|
SKRIP PENGACARA HARI APRESIASI PRASEKOLAH - TAHUN 6 |
||
|
PERKARA |
TEKS |
NOTA |
|
peringatan |
hadirin
sekalian, majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Sukacita sekiranya
hadirin mengambil tempat masing-masing. Bagi memastikan kelancaran majlis pada
pagi ini, majlis ingin mengingatkan hadirin untuk mematikan telefon bimbit
atau menetapkannya pada tetapan senyap. Kerjasama hadirin sekalian adalah
sangat dihargai.terima kasih. |
|
|
ketibaan |
|
|
|
Perarakan vip dan graduan |
Mengumumkan perarakan masuk graduan MURID PRASEKOLAH DAN TAHUN 6 PINTAR serta perakan masuk YANG DIHORMATI DR MOHAMAD ASWAD BIN ITHNAIN, PENYELARAS pendidikan dan latihan teknikal & vokasional zon selatan, merangkap pegawai khas exco agama johor diiringi YANG
BERUSAHA TUAN GURU BESAR, PUAN RAFADZILAH BINTI ABD RAHIM, barisan pentadbir
dan guru kelas. Majlis mohon berdiri. |
|
|
Lagu |
Nyanyian
lagu Bangsa johor & lagu Sekolah. Hadirin
dipersilakan duduk. |
|
|
salutasi |
Bismillah… selawat… Sireh berlipat sireh pinang Sireh dari pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang, awal bismillah pembuka bicara. Yang berusaha, PN RAFADZILAH BINTI ABD RAHIM, GURU BESAR SK SERI PEMATANG RENGAS Yang dialu-alukan DR MOHAMAD ASWAD BIN MOHD ITHNAIN PENYELARAS pendidikan dan latihan teknikal & vokasional zon selatan, merangkap pegawai khas exco agama johor Yang dihormati, EN PAUZIDAN BIN SUNGIP, GPK PENTADBIRAN EN YUSMARIZAL BIN IDRUS, GPK HAL EHWAL
MURID PN NURUL SHUHADA BT MASRUN, GPK KOKURIKULUM Yang dihormati, EN ANUAR BIN KASIM, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa & Guru RENGAS EN AZRI EFFENDY BIN ABBDUL RAHMAN Naib Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa
& Guru RENGAS AHLI2 JAWATANKUASA PIBG RENGAS Penyelaras HARI ANUGERAH APRESIASI
PRASEKOLAH - TAHUN 6, guru PRASEKOLAH, guru TAHUN 6, murid-murid yang
diraikan, PENERIMA ANUGERAH, IBU BAPA, GURU-GURU, HADIRIN DAN HADIRAT
SEKALIAN, Assalamualaikum.. |
|
|
aluan |
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran YANG DIHORMATI Dr Mohamad Aswad bin Ithnain, PENYELARAS pendidikan dan latihan teknikal & vokasional zon selatan, dan semua hadirin ke majlis
hari ini. Syukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat Bersama-sama pada pagi ini bagi meraikan anak-anak prasekolah dan Tahun 6 yang akan mengakhiri zaman prasekolah dan sekolah rendah. SETERUSNYA kita meraikan pencapaian anak-anak dari pra hinggalah tahun 6. |
|
|
doa |
Hadirin yang dimuliakan sekalian, Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi
ini, majlis ingin menjemput MUHD FARISZ IRFAN BIN MOHD RIZAL bagi
mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan. Amin…amin… ya rabb al-alamin… Terima kasih diucapkan kepada MUHD FARISZ IRFAN BIN MOHD RIZAL di atas bacaan doa sebentar tadi. Moga-moga majlis
mendapat keberkatan Ilahi. |
|
|
Ucapan GB Buka
majlis konvo |
Hadirin yang dihormati sekalian, Kini, majlis mempersilakan PN
RAFADZILAH BINTI ABD RAHIM, untuk memberikan ucapan, seterusnya
mengistiharkan pembukaan majlis apresiasi prasekolah - tahun 6 sesi 2025.
Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada PUAN RAFADZILAH
BT ABD RAHIM di atas pengisytiharan pembukaan sebentar tadi. |
|
|
Ucapan
YDP |
Seterusnya,
majlis mempersilakan EN ANUAR BIN KASIM, ydp pibg skspr untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan. Terima
kasih en. Anuar bin kasim. |
|
|
Perasmi |
Kini, majlis mempersilakan YG DIHORMATI DR MOHD ASWAS BIN ITHNAIN, PENYELARAS pendidikan dan latihan teknikal & vokasional zon selatan, merangkap pegawai khas exco agama johor untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan HARI APRESIASI
PRA SEKOLAH - TAHUN 6 2025. Dipersilakan Terima
kasih DR ASWAD BIN BIN ITHNAIN. |
|
|
Persembahan |
Hadirin
dan hadirat sekalian, Sebagai
penyeri majlis, kami hidangkan kepada anda persembahan Istimewa dari murid-murid.
Sama-sama kita saksikan. Terima
kasih murid PRASEKOLAH TUNAS ILMU. Untuk
makluman, persembahan itu tadi di bawah bimbingan CIKGU SHAHIDA BINTI BEKIS.
Tahniah dan terima kasih cikgu. |
|
|
Konvo fotografi |
Hadirin yang dimuliakan, Majlis seterusnya adalah penyempurnaan
graduasi kepada murid-murid tahun 6 dan prasekolah 2025. Untuk makluman
hadirin sekalian, seramai 24 murid tahun 6 dan 16 murid prasekolah yang akan menamatkan
sesi persekolahan pada tahun 2025 di SK Seri pematang Rengas dan akan menerima
sijil graduasi pada hari ini. Bagi menyempurnakan majlis, dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan sekali TUAN GURU BESAR PN RAFADZILAH BT ABDUL RAHIM UTK MENJEMPUT DAN YG DIHORMATI DR MOHD ASWAS BIN ITHNAIN, PENYELARAS pendidikan dan latihan teknikal & vokasional zon selatan, merangkap pegawai khas exco agama johor untuk menyampaikan sijil kepada para graduan. Majlis menjemput GURU
KELAS TAHUN 6 UNTUK MEMOHON IZIN MENGUMUMKAN SENARAI PENERIMA SIJIL TAMAT
TAHUN 6. DIPERSILAKAN. *Penerima sijil tamat
tahun 6: TERIMA KASIH CIKGU SURIYANA BINTI BASIRON. Majlis seterusnya menjemput
GURU KELAS PRASEKOLAH UNTUK MEMOHON IZIN MENGUMUMKAN SENARAI PENERIMA SIJIL
TAMAT PRASEKOLAH. DIPERSILAKAN. *Penerima sijil tamaT
prasekolah: TERIMA KASIH CIKGU
SHAHIDA BINTI BEKIS. Hadirin dan hadirat,
kita akan teruskan dengan penyampaian anugerah tokoh dikalangan murid tahun 6
SESI 2023/24. *BACA BIODATA RINGKAS
TOKOH. ● Tokoh Akademik ● Tokoh Kokurikulum ●Tokoh Sahsiah ● Tokoh
Murid TERIMA KASIH YG DIHORMATI DR MOHD ASWAd BIN ITHNAIN, PENYELARAS pendidikan dan latihan teknikal & vokasional zon selatan ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN SIJIL & ANUGERAH SEBENTAR TADI. Diminta Yang Dihormati DR MOHD ASWAd BIN ITHNAIN untuk kekal di atas pentas bagi sesi fotografi. |
|
|
Tangguh
majlis konvo |
Hadirin sekalian, Kini, majlis mempersilakan TUAN
GURU BESAR, PN RAFADZILAH BINTI ABDUL RAHIM untuk mengisytiharkan penangguhan majlis
graduasi tahun 6 dan prasekolah 2025. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. |
|
|
Perarakan
keluar |
Diumumkan PERARAKAN KELUAR, YG DIHORMATI DR MOHD ASWAS BIN ITHNAIN, PENYELARAS pendidikan dan latihan teknikal & vokasional zon selatan, , diiringi YANG BERUSAHA TUAN GURU BESAR, Puan Rafadzilah binti Abd Rahim, barisan pentadbir dan guru-guru kelas. Hadirin mohon berdiri. |
|
|
|
Hadirin dan hadirat, majlis akan
berhenti rehat seketika dan akan bersambung semula pada jam __________________
pagi. |
|
|
Rehat |
|
|
|
Hadiah/sijil |
Salam sejahtera kami
ucapkan, Para hadirin semua
jemputan; Selawat dan salam kami
junjungkan, Ke hadrat Nabi Rasul
pilihan. |
|
|
persembahan |
Prasekolah,
Tahun 6 |
|
|
Hadiah/sijil |
Penyampaian Hadiah
/Sijil ● |
|
|
fotografi |
Dengan berakhirnya
penyampaian hadiah sebentar tadi maka majlis kita sudahpun dipenghujungnya.
Sebelum bersurai, marilah kita sama-sama membaca tasbih kafarah dan surah
al-asr. Tuan2 dan
puan2 bolehlah meneruskan acara fotografi di sekitar dewan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|