINA BINTI NORZAIMIE

PUTERI TAUFIQA QALISSYAH BINTI MOHD NAZLI

SYARAH SYAFIAH BINTI SAIPUDIN

YUSMARINA BINTI SYED HASAN MUHAMMAD ALI

PENERIMA SIJIL & CENDERAMATA TAHUN 6

ASMAH BINTI SORAJI

MUHAMMAD AZIZZUDIN BIN MOHAMMAD HIBNISAM

MUHAMMAD DANIEL BIN AZRI

NUR ISMAHANI BINTI MOHAMAD AMRI

NUURHAWRAA ZAAHIYAH DHAFIIRAH BALQIIS BINTI MUHAMMAD HISHAM

 

 

Tokoh

 

 

 

 

 

 

 

 

penghargaan

Seterusnya,

 

Penyampaian sijil ketokohan. Dengan ini diumumkan,

TOKOH LESTARI ALQURAN (L)

MOHD ANIQ DARWISY BIN MOHD SHAH

 

TOKOH LESTARI ALQURAN (P)

SYARAH SYAFIAH BINTI SAIPUDIN

 

Sebagai  tanda penghargaan dan terima kasih daripada  pihak  majlis, dipersilakan  En. Muhd Syukry bin Hamdy, Khalifah  Majlis  Khatam  Al-Quran  pada  hari  ini untuk menerima cenderamata kenang-kenangamn. Dipersilakan.

 

 

penutup

Terima kasih diucapkan kepada GB  atas  kesudian  menyampaikan  sijil dan cenderamati  sebentar  tadi.

 

Alhamdulillah, majlis  kita  sudah  sampai  di penghujungnya.Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis  Khatam al-Qur’an Tahun 2024, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya Allah.

 

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.


Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

 

 

x

x